jump to navigation

Penuntut Politeknik, anda bukan lagi pelajar kelas kedua! Jun 21, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Pasti ramai pelajar yang menuntut di Politeknik yang selalu berkata begini, ” Saya pelajar politeknik sahaja, tak hebat macam pelajar IPTA,

Politeknik Johor Bahru, salah satu daripada politeknik di Malaysia

Politeknik Johor Bahru, salah satu daripada politeknik di Malaysia

IPTS.”

Hentikan kata-kata itu! Ada berita gembira untuk anda dari The Star…biar saya terjemahkan.

Politeknik Akan Dinaikkan Taraf Setanding Universiti

Standard politeknik akan dinaikkan untuk membolehkan mereka menawarkan kurus ijazah kepada para pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khalid Nordin berkata beliau telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Politenik untuk menjalankan kajian terhadap cadangan tersebut secepat mungkin.

Beliau berkata langkah tersebut juga bertujuan memperbetulkan persepsi bahawa politeknik adalah institut “peluang kedua” bagi mereka yang tidak dapat memasuki universiti awam.

“Pada masa ini, politeknik menawarkan kursus diploma. Kita mungkin akan menaikkan standard tiga atau empat politeknik untuk peringkat awal dengan membolehkan mereka menawarkan kursus ijazah.

“Kita mensasarkan supaya politeknik berada setaraf dengan universiti awam, untuk dijadikan sebagai alternatif kepada pelajar,” kata beliau selepas  melancarkan anugerah pelajar cemerlang Parlimen Pasir Gudang, Johor, semalam.

Mohamed Khaled, yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, berkata kementerian tersebut juga mempertimbangkan untuk menawarkan tempat yang lebih banyak di politeknik, kerana sejumlah 120,000 orang telah memohon, dan hanya 20,000 tempat ditawarkan.

Beliau berkata, jumlah permohonan tersangat tinggi kerana pelajar politeknik lebih mudah untuk mendapat kerja selepas tamat pengajian.

“Sesetengah politeknik dijangkakan akan menekankan kursus-kusrus utama seperti diploma teknologi maklumat (IT), dan juga mempertingkatkan kerjasama dengan universiti.”

Tentang penyusunan semula peperiksaan SPM dan STPM, Mohamad Khaled berkata tindakan tersebut akan meningkatkan kualiti pelajar yang memasuki universiti.

Pasti ramai pelajar politeknik yang akan bersuka ria dengan berita ini. Semoga anda teruskan belajar dengan gigih, buktikan diri anda mampu berdiri sama tinggi dengan pelajar-pelajar universiti, walaupun anda tidak “gempak” di peringkat sekolah.

Saya sangat berharap agar cadangan menteri ini menjadi kenyataan, agar para universiti dapat mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran mereka agar tidak ditandingi oleh politeknik. Harus kita ingat, di negara lain, politeknik dan institut memang boleh menandingi universiti awam.

Saya petik senarai 200 universiti terbaik dunia Times Higher Education Supplement, dan yang saya senaraikan ini hanyalah yang menggunakan nama “institute”, “school”,  “college” atau “polytechnique” sahaja.

6. Imperial College, London

9. Massachusetts Institute of Technology, US

22. King’s College, London

24. Swiss Federal Institute of Technology, Switzerland

34. Ecole Polytechnique, Perancis

49. Trinity College, Dublin

50. Ecole Polytechnique Fédérale de Lausanne, Switzerland

54. Dartmouth College, US

61. Tokyo Institute of Technology

66. London School of Economics

83. Georgia Institute of Technology

95. Korea Advanced Institute of Science & Technology

109. Technion— Israel Institute of Technology

154. Indian Institute of Technology, Delhi

173. KTH, Royal Institute of Technology, Sweden

174. Indian Institute of Technology, Bombay

174. Rensselaer Polytechnic Institute, US

Melihat kepada senarai ini, pasti semangat para penuntut politeknik akan bersemarak dengan lebih membara. Lagipun, apa maknanya taraf “universiti”? Tiada banyak beza pun. Hanya nama sahaja yang berbeza, mungkin kita masih cuba mencari nama terbaik buat IPT kita.

Pendapat saya, dengan politeknik menawarkan kursus ijazah nanti, tidak perlulah nama mereka ditukarkan dari politeknik kepada benda-benda lain seperti “institut” atau “universiti” atau “kolej”. Biarkan saja namanya begini. Orang sudah kenal PUO itu Politeknik Ungku Omar. POLIMAS, sebuah politeknik di Jitra, Kedah.

Dulu Institut Teknologi Mara, ITM,

kini Universiti Teknologi Mara, UiTM. Tak banyak beza, tak universal pun. Hanya Melayu boleh masuk. Jadi institut pun dah okey.

Dulu IKRAM,

kemudian Kolej Ikram,

selepas itu Ikram College of Technology,ICT,

kini Kuala Lumpur Infrastructure University College, KLIUC.

Prof. Dato Wira Ir. Dr. Mohammad Noor Haji Salleh
Prof. Dato’ Wira Ir. Dr. Mohammad Noor Haji Salleh

Selepas ini apa pula?

Kata Prof. Dato’ Wira Ir. Dr. Mohammad Noor Haji Salleh, Presiden KLIUC pada majlis perasmian minggu orientasi pengambilan Jun 2009 (yang saya pengerusikan bersama Syaza Ismail), kolej kami nanti akan jadi universiti penuh. Alhamdulillah, kerana nama kolej ini mungkin akan jadi lebih ringkas, dan mudah diingati.

Apakah nama Universiti kami itu nanti? IUM – Infrastructure University of Malaysia? ‘Sempoi’ juga. Tapi macam hampir dengan UM – Universiti Malaya. Nanti orang terkeliru pula.

Apa kata kita guna nama MIU – Malaysia Infrastructure University, atau MUI – Malaysia University of Infrastructure?

Paling penting, pastikan namanya ringkas, mudah diingati, dan memaparkan matlamat universiti baru yang akan jadi milik kita nanti.

Jangan pula kita kalah dengan Politeknik yang akan jadi saingan kita selepas ini, malu nanti!

About these ads

Komentar»

1. zulpenang - Julai 19, 2009

saya sokong poly tawarkan ijazah.Politeknik ungku Omar,PUO adalah poly yg terawal dibina (1969), malah lagi ‘tua’ dari institusi pendidikan bertaraf universiti lain.Malah pendidikan teknikal bercorak ‘hands on’ pertama di peringkat ijazah dimulakan di UTHM yang pada asalnya adalah Politeknik Batu pahat yg kemudian ditukar kpd. Pusat Latihan Staf Politeknik(PLSP),ditukar lg kpd Institut Teknologi Tun Husin Onn(ITTHO) dan menjadai KUiTTHO dan sekarang UTHM…pergh panjang sejarah politeknik di Msia ni,kiter ajer x nampak…
tapi, bila Poly menawarkan program ijazah, diharapkan program sijil, diploma dan diploma lanjutannya perlu diteruskan juga..dan syarat kemasukan ke Poly pun perlu lebih ketat.. mungkin yang kurang kelayakan atau program sijil di Poly boleh dilaksanakan di Kolej Komuniti.

2. MPC.Net - Julai 20, 2009

apa ada pada nama kan? harimau mati meninggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. jadi nama itu ada simboliknya tertentu dan tersendiri :)

3. maryah - Ogos 18, 2009

ape beza politeknik dgn kolej komuniti?

Firdaus Rosli - Ogos 18, 2009

Kolej Komuniti, jika saya tak silap, di bawah Kementerian Pelajaran.
Manakala Politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Betulkan jika saya salah ya, namun kedua-duanya berbeza, kerana Kolej Komuniti kini berada di setiap daerah di Malaysia, berbanding Politeknik yang jumlahnya terhad.

4. fazli - Januari 4, 2010

ye….. saya setuju dengan idea politeknik tawarkan program degree di politeknik… cadangan yg sangat bagut….. sape kata student poli tak bagus….. pelajar poli still ada their own quality….. ipta sama je pgn poli.. so to all my frez jgn rase rendah diri.. be ur self n proud with ur own self….

-fazli-
PMM-Dip. Akauntansi 2007-2008

5. PIRDAUS,PENANG - Februari 25, 2010

sangat setuju saya kelulusan sijil politeknik Kota Kinabalu,Diploma Di PUO…sekarang nak sambung advance lau ada KSS lagi baik kerana terutama saya yang telah bekerja boleh kerja sambil belajar

6. MOHAMMAD FIRZAN IZWAN BIN YUSOP - Februari 26, 2010

bagus jgak, tp lepas dpt diploma kejuruteraan kapal, lepas tu nak smabung ijazah di mana??

7. jef - Mac 18, 2010

bangus gak.ade ijazah nanti ,tapi saye dengar peringkat sijil akan dibubarkan, betulke?

8. syafiq - Mac 29, 2010

sy cadgkan ketiga tiga politeknik yg dinaik taraf menawarkan kursus ijazah yg sama..senang kate….tiga2 sama adil…ini kerana ramai pelajar politeknik yg mencpai cgpa 3.5 ke atas yg nak smbung degree tapi tak diberi peluang ke u…lgpun pelajar u yg dpt 2.5 kt u diorg le smbg degree senang2 jek…tapi ktrg lgsg tak diberi peluang…cayok pelajar poli….tunjukkan kte ni bukan cikai2 graduan….

Pelajar Universiti - November 25, 2011

cgpa 2.5 di universiti sme sje tarafnya dgn cgpa 3.5 di politeknik.
jgn plekehkan kualiti pljr ipta.. ktorng kat sini nk dptkan pointer 3 ke atas susah.. tak sme mcm poli..subjek lgi ringan ^^

9. asing - April 9, 2010

alhamdullh lw skg ni krjaan mnwarkan dgree d 3 buah poli,lg pn pljr poli skg ni hbt2,ble mnndngi pljar U,xsmstinya nk jd hbat msti msuk U,msuk dgree kt poli pn ble,tgok sapa yg jd IR nt,msti budk poli.

10. abc - April 14, 2010

hye
i berminat untuk memasuki KLIUC dalam corporate communication
camenr ek saner?
ok ke?
environment.. student .. lecturers ok?
mostly international student ke?

11. jiji - April 20, 2010

bagus jugak poli nnt ada degree, so xssh2 lah stdnt dr poli ng smbung degree. mcm saya skg smbung degree di uum. so kalau ada program degree kt poli, xperlu ada persaingan ngn student lain. sbb sperti sdia mklum pljar poli di pdg sblh mata oleh IPTA tmptn. so kita kena buktikan yg kluaran politeknik juga berkualiti. knowledge & skills perlu lah seimbang mcm student politeknik. tu yg laris di pasaran.

12. PELARJAR POLITEKNIK MALAYSIA - April 20, 2010

pelajar poli skrg semakin sama taraf dengan pelajar di mn2 universiti….lg pun pelajar poli memiliki kemahiran dan pengalaman dialam pekerjaan, kerana mereka menjalankan latihan industri ketika diploma mahupun sijil… jiku di universiti,pelajar yg menjalankan latihan industri diberi kepada pelajar yg mngikuti kursus ijazah shj… tidak dinafikan Universiti Teknologi Malaysia lbh bnyk juga mnjalankan aktiviti amali, ini dsebabkan mereka mmpunyai sumber2 dan peralatan yang baru dan canggih… Walaupun politeknik2 x mmpunyai peralatan yang canggih tetapi melalui peralatan yang tidak seberapa itu pelajar2 nya dapat mmpraktikkan dengan jayanya… Diharapkan slepas ini politeknik2 di seluruh malaysia tidak dianaktirikan lagi…. dan peluang bagi melanjutkan pelajaran perlula dibuka dengan bnyak bagi bekas pelajar politeknik… sekali lagi sy ucapkan tahniah kepada politeknik2 yang terpilih untuk dinaik taraf terutamnya Politeknik Ungku Omar(PUO)…

Pelajar UniSZA - November 25, 2011

sye pelajar diploma Universiti pun dah jalani latihan industri. bukan untuk degree sje mcm yg awk cakap tu..siap kene buat tesis lagi..sistem universiti skrg dah lain ^^,

13. farid - Mei 3, 2010

“Dulu Institut Teknologi Mara, ITM,

kini Universiti Teknologi Mara, UiTM. Tak banyak beza, tak universal pun. Hanya Melayu boleh masuk. Jadi institut pun dah okey.”

ini statement orang tak penah datang uitm..hehehe..

poli upgrade jadi universiti bagus juga..
lebih banyak peluang untuk pelajar poli tamat diploma sambung pengajian..persaingan terlalu banyak di ipta..

14. Alfunsi - Mei 30, 2010

adakah puo sja yg bgus??
poly lae xbgos ker?????

15. wind ng - Jun 22, 2010

betst poly ne….
ad kah ex student bidang kejuruteraan elktrolik perubatan d poly shah alam?
saya jun ne masuk bidang tu..so nak saje nak tahu apa peluang kerja dorang n cm mana study bidang tu? plz plz

16. wind ng - Jun 22, 2010

kalau ada send je lah emil kat sya
awing_ruslih@yahoo.com
fb: wind ng

17. afi89 - Julai 25, 2010

sesiapa ade mengambil kos kejuruteraan elektronik perubatan..??
saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang bidang ni..

18. Mimizarina - Ogos 18, 2010

lps 3 poli 2 wat degree.. buatla kat poli lain pulak degree.. saya dari PKB kos diploma kejuruteraan mekanikal ( pertanian) pun nk smbg degree gak..smbg di poli lbh baik dr di U..sbb suasana dye lain..bila masuk U jd takutla pulak..Insyaallah 1 hari nnt sy smbg gak..

19. SKE4A 2006 - Ogos 30, 2010

go PSA,go PSA..Cayalah poli shah alam nk naik taraf jadi universiti..kekalkan ustaz khirul nafisham di poli itu bru mantap PSA kalu dh jd U nnti..huhu

20. afi89 - September 22, 2010

ade sesiapa yg akan masuk intake november ni,
dengan menggunakan lulusan matrikulasi???

21. student UTM - November 28, 2010

kejuteraan elektronik perubatan tu bkeitan dgn instrument yg digunakan dlm bidang perubatan….cthnya, body temperature measurement..blood measurement..dll

22. lee fadzli - Disember 12, 2010

boleh tak lanjutan ijazah di buat tahun depan?sbb tak sbar nie nak sambung.hehhe

23. Pe'oi - September 24, 2011

peh.. power la poli… kan best dr advance diploma ada tapak tok sambung g degeree melalui politeknik gak..

Pelajar Universiti - November 25, 2011

tahniah untuk anda yang bgelar warga politeknik. bljr kat ipta dgn poli sme je.. :)

24. NurIzzaty - Jun 2, 2012

bakal menjadi wage PUO,huhu,,best tak ek,,????
peluang pekejaan bile kuar cam ne,??
senag tak nanti nak sambung degree,,,,,,
bile nak dinaikkan taraf,,hOpe lpas sayer abes diploma dah dinaiktaraf, ;)


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: