jump to navigation

Lebuhraya SKVE, lebuhraya paling lama terbengkalai. (Jajaran Bangi-Saujana Putra kini dibuka.) Mei 6, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
trackback

Saya kerap berulang-alik antara Kajang dengan Shah Alam, dan kadangkala melalui satu bahagian jalan yang bermula dari kompleks Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui IOI Resort dan Marriott Hotel Putrajaya, yang mana telah dinamakan sebagai “Lebuhraya SKVE” sejak tahun 2008.

Menghampiri Cyberjaya, lebuhraya ini berakhir tiba-tiba tanpa hala tuju untuk laluan terus. Di pusingan jam 9, laluan menghala ke Cyberjaya, Salak Tinggi dan KLIA.

Manakala pusingan jam 3 pula akan membawa pemandu ke lebuhraya Damansara-Puchong, yang seterusnya menghala ke Petaling Jaya dan Shah Alam.

Arah terus ke Port Klang? Kenapa jalan masih mati ya? Pelik pelik..

Jalan arah terus ke sebelah barat, ditutup untuk sebarang laluan sehingga kini. Lawatan terbaru ke tempat tersebut melihatkan garisan jalan telah pun disiapkan, dengan turapan bitumen yang masih hitam legam.

Lalu saya melakukan carian Google, dan menemui bahawa lebuhraya ini memang sebuah lebuhraya yang terbengkalai sejak sekian lama, iaitu sejak lawatan pertama saya sekeluarga ke Putrajaya pada tahun 2000.

10 tahun berlalu, hanya satu seksyen yang dibuka, iaitu antara kompleks LLM dengan depoh minyak Putrajaya. Mungkin bahagian tersebut disiapkan untuk melengkapkan jaringan jalan ke Putrajaya yang baru sahaja dibuka untuk menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Hasil carian seterusnya membawa ke laman web LLM, yang menunjukkan senarai lebuhraya yang masih dibina. Di bahagian atas sekali, Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE).

Sedikit petikan maklumat dari LLM:-

Jajaran lebuhraya ini bermula dari Persimpangan Jalan Negeri B11/B13 berhampiran Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan jajaran menghala ke kawasan ‘Wetland Putrajaya’ merentasi Hutan Simpan Ayer Hitam, Hutan Simpan Kuala Langat, Kg. Tanjung Rabok, Teluk Panglima Garang, Pulau Carey dan berakhir di Jalan Lingkaran Pulau Indah yang sedang dalam pembinaan. Jajaran lebuhraya ini juga merentasi Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan cadangan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat.

Lebuhraya ini terbahagi kepada 4 seksyen iaitu :-

i.   Seksyen 1A   ; Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – Persimpangan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP/B15) sepanjang 7.8km. Jajaran ini telah siap dibina.

Melalui kawasan pangsapuri Putra Perdana, ke arah lebuhraya ELITE. Dijadualkan siap 31 Mei ini.

ii   Seksyen 1B   ; Persimpangan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP/B15) – Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) sepanjang 11.9km.

iii   Seksyen 2 ; Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – Persimpangan Teluk Panglima Garang sepanjang 12.6km (menyambungi cadangan Lebuhraya Pantai Barat melalui Persimpangan WCE)

iv   Seksyen 3 ; Persimpangan Teluk Panglima – persimpangan rangkaian Pulau Indah sepanjang 18.9km

Terdapat 9 buah persimpangan bertingkat di mana 4 buah persimpangan telah siap dibina iaitu Persimpangan Bertingkat UNITEN, Cyberjaya, Wetland dan LDP/B15. Manakala 5 buah persimpangan yang akan dibina ialah Persimpangan Bertingkat NSECL (atau dipanggil sebagai ELITE), WCE (Lebuhraya Pantai Barat), Panglima Garang, Pulau Carey dan Pulau Indah. 6 buah plaza tol juga akan dibina bagi lebuhraya ini.

Kemajuan Projek Berakhir Oktober 2009

Pakej km Mula Siap % Kemajuan Kerja
Dijadual Sebenar Beza
Pakej 1A

(UNITEN – B15,LDP)

7.1 Dis 2000 SIAP
Pakej 1B

(B15,LDP – NSECL)

12.6 1.2.08 31.5.10 60.31 60.34 +0.03
Seksyen 2

(NSECL Teluk Panglima – Garang)

12.4 1.7.08 31.5.11 2.76 2.85 +0.09
Seksyen 3
(Teluk Panglima Garang – Pulau Indah)
18.9 1.9.08 31.12.11 0.10 0.11 +0.01
%Kemajuan Keseluruhan 26.29 26.40 +0.11

* Kemaskini pada 27.10.09

Kemajuan kerja boleh dianggap agak perlahan, kerana keseluruhan bahagian lebuhraya hanya siap 26 peratus. Diharapkan perjalanan pembinaan dapat dipercepatkan untuk membolehkan pengguna-pengguna seperti saya dapat ke Shah Alam dan Klang dengan lebih pantas dan menjimatkan minyak kerana jarak yang lebih hampir.

Lebuhraya SKVE ini dilihat sebagai satu jaringan yang hilang (missing link) untuk jalan raya negeri Selangor. Pengguna antara Klang dengan Kajang masih terpaksa menggunakan antara pilihan lebuhraya KESAS yang kian sesak di Subang Jaya, mahupun Lebuhraya Persekutuan yang terkenal dengan kesesakannya.

Dengan pembukaan SKVE yang lebih awal, trafik antara dua bandar besar di Selangor ini dapat ditumpukan kepada satu laluan yang dekat, lantas mengurangkan aliran trafik KESAS dan Lebuhraya Persekutuan, hasilnya kesesakan yang dapat dikurangkan juga.

Saya memang tidak sabar menanti pembukaan SKVE, memandangkan saya kerap mengunjungi Shah Alam kerana adanya buah hati tersayang di sana, juga ingin bekerja di Pelabuhan Klang mungkin dalam industri kejuruteraan, dan sudah punya rumah sewa yang selesa di Kajang yang berpotensi untuk terus diduduki sehingga berumah tangga.

Kerajaan Selangor dalam diam sudah ada projek Wilayah Lembah Klang 2, untuk memajukan bahagian selatan Lembah Klang. Cuba periksa selepas Plaza Tol Putrajaya ELITE, ada jalan baru yang kelihatan sudah siap.

Mari kita tunggu pengumuman seterusnya daripada kerajaan khususnya Lembaga Lebuhraya Malaysia, dan berharap agar jalan mati di Cyberjaya itu tidak berterusan mati, dan membantu pembangunan bahagian Selatan Lembah Kelang yang bakal mempunyai Taman Sains Selangor 2, serta memberikan mobiliti antara pusat pentadbiran persekutuan di Putrajaya dengan pintu masuk laut ke Malaysia iaitu Pelabuhan Klang.

Saya akan tunggu tarikh seperti dalam jadual kemajuan projek fasa 1B: iaitu 31 Mei ini. Diharapkan ada berita gembira untuk kita semua.

(Banyak iklan kain rentang yang sudah dipasang di Bandar Baru Bangi, Kajang dan Putrajaya untuk mewar-warkan mengenai SKVE yang bakal dibuka. Rakan blogger memberitahu, tarikh pembukaan sebenar 2 Julai ini. Selamat menggunakan SKVE, selamat sampai ke destinasi)

About these ads

Komentar»

1. Jacky - Jun 28, 2010

For your information, the Section 1B (from kajang to Saujana Putra) can be used from 2 July 2010 onwards.

Firdaus Rosli - Jun 28, 2010

Thanks for that info. I’ve seen many banners of the to-be-opened SKVE, but there’s no exact date found about it’s opening.

2. axis706 - Jun 30, 2010

Salam.

laman LLM sudah dikemaskini. tarikh kemaskini terkini ialah 10/5/2010. kemajuan kerja terkini 42.93%.

section 1B akan dibuka esok (katanya…)

section 2 & 3 dalam pembinaan. di telok panglima garang, sudah kelihatan kerja-kerja earthwork dan piling dijalankan. cuma jejambat merentasi jalan persekutuan no.5 (tak jauh dari bulatan persimpangan pulau carey) yang belum naik lagi. tertunggu-tunggu jugak.

3. Suki - Julai 6, 2010

which website can i view the latest map for section 1B?

Firdaus Rosli - Julai 12, 2010

Here is the official website of SKVE route map.

Please keep note that only section 1A and 1B is opened while the other sections are still under construction.

http://www.skve.com.my/linkage.html

4. azwan - Julai 8, 2010

tolnyer brp plak la tu….. duit lg……

5. xzero - Julai 10, 2010

Seksyen 1b telah pun dibuka…laluan bebas tol sepanjang bulan julai ini.

6. Ramli - Julai 14, 2010

Saya beli rumah di Banting.Cadang nak pindah hujung tahun 2010.
Kerja di Putrajaya dan kalau boleh tak nak ikut jalan dengkil untuk ke Putrajaya.Harap SKVE ke Teluk Panglima Garang dapat siap cepat.Jalan Olak Lempit ke Dengkil juga wajar dilebarkan.

7. rmy - Julai 15, 2010

sy terlibat sebagai consultant untuk projek ini,dan sekarang pembinaan toll plaza di TP garang sudah bermula.Diharap pengguna bersabar kerana pembinaannya merentasi sepanjang ladang kelapa sawit yg mempunyai tanh gambut yg mempunyai banyak masalh dan memerlukan ground treatment yg berkualiti agar tidak menjejaskan apa2 struktur yg dibina di atasnya..Pastinya kami akan bertungkus lumus untuk menyiapkan projek ini.

Firdaus Rosli - Julai 18, 2010

Tahniah kepada SKVE Holdings kerana berjaya menghidupkan semula sebuah projek yang dianggap ramai bakal terus terbengkalai. Seksyen 1B yang telah siap, memang diakui amat selesa dan dihiasi pemandangan tasik yang menarik.

Diharapkan apabila semua seksyen sudah siap dibina, pihak SKVE Holdings dapat memperbaiki keadaan di Seksyen 1A. Lampu jalan tidak berfungsi di kebanyakan tempat, dan rel penghadang jalan juga banyak yang tercabut akibat kemalangan dan kecurian.

wan - Julai 25, 2010

bleh x sy mintak email rmy ni.
igt nk wt case stdy psl projek ni..

juriyah awi - Januari 24, 2011

Dimanakah susur keluar dari plaza tol di Teluk Panglima garang ke shah alam. Adakah berhanpiran deretan kedia-kedia buahan. Adakah jalan dari susur keluar itu akan dilebarkan kerana sejak akhir-akhir ini banyak berlaku kemalangan di kawasan jalan kebun menghala ke jahan setia dan kota kemuning.

Firdaus Rosli - Januari 24, 2011

Mengikut peta jajaran SKVE,

http://www.skve.com.my/linkage.html,

antara persimpangan yang belum dibuka adalah:-

– Tanjong Dua Belas
persimpangan ke Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dan Jalan Kebun

– Teluk Panglima Garang
persimpangan ke TPG, Sijangkang dan Banting =)

– Pulau Carey
persimpangan ke Pulau Carey, berpotensi jadi laluan lebih dekat ke Jugra dan Morib.

Mengenai pelebaran jalan, saya telah meneliti dokumen Dewan Negeri Selangor,

http://dun.selangor.gov.my/v2/sites/default/files/01.2010/BERTULIS/02.21-40.pdf

dan yang berkaitan dengan pelebaran Jalan Kebun hanyalah:-
“Kerja-kerja melebar dan menurap semula Jalan Sharkawi, Jalan Kebun”, rujukan kepada soalan YB Sungai Burong mengenai kerja-kerja penyelenggaraan jalan seluruh Selangor.

saedi abu bakar - Januari 25, 2011

Adakah progres SKVE Seksyen 2 – Nsecl- ke Teluk Panglima Garang dapat disiapkan pada 31.5.2011 krn selalu berulang alik dari taman Botani, klang ke Putrajaya.

fuad - Oktober 15, 2011

ada buat persimpangan jalan kebun klang x?

Firdaus Rosli - Oktober 15, 2011

Tiada. Laman web SKVE memberitahu bahawa persimpangan Tanjung Dua Belas hanya akan dibina apabila Lebuhraya Pantai Barat (Taiping – Banting) dibina. Terus dari Saujana Putra ke TPG.

8. lankapo - Julai 16, 2010

saya sudah guna untuk ke shah alam dari putra permai.

naik dari ayer hitam turun di saujana putra
skrg ni masih free lagi…20 minut dah sampai ke shah alam :)

9. Roy - Julai 18, 2010

Saya baru jer beli rumah dekat dengan cadangan Tol TPG. Saper nak beli rumah, ada lagi satu rumah semi-D setingkat, harga tak sampai RM200K.

Firdaus Rosli - Julai 18, 2010

Berikan sedikit ciri-ciri rumah. Kalau ada gambar rumah, lebih molek. Boleh hantar ke e-mail address saya firdaus0511@yahoo.com.my

10. alin - Julai 19, 2010

salam..saya berulang-alik dari Shah Alam ke Bangi. Ada alternatif lain ke nk ke Shah Alam. Td saya try dari laluan Putrajaya sehingga exit Saujana Putra kemudian masuk ke lebuhraya Elite terus ke Tol Batu Tiga utk ke Shah Alam. Kalau laluan SKVE yang terus ke Pulau Indah, ada tak exit terus ke Shah Alam. Penatlah drive terlalu lama setiap hari

Firdaus Rosli - Julai 20, 2010

Tiada exit terus ke Shah Alam, kerana SKVE melalui Saujana Putra-Teluk Panglima Garang-Pulau Indah. Untuk lebih mudah ke Shah Alam, masuk lebuhraya Elite melalui Saujana Putra, keluar di Persimpangan Seafield (EXIT 603), masuk lebuhraya KESAS melalui Hicom, masuk ke lebuhraya LKSA melalui Persimpangan Kemuning (EXIT 506 A) terus ke pusat bandaraya Shah Alam.

Dengan melalui jalan ini, anda dapat melepasi kesesakan di kawasan Batu Tiga. Masa perjalanan Bangi-Shah Alam: 35 minit.

Maklumat ini bergantung juga kepada seksyen mana yang cik Alin mahu pergi. Laluan yang saya maksudkan ini sesuai untuk ke Seksyen 1,2,3,4,7,9,10,18,19, dan 22.

Firdaus Rosli - Julai 20, 2010

Namun, untuk menggunakan laluan ini, Alin perlu tambah RM1.20 tol sehala di LKSA – Lebuhraya Kemuning-Shah Alam.

11. shanim - Julai 27, 2010

erm.. dikira tol RM1.20 ni leh cover minyak utk perjalanan mileage yg jauh (minyak kan da naik).. tp sekurangnya jimat masa..

mesti rumah2 terbiar tanpa penghuni n pembeli kt saujana putra n putra height penuh tahun depan.. if skve ke klang da siap..

Firdaus Rosli - Julai 28, 2010

Tol di SKVE belum lagi diumumkan, namun bagi penduduk Kajang/Bangi ke Shah Alam, memang jarak perjalanan dan masa berjaya dipendekkan dengan kewujudan SKVE. Diharapkan kadar tol yang ada munasabah dengan mengambil kira harga minyak sedia ada yang akan dinaikkan lagi.

12. Rafidah - Ogos 23, 2010

SVKE melalui Putra Perdana tapi kenapa xbuka exit Putra Perdana? kwsn putra perdana juga mpunyai ramai penduduk yg bekerja area putrajay-bangi-shah Alam- It easy kalo boleh bukak exit utk kwsn Putra Perdana kerana dari putra perdana terpaksa keluar using LDP yg lebih jauh berbanding kalo kami boleh gunakan SKVE. Selain LDP terpaksa guna jln lama utk connect ke Putrajaya/kajang.bangi.selain memberi keuntungan pihak SKVE ia juga memudahkan penduduk setempat utk acsess ke bangi/kajang or shah alam.Semoga dipertimbangkan.

Firdaus Rosli - Ogos 24, 2010

Perkara yang sama sudah saya utarakan di tulisan ini:

http://firdausrosli.wordpress.com/2010/07/12/selamat-datang-ke-skve/

Pastinya lebih banyak persimpangan akan mereka buka jika terdapat permintaan mencukupi. Kini Fasa 2 sedang rancak disiapkan..

13. izad - November 25, 2010

diharap pihak skve dapat membetul kerosakkan toilet dan mangemaskini semak2 di l/bay.kenapa kerap kali emergency telephon system tidak berfungsi.ia harus berfungsi kerana amat penting pada pengguna.ini adalah kerana keadaan lebuhraya yang tidak berlampu.

Firdaus Rosli - November 25, 2010

Tentang keadaan di lebuhraya, masih banyak yang perlu diperbaiki pihak SKVE, misalnya penghadang besi di kawasan seksyen 1A (UNITEN – LDP) yang kebanyakannya tercabut dan bengkok. Turapan semula jalan juga wajar dilakukan.

Untuk tujuan kecemasan, anda boleh menghubungi talian 999 mahupun 112 dari telefon bimbit masing-masing, jika telefon kecemasan tidak berfungsi. SKVE juga menyediakan talian hotline: 1-300-88-0026

14. Izzati saedi - Januari 25, 2011

Saya dan rakan-rakan telah membeli rumah di Jalan kebun, Teluk Panglima Garang kerana jabatan tempat kami bertugas akan berpindah ke Putrajaya pada bulan mei 2011. Sehubungan dengan itu saya ingin mendapatkan penjelasan adakah tol di Teluk Panglima garang dapat di buka pada Jun ini bagi memudahkan urusan ulang alik ke Putra Jaya

saedi abu bakar - Januari 25, 2011

saya ingin mendapatkan penyelasan adakah susur keluar tol di Teluk Panglima Garang dapat disiapkan seperti progres iaitu pada Mei 2011

15. mas - Februari 14, 2011

boleh x pergi ke hotel holiday inn glenmarie melalui skve. sy x berapa expert area shah alam ni. selalu guna skve ni dari kajang pergi ke bukit jelutong jer.

16. Sapari Md.Sani - Mei 3, 2011

Mengunakan SKVE ke Subang Jaya Sec 7 (putra height) ada sesiapa yang bolih berikan panduan nak masuk toll yang mana bila mengunakan SKVE – betul ke Toll Ayer Hitam – Saujana Height / Sierra ?

17. putra - Jun 17, 2011

hi there..Visit our Bandar Putra Permai e-Community portal. Share your place for dining, thought, new property development, complaints etc.

18. nor aini binti abu hassan - November 30, 2011

HIGHWAY SKVE DARI JALAN KEBUN TAMAN BENTARA 9 BOLEH KE EXIT KE SHAH ALAM, TIDAK MELALUI LKSA

19. juriyah - Februari 28, 2012

Bilakah SKVE laluan dari Teluk Panglima Garang ke Putrajaya akan siap bagi membolekan pengguna menggunakannya.

axis706 - Mei 15, 2012

katanya penghujung bulan mei 2012.

20. sue - Mei 15, 2012

saya ingin tau laluan jarak perjalan dan laluan SKVE dari teluk panglima garang ke puchong,(belum pernah mengguanakan laluan SKVE)

21. Boleh Lalu 2 | Macam-macam… - Mei 31, 2012

[...] memaparkan kerja-kerja akan siap pada 31 Mei 2011. Anda boleh baca pada ruangan komen pada tajuk Lebuhraya SKVE, lebuhraya paling lama terbengkalai. (Jajaran Bangi-Saujana Putra kini dibuka.) tulisan seorang penulis blog yang lain . Di situ terdapat komen daripada individu yang dipercayai [...]

22. surya - Jun 3, 2012

saya dh 2 thn lebih ulang alik putrajaya(rumah) – portklang (pejabat). sangat2 perlukan skve yg terus ke port klang SIAP CEPAT. setiap hari guna ELITE masuk exit Seafield utk ke KESAS n terus ke port klang. Tol 1 hala rm6.10 (sehari rm12.20). heran kenapa sign board Pulau Indah di ELITE masih ditutup hitam ?? maknanya masih tak boleh guna ??? ‘rmy’ boleh citer tak ???

23. ahmad tajuddin - Julai 6, 2012

laluan dr banting untuk ke kl melalui tol TPG terus ke tol air hitam RM3.70…jln selesa klu nk banding laluan jln biasa banting dengkil terus ke MEX..tol RM4.00..tp klu selps byr tol air hitam ada exit ke MEX terus keKL alangkah bagusnya…tkyah masuk kePLUS atau
salak south….ada cdangan ke exit skve thru MEX…


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: