jump to navigation

3 tempat terbaik untuk makan tengahari April 15, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Ramai yang gemar makan tengahari, untuk mengisi perut bagi terus bertenaga untuk bekerja serta meneruskan aktiviti harian. Pastinya, keutamaan untuk memilih tempat menjamu selera tengahari akan diberikan kepada tempat yang paling selesa, dan yang paling mudah untuk menikmati hidangan yang disediakan.

Untuk membantu anda memilih tempat makan tengahari, di sini saya berikan tiga rangkaian restoran yang menyediakan hidangan tengahari pada harga yang berpatutan serta kelebihan yang dimiliki setiap mereka.

1) The Chicken Rice Shop – Hidangan tengahari (Weekday Lunch) – Isnin-Jumaat – 10 pagi hingga 3 petang.

Terdapat 7 pilihan hidangan yang disediakan untuk harga yang sama – RM6.90 sebelum dikenakan 5% GST. Anda boleh memilih nasi ayam, nasi kari ayam, nasi ikan asam, kari laksa, mi BBQ ayam, mi bebola ikan dengan potongan ayam serta mi kari ayam. Tempoh masa 5 jam memang cukup selesa untuk menikmati hidangan makanan tempatan yang menyelerakan dengan penuh kepuasan (selain memberi peluang untuk hidangan disediakan secara terbaik, tanpa kelam kabut).

Minuman ringan juga termasuk dalam pakej hidangan tersebut, dengan isian semula percuma.

Pilihan minuman – 7Up, Revive, Strawberi, Oren serta Pepsi.

Tambahan RM1 dikenakan jika ingin menukar bahagian ayam kepada paha. Tambahan saiz minuman ringan daripada 12oz kepada 16oz juga turut dikenakan RM1, namun masih dengan isian semula secara percuma.

Tawaran ini hanya boleh diperolehi jika anda makan di restoran The Chicken Rice Shop terpilih, yang mana maklumatnya tidak dapat diperolehi di laman web. Antara yang diketahui mengambil bahagian adalah cawangan-cawangan di Mid Valley Megamall, Tesco Shah Alam, Tesco Kajang serta Tesco Mutiara Damansara.

2) McDonald’s – Hidangan tengahari  (McValue Lunch) – Setiap hari – 12 tengahari hingga 3 petang.

Tawaran makan tengahari paling terkenal di Malaysia, yang mana McDonald’s akan rugi jika menghentikannya. Terdapat 10 pilihan hidangan:-

McChicken, Filet-O-Fish, Chicken McNuggets 6 keping – RM5.95

Double Cheeseburger, Big Mac, Spicy Chicken McDeluxe – RM7.95

Ayam Goreng McD Regular/Spicy 2 ketul, Quarter Pounder dengan keju, Big ‘n Tasty – RM8.95

Semua harga adalah sebelum 5% GST untuk hidangan bersama minuman ringan 16oz dan kentang goreng saiz sederhana.

Pilihan minuman ringan – Coca Cola, Sprite dan Coca Cola Light – beritahu pilihan anda secara jelas.

Isian semula percuma, seperti waktu biasa di McDonald’s. Pemurah kan?

Hidangan ini boleh dinikmati di semua restoran McDonald’s di Malaysia, kecuali:-

  • Genting Highlands – alternatif terdekat di McDonald’s R&R Genting Sempah, lebuhraya Karak yang menawarkan McValue Lunch.
  • Lapangan terbang – alternatif terdekat di McDonald’s Petronas KLIA yang menawarkan McValue Lunch.

    Sebagai cawangan McDonald's Pandu-Lalu paling laku di Malaysia, saya cadangkan lorong pandu-lalu di Bangi DT ditingkatkan kepada dua seperti gambar ini. Idea yang bagus?

Anda boleh menikmati tawaran ini secara makan di restoran, bawa pulang dan juga pandu lalu di restoran yang menyediakannya.

3) Pizza Hut – Hidangan tengahari ekspres (Express Lunch) – Isnin-Jumaat – 11.30 pagi hingga 2.30 petang.

Pizza Hut Malaysia memang selalu dikaitkan dengan penyediaan piza yang agak lambat. Jadi, mereka ingin menghentikan tanggapan tersebut dengan memberikan jaminan penyediaan dalam 15 minit, atau piza saiz peribadi secara percuma.

Pilihan dan harga sama sahaja seperti tawaran piza Sensasi Delight pada waktu biasa, namun hanya boleh diperolehi secara makan di restoran.

Harga RM8.50 untuk set 1 orang, RM17.00 untuk set 2 orang sebelum dikenakan 5% GST dan 10% caj perkhidmatan.

Anda boleh memilih pilihan piza/pasta/nasi dengan roti bawang putih, sup serta minuman ringan Pepsi.

Pilihan piza yang disediakan – Ayam Masak Merah, Ayam Bawang Mentega (Garlic Butter Chicken), Ayam Tiga Kali Ganda (Triple Chicken), Tuna Lautan (Ocean Tuna).

Pilihan pasta yang disediakan – Spageti Bawang Tempura, Spageti Ayam Carbonara, Spageti Ayam Bolognaise.

Pilihan nasi yang disediakan – Nasi Ayam Arrabiata, Nasi Ayam Masak Merah.

Untuk perhatian, tiada isian semula percuma. Sebagai tambahan, Pizza Hut telah mengklasifikasikan restoran secara dua kategori Dine-In (makan di restoran) dan Take Away (bawa pulang). Restoran kategori Dine-In mengenakan caj perkhidmatan 10% serta menawarkan Sensasi Delight, yang mana termasuk Lunch Express ini.

Manakala restoran Take Away tidak menawarkan Sensasi Delight mahupun Lunch Express mahupun sup yang dinamakan Soup of the day. Oh, tidak lupa, tiada juga serbuk keju yang sesetengah kita suka tambah pada piza yang dibeli. Antara restoran kategori ini ialah Extreme Park Stadium Shah Alam. Alternatif lain bagi warga Shah Alam: Seksyen 20. Jadi ketahuilah kategori restoran yang anda ingin lawati di pautan ini.

Semoga maklumat ini dapat membantu kita dalam memilih tempat makan tengahari yang paling selesa, cekap, selain dipenuhi pelbagai pilihan hidangan masakan tempatan mahupun asing. Mungkin ada antara restoran ini terletak berhampiran tempat anda?

Periksa dengan restoran untuk memastikan mereka terlibat dengan tawaran-tawaran ini. Jika tidak, rugi anda pula untuk membayar!

About these ads

Komen-komen»

1. perantau - April 15, 2010

aiseyh.tapi ade satu problem la.semuanya cm menggemuk kan je? not healthy.hehehe..but once in a while blh la kot

2. JJ - November 11, 2010

FYI, perantau ;)

pizza adalah oven-baked. tak guna minyak. healthy.
setakat ni, Pizza Hut, Domino’s, San Francisco, Papa John, Yellowcab & Italiannes semuanya oven-baked.

kalau ada restoran yang *goreng* pizza, beritahu la ye.. nak jugak rase.. hehe..

Untuk firdaus rosli,
Pizza tak termasuk dalam kategori fast-food. Mereka masak bila ada order saja. jadi, bukan saja Pizza Hut yang punyai reputasi penyediaan piza yang lambat, semua restoran piza pun sama (masa minimum memasak 10 min)

dan Pizza Hut adalah rating antara yang tercorot dari beberapa restoran piza yang saya sebut diatas (pendapat sy sbg penggemar pizza)

salam ;)

Firdaus Rosli - November 16, 2010

Terima kasih JJ atas maklumat. Nampaknya restoran-restoran piza tidak boleh dimasukkan dalam kategori “fast-food” kerana cara penyediaannya.

Untuk pengetahuan JJ juga, restoran-restoran baharu McDonald’s juga kini menyediakan hidangan hanya apabila dipesan. Ianya dipanggil sistem MFY (Made-For-You).


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: