jump to navigation

ERL tawar harga RM5 dari KL Sentral ke LCCT..apa motifnya? Mac 9, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , ,
trackback

Sewaktu saya ingin menyertai demonstrasi GMP, saya bergerak dari Putrajaya dengan menaiki tren KLIA Transit terus ke KL Sentral. Setibanya di sana, saya cuba mengambil jalan singkat terus ke Istana Negara dengan berjalan kaki. Namun, segerombolan anggota FRU menghalang jalan, menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berpatah balik ke KL Sentral dan menaiki LRT ke Pasar Seni.

Semasa mendekati kaunter KLIA Transit, terdengar seorang staf KLIA Transit mempromosikan tambang RM5 dari KL Sentral ke LCCT, namun nampaknya tiada yang memberi perhatian. Mungkin boleh pinjam pembesar suara dari FRU selepas ini.

Namun, suara perlahan staf tersebut memang menarik perhatian saya untuk berfikir sejenak. Mengapakah tambang murah itu tidak diumumkan dengan lebih meluas? Mengapakah tambang tersebut terlalu murah? Hanya RM5. Dari KL Sentral ke Putrajaya pun tambangnya adalah RM9.50.

Saya boleh mengeluarkan pelbagai jawapan untuk melegakan diri. Rasanya, lebih baik saya diam diri seketika, dan bantu sedikit kempen dari pihak ERL ini dengan meletakkan tawaran mereka ini sebagai tajuk post saya ini. Saya berharap agar pihak ERL tidak berputus asa dalam menawarkan tambang yang berpatutan dan menggalakkan pengguna LCCT menggunakan perkhidmatan mereka. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah.

About these ads

Komentar»

1. Firdaus Rosli - Mac 7, 2010

Tambang RM5 itu sebagai pengenalan kepada perkhidmatan transit ke LCCT yang disediakan oleh pihak ERL.

Kadar tambang sekarang ialah RM12.50 dari KL Sentral ke Salak Tinggi, dan seterusnya perkhidmatan bas percuma antara Salak Tinggi ke LCCT yang hanya mengambil masa 15 minit, dan bas disediakan setiap kali tibanya tren ERL dari KL Sentral ke stesen Salak Tinggi.

Saya sudah mencuba, dan saya dapat merasai keselesaannya. Perjalanan mudah tanpa menempuh kesesakan dari KL Sentral, serta perkhidmatan bas pengantara yang mesra, tanpa mengharungi kebisingan para promoter tiket SkyBus mahupun Aerobus.

Perkhidmatan ini, jelas sekali penghubung terbaik LCCT dengan KL Sentral.

2. zana - Julai 10, 2010

yes..saya setujuh sangat ERL transit ke LCCT harga tak jauh beza dengan bas express sedia ada ..perkhidmatan ERL sangat memuaskan mesra pengguna dan selesa..KL Sentral ke LCCT


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: