jump to navigation

Savvy: Kritikan untuk masa depan. Februari 27, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Sepanjang sebulan bergelar pemilik Proton Savvy, saya dikejutkan dengan pengenalan kereta konsep baru Proton yang dibangunkan bersama Italdesign Giugiaro. Kereta tersebut dikatakan sebagai bakal pengganti kepada Savvy, yang mana saya yakini tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Mungkin tahun hadapan, barulah model tersebut bakal dikeluarkan jika mendapat respons memberangsangkan.

Pada dasarnya saya tidak bersetuju jika benar itulah hasrat Proton dalam mengeluarkan kereta konsep barunya. Memandangkan model tersebut telah mendapat reputasi sebagai sebuah mini-MPV, seharusnya ianya digunakan dalam menangani cabaran pasaran daripada kereta-kereta seperti Toyota Yaris, Honda Jazz mahupun Toyota Alza.

Savvy wajar dikekalkan dalam pasaran. Dikekalkan bermaksud namanya akan terus berada dalam senarai keluaran Proton, namun dengan versi yang berbeza. Mekanisme yang pernah diamalkan untuk model Saga, yang mana terdapatnya versi baru dan Saga asal dari tahun 1985. Reka bentuk boleh diubahsuai untuk memuatkan enjin Campro 1.3 liter, mahupun enjin Renault D4F masih boleh dikekalkan pada versi Savvy baharu tersebut.

Ambil kritikan saya ini jika Proton masih berminat untuk mengeluarkan kereta penembus pasaran atau digelar “entry-level”. Lagipun saya amat pasti kereta hibrid Proton tidak mungkin dapat bersaing dari segi harga bersama Perodua Viva mahupun Myvi, yang mana berada pada segmen harga yang sama dengan Savvy.

1) Reka bentuk dan kedudukan instrumen dalam kereta.

Dalam hal ini, semua memahami Savvy adalah sebuah kereta yang sesuai dengan jiwa seorang lelaki, namun cermin yang disediakan hanyalah di sebelah pemandu. Ini kata buah hati saya, yang merasakan cermin di penutup cahaya sepatutnya berada di bahagian penumpang sebelah kiri pemandu. Normalnya di Malaysia, wanita yang terbaik dalam kerjaya pun akan menyerahkan tugas memandu kepada suami mahupun teman lelakinya yang punya lesen. Jadi, ini menjustifikasikan mengapa cermin perlu ada di penutup cahaya sebelah kiri pemandu.

Lampu belakang yang diletakkan terlalu rendah.

Selain itu, kedudukan lampu belakang perlulah ditinggikan lagi, seperti mana pada model Exora atau Myvi, demi memudahkan penglihatan pemandu di belakang kereta.

2) Transmisi.

Gear manual pada kereta Savvy adalah pada jenis continental, seperti kereta keluaran Eropah. Untuk saya, memang tiada masalah. Namun bagi kebanyakan orang, mereka mahu akan susunan gear yang standard seperti kereta biasa yang tidak rumit untuk dikuasai, selain boleh dijadikan model untuk ujian memandu JPJ.

Transmisi AMT yang memeningkan kepala para pemiliknya dalam soal penyelenggaraan.

Manakala transmisi AMT memang bermasalah dan tidak wajar diteruskan. Jadikannya automatik yang biasa, seperti pada kereta Toyota. Jika benar mahukan transmisi automatik yang boleh ditukar gear, shiftronic atau tiptronic lebih sesuai dan diyakini.

3) Versi yang ditawarkan.

Saya berharap agar tiada lagi versi seperti Savvy Lite yang dikeluarkan di masa hadapan, versi ini agak mencacatkan rupa jika pemiliknya tidak melakukan kerja naik taraf sendiri. Jika mahu juga meneruskan versi sedemikian untuk daya saing harga, sediakan pilihan penutup rim yang lebih cantik seperti yang telah dibuat untuk Viva, Myvi mahupun Saga baharu.

4) Aksesori nilai tambah.

Proton wajar menggalakkan pengeluaran aksesori bagi model-model keluarannnya. Ini membolehkan pengurangan harga alat ganti dan aksesori, serta meningkatkan populariti serta nilai kereta itu sendiri. Contoh baik kejayaan peningkatan taraf aksesori boleh kita lihat pada model Perodua Myvi yang memiliki bermacam-macam versi naik taraf, selain versi SE yang dikeluarkan untuk gaya yang lebih menyerlah.

5) Penetapan harga.

Harga Proton Savvy versi baharu sewajarnya berdaya saing dengan model-model setaraf, iaitu pada tahap harga antara RM30,000 hingga RM40,000, yang mana boleh dicapai dengan peningkatan peratusan komponen tempatan, terutamanya enjin. Jadi, pilihan enjin paling tepat ialah enjin Campro 1.3 liter, sebolehnya versi IAFM.

Kesimpulannya, Proton harus terus menjadi syarikat yang berani melakukan perubahan untuk kebaikan rakyat, pelanggan utamanya di Malaysia ini. Belajarlah daripada kesilapan silam, dan bangkit dengan penuh cemerlang. Kami rakyat Malaysia sayang akan Proton, oleh itu kami cuba sedaya upaya mengkritik yang mana patut supaya jenama kesayangan kami ini bukan sekadar jaguh kampung, tapi mampu menjadi juara di arena antarabangsa Insya-Allah.

About these ads

Komen-komen»

1. NRU133 - Mac 16, 2010

bro..join SAVOC ker?

2. NRU133 - Mac 16, 2010

bro..pakai savvy kan?blum join kelab savvy lagi ker (SAVOC) klo da xpela..nk tau geng mana join..hehe..klo belum jom cari kawan ngn geng savvy yg len..register kat http://www.savocnru.net..

3. Firdaus Rosli - Mac 16, 2010

Dah join pun savoc.net.
Cuma belum lagi secara rasmi sertai aktiviti kelab.
Kalau tak silap, NRU itu zon Utara (Kedah, Penang, Perlis).
Saya tinggal di Kajang, tapi selalu berulang-alik ke Kedah tiap2 bulan =)

4. ahmad syafiq - Jun 5, 2010

bro nk tanye sket…sy nk bli kereta , dlm minda sy ade saga blm,viva, & toyota seg second.ini kereta yg mpu sy byuar bulan. ttp sy tgk dlm mudah.my, sy tgk savvy second hand ni cume dlm RM19k g2 je.sy agak tetarik jgk la dgn harga agak mampu mlik ni. so sy nk tau la condition kete ni mcm ne,kualiti kete ni,mnyak kete ni,selengara kete ni,performance (pickup) & adakah kete ni punyai ragam.
-sy plak jenis suke make up kete, so sy msih x nmpk lg savvy org make up yg nmpk hensem lg
-so bebaloi x jika sy bli kete ni

Firdaus Rosli - Jun 15, 2010

Okey, sedikit sebanyak tentang Savvy:-
- enjin daripada Renault, sama seperti Renault Clio dan Twingo.
- transmisi AMT menerima banyak rungutan, manual hampir tiada masalah.
- tanggapan ramai: jimat minyak. amat selesa untuk pemanduan laju.
- diterima baik oleh masyarakat luar negeri seperti Thailand dan UK.

Untuk lihat gambar-gambar Savvy yang di”make-up”, kunjungi laman web SAVOC.net. Di sana juga disediakan pelnagai tips dalam menghadapi masalah-masalah kereta ini.

Saya galakkan Syafiq untuk beli, tidak kira ianya MT atau AMT memandangkan sudah ada pusat-pusat servis yang mampu menyelenggara kereta Savvy jauh lebih baik daripada pusat servis Proton sendiri, misalnya RS Auto di Bandar Puteri Puchong.

5. ahmad syafiq - Jun 5, 2010

bro nk tanye sket…sy nk bli kereta , dlm minda sy ade saga blm,viva, & toyota seg second.ini kereta yg mpu sy byuar bulan. ttp sy tgk dlm mudah.my, sy tgk savvy second hand ni cume dlm RM19k g2 je.sy agak tetarik jgk la dgn harga agak mampu mlik ni. so sy nk tau la condition kete ni mcm ne,kualiti kete ni,mnyak kete ni,selengara kete ni,performance (pickup) & adakah kete ni punyai ragam.
-sy plak jenis suke make up kete, so sy msih x nmpk lg savvy org make up yg nmpk hensem lg.kalu nk make up ade ke body kit yg cun,brape plak kos
-so bebaloi x jika sy bli kete ni

6. savvyTHEbest - September 2, 2010

savvy, memang mantap/mantop
cuma biasalah proton,,,
1.gear-knob berbunyi gerrrr…
2.air-cond (denso-made in france)macam berat dan bunyi semasa compressornya on,
3.bising dari luar ( radio kena high vol. )
4.tiba-tiba nyala hazard light ( masa kat gua musang, malam …ughhh takut )
5.kluth rasa macam (abaikan maslah berat) kalau tak tekan minyak .. enjin nak mati..(cam mana nak cakap ehhh) biasa keta kalau kita tak tekan minyak tapi angkat kluth ianya masih boleh gerak slow-slow ( betul tak ? )

Firdaus Rosli - September 3, 2010

Ini macam masalah AMT je?

Sebenarnya Savvy saya masuk hospital (bengkel).

Kemalangan 15/08 yang lepas.

Doakan saya sempat perolehnya semula sebelum raya ya…

7. izhar - September 24, 2010

salam semua bro
sy ni br nak agkt sbjik savy amt
ape yg kn tgk ek kalo nak beli
sy mnt la ngn savy
ade sape2 yg berpengetahuan x?

8. mat faisal bin ismail - Mac 11, 2011

kpd pemilik savvy saya ingin meminta pendapat adakah savvy anda menghadafi masalah spt saya dimana kereta sering mati injinnya setelah injinnya panas,sy terpaksa menuuggu selama 30minit barulah injinnya boleh dihidupkan.Menurut beberapa org yg sy temui memberitahu savvy memang sering menghadapi masalah tersebut.Maka sy ingin mengetehui adalah pemilik yg lain menghadapi masalah yg sama spt saya dan bgmana utk mengatasinya.

9. chomot^chumiel - Mac 27, 2011

minat savvy,tpppppppp byk sgt komen y k.o,compius la nk bli ke x…cmna neyh wei,hadoiiii

10. marzhani - September 14, 2011

minat juga nak beli savvy sbb kecil…buat saya yakin nak memandu tapi banyak sangat rungutan.berfikir lagi…

ziela - Oktober 10, 2011

sy pkai savvy AMT 2008.STakat ni xde apa2 problem pn.. xthu la pla 3-4 thun akn dtg cmne..ingat nk trade in nk ambil keta y bonet bsar ckit tpi..value jtuh merudum jd fkir byk x gk ..ermmm pkai je la…

Firdaus Rosli - Oktober 13, 2011

Teruskan menggunakannya. Tentang bonet kecil, kita boleh ubahsuai susunan barang untuk pastikan ruang mencukupi.

11. faizal ahmad - November 23, 2011

aku dah pakai savvy hmpr 6thn lebih,so pengalaman sepnjg aku guna adalah hmpir sama dgn En savvyTHEBEST,
tp savvy aku tu dah bnyk berbakti kat aku(angkt brg pndh rmh, p bwk brg niaga,bwk mak mertua jln2)
masalah ckit2 tu biasa la..
kalo xcaya cuba beli dan pakai pasti berbaloi..

12. Azam Noor - Januari 16, 2012

Salam. Minggu lepas Savvy manual saya problem coil tapi lepas tukar kepada coil Renault Clio (kabel nama BERU bukan “biru”). Hanya RM500 jer. Tak mahal sangat. Tahun ni dah 5 tahun pakai Savvy. Cuma coil dah teruk masuk tahun ni. Susah nak start. Pernah sampai 30 minit nak start tak boleh. Mulanya ingatkan masalah starter saja sebab susah nak start tapi bila dah tukar coil baru, masalah nak start tadi selesai begitu saja. Senang jer enjin hidup! Syukur

13. wawa - Januari 19, 2012

sy nk tanya..sy ada kete savvy..ingat nk jual syg n rugi bb harga jatuh byk sgt…tp sy x suka gear amt dia.. so sy memikirkan sama ada saya perlu tukar gear manual @ tukar gearbox auto biasa @ tkar enjin lain… so ada pendapat x?

14. Kamarudin Saad - Januari 27, 2012

Assalamuaalaikum.

Apa yg perlu saya buat dgn Savvy AMT tahun 96. Gear 4 tak boleh lock. Mekanik eon keningau pun tak leh repair. Jawapan dia org semua ok. Bl pecut lebih dari 40kmh. gear 4 tak leh lock, sama ada auto atau pun manual

15. SAVVYTHEBEST - Januari 3, 2013

KOMEN TAHUN 2013


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: