jump to navigation

Saya mencari telefon baru, bagaimana Nokia N78? Julai 21, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Sangat mengecewakan.

Sangat mengecewakan.

Untuk menggantikan telefon bimbit lama saya yang sudah rosak, Sony Ericsson W660i, saya perlu mencari sebuah telefon bimbit baru yang sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri yang serupa, dan pada harga yang berpatutan.

Asalnya saya berhasrat membeli Samsung i780, sebuah telefon pintar dengan

Nampak menarik, namun ibu bapa saya merasakan ianya bukan satu keperluan untuk saya.

Nampak menarik, namun ibu bapa saya merasakan ianya bukan satu keperluan untuk saya.

ciri-ciri Windows, dan punya papan kekunci QWERTY. Namun, pada harga RM1050, ibu saya pasti akan membicarakan dengan kerap apabila saya pulang ke kampung halaman, manakala bapa saya akan menggelengkan kepala sekerap mungkin. Bapa dan ibu saya hanya menggunakan Nokia 3110 Classic.

Untuk mengelakkan keadaan itu berlaku, mahu atau tidak saya perlu menilai kembali belanja yang ada, dan keperluan diri saya sendiri. Apa yang saya perlukan, sebuah telefon bimbit dengan ciri pemain muzik yang bagus – supaya dapat menemani saya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kedah. Telefon tersebut juga perlu mempunyai ciri Wi-Fi – supaya saya dapat melayari internet ketika masa senggang, untuk membaca berita terkini, dan juga mengemas kini blog saya, Kelapa Muda ini.

Jadi, ada tiga jenama yang saya pertimbangkan. Samsung, tidak ada lagi telefon yang lebih menarik dari i780 yang saya minati itu. Sony Ericsson pula, saya tidak rasa ingin membeli, berdasarkan setahun setengah pengalaman perit bersama W660i. Bagaimana pula Nokia? XpressMusic memang seronok, tapi susah untuk cari yang ada Wi-Fi pada harga berpatutan.

Rekaan yang cantik.

Rekaan yang cantik.

Jadi, saya mencari model-model Nokia lain, yang mempunyai ciri yang saya cari. Satu yang saya temui, Nokia N78. Berdasarkan laman Mobile88,  harga telefon bimbit ini ialah antara RM830 hingga RM850, yang mana selesa pada poket saya. Diharapkan kedai di Sungei Wang Plaza dapat menyediakan harga yang lebih menarik, minta sesiapa tolong cadangkan kedai yang boleh dipercayai okey.

Antara ciri-ciri utama yang dimiliki oleh Nokia N78 adalah sistem navigasi GPS, pemain muzik MP3, kamera optik Carl Zeiss 3.2 megapiksel, sambungan Wi-Fi, dan keupayaan sambungan HSDPA 3.6 Mbps. Kad memori yang digunakan adalah daripada jenis MicroSD seperti kebanyakan telefon bimbit Nokia terbaru.

Papan kekunci kelihatan agak pelik, namun pemilik akan berasa selesa apabila dapat membiasakan diri.

Insya Allah, saya akan dapat membeli telefon bimbit ini pada penghujung bulan ini. Seperti sirih pulang ke ganggang, saya nampaknya berkemungkinan besar akan kembali menggunakan telefon bimbit Nokia.

Kepada rakan-rakan dan pelawat, diharap dapat memberikan saranan dan cadangan tentang keputusan ini. Mungkin boleh ceritakan pengalaman menggunakan N78, cadangan telefon model lain yang mungkin lebih menarik, atau cadangan kedai yang menyediakan set Original pada harga istimewa. Terima kasih.

About these ads

Komentar»

1. zer(samaran) - Januari 7, 2011

Nokia N78 caanteeeekkk

Firdaus Rosli - Januari 7, 2011

Sekarang dah makin banyak telefon menarik. Perlu lihat telefon-telefon Android, mereka nampak menarik.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: