jump to navigation

Kelab pemilik kereta, banyak manfaatnya =) Julai 8, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Antara pusat servis Proton Edar.

Pernahkah anda merasa ditipu oleh pusat-pusat servis kereta, sama ada yang sah atau pun bergerak bebas? Sudah pasti itu perkara yang biasa berlaku ke atas pemilik-pemilik kereta, tak kira jenis yang jualannya amat laris mahupun jualan pada tahap sederhana.

Adakah anda juga pernah merasa kesunyian tanpa aktiviti di hari-hari cuti, dan teringin untuk berbual bersama rakan-rakan yang punya minat sama, iaitu pada kereta yang dimiliki?

Savvy siapakah ini? Maaf kerana gambar kereta anda muncul di tulisan ini.

Mungkin juga anda ingin mencari idea untuk mentata-rias kereta anda untuk menjadikannya lebih menarik dengan pelbagai aksesori tambahan?

Seperti yang kita biasa dengar, banyak akal yang berfikir serentak, lebih berhasil berbanding hanya satu akal yang berfikir. Begitu juga dalam hal-hal pemilikan kereta, yang mana kini semakin banyak kelab-kelab pemilik kereta yang ditubuhkan, dengan pelbagai tujuan tersendiri.

Ambil sahaja contoh kelab pemilik Naza Forte. Tujuan penubuhannya, antaranya adalah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat kepada kenderaan berjenama dari Korea, yang mengalami susut nilai yang amat teruk, malah lebih teruk berbanding jenama buatan Malaysia, gara-gara masalah ketahanan dan kebolehdapatan alat ganti yang sukar diperolehi.

Memandangkan Forte merupakan antara model kereta paling laris di dunia pada tahun lalu, kelab tersebut ingin mengulangi kejayaan serupa di Malaysia di mana potensi pasaran kereta masih luas, kerana lumrah pemilik kereta Malaysia yang gemar menukar baru kenderaan yang dimiliki setiap 3 hingga 5 tahun.

(Sebagai tambahan, keahlian turut dilengkapkan dengan kad kesetiaan Old Boy Kopitiam, antara rangkaian restoran kopitiam yang semakin bercambah di seluruh negara kebelakangan ini.)

Setakat ini, kelab tersebut meraih kejayaan dalam menarik pembeli baharu yang seterusnya menjadi ahli kelab, dan hasil yang bakal diperoleh sudah pastinya kebolehdapatan alat ganti yang lebih mudah, penawaran aksesori tambahan yang lebih dipelbagaikan, dan paling penting susut nilai kereta yang dapat dikurangkan kadarnya.

Kelab pertama pemilik-pemilik Proton Savvy.

Saya bercerita berkenaan kelab pemilik kereta, oleh kerana saya juga kini ahli online sebuah kelab pemilik kereta yang sudah lama ditubuhkan, iaitu bermula tahun 2005 lalu. SAVOC.net, merupakan kelab yang mengumpulkan pemilik-pemilik kereta Proton Savvy di bawah satu bumbung dan bekerjasama dalam memberikan penyelesaian kepada masalah-masalah yang muncul, lumrah setiap kereta.

Ingatkah tentang masalah bearing belakang Proton Savvy, yang telah menyebabkan panggilan semula dibuat kepada 33,000 buah Proton Savvy untuk dibetulkan bahagian tersebut yang berpotensi mengalami kebocoran dan dimasuki air jika tindakan selanjutnya tidak diambil.

Penyelesaian sedemikian merupakan yang pertama bagi sebuah model Proton. Siapa yang berani menyangka? Proton memang sinonim dengan pelbagai masalah di usia remajanya. Kini, sudah 25 tahun usianya, diibaratkan sebagai “seorang dewasa yang sedia berumah tangga”, sudah pasti perlu bertindak lebih matang, dan memberikan hasil kerja bermutu tinggi kepada pengguna.

Atas tekanan yang diberikan oleh kelab pemilik Savvy ketika itu, Proton akhirnya tunduk kepada kuasa pengguna untuk melakukan penambahbaikan ke atas model tersebut, demi meraih kesetiaan pemilik Proton Savvy yang kebanyakannya golongan muda yang bakal menambah kereta baharu atau menukar kepada kereta baru, agar kekal setia bersama jenama Proton.

Namun, masalah kereta yang berbeza, pastinya memerlukan penyelesaian yang pelbagai. Justeru, kegagalan Proton untuk memberikan kereta yang kurang kerosakan, telah menyebabkan peneraju SAVOC.net memulakan usaha sendiri mencari penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul, dengan bantuan rakan-rakan mekanik dan juga sumber-sumber dari pihak Proton sendiri.

Kini, pusat servis Proton Edar/EON hanya menjadi pilihan bagi kami untuk kerja-kerja servis kecil (minor) seperti penukaran minyak pelincir dan penapis udara serta alat-alat ganti tulen Proton. Sebahagian besar kerja penyelenggaraan dilakukan secara cuba jaya dan “D.I.Y” untuk mengelakkan penipuan oleh pusat-pusat servis bertauliah mahupun tiada tauliah, yang hanya memikirkan keuntungan sebagai matlamat utama operasi berbanding kesetiaan pelanggan.

Sebahagian besar ahli akan terus melupakan pusat-pusat servis Proton Edar/EON selepas tempoh jaminan 2 tahun. Memandangkan tempoh jaminan lanjutan 3 tahun hanya meliputi skop kecil alat ganti, kebanyakan pemilik terus menghantar Savvy mereka ke pusat-pusat servis yang pakar untuk memperbaiki enjin Renault D4F yang dimiliki. Paling menyerlah, RS Auto di Puchong yang menjadi pilihan utama.

Cara kerja pusat-pusat servis bertauliah sedia ada, sukar untuk kita ubah. Hal ini kerana ketiadaan tauliah yang betul, dan juga keghairahan untuk meraih keuntungan dan mempercepatkan kerja untuk meningkatkan keuntungan, tanpa menitikberatkan kualiti produk. Hal ini berlaku di kedua-dua peringkat pengeluaran dan penyelenggaraan, yang menjejaskan keyakinan masyarakat.

Jualan tinggi dan susut nilai yang sedikit, tidak bermakna kenderaan yang dikeluarkan sudah cukup bermutu tinggi. Harus diingat, pasaran automotif negara kita dikawal dengan ketat dengan polisi kerajaan, yang semakin tidak disukai oleh rakyat yang semakin kritikal terhadap setiap tindakan kerajaan.

Negara kita sudah menerima AFTA, yang membuka pasaran automotif Asia Tenggara kepada pengeluar dari seluruh dunia, terutama yang mahu membuka kilang-kilang mengeluarkan kenderaan, alat ganti dan aksesori di rantau Asia Tenggara. Ini peluang yang wajar untuk diraih untuk meningkatkan nilai ekonomi negara kita, bagi mencapai matlamat Model Ekonomi Baru.

Bayangkan sahaja keadaan pasaran terbuka automotif, lebih ramai yang akan memperoleh kerja dengan pembukaan lebih banyak kilang.

Lebih banyak rangkaian pengedar dan servis yang dapat diwujudkan.

Pejabat Proton Tanjung Malim.

Bandar-bandar automotif seperti Tanjong Malim dapat dihidupkan untuk menampung keperluan industri.

Lebih banyak lebuhraya akan dibuka untuk menampung keperluan pengangkutan yang lebih pantas.

Lebih banyak eksport yang dapat dikeluarkan oleh Malaysia ke negara luar, dan harus diingat, eksport kereta/produk automotif pastinya bernilai amat tinggi.

KDNK yang lebih konsisten dapat diwujudkan.

Keuntungan lebih banyak kepada syarikat konsesi lebuhraya, justeru kadar tol yang dapat terus dipertahankan pada kadar yang saksama. Mutu lebuhraya yang pasti perlu dipertingkatkan bagi menampung pertambahan trafik.

Peluang eksport untuk pengeluar tempatan, yang sudah bebas daripada imej “dilindungi kerajaan”.

Rakyat Malaysia yang paling utama, yang akan punya lebih banyak pilihan untuk membeli kereta. Kebebasan memilih, konsep demokrasi yang mengutamakan hak rakyat untuk memperoleh pengangkutan selamat dan selesa.

——————————————————————————–

Okey, hentikan semua mimpi indah yang tidak akan jadi nyata!

Untuk menyimpulkan tulisan ini, saya ingin memberikan galakan kepada pemilik-pemilik kereta di luar sana untuk menyertai kelab untuk kereta masing-masing,  yang paling penting boleh membantu dalam usaha menjaga kenderaan kita masing-masing, yang majoriti kita ibaratkan seperti “rumah kedua”.

Selain dapat menjaga kereta, bergiatlah secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kelab. Dapat melawat banyak tempat-tempat yang mustahil dilawati berseorangan, menikmati keindahan alam, berekreasi bersama ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan kelab. Pasti kepuasan dapat dirasai, dengan lebih banyak ilmu diperolehi dari pengalaman menyelidik kerosakan yang masing-masing alami.

About these ads

Komentar»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: