jump to navigation

Proton Exora, model berpotensi besar! Mei 9, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Melihatkan kepada sambutan kepada tulisan mengenai Proton Exora dan Chery Eastar, saya terasa ingin meneruskan tentang Proton Exora, kerana terdapatnya berita-berita menarik mengenai model ini, yang semakin mendapat perhatian dari dalam dan luar negara.

Jamulah mata anda dengan gambar-gambar ini untuk membantu anda memilih warna untuk Exora baru anda nanti:-

Exora dalam pelbagai warna

Exora warna Biru Kabus (Blue Haze)

Exora warna Kelabu Besi (Metal Grey)

Exora warna Kelabu Besi (Metal Grey)

Exora warna Hitam Ketenangan (Tranquility Black)

Exora warna Hitam Ketenangan (Tranquility Black)

Exora warna Perang Pirit (Pyrite Brown)

Exora warna Perang Pirit (Pyrite Brown)

Exora warna Biru Gaia (Gaia Blue)

Exora warna Biru Gaia (Gaia Blue)

Exora warna Putih Asli (Solid White)

Exora warna Putih Asli (Solid White)

Enam warna semuanya. Untuk membantu anda dalam mengumpul wang tempahan untuk Exora, ini butir-butir bayaran yang harus dijelaskan:-

  • Proton Exora Baris Tinggi (High Line), Transmisi Automatik (AT) – RM75, 998 harga di atas jalan (OTR)
  • Proton Exora Baris Sederhana (Medium Line), Transmisi Automatik (AT) – RM69,998 harga di atas jalan (OTR)
  • Yuran Tempahan RM1,000. Yuran tempahan boleh dipindahkan (dengan dokumen yang lengkap) kepada waris terdekat, namun tidak akan dikembalikan jika tempahan ditukar kepada model Proton yang lain.
  • Model, warna dan cawangan pengedar yang berbeza akan berbeza dari segi tempoh penghantaran kereta.
  • Tempoh jaminan pengeluar adalah 3 tahun atau 100,000 kilometer pertama, yang mana lebih dahulu.
  • Tempoh Jaminan Lanjutan (EWP) adalah 2 tahun atau 75,000 kilometer seterusnya, yang mana lebih dahulu.
  • Kadar faedah pinjaman ialah 3.75% sehingga 9 tahun dengan Tempoh Jaminan Lanjutan (EWP), Standard.
  • Kos penyelenggaraan dijangkakan pada RM1,980 untuk 2 tahun pertama.
  • Kekerapan servis selepas 3 servis pertama adalah pada sela jarak perjalanan setiap 10,000 kilometer.

Maklumat diperolehi dari Blog Kelab Proton Exora, hanya dialih bahasa, laman blog tersebut boleh diakses di protonexora.com.my

Selain itu, mungkin ini penyelesaian kepada masalah Proton Perdana V6 oleh ketua-ketua jabatan, kerajaan negeri dan persekutuan (mungkin kerajaan negeri Kedah boleh membatalkan tempahan Perdana V6 mereka):-

Proton Exora Prestige dilengkapi dengan aksesori dan upholsteri mewah, sesuai untuk golongan korporat dan pemimpin, dan juga orang yang berasa tidak cukup dengan Exora biasa sedia ada.

Proton Exora Prestige dilengkapi dengan aksesori dan upholsteri mewah, sesuai untuk golongan korporat dan pemimpin, dan juga orang yang berasa tidak cukup dengan Exora biasa sedia ada.

Tidak lupa, bakal pesaing hebat kepada Honda Stream:-

Proton Exora Prime dengan warna Putih Asli, pasti menarik golongan eksekutif, terutamanya lelaki untuk membeli sebuah.

Proton Exora Prime dengan warna Putih Asli, pasti menarik golongan eksekutif, terutamanya lelaki untuk membeli sebuah.

Malang sekali, harga untuk varian baru Prestige dan Prime ini belum diketahui. Jadi, kita tunggu dan lihat adakah ianya berpatutan harganya untuk dimiliki.

Kepada yang mementingkan aspek keselamatan mengatasi harga, jangan khuatir kerana Exora sudah melepasi ujian perlanggaran Euro NCAP, dan memperolehi taraf 4 bintang untuk ujian tersebut. (Ibarat Band 5 untuk MUET, Band 7 untuk IELTS…sekadar rujukan)

Berita lain berkenaan Exora adalah minat daripada pengedar Proton Australia untuk memasarkan Exora di sana, namun masih di peringkat perbincangan, terutama dari segi penentuan harga dan kapasiti enjin yang masih terhad.

Semoga Exora terus maju, dan menjadi model yang menyinari masa depan Proton di kala syarikat automotif lain menghampiri kebankrapan, seperti Chyrsler di Amerika Syarikat.

About these ads

Komentar»

1. pian - Mei 14, 2011

saya dah planning nak sambar exora bulan depan tapi masih terpikir2 nak yang auto atau manual.minta pandangan dari you all..

2. teruna exora - Julai 3, 2011

”pilihan untuk memiliki proton exora adalah keutamaan saya namun
impian itu hanyalah berupa angan2 sekadar,namun suatu hari pasti dengan izin Allah untuk dilimiki oleh saya….”

3. Dino - Julai 10, 2012

Kenapa naked Dapat stoke Protons Exora warna putih ni lambat sangat. Janji pihak protons mengatakan stoke sentiasa adapted Dan apabila lian saya sudah lulus adakan saya naked tunggu 6 bulan baru Dapat kereta protons Exora warna putih. Pihak protons juga tahu bahawa warna putih adalah warna pilihan utama jadi keluarlah kereta yang warna putih banyak2. Sekarang saya tunggu sehingga 15 Hb Jika Saya masih tidak Dapat kereta Exora warna putih saya akan cancel loan saya Dan saya akan bawa masaalah ini kelak tribunal penguna


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: