jump to navigation

Minta Shell Malaysia menawarkan V-Power Racing di lebih banyak stesen. November 6, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Sebagai seorang penunggang motosikal, saya telah mencuba pelbagai jenama minyak petrol untuk kegunaan perjalanan

Honda Wave 100R, motosikal saya.

motosikal saya, yang kini sudah berjumlah 32,500 kilometer sejak bapa saya membelinya pada Julai 2007 dua tahun lalu. Sudah merata tempat saya pergi dengan menunggang motosikal saya ini, untuk bertemu rakan-rakan dan menikmati keindahan alam di tempat-tempat yang jauh dari hiruk-pikuk kota raya Kuala Lumpur atau Lembah Klang.

Stesen minyak yang saya kerap kunjungi adalah Shell, saya tidak pasti mengapa sebenarnya. Saya memiliki kad BonusLink dan menggemari nozel pam minyak di Shell yang sangat mudah ditekan, seperti pistol rupanya. Saya teramat rimas dengan Petronas yang kerap bertukar kad kesetiaan pengguna, mula-mula Kad Mesra lama, seterusnya RealRewards, dan kini mereka mengeluarkan pula Kad Mesra baharu yang tidak mempunyai rakan niaga lain.

Jadi senang cerita, saya adalah seorang pengguna setia Shell yang wujud di setiap pekan kecil kecuali di Yan, kampung halaman saya yang telah didominasi oleh StesenKu (satu cabang Esso) dan Petronas. Caltex di sana pula, baru sahaja dibuka dan tidak menawarkan program kesetiaan pengguna.

Tengah tidur pun boleh turunkan harga minyak serta defisit belanjawan. Agaknya bagaimana hebat negara kita ini jika Pak Lah lebih rajin dan sempat bangun dari tidur?

Semenjak kali terakhir petrol diturunkan harga oleh pentadbiran Abdullah Badawi kepada Rm1.80 seliter, Shell telah mula mempromosikan minyak V-Power Racing mereka dengan menawarkan 3 kali ganda mata ganjaran BonusLink untuk setiap isian minyak V-Power Racing. Jadi saya pun mencuba, dan hasilnya saya dapat merasakan kuasanya, walaupun motosikal saya hanya berkapasiti 100cc. Mata ganjaran BonusLink saya juga turut bertambah.

Penggunaan minyak juga jauh lebih jimat, jadi saya memutuskan untuk setia menggunakannya, lebih-lebih lagi apabila Shell terus menggiatkan promosi dengan menurunkan harga V-Power Racing kepada RM2.15 seliter, seterusnya RM2.05 seliter berbanding harga asal RM2.25 seliter.

Pasti beliau akan lebih pening kepala untuk uruskan ekonomi jika kegawatan ekonomi dunia berulang lagi dalam masa terdekat. Sudah RM77 bilion beliau belanjakan sejak jadi Menteri Kewangan, masih tiada pertumbuhan.

Memandangkan kerajaan Najib Razak pula meningkatkan harga minyak RON97 (V-Power adalah RON98) sebanyak 25 sen dan menawarkan RON95 sebagai gred utama, V-Power Racing juga mengalami peningkatan harga, iaitu kepada RM2.25 semula, seperti harga asal sebelum promosi. Jadi boleh kita katakan bahawa sebenarnya V-Power Racing tidak terjejas dengan kenaikan harga oleh kerajaan Najib ini.

Namun, jumlah stesen yang menawarkan V-Power Racing telah dikurangkan untuk memberi ruang kepada RON95 sebagai gred utama. Kini hanya 111 stesen yang menawarkannya di seluruh negara, berdasarkan kenyataan Shell bertarikh 14 September 2009.

Antara bandar yang tidak ada V-Power Racing di Shell mereka (mengikut turutan abjad negeri) adalah

  • seluruh Johor (kecuali Muar, Batu Pahat, Kluang dan Johor Bahru),
  • seluruh Kedah (kecuali R&R Gurun arah Selatan),
  • seluruh Kelantan (kecuali Chicha dan Jalan Pengkalan Chepa),
  • seluruh Melaka (kecuali Bukit Katil),
  • seluruh Negeri Sembilan (kecuali R&R Seremban dan Plaza Tol Senawang),
  • seluruh Pahang (kecuali Kuantan),
  • seluruh Perak (kecuali Ipoh, Taiping dan jajaran Lebuhraya PLUS),
  • seluruh Pulau Pinang (kecuali Perai, George Town, Bayan Lepas dan jajaran Lebuhraya PLUS),
  • seluruh Terengganu (kecuali Batu Buruk),
  • seluruh Perlis,
  • seluruh Sabah,
  • seluruh Sarawak,
  • seluruh Selangor (kecuali 34 stesen, semuanya di Lembah Klang)

Minta Shell bawa pam ini ke lebih banyak bahagian di Malaysia.

Mengapakah V-Power Racing hanya ditawarkan di bandar-bandar besar, dan penduduk bandar kecil tidak dapat menikmatinya? Pada saya, V-Power Racing adalah satu produk petrol yang amat cemerlang daripada Shell, dan tidak pun dinaikkan harga seperti RON97.

Saya sekarang ingin mencadangkan kepada Shell supaya menyediakan V-Power Racing sekurang-kurangnya di sebuah stesen di sebuah bandar utama Malaysia supaya manfaat V-Power Racing dapat disebarkan lebih meluas kepada rakyat Malaysia yang kini berusaha gigih mencarinya, tidak kira sama ada yang memandu kereta, mahupun motosikal seperti saya.

Kemas kini 3 Ogos 2010: Kini Shell Malaysia telah memperkenalkan petrol RON97 baharu, iaitu Shell V-Power 97. Harga seperti petrol RON97 lain, iaitu RM2.10 seliter.

Shell V-Power Racing kekal pada harga yang dikemaskini Januari lalu, iaitu RM2.48 seliter.

Untuk mengelakkan kekeliruan apabila anda mengisi minyak di stesen Shell, berikut merupakan jenis petrol dan warna nozel mereka yang tersendiri.

1) Shell V-Power Racing (RM2.48/liter) – Merah.

2) Shell V-Power 97 (RM2.10/liter) – Hijau.

3) Shell FuelSave 95 (RM1.90/liter) – Kuning.

Shell V-Power 97 dan FuelSave 95 boleh diperolehi di kebanyakan stesen Shell, manakala V-Power Racing hanya boleh diperolehi di stesen-stesen terpilih. Layari www.shell.com.my.

About these ads

Komen-komen»

1. Lanz - November 13, 2009

Saya amat bersetuju dgn saudara kerana v-power amat bagus dan digemari terutamnya golongan muda. Rakan2 saya di tempat kerja majoritinya mencari minyak ini namun hanya boleh didapati di stesyen2 tertentu shj. Jadi saya amat berharap v-power racing dapat disalurkan di serata stesyen walaupun hanya sekadar satu @ 2 pam shj disetiap stesyen agar semua pengguna dpt menikmati kehebatan kuasanya. Terima kasih.

2. DChong - Ogos 4, 2010

Aku stuju gak. xkira la kerete ke, moto ke, asalkan v-power, mmg power la. lebih jimat dari minyak petronas. Moto ak skali isi v-power sampai penuh RM10. Kalo isi RON95 kat petronas, rm8 da. tapi, dengan v-power, ak boleh gerak jauh lagi dari RON95 ni. engine smooth je.

Firdaus Rosli - Ogos 4, 2010

Tak mengapa, sekarang ada V-Power 97, harga sama dengan petrol RON97 yang lain, dan boleh diperolehi di kebanyakan stesen Shell.

V-Power Racing masih pada harga sama, RM2.48 seliter. Tapi rasanya V-Power 97 dah memadai kan? ;-)

3. man - Disember 10, 2010

v power racing lagi bagus dan berbaloi daripada ron97… jauh lebih jimat penggunaannya… aku penah test dr kl ke kb dgn ron97 full trotlle x sempat sampai kb dh kena isi balik… tp dgn vpower racing dpt round kb lg… so korg pikir laa mn yg lebih berbaloi….

4. Aprillia rs 125 - Oktober 17, 2011

haaa saya pun terasa gak susahnya nak cari v power racing nieh.Tapi seriusly memang best gila.Tambah pulak 2t saya pakai moto gp punya iaitu petronas rs harganya Rm85 combind dengan v power racing perghh superb laaa.Pasal duit tak payah cakap la.2t aje dalam 2 bulan dah Rm170 tak campur petrol v power racing lagi dengan engine oil lagi.Sebab ape???sebab nak kasi jentera pakai benda yang terbaik….Tapi ape2 pun kita buat mengikut kemampuan tu yang penting.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: