jump to navigation

Betapa mudahnya wang kita dipotong, hanya melalui satu panggilan telefon. Julai 9, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , ,
trackback

Ada yang datang memberikan komen mereka mengenai satu pakej perlindungan insurans yang disediakan menerusi langganan kepada sebuah syarikat penyedia Internet, dengan kerjasama sebuah syarikat insurans antara yang terulung di dunia.

Memandangkan modus operandi mereka yang mencurigakan, saya telah berhubung bukan setakat dengan Maybank, juga pihak Polis DiRaja Malaysia untuk memastikan bahawa ini merupakan satu bentuk percubaan untuk memperdayakan pelanggan.

Seorang pemberi komen menerangkan langkah-langkah untuk pelanggan “bertuah”, menyertai skim perlindungan yang dinyatakan tanpa perlu menggunakan butir hitam atau putih.

Gambar hiasan.

Prosedur tele-pemasaran :
1. Operator akan menghubungi pelanggan bertuah dalam senarai nama yang diberikan.
2. Operator akan menerangkan kepada pelanggan bahawa semua butir perbualan dirakam.
3. Operator akan menerangkan semua manfaat yang diperolehi daripada program tersebut.
4. Operator akan menjawab sebaiknya semua soalan yang ditanyakan oleh pelanggan.
5. Operator akan mendapatkan kebenaran untuk pendaftaran daripada pelanggan.
6. Operator akan mengesahkan semua maklumat seperti Nama, Nombor MyKad, dan Alamat.
7. Operator akan bertanyakan cara yang mudah untuk pelanggan membayar sama ada hanya menggunakan kad kredit mahupun “auto-debit” dari kad debit Maybank setiap bulan.
8. Operator akan membaca penutupan wajib bagi mendapatkan perhatian pelanggan mengenai jumlah nilai polisi, terma-terma dan syarat polisi.
9. Operator akan meninggalkan nama dan nombor khidmat pelanggan.

Dalam komentarnya, amaran juga diberikan kepada saya untuk tidak memburukkan nama syarikat penyedia perlindungan insurans yang disebutkan, iaitu Chartis Malaysia Insurance Berhad, agar tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Namun, luangkan sedikit masa untuk membaca tulisan saya terdahulu, adakah saya menyebut perkataan Chartis dalam tulisan tersebut?

Untuk pengetahuan, saya langsung tidak memburukkan nama syarikat Chartis, yang dahulunya dikenali sebagai AIG. Saya juga menyedari mengenai reputasinya sebagai sebuah syarikat insurans yang berpengaruh di arena dunia, yang mana sudah tentu akan menjalankan operasi secara yang ditetapkan oleh undang-undang di negara ianya beroperasi.

Untuk memudahkan rujukan, ini merupakan laporan polis yang saya telah buat mengenai perkara ini. Mungkin agak panjang untuk anda baca.

POLIS DIRAJA MALAYSIA

REPOT POLIS

Balai: Sek 11

Daerah: Shah Alam

Kontinjen: Selangor

No Repot: KAJANG/015914/10

Tarikh: 24/05/2010

Waktu: 1845 PM

Bahasa Diterima: B. Malaysia

Butir-butir penerima Repot

Nama: Zaiton Bt Halim

No. Personel: (sulit)

Pangkat: (sulit)

Butir-butir Pengadu

Nama: Mohamad Firdaus Bin Rosli

No. K/P (Baru): (sulit)

Jantina: Lelaki

Tarikh Lahir: 05/11/1990

Umur: 19 tahun 6 bulan

Keturunan: Melayu

Warganegara: Malaysia

Pekerjaan: Pelajar

Alamat Tempat Tinggal: X-XX-XXX Pangsapuri Sri Ros, Taman Sepakat Indah, Kajang. (Nombor Rumah Dirahsiakan)

No. Tel (HP): (dirahsiakan – sebarang komentar boleh gunakan ruangan di bawah)

Pengadu menyatakan:-

Pada 24/05/2010 jam lebih kurang 3.30 petang semasa berada di rumah saya alamat seperti di atas telah terima panggilan dari Private Number, Pemanggil (P) Melayu bernama Rinah bt Raflee beritahu nama saya serta segala butir peribadi mengenai akaun TM.

Pemanggil ceritakan kepada saya Pakej Perlindungan TM Active Protection Plus, oleh Chartis Malaysia dahulunya AIG iaitu perlindungan asas percuma, perlindungan tambahan seperti insuran lain tapi lebih murah iaitu antara RM25-35 sebulan.

Selepas saya bersetuju beliau meminta 16 nombor digit kad debit Visa Maybank untuk tujuan pengesahan dan pembayaran secara premium. Panggilan tamat selepas pemanggil memberitahu menyeluruh syarat-syarat polisi.

Selepas itu saya membuat panggilan ke Pusat Kad Maybank untuk pengesahan dan seterusnya untuk batalkan kad jika terbukti ada penipuan. Kad akhirnya dibatalkan. Saya buat carian di Internet TM Active Protection Plus tetapi saya tidak menemui sebarang maklumat dan bermakna ada penipuan di sini. Tujuan saya buat laporan adalah untuk rujukan Pihak Tertentu supaya dapat diambil tindakan atas pendedahan maklumat peribadi pengguna kepada Pihak Ketiga.

Sekian laporan saya.

Jika ada sesiapa dari Chartis yang merasakan bahawa saya ingin memalukan nama syarikat kalian dengan pendedahan mengenai laporan ini, saya hanya menulis mengenai laporan polis yang saya buat mengenai satu perkara yang bukan hanya saya, juga pihak Maybank dan PDRM, mengandaikannya sebagai satu penipuan.

Dalam hal ini, saya menaruh sepenuh keyakinan kepada Chartis bahawa syarikat insurans ini mempunyai reputasi cemerlang di serata dunia di atas kualiti perkhidmatan yang terbaik, serta penawaran perkhidmatan yang dipercayai tanpa sebarang syak wasangka.

Contoh ejen-ejen insurans yang beroperasi di Malaysia.

Namun, dalam perniagaan insurans, kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis ejen yang beroperasi di merata tempat. Mereka yang menjadi ejen akan menggunakan sebarang cara yang mampu bagi memperoleh seramai boleh pelanggan untuk meningkatkan keuntungan daripada pemberian perkhidmatan pendaftaran polisi insurans.

Dalam pelbagai cara yang digunakan itu, pasti akan ada yang tamak haloba dan sanggup menipu pelanggan menerusi panggilan daripada nombor rahsia, dan sanggup memperbodohkan pelanggan dengan menyatakan bahawa nombor 16 digit kad debit Maybank adalah hanya satu nombor keahlian, sedangkan penolakan kredit daripada akaun pelanggan tidak disahkan secara bertulis seperti kebiasaannya.

Jika skim ini benar-benar wujud dan ditawarkan oleh Chartis Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad, perkara seterusnya haruslah difikirkan, iaitu cara penawaran perkhidmatan yang mencurigakan.

Bayangkan seseorang menghubungi kita, dengan tiada nama yang disimpan di dalam telefon.

Khidmat penghantaran 24-jam.

Sudah tentu kita akan merasa ragu-ragu, malah ada yang tidak akan mengangkatnya langsung. Begitulah karenah para pelanggan McDelivery yang saya hadapi setiap hari yang sukar untuk menjawab panggilan.

Maka terpaksalah saya menggunakan telefon sendiri untuk menghubungi pelanggan-pelanggan ini, dek kerana prejudis pelanggan kepada nombor talian McDonald’s Bangi DT iaitu 03-8922-1553 yang disangka sebagai nombor telefon awam. Sedangkan nombor tersebut telah sedia ada ditulis dalam resit yang mereka perolehi setiap kali menerima pesanan daripada rider McDelivery.

Jadi, bagaimana pula dengan nombor Private? Mampukah kita untuk mempercayai?

Untuk pengetahuan juga, saya turut selalu menerima panggilan daripada Pusat TeleMarketing TM yang terang-terang nombornya terpampang di skrin telefon saya sebelum panggilan dijawab, iaitu satu nombor dari Kuala Lumpur. Saya dengan sukacitanya menjawab  panggilan tersebut kerana mengetahui dan meyakini kewujudan mereka sebagai satu bahagian dalam sebuah syarikat sebesar TM.

Saya juga percaya bahawa jika benar-benar Chartis yang menawarkan pakej insurans ini kepada saya secara terus tanpa melalui sebarang ejen insurans lainnya, mereka akan menggunakan nombor yang tidak dirahsiakan.

Hal ini kerana mereka pasti mengetahui bahawa bagi meraih keyakinan pelanggan, prejudis haruslah dihapuskan, semua butir haruslah kelihatan jelas terutama bagi satu perniagaan insurans.

Malah, lawatan saya ke laman web Chartis untuk mencari lebih banyak maklumat mengenai “TM Active Protection Plus” yang ditawarkan, telah membuka mata saya mengenai kewujudan syarikat insurans ini, lantas menjadikannya antara pilihan saya bagi memperbaharui polisi insurans kereta yang bakal tamat tempoh pada Januari 2011.

Penajaan bernilai AS$ 28 juta, namun cukup bagi meraih keyakinan masyarakat kepada AIG.

Abaikanlah mengenai krisis dahulu kala, kerana syarikat sebesar AIG (kini Chartis) amatlah penting di dunia ini sehinggakan kerajaan Amerika Syarikat tanpa berdolak-dalih memberikannya perlindungan dari kebankrapan dengan suntikan dana pelaburan daripada wang pembayar cukai Amerika Syarikat.

Saya sedari keadaan yang berlaku bukanlah kerana AIG itu satu organisasi yang lemah, tetapi kerana krisis subprima yang berlaku di Amerika Syarikat yang menjejaskan pasaran hartanah, yang turut memberi kesan langsung kepada syarikat-syarikat insurans utama.

Sekali lagi saya ulangi, saya meyakini Chartis sebagai satu syarikat insurans unggul dan tidak menjalankan sebarang penipuan mengikut undang-undang negara. Namun saya yakini, keraguan yang timbul sudah pasti hadir daripada sebilangan ejennya yang ghairah dalam memperoleh keuntungan, mahupun pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama syarikat-syarikat ternama bagi memperoleh kepercayaan pelanggan daripada penipuan yang dilakukan.

About these ads

Komentar»

1. Felix - Julai 14, 2010

Encik Firdaus, comment ini perlu dipadam atau pun edit semula.
Terima kasih

Firdaus Rosli - Julai 14, 2010

Saya rasa tidak perlu diubah pun. Biarkan masyarakat membacanya, memandangkan kekeliruan sudah pun (hampir) selesai.

Saya masih menunggu e-mel daripada Chartis untuk lebih maklumat berhubung pelan insurans yang ditawarkan untuk pelanggan Streamyx. Jangan janji kosong sahaja.

2. Pemegang Polisi - Julai 23, 2010

weh budak..kenape la ko nie bengap n bebal sgt..ak pn ade amik program nie la..ko tu yg x fham prosedur..mmg la tele-markerting diorg pnye prosedur mcm 2..klu ko x nk, buat ape ko bg mklumat kad debit ko yg x tntu ade duit ke tak 2..jgn r nk brlagak sgt..aku gune credit kad lgi..x kisah pn..debit kad 2 adik aku darjah 5 pn ade la..buat malu je..hahahaa..rmai je mmber2 aku dh amik plan nie..siap dh leh buat claim lg..aku penting kan protection..duit boleh cari la..kalau ko dah cacat ke mampus ke..sape nk jage mak bapak ko?yg ko bangang sgt nk tgok email pelan nie knape..ko x dgr ke ape yg minah 2 ckp hri 2..ke ko nie mmg tuli..mtg2 la pompuan yg call ko..terus stim..hahahaa..lg stu..mne la ko boleh dpt email klu ko x daftar bodohhhhh..aduis..mnusia mcm ko nie pn ade ke..malu weiiii..baik ko blajar je la..jgn nk buat2 pandai..sume org thu ko 2 bodoh..mmber2 ak gelak2 la bca post ko nie..ko kne ingat, bljar pn x abes nk brlagak pndai..org mcm ko nie la yg slalu timbulkan msalah n menimbulkan prgaduhan..post ko nie boleh mngelirukan pmegang polisi pelan ni..aku x backup sape2..tapi kt sini npak sgt la kebodohan ko 2..x tahu nk berlagak pandai..kpada2 agent2 chartis..jgn la korang layan mamat nie..die dah masuk air kot or terencat akal agaknye..baik korang continue je korang nye GOOD SERVICE..n terima kasih sbb tawarkan sy program yg bagus..premium pun rendah..tapi coverag, not bad..btw, krim slam pada agent korang yg name Siti Marlina..die sgt polite n melayan kerenah sy hri 2 sbb byk soalan yg sy tnye..tpi die sabar je..ye la..klu x faham tanye la..bukan terus hntar post ‘bodoh’ nie kan..dah la..renung2kan la muke ko yg..malas la nk ckp..faham2 la kn..ok chow..!!

