jump to navigation

Permintaan perkhidmatan bas turun 20%…siapa gatal minta surcaj? Jun 25, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Berita bisnes hari ini membawa kepada satu kemenangan kepada rakyat, para pengguna yang menggunakan bas untuk pulang ke kampung, atau pergi kerja sehari-hari. Konsortium Transnasional Berhad hari ini melaporkan bahawa permintaan kepada perkhidmatan bas telah menjunam sebanyak 20 peratus sejak April tahun ini.

Jumlah penumpang Transnasional ke Singapura jatuh 40% akibat kenaikan tambang dan virus H1N1.

Jumlah penumpang Transnasional ke Singapura jatuh 40% akibat kenaikan tambang dan virus H1N1.

Atas sebab itu, perolehan syarikat tersebut telah mula terjejas dan pengerusi/pengarah pengurusan’nya Nadzmi Mohd Salleh kini muncul dengan cadangan baru untuk menyelesaikan masalah ini.

Di The Malaysian Insider, beliau dipetik sebagai mencadangkan supaya tambang bas ekspres dinaikkan secara tahunan, iaitu antara 5 ke 7 peratus setahun. Wah! Hebat betul cadangan Dato’ ini! Katanya lagi,

“Kenaikan secara minima tetapi berkala setiap tahun akan memberikan peluang kepada masyarakat untuk menyesuaikan diri secara perlahan-lahan kepada kadar tambang yang baharu.”

Okey, mari kita bayangkan apa yang berlaku jika cadangan ini dijadikan suatu realiti. Perbandingan dibuat berdasarkan kadar tambang bas antara Kuala Lumpur dan Alor Setar (memandangkan perkhidmatan ini yang saya kerap gunakan sebelum ini).

TAMBANG BAS EKSPRES BERHAWA DINGIN KUALA LUMPUR-ALOR SETAR

2007-2008: RM30.00

2008-SEKARANG: RM39.00

JIKA CADANGAN DATO’ NADZMI DITERIMA OLEH KERAJAAN:

Beliau cadangkan kenaikan tambang bas ekspres secara tahunan.

Beliau cadangkan kenaikan tambang bas ekspres secara tahunan.

2010 (Jika kenaikan tambang 5%): RM40.95

2011 (Jika kenaikan tambang 7%): RM43.80

2012 (Jika kenaikan tambang 6%): RM46.45

2013 (Jika kenaikan tambang 5%): RM48.75

2014 (Jika kenaikan tambang 6%): RM51.70

2015 (Jika kenaikan tambang 7%): RM55.30

BAYANGKAN..KENAIKAN SEBANYAK RM25.30 DALAM TEMPOH HANYA 7 TAHUN. IANYA JUGA BERMAKSUD KENAIKAN TAMBANG SEBANYAK 84% DALAM TEMPOH TERSEBUT.

Penyu, simbol Kuala Terengganu.

Penyu, simbol Kuala Terengganu.

Bijak, bijak, macam biawak! Tolonglah fikirkan juga kesusahan masyarakat dalam keadaan sebegini, selain daripada fikiran kapitalis Dato’ itu. Memang permintaan berkurangan, tetapi Dato’ perlu juga fikirkan bagaimanakah pula keadaan jika satu-satu tempat itu tiada pengangkutan alternatif selain daripada bas ekspres. Contohnya Melaka, Kuantan, atau Kuala Terengganu. Mereka di tempat ini tiada lagi cara lain jika mahu pulang ke kampung halaman, atau jika wujudnya kecemasan.

Mungkin Dato’ boleh berikan segala macam sebab untuk kerajaan merestui cadangan Dato’ itu, antaranya kenaikan kos gaji pekerja, bahan api, penyelenggaraan dan alat ganti bas. Namun, adakah kos-kos untuk semua ini meningkat setiap tahun? Saya tidak rasa begitu, terutamanya dalam keadaan ekonomi perlahan sekarang.

Pada saya, jika Dato’ mencadangkan seperti ini, ianya memang satu langkah “suicide” kepada industri pengangkutan awam di negara ini. Hal ini kerana, hanya syarikat Dato’ iaitu Transnasional yang mempunyai laluan paling menyeluruh di Semenanjung Malaysia. Syarikat lain yang punya laluan yang terhad, pasti akan gulung tikar kerana tidak mendapat sambutan akibat protes masyarakat.

Sekarang, untuk pengetahuan Dato’, sebenarnya terdapat satu trend baru, di mana masyarakat sudah tidak mengambil kisah masa perjalanan dengan menggunakan pengangkutan awam. Mereka sanggup mengambil masa perjalanan 12 jam di dalam keretapi dari Kuala Lumpur ke Gurun, Kedah misalnya pada kadar tambang hanya RM19, setengah daripada tambang bas ekspres untuk perjalanan yang sama.

Mengapa? Mudah sahaja. Mereka tidak mampu, dan ingin menjimatkan sumber ke tahap semaksima yang boleh. Harus diingat, golongan ini semakin meningkat jumlahnya dari hari ke hari gara-gara pergolakan ekonomi semasa.

Okey, satu lagi trend menarik. Ada kumpulan masyarakat yang lebih bijak, terutamanya yang mempunyai adik-beradik/rakan-rakan yang tinggal di kota.

Abang/kakak sulung selalunya membeli sebuah Kancil atau Kelisa atau Myvi atau mana-mana kereta terpakai, semata-mata untuk membawa adik-beradik atau rakan-rakan bersama-sama pulang ke kampung halaman, dan kos perjalanan dikongsi bersama.

Kemudiannya, mereka akan mengadakan perjalanan di waktu tengah malam untuk mendapatkan diskaun kadar tol sebanyak 10%.

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan, lagipun ini sesama perempuan, bukannya "kapel".

Kumpulan ini dapat menjimatkan belanja dengan sangat signifikan, namun jika rakan-rakan berbeza jantina, seronok dapat berhimpit-himpit di dalam kereta, bermesra-mesraan sesama “kapel” di dalam sebuah Perodua Kancil berisi 6 orang penumpang, setara dengan MPV Naza Ria.

Mungkin itu situasi yang jarang-jarang berlaku, namun saya rasa ianya tetap berlaku sekali-sekala. Apa kata kita bayangkan masa depan pula?

Selepas ini, mungkin akan ada pula konsep “konvoi bermotosikal pulang berhari raya”. Sekumpulan anak

Ini konvoi budak-budak baik. Bagus kan? Takde minah pun.

Ini konvoi budak-budak baik. Bagus kan? Takde "minah" pun.

muda dengan motosikal kesayangan mereka, 135LC/EX5/Lagenda akan pulang ke kampung bersama-sama dengan teman wanita. Wah, itu mungkin seronok. Tak kisah sakit punggung, asal dapat “cerah mata” dalam kehangatan pelukan teman wanita kesayangan sepanjang perjalanan.

Jangan kata ini mustahil. Salahkan Dato’ Nadzmi jika itu berlaku. Beliau yang buat cadangan gatal kenaikan tambang bas secara tahunan, membuatkan anak muda ini geram dan tertekan kerana tidak mampu pulang ke kampung.

Jadi, siapa yang kita boleh harap untuk kekang keghairahan anak muda seperti kami?

Mungkin hanya pengangkutan moden tertua negara, Keretapi Tanah Melayu yang boleh diharap sekarang.

Di kala bas ekspres hilang 20% penumpang, KTMB pula boleh menyediakan majlis keraian untuk keuntungannya dalam tahun kewangan 2009 ini. Sediakan wang keuntungan untuk diagihkan kepada staf-staf yang berdedikasi sebagai bonus tahunan.

Hal ini disebabkan sambutan hangat kepada Tren Shuttle yang telah KTMB perkenalkan, antaranya Kuala Lumpur-Seremban, Kuala Lumpur-Rawang, dan Kuala Lumpur-Ipoh.

Hanya hulurkan sehelai wang kertas merah RM10 kepada kerani kaunter KTMB yang mesra di KL Sentral, duduk

Ini kerusi tren KTM kelas kedua, hanya RM17 dari KL ke Ipoh. Kelas ekonomi RM10.

Ini kerusi tren KTM kelas kedua, hanya RM17 dari KL ke Ipoh. Kelas ekonomi RM10.

diam-diam dalam tren selama 2 jam setengah, kemudian “Welcome to Ipoh!”.

Mari kita doakan supaya projek Landasan Berkembar KTMB di kawasan Utara Semenanjung dan Selatan Semenanjung berjalan dengan lancar. Pinggirkan soal kroni sesiapa, Gamuda atau MMC, yang paling penting kita dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dan berpatutan harganya bersama KTMB suatu hari nanti.

Buat rakyat Melaka, Kuantan dan seluruh negeri Terengganu, harap maaf kerana KTMB belum sampai di kawasan anda. Marahkanlah Ali Rustam, Adnan Yaakob, dan lebih-lebih lagi Deris Jusoh yang buat stadium yang roboh baru-baru ini. Saya doakan suatu hari nanti, rakyat di kawasan-kawasan ini juga akan menikmati perkhidmatan keretapi,

dan selepas itu ucapkan sahaja selamat jalan kepada Transnasional dan Dato’ Nadzmi.

P/S: Ada sebuah syarikat bas ekspres yang dipanggil oleh LPKP atas laporan perkhidmatan buruk dari teman saya. Padan muka syarikat tersebut. Haha!

About these ads

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: