jump to navigation

BN menang, Kedah senang??? November 8, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
3 comments

Barisan Nasional akan memulakan sebuah kempen terbaru iaitu “BN Menang, Kedah Senang” dalam usaha untuk memenangi semula negeri tersebut daripada Pakatan Rakyat sekarang. Pelancaran rasmi akan diadakan di Yan pada 12 November oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada majlis Gerak Mesra 1Malaysia.

(Nampaknya hadir atas kapasiti Persekutuan, namun kempen pula untuk parti. Penyalahgunaan jentera kerajaan yang tak berkesudahan.)

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Ir. Nawawi Ahmad memberitahu bahawa Kedah tidak memperolehi projek-projek pembangunan semenjak pemerintahan Pakatan Rakyat dan kembalinya BN ke tampuk kuasa akan merancakkan ekonomi seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Kedah seluruhnya.

Berdasarkan laman web Toyota Malaysia, harga Toyota Vios 1.5J Automatik di Semenanjung ialah RM73,525 manakala RM51,647 di Langkawi. Daripada berikan RM22,000 kepada kerajaan yang mencekik darah itu, apa kata lebih baik peruntukkan untuk keluarga?

Nawawi berkata lagi bahawa kerajaan negeri Kedah harus memiliki hubungan rapat dengan kerajaan pusat, dan perkara itu tidak berlaku dalam sebuah kerajaan ditadbir Pakatan Rakyat.

Nampaknya satu lagi kempen “high profile” oleh BN? Pasti bapa saya, Encik Rosli akan seronok dengan kempen ini dan akan terus menyokong Barisan Nasional yang telah “berjasa” membolehkan beliau membeli sebuah Toyota Vios untuk kegunaan sendiri dan dipaksa menyumbang RM22,000 kepada kerajaan menerusi cukai eksais, seterusnya meminta anak beliau turut sama menyokong kerajaan yang seperti itu.

Apakah yang kita kata sebagai “jasa” yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional kepada Kedah? Mari kita lihat.

Menurut laporan dari Pusat Maklumat Negeri Kedah bertarikh 21 Oktober 2008, kerajaan negeri Kedah mempunyai hutang kepada kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM2.09 bilion.

Maklumat seterusnya dari Utusan Malaysia bertarikh 2 Oktober 2005, Kedah mempunyai tunggakan hutang kepada kerajaan Persekutuan sebanyak RM450.96 juta, kedua tertinggi selepas negeri Johor.

Berbalik kepada laporan sama dari Pusat Maklumat Negeri Kedah, dalam masa 7 bulan pertama memerintah negeri Kedah, kerajaan negeri Kedah telah membayar sejumlah RM1.5 bilion hutang tersebut, dan baki yang ada kini hanyalah RM509 juta yang saya yakin sudah dilangsaikan pun memandangkan laporan tersebut sudah lebih setahun muncul.

Jadi, bolehkah kerajaan Persekutuan merumuskan bahawa hubungan antara kerajaan negeri Kedah dengan kerajaan Persekutuan tidak rapat? Dengan pembayaran hutang negeri, sebenarnya kerajaan negeri Kedah telah membantu kewangan kerajaan Persekutuan yang sebenarnya semakin tenat dengan defisit yang mengembang dan kadar KDNK yang masih tidak berkembang.

Pembangunan pula bagaimana? Apa kata saya ceritakan mengenai projek Hub Hidrokarbon Sungai Limau. Mungkin Ir. Nawawi juga mahu memberitahu bahawa projek tersebut juga hasil usaha BN???

Projek Hub Hidrokarbon Sungai Limau di Yan, akan bermula pada Ogos 2009 dan akan siap pada tahun 2013, seterusnya dijangkakan beroperasi pada 2014. Kos permulaan projek adalah RM5 bilion dan kerja pertama yang akan dilakukan adalah penambakan laut seluas 8 kilometer persegi.

Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah, kini tersenarai sebagai 5 tokoh paling berpengaruh parti PAS, menurut kajian oleh ahli akademik, Dr. Abu Hassan Hasbullah yang dibentangkan pada Seminar Politik PAS di Taman Melewar pada 7 November 2009. Beliau tersenarai bersama Nik Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang, Nizar Jamaluddin dan Mohamad Sabu.

Projek ini juga akan menjana pendapatan sebanyak RM400 juta setahun kepada kerajaan negeri Kedah, seterusnya 30,000 pekerjaan dapat diwujudkan. Di sini kita dapat lihat jiwa besar Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak, yang memberi sepenuhnya kerjasama kepada projek ini, walaupun belum pasti beliau akan tetap memerintah pada tahun 2014, memandangkan pelbagai perkara yang boleh berlaku dalam keadaan politik semasa.

Jadi, masihkah BN menang, Kedah senang? Apa pula cerita tentang Kedah Maju 2010? Siapa yang boleh kita pertanggungjawabkan atas kegagalannya? Takkan mahu salahkan Pakatan Rakyat pula kan.

MRSM Langkawi, maktab tercinta yang sudah lama saya tinggalkan.

Dalam pelan Kedah Maju 2010, memang semuanya tidak masuk dek akal. Pertumbuhan ekonomi 15% setahun, yang itu China pun tak pernah capai. Seingat saya, Ir. Nawawi pun masih Exco ketika itu, dan anaknya Nur Amirah Farhana pun masih di MRSM Langkawi.

Kini anaknya yang cantik dan sedikit pendek  itu sudah di Amerika Syarikat, mendapat biasiswa hasil kecemerlangan dalam peperiksaan SPM yang memang saya kagumi, dan nampaknya bapa beliau masih berbicara soal pembangunan negeri Kedah yang gagal dibawahnya walaupun hutang mencecah RM2.09 bilion.

Cukuplah sudah 51 tahun di bawah BN, rakyat Kedah ketinggalan dengan negeri lain termasuk Kelantan walaupun 2 orang Perdana Menteri berasal dari Kedah. Tunku Abdul Rahman memerintah selama 13 tahun, dari 1957 hingga 1970. Manakala Dr. Mahathir Mohamad memerintah selama 22 tahun, dari 1981 hingga 2003.

Jadi jumlah sebanyak 35 tahun yang lebur begitu sahaja. Adakah dalam tempoh itu, Kedah senang lenang? Mungkin yang senang hanyalah Ir. Nawawi dan rakan-rakan BN beliau, termasuk Encik Rosli yang amat berbangga dengan Vios beliau, tanda kesetiaan tidak berbelah bahagi membayar cukai kepada kerajaan yang beliau cintai.

Minta Shell Malaysia menawarkan V-Power Racing di lebih banyak stesen. November 6, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
add a comment

Sebagai seorang penunggang motosikal, saya telah mencuba pelbagai jenama minyak petrol untuk kegunaan perjalanan

Honda Wave 100R, motosikal saya.

motosikal saya, yang kini sudah berjumlah 32,500 kilometer sejak bapa saya membelinya pada Julai 2007 dua tahun lalu. Sudah merata tempat saya pergi dengan menunggang motosikal saya ini, untuk bertemu rakan-rakan dan menikmati keindahan alam di tempat-tempat yang jauh dari hiruk-pikuk kota raya Kuala Lumpur atau Lembah Klang.

Stesen minyak yang saya kerap kunjungi adalah Shell, saya tidak pasti mengapa sebenarnya. Saya memiliki kad BonusLink dan menggemari nozel pam minyak di Shell yang sangat mudah ditekan, seperti pistol rupanya. Saya teramat rimas dengan Petronas yang kerap bertukar kad kesetiaan pengguna, mula-mula Kad Mesra lama, seterusnya RealRewards, dan kini mereka mengeluarkan pula Kad Mesra baharu yang tidak mempunyai rakan niaga lain.

Jadi senang cerita, saya adalah seorang pengguna setia Shell yang wujud di setiap pekan kecil kecuali di Yan, kampung halaman saya yang telah didominasi oleh StesenKu (satu cabang Esso) dan Petronas. Caltex di sana pula, baru sahaja dibuka dan tidak menawarkan program kesetiaan pengguna.

Tengah tidur pun boleh turunkan harga minyak serta defisit belanjawan. Agaknya bagaimana hebat negara kita ini jika Pak Lah lebih rajin dan sempat bangun dari tidur?

Semenjak kali terakhir petrol diturunkan harga oleh pentadbiran Abdullah Badawi kepada Rm1.80 seliter, Shell telah mula mempromosikan minyak V-Power Racing mereka dengan menawarkan 3 kali ganda mata ganjaran BonusLink untuk setiap isian minyak V-Power Racing. Jadi saya pun mencuba, dan hasilnya saya dapat merasakan kuasanya, walaupun motosikal saya hanya berkapasiti 100cc. Mata ganjaran BonusLink saya juga turut bertambah.

Penggunaan minyak juga jauh lebih jimat, jadi saya memutuskan untuk setia menggunakannya, lebih-lebih lagi apabila Shell terus menggiatkan promosi dengan menurunkan harga V-Power Racing kepada RM2.15 seliter, seterusnya RM2.05 seliter berbanding harga asal RM2.25 seliter.

Pasti beliau akan lebih pening kepala untuk uruskan ekonomi jika kegawatan ekonomi dunia berulang lagi dalam masa terdekat. Sudah RM77 bilion beliau belanjakan sejak jadi Menteri Kewangan, masih tiada pertumbuhan.

Memandangkan kerajaan Najib Razak pula meningkatkan harga minyak RON97 (V-Power adalah RON98) sebanyak 25 sen dan menawarkan RON95 sebagai gred utama, V-Power Racing juga mengalami peningkatan harga, iaitu kepada RM2.25 semula, seperti harga asal sebelum promosi. Jadi boleh kita katakan bahawa sebenarnya V-Power Racing tidak terjejas dengan kenaikan harga oleh kerajaan Najib ini.

Namun, jumlah stesen yang menawarkan V-Power Racing telah dikurangkan untuk memberi ruang kepada RON95 sebagai gred utama. Kini hanya 111 stesen yang menawarkannya di seluruh negara, berdasarkan kenyataan Shell bertarikh 14 September 2009.

Antara bandar yang tidak ada V-Power Racing di Shell mereka (mengikut turutan abjad negeri) adalah

  • seluruh Johor (kecuali Muar, Batu Pahat, Kluang dan Johor Bahru),
  • seluruh Kedah (kecuali R&R Gurun arah Selatan),
  • seluruh Kelantan (kecuali Chicha dan Jalan Pengkalan Chepa),
  • seluruh Melaka (kecuali Bukit Katil),
  • seluruh Negeri Sembilan (kecuali R&R Seremban dan Plaza Tol Senawang),
  • seluruh Pahang (kecuali Kuantan),
  • seluruh Perak (kecuali Ipoh, Taiping dan jajaran Lebuhraya PLUS),
  • seluruh Pulau Pinang (kecuali Perai, George Town, Bayan Lepas dan jajaran Lebuhraya PLUS),
  • seluruh Terengganu (kecuali Batu Buruk),
  • seluruh Perlis,
  • seluruh Sabah,
  • seluruh Sarawak,
  • seluruh Selangor (kecuali 34 stesen, semuanya di Lembah Klang)

Minta Shell bawa pam ini ke lebih banyak bahagian di Malaysia.

Mengapakah V-Power Racing hanya ditawarkan di bandar-bandar besar, dan penduduk bandar kecil tidak dapat menikmatinya? Pada saya, V-Power Racing adalah satu produk petrol yang amat cemerlang daripada Shell, dan tidak pun dinaikkan harga seperti RON97.

Saya sekarang ingin mencadangkan kepada Shell supaya menyediakan V-Power Racing sekurang-kurangnya di sebuah stesen di sebuah bandar utama Malaysia supaya manfaat V-Power Racing dapat disebarkan lebih meluas kepada rakyat Malaysia yang kini berusaha gigih mencarinya, tidak kira sama ada yang memandu kereta, mahupun motosikal seperti saya.

Penahanan Dr. Asri, satu komplot pihak berkepentingan. November 5, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
1 comment so far

Dr. Asri Zainul Abidin terus mencetuskan kontroversi dengan pelbagai laporan dan kenyataan dikeluarkan oleh tokoh-tokoh agama dan juga tokoh politik Malaysia berkenaan tangkapan ke atas beliau ketika memberi ceramah di Hulu Klang pada 31 Oktober lalu.

Ada yang berkata bahawa motif tangkapan Dr. Asri adalah politik, dengan pihak BN dan PR menuduh sesama sendiri di kala sebilangan orang yang mengaku sebagai “tokoh agama” mempersoalkan pula kelayakan Dr. Asri untuk memberikan ceramah kepada sesiapa, termasuk rakan-rakan beliau sendiri.

Sebenarnya masalah ini sangatlah remeh, namun kita kecewa dengan JAIS yang bertindak keterlaluan seolah-olah disengajakan dan ada dalang di sebalik semua isu yang timbul. Antara isu yang timbul, saya cuba berikan penjelasan sebaiknya.

1) Kelayakan Dr. Asri untuk memberi ceramah

- Beliau ialah seorang bekas Mufti Perlis, yang mana dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri yang selalunya dipengerusikan oleh raja/sultan negeri terbabit. Sewajarnya pihak MAIPs telah memahami dan meneliti kelayakan Dr. Asri sebelum melantik beliau sebagai Mufti Perlis ketika itu, dan perkara ini adalah serius, sukar untuk dikatakan berlaku kesilapan pelantikan.

Usrah para pelajar di Kelantan, disokong oleh Majlis Agama Islam Negeri Kelantan.

- Sebenarnya, sesiapa yang punya keyakinan diri secara logiknya boleh memberi ceramah, hatta pelajar kejuruteraan sebuah universiti. Jadi bayangkan, berapa ramai yang JAIS boleh tangkap, dan berapa besar penjara ataupun bilik tahanan yang perlu JAIS bina untuk tujuan menempatkan mereka.

2) Ajaran Wahhabi

- Tidak dapat dibuktikan bahawa Wahhabi itu ajaran sesat, lagipun mereka hanya diketahui sebagai orang yang mengamalkan Islam yang dipraktikkan Rasulullah S.A.W tanpa sebarang bidaah hasanah ataupun dhalalah. Dari situ, sesiapa yang bergelar Islam tidak boleh menggelarkan penganut Islam lain sebagai sesat, kecuali jika ibadat asasnya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Pada saya, Wahhabi itu langsung tiada sesatnya.

3) Peranan Hasan Ali, Exco Agama Selangor

- JAIS adalah di bawah kawalan Sultan Selangor, dan Hasan Ali hanyalah seorang Exco negeri dalam hal tersebut, dan langsung tidak memegang sebarang kuasa untuk mengawal tindakan JAIS. Nampaknya Hasan Ali sudah jadi “punching bag” yang bagus kepada pihak-pihak yang ingin melaga-lagakan Pakatan Rakyat Selangor dengan bertindak secara politik, terutama penguasa di dalam JAIS yang seumpama Polis FRU ketika mahu menahan Dr. Asri di Hulu Klang.

4) Kaitan Dr. Asri dengan PAS

- PAS pastinya mengalu-alukan kehadiran Dr. Asri jika beliau berminat untuk menyertainya, namun Dr. Asri tidak pernah membuat sebarang keputusan dan dijangka sedaya mungkin mahu mengelakkan diri daripada gerakan politik dan hanya mahu menggunakan platform agama yang kini disekat sehabisnya oleh JAIS.

Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat dikupas dengan pembacaan saya daripada semua sumber yang menceritakan perihal bekas Mufti Perlis ini. Diharapkan kita umat Islam dapat mengelakkan sikap buruk sangka dan prejudis sesama sendiri agar perpaduan terpelihara dalam satu landasan agama yang diredhai, bukan landasan yang penuh dengan penipuan dan pembohongan.

Sudah sembilan belas tahun rupanya. November 5, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
1 comment so far

Malam ini saya mendapat panggilan telefon yang agak banyak daripada semua yang bersangkut paut dengan saya. Paling mengejutkan, panggilan pertama datang dari ibu saya. Beliau menelefon untuk bertanya khabar, mengucapkan selamat hari jadi dan juga meminta saya pulang ke Yan untuk Hari Raya Aidiladha.

Apa yang saya boleh beritahu ibu, ialah bahawa saya akan mempertimbangkan cadangan itu, memandangkan saya boleh memperoleh gaji yang sangat tinggi, 3 kali ganda untuk bekerja pada hari cuti umum. Ada dilema yang sangat merimaskan, yang saya terpaksa fikirkan dengan lebih mendalam.

Seterusnya, Husna pula menelefon dan cuba untuk menjadi yang pertama untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada saya. Ada lagi rakan-rakan lain yang memberi ucapan hari lahir kepada saya melalui SMS dan Facebook. Terima kasih yang paling besar saya berikan.

Dengan usia yang makin meningkat, diharapkan saya lebih matang dan konsisten dalam kekerapan penulisan, yang mana saya rasa agak kurang berjaya gara-gara beberapa komitmen yang harus dipenuhi.

Selepas ini, saya akan cuba menulis lebih kerap di Kelapa Muda, memandangkan tulisan terakhir saya adalah pada 16 Oktober, hampir sebulan yang lalu. Maaf teramat banyak dipinta, kerana saya mengejar kerja lebih masa di McDonald’s, kadang kala sehingga mencecah 13 jam bekerja, berbanding syif biasa yang dikira selama lapan jam sahaja.

Mengapakah saya bekerja lebih masa? Ini adalah antara jawapannya:-

1) McDonald’s memberi makanan untuk kali kedua kepada para krew-nya yang bekerja berterusan selama 12 jam atau lebih, yang mana boleh dinikmati di ruang makan krew, atau dibawa pulang.

2) Saya masih bercuti semester, sehingga penghujung bulan November. Ini adalah cuti semester terpanjang dan paling bermakna. Tahniah kepada pentadbiran KLIUC, dan diharap cuti semester seterusnya dapat diberikan sepanjang ini juga supaya para pelajar dalam dan luar negara dapat pulang ke kampung halaman masing-masing.

Ramai juga yang pasti boleh bekerja lebih masa untuk meraih sesuap nasi dan membayar yuran pengajian di kala ibu bapa ada yang hidup mewah dengan kereta baru ataupun hidup sempit di dalam kegawatan ekonomi yang kononnya akan berakhir.

3)  Gaji untuk krew yang bekerja lebih masa ialah 1.5 kali ganda daripada waktu normal. Misalnya di Bandar Baru Bangi, kadar gaji waktu normal ialah RM3/jam. Untuk kerja lebih masa, krew akan dibayar RM4.50/jam, yang mana sangat berbaloi jika dicampur dengan makan sebanyak dua kali jika kerja lebih 12 jam.

Pendek kata, mari kita bayangkan nilai yang diperoleh pula:-

waktu normal + waktu kerja lebih masa + makanan percuma = keseluruhan nilai gaji SEBENAR

(RM3 x 8 jam) + (RM4.50 x 4 jam) + (RM12 x 2 kali) = RM24 + RM18 + RM24 = RM62

Namun, kerja lebih masa ini tertakluk kepada budi bicara pengurus bertugas. Dalam kebanyakan keadaan, kerja lebih masa amatlah digalakkan terutama bagi cawangan yang mengalami masalah kekurangan krew mahupun ketidakhadiran krew yang sepatutnya bertugas.

Misalnya pada 3 dan 4 November, saya tidak hadir, jadi krew yang bekerja selama 8 jam boleh menyambung syif dengan mengambilalih peranan saya, dan seterusnya memperoleh gaji lebih lumayan dan makan percuma. Seronok? Anda juga boleh menjadi krew kasual yang dibayar lebih lumayan untuk bekerja.

Akhir kata, saya terbaca iklan terbaru McValue Lunch, terdapat klausa terbaru yang digunakan McDonald’s, iaitu “untuk masa terhad sahaja”. Mungkin mereka akan menamatkan promosi hidangan tengahari, yang mana akan melegakan kami para krew yang keletihan di ketika tersebut.

Jadi kepada rakan-rakan, gunakanlah peluang yang semakin tertutup ini dan pastikan kami terus sibuk di waktu tengahari, untuk masa terhad sahaja.

Kerja baru di tempat baru, sempena cuti semester KLIUC. Oktober 16, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
1 comment so far

Selepas melakukan pemilihan tempat bekerja sambilan, saya akhirnya telah memilih sebuah restoran makanan segera sebagai tempat bekerja, memandangkan saya akan memperoleh gaji dan juga makanan pada masa yang sama. Mungkin ada rakan-rakan anti-Amerika yang tidak akan senang hati dengan keputusan ini disebabkan sentimen yang mereka miliki.

Oleh demikian, saya harus menjelaskan justifikasi untuk saya bekerja di restoran sebegini, yang mana mungkin sesetengah rakan berhasrat ingin meletupkannya, atau mengebom sahaja sehingga berkecai macam mayat Altantuya di Puncak Alam dahulu.

1) Saya berpengalaman bekerja di sebuah restoran makanan Melayu di Guar Chempedak, Kedah, dengan bayaran RM13 sehari untuk kerja dari jam 12 tengahari sehingga 12 tengah malam dengan tiadanya had kepada makanan yang boleh saya makan, mahupun bawa pulang. Antara yang boleh dinikmati ialah meehoon sup, makanan bergoreng dan juga nasi campur dengan pelbagai lauk yang menyelerakan.

Walaupun sedikit gajinya, ianya amatlah berbaloi kepada saya dan perut saya, apabila berat badan saya meningkat dengan drastik dalam tempoh 3 bulan bekerja di restoran tersebut.

Jadi saya ingin mengkaji adakah keadaan sama akan berlaku apabila saya bekerja di sebuah restoran makanan segera ala-Amerika. Lagipun membazir sahaja membayar untuk rumah sewa di Kajang ini jika ianya ditinggalkan untuk tempoh yang lama semata-mata untuk bercuti.

2) Saya juga ingin membandingkan budaya kebersihan antara restoran makanan segera dengan restoran Melayu yang saya pernah kerja suatu masa dahulu. Alhamdulillah, restoran di Guar Chempedak yang saya pernah bekerja tidak pernah menghadapi tindakan daripada Jabatan Kesihatan atas sebarang kesalahan. Saya ingin melihat adakah restoran makanan segera ini lebih baik, atau pun lebih teruk.

3) Saya ingin membandingkan pendapatan yang diperolehi dan juga keistimewaan para pekerja antara restoran Melayu dan restoran makanan segera yang saya kerja itu, sekadar perbandingan dan panduan untuk rakan-rakan memilih pekerjaan sambilan.

Okey, tempat saya bekerja ialah McDonald’s Restoran Pandu-Lalu Bandar Baru Bangi, bersebelahan dengan Kompleks PKNS Bangi. Jadi jika mahu melihat saya bekerja, itu pun jika anda ada peluang, silakanlah melawat. Lagipun cawangan McD ini adalah yang paling lengkap dari segi kemudahan untuk pelanggan dan pekerja.

Terdapatnya tempat letak kenderaan yang mencukupi, ruang makan luar pintu dilengkapi TV (misalnya bagi yang merokok atau suka menonton bola sepak), jumlah meja yang banyak disediakan yang diserikan dengan alunan muzik ceria (seingat saya lebih kurang 50 buah meja), kemudahan meja besar untuk mesyuarat (dan juga untuk ulang kaji pelajaran), ruang permainan kanak-kanak, tandas besar lagi selesa (termasuk untuk orang kurang upaya, OKU).

Selain itu, bilik khas untuk majlis keraian (seperti hari jadi), perkhidmatan penghantaran McDelivery bagi penduduk sekitar Bangi, dan juga lorong pandu-lalu bagi mereka yang gemar makan dalam kereta atau tiada masa untuk keluar dari kereta untuk membeli hidangan McD kegemaran mereka. Semuanya boleh dinikmati 24 jam sehari, setiap hari.

Pendek kata, restoran ini sangat selesa bagi para pelanggan, namun agak rumit bagi para pekerjanya. Apa lagi yang perlu saya ceritakan? Mungkin soal kebersihan, kerana restoran McDonald’s sangat mementingkan kebersihan restoran iaitu di ruang makan dan juga dapur.

Tandas yang ada akan dicuci setiap 30 minit, meja makan pula dicuci menggunakan cecair penghapus kuman. Nampaknya memang aspek kebersihan itu sangat dititikberatkan, lebih-lebih lagi dengan ancaman H1N1 yang telah menguntungkan para syarikat farmaseutikal sebanyak AS$20 bilion (rujuk laporan AlJazeera English).

Dari segi para pekerja pula, elaun yang menarik diberi untuk yang bekerja di waktu tengah malam, dan pada hari Sabtu/Ahad/cuti kelepasan am. Makanan yang berkhasiat diberikan untuk waktu rehat para krew McDonald’s. Disebabkan ruang makan yang luas dan mencukupi, jadi tidak perlu risau jika datang pada tengahari antara jam 12 hingga 3 petang, meja pasti mencukupi dan dijamin kebersihannya.

Fikirkannya, hanya dari RM5.95 (selepas cukai kerajaan: RM6.25) untuk satu set hidangan tengahari, anda dapat memperoleh makanan berkhasiat di persekitaran yang selesa dan bersih untuk menikmatinya, dan pada masa yang sama para pekerja dijaga kebajikan dengan sempurna. Satu nilai besar untuk jumlah wang sekecil itu.

Sudi meminggirkan sentimen, demi hidangan yang berkhasiat dan menyelerakan? Tepuk dada, tanyalah selera.

Tahniah kepada BN. Pas perlu lakukan “post-mortem”. Oktober 11, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Selepas seminggu parti bertanding, BN dan Pas berkempen untuk meraih undi masyarakat Bagan Pinang, keputusan telah dibuat oleh para pengundi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Isa Abdul Samad menewaskan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan memperoleh undi 8013 berbalas 2578.

Majorti diperoleh Isa:- 5435 undi.

Apakah yang akan berlaku seterusnya?

1) Dengan populartiti sedemikian besar Isa kepada UMNO Negeri Sembilan, pastinya pengaruh Menteri Besar sekarang Dato’ Seri Mohamad Hasan telah menjunam. Jika sebelum pemilihan calon Bagan Pinang, UMNO Teluk Kemang mengugut untuk memboikot pilihanraya kecil ini jika Isa tidak dicalonkan, mungkin MB sekarang akan menjadi mangsa boikot para penyokong Isa yang pasti mahukan Isa naik semula kedudukannya dalam UMNO.

Harus kita ingat, bahawa pada pemilihan Naib Presiden UMNO 2004, Isa memperolehi undi tertinggi, mengatasi Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan juga Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Isa adalah mangsa kepada percaturan UMNO ketika itu, yang menyebabkan penggantungan beliau daripada parti, walaupun rasuah turut berleluasa dalam kalangan calon-calon UMNO lain. Jika peristiwa itu tidak berlaku, kemungkinan Isa boleh menjadi TPM sekarang.

Hasan punya pelbagai sebab untuk merasa rendah diri. Bandingkan sahaja majoriti undi yang diperolehnya pada pilihanraya umum ke-12 dengan majoriti undi Isa pada pilihanraya kecil ini. Di N27 Rantau, Hasan memperoleh 7739 undi mengatasi calon PKR yang memperoleh 3956 undi. Majoriti lebih kecil, hanya sebanyak 3783 undi.

2) Post-mortem menyeluruh akan dilakukan oleh Pas untuk mengenalpasti punca kekalahan besar. Buat kali pertamanya dalam pilihanraya kecil pasca PRU-12, Pas tewas. Dan kali ini dengan majoriti yang sangat besar, yang mana memerlukan usaha luar biasa untuk memulihkan kembali reputasi yang tercalar dengan kekalahan ini.

Peratus undi diperoleh Pas hanyalah 24.3%, paling rendah dalam mana-mana pilihanraya kecil. Antara punca kekalahan Pas pada saya adalah:-

- calon bukan orang tempatan Bagan Pinang

- propaganda “pengkhianat Melayu”

- sokongan kepada calon BN yang juga seorang bekas MB

- kehilangan undi daripada masyarakat India, yang kelihatan kembali kepada BN

- kelemahan jentera Pas sedia ada di kawasan Bagan Pinang dan negeri-negeri bukan tradisi

Demikianlah antara kelemahan yang saya lihat, yang mana setiap daripadanya perlu ditangani dengan sebaiknya untuk pilihanraya kecil yang lain, tidak kira di mana pun lokasinya.

3) Pindaan perlembagaan parti UMNO yang berusaha untuk meningkatkan jumlah yang boleh mengundi jawatan-jawatan tinggi dalam pemilihan UMNO 4 tahun lagi. Diharapkan pindaan ini dapat membantu dalam mengekang aktiviti rasuah yang menjadi duri dalam daging, dan sudah menjadi amalan tradisi dalam parti tersebut, sehinggakan dikatakan sebagai satu kesalahan “teknikal” oleh Perdana Menteri kita.

Itu adalah jangkaan tentang perkara yang akan berlaku, namun apakah pula yang telah berlaku di Bagan Pinang ini?

Satu perkara yang jelas kelihatan, adalah penerimaan masyarakat Bagan Pinang kepada politik wang. Bukan menyalahkan mereka, namun jelas terbukti bahawa politik berteraskan materialisme lebih berakar di hati masyarakat di kawasan Bagan Pinang.

Keadaan ini berlaku kerana masyarakat lebih melihat kepada jasa, bukti pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai di Port Dickson di bawah pentadbiran UMNO/BN. Pinggirkan soal projek terbengkalai, kerana memang rakyat di sana yang suka rela memutuskan untuk menjual tanah yang dimiliki kepada para pemodal industri pelancongan.

Justeru itu, satu usaha pembangunan yang gigih harus direncanakan dalam kalangan negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Memang akauntabiliti menjadi keutamaan kerajaan, namun pembangunan material harus juga diberikan perhatian, misalnya usaha menarik pelabur asing untuk sektor perindustrian, bantuan untuk aktiviti pertanian dan penyediaan pekerjaan yang mencukupi.

Dengan semua ini berlaku di bawah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang stabil kewangannya, seperti di Pulau Pinang dan Selangor, limpahan pembangunan bolehlah dialirkan ke negeri Kedah dan Kelantan dengan pengwujudan industri hiliran atau IKS untuk menyokong industri yang lebih berat dan besar di Pulau Pinang dan Selangor.

Lagipun kita tidak boleh terlalu mengharapkan kepada kerajaan Persekutuan yang semakin kesuntukan wang dan idea, serta kurang kompeten untuk merencanakan pembangunan seterusnya yang memanfaatkan rakyat. Lihatlah sahaja defisit belanjawan, kejatuhan daya saing dan amalan rasuah yang berleluasa yang menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Persekutuan untuk terus relevan.

Oleh kerana kerajaan Persekutuan bersikap berpilih dalam mengagihkan pembangunan, Pakatan Rakyat di 4 negeri boleh dimaafkan untuk tempoh ini jika mereka melakukan perkara serupa, misalnya meminggirkan negeri-negeri lain yang di bawah BN dalam prosedur pemilihan kontraktor untuk projek-projek, mahupun dalam pemilihan kilang-kilang pembekal.

Ini mungkin satu idea yang masih “mentah”, dan boleh diperhalusi lagi untuk penambahbaikan. Yang penting, akhirnya kita akan dapat menyampaikan mesej bahawa Pakatan Rakyat boleh membangunkan 4 negeri dengan lebih cemerlang, dan sudah bersedia untuk menjadi kerajaan Persekutuan.

Dalam hal ini, Selangor telah merintis jalan dengan usaha-usaha menarik pelabur, menambahkan peluang pekerjaan dan membuka tapak-tapak industri baharu. Diharapkan langkah sedemikian dapat dicontohi Pakatan Rakyat di 3 negeri lain, supaya kempen-kempen pilihanraya selepas ini, Pakatan Rakyat juga boleh menunjukkan dan membuktikan keupayaan dalam mentadbir negeri, walau dengan kuasa dan sumber terhad.

Semoga rakyat mampu memperoleh yang terbaik dengan persaingan sihat daripada dua gabungan, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam usaha membangunkan rakyat dan negara ke mercu yang lebih cemerlang.

Teringat pula projek-projek mega yang pernah negara kita lakukan seperti Menara Petronas, mahupun Terowong SMART. Dalam projek sebegini, dua pasukan pembina diwujudkan untuk menggalakkan persaingan bagi memberikan yang terbaik untuk projek yang dibina. Benar, cabaran dihadapi dua pasukan yang bersaing itu pastinya berbeza, seperti mana yang kita pernah tonton dalam rancangan TV di Discovery atau National Geographic.

Namun, begitulah juga dengan dunia politik sistem dwi-parti ala Amerika Syarikat, di mana adat berpasukan, yang mana dipenuhi dengan ahli yang punya falsafah berbeza. Yang penting, pasukan yang berjaya pastinya yang boleh menerima perbezaan dan membicarakannya secara matang untuk hasil terbaik dinikmati oleh rakyat yang akan diutamakan dalam setiap perancangan.

Broadband Oh Broadband, ke Berukband? Oktober 8, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
6 comments

Semakin ramai pengguna Internet di Malaysia yang kini beralih kepada jalur lebar mudah alih, atau disebut “mobile broadband”. Rangkaian Internet jalur lebar No.1 Malaysia, TM Streamyx kini menghadapi persaingan yang amat sengit dalam mengekalkan pelanggan sedia ada dan menarik pelanggan baru.

Usaha yang telah dilakukan TM, iaitu dengan membida hak penyiaran Liga Perdana Barclays (BPL) nampaknya telah gagal, menyaksikan Astro bersama ESPN memenangi hak penyiaran dengan bayaran sejumlah RM800 juta untuk siaran selama 3 tahun, dengan kos bidaan akan dialihkan kepada para pelanggan, seperti baru-baru ini di mana yuran tambahan RM12 dikenakan kepada pelanggan Pakej Sukan Astro atas alasan kenaikan kos penyiaran.

Dijangkakan TM akan mencuba lagi untuk membida hak penyiaran BPL pada tahun 2012, memandangkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dijangkakan siap pada tempoh tersebut, lantas memastikan kualiti siaran yang lebih tinggi.

Rangkaian “streaming” yang dimiliki oleh TM sekarang, Hypp.TV hanya mampu memastikan kualiti siaran yang dioptimumkan kepada pengguna yang melanggani pakej berkelajuan 1.0Mbps ke atas sahaja.

Jadi, kepada pelanggan seperti saya yang menggunakan pakej 1.0Mbps berharga RM110 sebulan, TM menawarkan langganan percuma Hypp.TV selama 12 bulan. Hypp.TV menawarkan 30 saluran, antaranya Aljazeera English, ChannelNewsAsia, Bloomberg dan banyak lagi. Setakat 2 bulan menggunakan Hypp.TV, saya berpuas hati dengan kualiti siaran yang diberikan yang tidak pernah tersekat-sekat.

Apa yang saya dapat perhatikan juga, sejak menonton Hypp.TV juga, perkhidmatan Internet di rumah saya tidak lagi terputus-putus seperti dahulu, ketika saya selalu terpaksa menggunakan Wi-Fi KLIUC dan selalu melaporkan masalah rangkaian Streamyx kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sekalung tahniah untuk TM dan Hypp.TV. Diharapkan lebih banyak saluran yang akan ditawarkan selepas ini, agak bosan asyik menonton Aljazeera sahaja.

Ada lagi cerita Broadband yang menarik di bawah ini.

Jumaat lalu, saya telah ke Sunway Pyramid bersama buah hati saya, Husna Amira untuk membantunya mendapatkan satu pakej “mobile broadband” untuk kegunaannya di UiTM Melaka.

Berdasarkan pengalaman menggunakan Celcom Broadband di Alor Gajah (milik rakan Husna) dan di Yan (milik bapa saya, Encik Rosli), kami berdua sangat kecewa dengan kualiti rangkaian yang diberi Celcom. Maxis Broadband pula, terlalu mahal harganya, dan kuota muat turun hanya 3GB, sangat tidak mencukupi. P1W1MAX pula, dilaporkan sangat laju, namun tiada liputan luas.

Sebelum turun ke Sunway Pyramid, saya telah melakukan kajian saya sendiri untuk membantu Husna. Dengan publisiti yang semakin banyak, saya ketemu dengan satu perkhidmatan “broadband” terbaru, DiGi Broadband. Pakej yang ada agak menarik, terutama “Student Package” bernilai RM58 dengan modem percuma.

Ini peta liputan DiGi ketika Happy mula-mula diperkenalkan. Kini seluruh liputan DiGi dilengkapi EDGE, untuk peta liputan terkini, rujuk http://www.digi.com.my/broadband/coverage.html dan zoom out peta untuk gambaran rangkaian seluruh negara.

Ini peta liputan DiGi ketika Happy mula-mula diperkenalkan. Kini seluruh liputan DiGi berwarna kuning dan oren dilengkapi EDGE, untuk peta liputan terkini, rujuk http://www.digi.com.my/broadband/coverage.html dan "zoom out" peta untuk gambaran rangkaian seluruh negara.

Tentang liputan pula, peta liputan memberitahu saya bahawa di seluruh kawasan rangkaian DiGi di seluruh negara, terdapatnya EDGE, yang mana memberikan kelajuan data lebih laju daripada GPRS, namun kurang laju berbanding 3G.

Saya sebenarnya memang seorang pengguna DiGi pascabayar, yang tersangat yakin dengan kualiti perkhidmatan yang mereka tawarkan, berdasarkan pengalaman langganan selama hampir 1 tahun yang sangat menggembirakan.

Masalah memang ada, banyak juga,  namun ditangani dengan cemerlang oleh saya dan juga kakitangan perkhidmatan pelanggan DiGi, menjadikan penyelesaian sangat mudah diperolehi.

Boleh dikatakan, tindakan mencuba DiGi Broadband adalah satu “gamble” yang sangat merbahaya. Lagipun, liputan 3G Broadband DiGi hanya ada di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Namun, memikirkan Celcom Broadband yang sangat mengecewakan, kami rasa tak rugi mencuba, kerana paling teruk pun kami akan memperolehi kelajuan perkhidmatan seperti Celcom juga. Lagipun, kami sentiasa ada SKMM yang setia mendengar luahan hati, dan sedia bertindak tanpa dolak dalih kepada para penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Lihat pakej Explore. Tawaran terbaru DiGi adalah RM88 sebulan dengan muat turun tanpa had tanpa caj tambahan, walaupun kuota 10GB telah dicapai. Rujuk pihak DiGi untuk butiran lanjut.

Lihat pakej Explore. Tawaran terbaru DiGi adalah RM88 sebulan dengan muat turun tanpa had tanpa caj tambahan, walaupun kuota 10GB telah dicapai. Rujuk pihak DiGi untuk butiran lanjut.

Pergi ke Kedai DiGi Sunway Pyramid, kami dikejutkan dengan tawaran terbaru mereka: RM88 sebulan untuk muat turun tanpa had. Jadi, apa yang kami lakukan, kami pergi ke “laptop” di kedai tersebut yang dilengkapi dengan DiGi Broadband, khusus untuk pelanggan yang ingin mencuba kualiti jalur lebar DiGi. Sambil itu, kami berbincang tentang tawaran RM88 itu.

Saya melayari laman-laman web dan blog kegemaran, seperti Tukar Tiub, Malaysiakini, The Malaysian Insider, termasuklah blog saya sendiri Kelapa Muda. Tertarik dengan kelajuan muat turun yang dilihat di depan mata kepala, Husna bersetuju untuk menerima tawaran tersebut, memandangkan beliau memberitahu bahawa beliau selalu melakukan muat turun fail seperti MP3 dan FLV dari YouTube.

(Dalam kepala saya pula, saya membayangkan keadaan dalam bangunan yang tiada liputan 3G, tetapi DiGi Broadband masih mampu memuaskan hati dengan muat turun yang pantas.)

Modem Huawei E1550. Modem pemberian DiGi lebih cantik, dengan logo dan hiasan khas DiGi Broadband. Namun, modem ini agak besar saiznya, kata Husna. Terima kasih http://johnytim.blogspot.com/.

Modem Huawei E1550. Modem pemberian DiGi lebih cantik, dengan logo dan hiasan khas DiGi Broadband. Namun, modem ini agak besar saiznya, kata Husna. Terima kasih http://johnytim.blogspot.com/.

Selepas itu, Husna membayar pendahuluan RM100 untuk mendapat sebuah modem percuma yang cantik berjenama Huawei E1550 daripada DiGi Broadband. Tiada yuran pengaktifan dikenakan.

Kemudian, kami meneruskan urusan membeli belah barangan dan juga makanan di Sunway Pyramid. Lebih RM300 kami belanjakan pada hari tersebut, dengan RM100 daripadanya dibayar untuk DiGi.

Kami ke Puduraya untuk menghantar Husna ke Alor Gajah, menaiki bas MARA Liner jam 7.30 malam. Bas MARA Liner pada malam itu tersilap laluan, menyebabkan perjalanan hanya 1 jam 30 minit menjadi lebih 2 jam, dan Husna tiba di depan pintu UiTM Melaka pada jam 10.00 malam.

Saya pula, pulang ke Kajang dengan melalui Jalan Loke Yew, seterusnya Jalan Tun Razak, kemudiannya Lebuhraya Sungai Besi (E9 Besraya) dan solat Maghrib di Kawasan Rehat Mines yang ada stesen Esso.

Sepanjang perjalanan, saya melihat kesesakan teruk dialami sepanjang Lebuhraya PLUS antara UPM dan Bukit Jalil. Nasib baik ada Besraya, selepas ini malas nak lalu KL-Seremban lagi.

Risau menanti Husna tiba di Melaka dan mencuba DiGi Broadband dengan kelajuan EDGE, saya tiba di Sri Ros(mah), Taman Sepakat Indah, Kajang pada 8.05 malam (harus diingat saya sempat berhenti untuk solat Maghrib), dengan berlepas dari Puduraya pada jam 7.35 malam.

Motosikal kesayangan saya. Kecil tapi berkuasa dan jimat minyak. Terima kasih http://www.boonsiewhonda.com.my/.

Motosikal kesayangan saya. Kecil tapi berkuasa dan jimat minyak. Terima kasih http://www.boonsiewhonda.com.my/.

Pantas kan, 30 minit sahaja dari Puduraya? Terima kasih kepada motosikal saya tercinta, Honda Wave 100R.

(Jangan pula ajak saya berlumba selepas ini, motosikal saya itu kecil sahaja. Jika mahu ajak berlumba, sediakan saya sebuah 135LC terlebih dahulu=P) Jangan risau, saya tidak akan sahut ajakan berlumba, kerana menyayangi nyawa yang sangat berharga ini.

Nampaknya hasil yang diperolehi, DiGi Broadband terbukti YANG TERPANTAS di UiTM kampus Melaka berdasarkan perbandingan dengan Celcom Broadband milik rakan Husna.

Harus diberi perhatian, kawasan Kampung Lendu, Alor Gajah di mana UiTM Melaka terletak, Celcom memiliki rangkaian hebat HSDPA, 3G dan GPRS. Bandingkannya dengan DiGi yang hanya punya EDGE di kawasan yang sama.

Kepada DiGi, jangan cepat berpuas hati, kerana selepas tulisan saya ini, pasti ramai pelajar UiTM Melaka yang berminat mahu menggunakan DiGi Broadband. Sila utamakan lokasi-lokasi seperti ini, institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk penyediaan rangkaian 3G.

Memang cantik Menara TM dengan lampu sebegini, bersebelahan dengan Universiti Malaya.

Memang cantik Menara TM dengan lampu sebegini, bersebelahan dengan Universiti Malaya.

Para pelajar kampus dan luar kampus memerlukan “broadband” yang lebih pantas, bukan hanya pelajar UM yang memerlukannya ya!

(Universiti Malaya adalah universiti yang paling ke hadapan dalam memperolehi perkhidmatan Internet yang pantas, memandangkan lokasi di bandaraya Kuala Lumpur, berhampiran pula dengan menara TM.)

Untuk dipendekkan cerita, bertindaklah dengan bijak dalam memilih perkhidmatan jalur lebar, pastikan ianya memenuhi keperluan dan menepati jangkaan.

P/S:

1) Untuk pertanyaan lebih banyak tentang DiGi Broadband, TM Streamyx, dan Celcom Broadband, anda boleh gunakan ruangan komen di bawah.

2) Jika ada pertanyaan tentang P1 W1MAX, saya juga boleh menjawab, namun saya akan rujuk rakan KLIUC yang menggunakannya, Zahidah namanya, yang menggunakan W1MAX di rumahnya di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

3) Manakala pertanyaan untuk Maxis Broadband pula, saya akan rujukkan kepada kakak Husna yang di UiTM Shah Alam, Selangor.

4) Jangkakan respons yang agak lambat, kerana saya sedang ber-peperiksaan akhir, doakan kejayaan saya=).

Sambutan pencalonan, seumpama satu kemenangan pula. September 29, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
add a comment

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Mohd Isa Abdul Samad, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Dengan pengalaman 22 tahun sebagai Menteri Besar sebelum diangkat menjadi menteri Persekutuan, pasti beliau seorang calon yang sukar ditandingi untuk pilihanraya kecil ini.

Seramai 10,000 orang menghadiri majlis pengumuman calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil kali ini. Memang jumlah yang amat besar, yang pastinya menggerunkan Pakatan Rakyat sebagai pencabar.

Di sebalik pencalonan Isa, terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian, oleh pihak-pihak yang terlibat, dari mana-mana parti yang bertanding, iaitu BN dan PAS.

1) Kekecewaan yang dirasai oleh Tun Dr. Mahathir akibat daripada pencalonan Isa haruslah dihadapi dengan berhemah. Perdana Menteri boleh mengadakan pertemuan dengan Tun untuk menjelaskan lanjut pencalonan ini, yang mana tujuannya adalah untuk memastikan UMNO Negeri Sembilan tidak berpecah-belah jika Isa tidak tercalon. Pujuk punya pujuk, pasti Tun cair punya.

2) UMNO Negeri Sembilan haruslah dipantau lebih rapi selepas ini. Memandangkan sambutan terhadap pengumuman pencalonan Isa yang memberangsangkan, pastinya Menteri Besar sekarang, Mohamad Hasan akan terasa tempiasnya, memandangkan UMNO punya sejarah perebutan jawatan peringkat negeri yang pasti merisaukan.

Lihat sahaja di Perlis, yang mana bekas Menteri Besar iaitu Shahidan Kassim tidak putus asa untuk meraih semula kedudukan dari Md Isa Sabu, dan juga di Terengganu di antara bekas Menteri Besar, Idris Jusoh cuba untuk menjatuhkan Ahmad Said yang dilantik Majlis Penasihat Pemangku Raja. Mungkinkah perkara sebegitu akan turut berlaku di Negeri Sembilan?

3) Kepimpinan UMNO pusat haruslah gigih menjelaskan kepada rakyat seluruh Malaysia justifikasi di sebalik pencalonan Mohd Isa Abdul Samad untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang ini. Beliau telah dipecat daripada jawatan Naib Presiden UMNO yang baru dimenanginya pada pemilihan UMNO tahun 2004, atas kesalahan politik wang. Rakyat kini beranggapan bahawa UMNO sebuah parti yang mendokong amalan rasuah dengan pencalonan Isa.

4) Pakatan Rakyat terutamanya PAS perlu berusaha gigih untuk memastikan UMNO ditumbangkan di kerusi ini, memandangkan calon BN kali ini mendapat sokongan menyeluruh akar umbi UMNO. Pengundi atas pagar yang kebanyakannya orang Melayu, masyarakat bukan Melayu berpotensi untuk dikuasai. Namun golongan Melayu pro-UMNO dan pengundi pos yang agak sukar dikuasai memerlukan suatu pendekatan luar biasa daripada PAS untuk memastikan undi daripada mereka.

5) Isu dalaman Pakatan Rakyat mungkin juga akan dieksploitasi oleh Barisan Nasional dengan media yang mereka kuasai, itu sudah adat yang tiada siapa dapat nafikan. Terbaru, isu pendekatan siasatan Selcat di Selangor yang dipertikaikan oleh PAS, selain daripada isu-isu berbangkit di Pulau Pinang dan Kedah, termasuk isu “pengkhianat Melayu” di Perak akan dipaparkan dengan kerap bagi menunjukkan gambaran porak-perandanya kerajaan Pakatan Rakyat bagi meraih sokongan masyarakat tanpa akses maklumat yang seimbang.

Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sembilan kini memiliki 20 kerusi DUN, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 15 kerusi DUN, di mana Barisan Nasional menjadi kerajaan dengan majoriti mudah. Pasti pilihanraya kecil ini akan menjadi medan bagi PAS memaparkan kesan positif jika mereka menjadi kerajaan, dan BN akan memaparkan kesan jika kerajaan mereka tumbang di pilihanraya umum seterusnya.

Selamat bertanding untuk calon BN dan PAS di Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang.

Hassan Ali tidak bersalah, hanya kaedah yang beliau tersilap. September 28, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
add a comment

Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr. Hassan Ali telah menegur Selcat, sebuah suruhanjaya siasatan penyelewengan kerajaan lama negeri Selangor agar tidak terlalu menekan dalam kaedah siasatan mereka, yang dikatakan sebagai menjatuhkan maruah penjawat awam.

Tiada ragu-ragu, Pakatan Rakyat tetap utuh dan kukuh. Jangan rosakkannya.

Tiada ragu-ragu, Pakatan Rakyat tetap utuh dan kukuh. Jangan rosakkannya.

Pada asasnya, tidak salah untuk menegur. Memang itu falsafah Pakatan Rakyat, yang dikatakan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang dan keadilan untuk semua. Teguran seperti yang diberikan oleh Hassan memang dialu-alukan, kerana perkara sedemikian dapat menunjukkan semangat permuafakatan yang tinggi, di mana teguran itu tidak dianggap sebagai penghinaan kepada pihak yang ditegur.

Namun, kita juga mempersoalkan, mengapakah Hassan bertindak menggunakan media massa arus perdana untuk meluahkan pandangan tersebut? Beliau Exco negeri Selangor, pada bila-bila masa boleh ketemu atau menghubungi Menteri Besar, Exco lain atau pun pengerusi Selcat sendiri.

Tidakkah beliau sedar bahawa media massa dimiliki oleh parti lawan, sedangkan yang dimiliki oleh pihak sendiri, hanyalah Harakah, Suara Keadilan, Selangor Kini, Warta Darul Aman yang tidak tersebar meluas. Selain itu, terdapat media seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang tidak berpihak.

Jadi, teguran yang lembut ke atas sahabat boleh di”hiperbola”kan sebagai satu hentaman atau ancaman untuk keluar daripada gabungan, seperti komen susulan oleh Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman kemudiannya bahawa PAS tidak akan teragak-agak untuk keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat di Selangor.

Apakah yang sedang PAS Selangor lakukan? Menggali kubur sendiri, atau membuktikan pengaruh dalam Pakatan Rakyat kepada masyarakat Melayu yang segelintirnya masih ragu-ragu? Saya yakin PAS tidak bodoh sehingga mahu gali kubur sendiri. Namun, saya yakin dengan idea kedua, iaitu untuk menarik orang Melayu untuk terus meninggalkan Barisan Nasional yang semakin punah.

Namun, PAS haruslah berhati-hati dalam permainan ini, dan tidak terperangkap dengan dakyah media massa, elakkan daripada tindakan kontroversial yang boleh menimbulkan syak wasangka masyarakat berbilang bangsa. Jika mahu menegur, janganlah tambahkan dengan ancaman mahu keluar daripada Pakatan, sebaliknya tunjukkanlah kematangan dalam setiap tindakan.

Menang DAP Kedah pernah melakukan ancaman serupa, namun saya rasa PAS lebih matang dalam mengambil tindakan. Lagipun masalah di Kedah dengan DAP telah selesai dengan pertemuan Ustaz Azizan Abdul Razak dengan Lim Kit Siang. Mengapa pendekatan sebegini tidak dipraktikkan di Selangor oleh Hassan Ali?

Kita berharap agar Hassan Ali lebih bertimbang rasa dalam memberikan komen, memandangkan idea beliau untuk negeri Selangor memang bernas. Lihatlah tindakan yang pernah dilakukan beliau, antaranya inisiatif untuk melindungi umat Islam daripada arak, yang mana dilihat berjaya mengekang gejala minum arak yang tidak diambil tindakan sepanjang pentadbiran terdahulu oleh Barisan Nasional.

Diharapkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terus teguh, dan memberikan manfaat kepada rakyat secara berterusan seperti yang berlaku sekarang. Tahniah atas kejayaan pentadbiran selama setahun, pastikan kualiti pentadbiran sentiasa diperbaiki kepada yang lebih baik dari hari ke hari.

Selamat Hari Raya. Selamat pulang ke kampung. September 16, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
1 comment so far

Bermula hari ini, 16 September 2009, akan bermulanya musim yang amat merimaskan sebelum tibanya Hari Raya. Ianya adalah musim Balik Kampung yang biasanya akan tiba pada lima hari terakhir bulan Ramadhan. Dalam tempoh ini, mari kita lihat apa yang akan berlaku.

1) Lebih mudah untuk ke Utara.

Laluan di tengah, laluan terus tanpa perlu berhenti di Ipoh Selatan dan Jelapang untuk ke Pulau Pinang dari KL.

Laluan di tengah, laluan terus tanpa perlu berhenti di Ipoh Selatan dan Jelapang untuk ke Pulau Pinang dari KL.

Kepada anak-anak Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kuala Kangsar dan Taiping, pastinya anda mengetahui di manakah tempat di mana “kesesakan epik” tercetus setiap kali musim perayaan, jawapannya ialah Plaza Tol Ipoh Selatan.

Insya Allah, keadaan ini dapat dikurangkan dengan ketara, dengan satu penyelesaian baru daripada PLUS Expressways yang baru sahaja siap, iaitu sistem laluan terus Ipoh Selatan-Ipoh Utara, berbanding laluan yang sebelum ini memerlukan pengguna membayar tol di Ipoh Selatan dan memasuki semula zon bertol di Jelapang.

Tren Shuttle berhenti di stesen keretapi Tanjong Malim.

Tren Shuttle berhenti di stesen keretapi Tanjong Malim.

Kepada orang-orang Ipoh, Gopeng, Tanjong Malim pula, anda sudah pasti mengetahui tentang tren shuttle KL-Ipoh dan Kajang-Ipoh yang melengkapkan tren ekspres ke Hat Yai dari KL Sentral. Sebanyak lima perjalanan sehari, mengambil masa 3 jam dari KL Sentral ke Ipoh. Dijangkakan tren elektrik yang bakal tiba (entah bila, antara 2009 dan 2010) akan mempercepatkan perjalanan antara kedua destinasi ini kepada hanya 2 jam 20 minit dengan kelajuan tren tertinggi ketika itu nanti semaksima 160 km/jam.

2) Diskaun tol untuk lebuhraya sempena musim perayaan.

PLUS akan memberikan diskaun tol 20% untuk pengguna Kelas 1, pada waktu perjalanan antara 12 tengah malam hingga 7 pagi pada tarikh 16, 17, 18, 22, 24 dan 25 September 2009 di semua lebuhraya milik PLUS Expressways Berhad, seperti Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Utara Lembah Klang (NKVE), dan Lebuhraya Elite.

Lebuhraya Pantai Timur.

Lebuhraya Pantai Timur.

MTD Prime, pengendali Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur akan mengadakan tawaran tol percuma di semua plaza tol mereka antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi, tanpa mengira kelas kenderaan, pada tarikh 18 DAN 24 September sahaja, inisiatif pertama sebuah syarikat pengendali lebuhraya. Pasti orang Pantai Timur akan tersenyum lebar.

3) Lima tahanan ISA bebas, sempena Aidilfitri.

Akhirnya bebas selepas 7 tahun. Adilkah ini?

Akhirnya bebas selepas 7 tahun. Adilkah ini?

Menjadikan jumlah tahanan ISA yang dibebaskan kepada 34 sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri, lima orang tahanan beragama Islam ini akhirnya dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Salah seorangnya Mat Sah Mohd Satray, suami kepada aktivis anti-ISA, Norlaila Othman. Beliau ditahan pada April 2002, dan nampaknya baru sekarang diketahui sebagai tidak mengancam keselamatan negara.

Walaupun berterima kasih atas pembebasan, kenangan dan kepahitan dalam tahanan seharusnya tidak boleh dilupakan, selagi akta zalim itu boleh digunakan oleh kerajaan  “Ikut Suka Aku” sahaja untuk menangkap orang-orang yang tiada ancaman pun kepada keselamatan negara, mahupun untuk “melindungi tahanan” seperti dilakukan tahun lalu kepada seorang wartawan.

4) Pasukan 1Malaysia F1Team diumumkan oleh Perdana Menteri.

Model kereta 1Malaysia F1Team. Cantik ke?

Model kereta 1Malaysia F1Team. Cantik ke?

Untuk tahun-tahun permulaan, kegagalan pasukan ini boleh kita terima, itu pun jika tiada wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan yang digunakan melainkan wang para hartawan, seperti mana dilakukan pasukan F1 lain yang mula bertapak.

Dan selepas tempoh lebih kurang lima tahun, sebarang kegagalan tidak boleh diterima, dan jika ada penyelewengan, pasti rakyat mahu hukum pihak-pihak yang terlibat.

Hujah “meningkatkan elemen pemasaran” bagi jenama tempatan memang bernas, namun apa yang harus dipastikan ialah hanya wang milik syarikat pemegang saham dan penaja sahaja yang digunakan, dan bukannya wang kerajaan sebagai “geran” atau apa saja. Tak pernah pasukan F1 buat kerja begitu, buat malu saja.

Harus kita ingat sejarah hitam Malaysia dalam F1, lebih kurang tahun 2002, Alex Yoong menyertai pasukan Minardi Go KL, dan menjadi peserta tercorot. Penaja-penaja tempatan seperti PanGlobal Insurance tidak mendapat pulangan yang sepatutnya gara-gara silap percaturan dan keghairahan untuk meletakkan peserta Malaysia tanpa skil yang mencukupi.

5) Pemberian bonus khas: RM250 untuk Hari Raya, RM250 untuk akhir tahun kepada kakitangan sokongan kerajaan.

Jika mahu dibandingkan dengan staf-staf syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang kerap kali memperoleh bonus sehingga 3 bulan gaji, pastinya jauh panggang dari api. RM250 memang jelas tidak cukup untuk menampung kos menghantar anak ke sekolah bagi yang sudah berkeluarga, apatah lagi untuk membayar yuran sekolah yang kononnya percuma, menurut kempen PRU-12 Barisan Nasional.

Banyak skim sebegini disediakan untuk kakitangan kerajaan. Yang tidak dapat tanggung kos, terpaksa meminjam. Aduh.

Banyak skim sebegini disediakan untuk kakitangan kerajaan. Yang tidak dapat tanggung kos, terpaksa meminjam. Aduh, masih lagi nak tubuhkan pasukan F1?

Ada yang berkata, bahawa kakitangan kerajaan harus bersyukur. Pada saya, kerajaanlah yang harus bersyukur kepada jasa kakitangan kerajaan, dan menghargai mereka atas kerja keras, dan juga sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada kerajaan sekarang, sehingga sanggup bekerjasama menggadaikan maruah menjatuhkan sebuah kerajaan negeri yang popular di mata rakyat.

Diharapkan Hari Raya kali ini lebih bermakna, dan semua kita dapat mengubah cara hidup demi menjadikan sambutan ini sederhana tetapi bermakna.

Tunjukkan kepada kerajaan hasil penjimatan kita itu, dengan memastikan cukai korporat yang mereka perolehi kali ini lebih merudum. Memang mereka yang suruh kita jimatkan belanja kan? Sahut sahaja seruan mereka.