apai - Februari 10, 2011

ko nie pon aku rase salah satu ejen 2..jgn terpedaya dgn kate budak sengal nie.tq

Beth Evan - Februari 9, 2012

orang yang kurang belajar kat sekolah ayat mcm ini la… ma bapak pun tak didik

papeje - Mei 18, 2012

Pepatah ada mengatakan, “siapa yang makan cili, dia yang rasa pedasnya” mmg sahlah die ni salah sorang agen tu kot.. bahasa pun mcm org sakai nak kata org xpegi sekolah…

3. apai - Februari 10, 2011

bru td petang ade ejen mengaku dr chartis tipon.aku mmg x percaya urusan dlm telefon.nak deal biar depan2.
nak no akaun debit card la ape..nppk mmg pembohong..sekian.berhati2..

4. INGIN TAU - Mei 13, 2011

NAK TY?..SY PUN AD DAPAT PANGGILAN..DIA KATA DIA DARI HQ MAYBANK…DIA BG TAWARAN INSURANS PD SY SERENDAH RM68…BLE PERCAYAKAH???NI NO DIA…0358855500..MAYBANK BUKIT JELUTONG…KALO SAPA2 TAU BAGI TAU YA…
PADA PEMEGANG POLISI…KENAPA EMO SGT BERCAKAP…BUDI BAHASA BUDAYA KITA…X TENGOK IKLAN KAT TV KER???HEHE

5. Noor - Julai 25, 2011

Saya pun terkena hari ni, surat dihantar kepada saya dari Chartis menagatakan saya ada berurusan dengan kakitangan mereka bernama Low,pada 6hb 7 2011, Padahal hari tu saya tak pernah bercakap dengan siapa pun melalui telefon dgn orang bernama Low mengenai insurans chartis tu.
Memandangkan saya tak pernah ada kad kredit maka surat tu mengatakan saya gagal memohon.
Nasib baik saya memang tak ada kad kredit pun.
Memang sah la mereka ni penipu dan memperdayakan orang.
Urusan yang palsu sama sekali.
Saya jumpa post ini sebab saya nak tau tentang kes penipuan chartis ni.
Sesiapa yang terkena tu cepat cepat ambil tindakan.

6. BAPA KAU - November 28, 2011

Penipu.. semua itu, ejen palui dari insurance. Lebih teruk lagi orang yang makan babi dengan ular…. Nama saja islam tapi lebih teruk dari bukan islam, alim lah konon…..

Ejen yang selalu pergi kelab malam, menyundal….. tidak pernah puas di rogol… mahu duit saja….
he….. benci….

7. Terkena - Julai 16, 2012

Pada 4 Julai 2012, tiba-tiba saya menerima sms dari 66300 yang menyatakan bahawa polisi Chartis saya yang dibeli melalui telejual pada 12 Jun 2012 sudah tertunggak sebanyak dua bulan (RM92.00). Saya terkejut! Saya tidak pernah mendengarpun nama “polisi Chartis” sebelum ini, apatah lagi membelinya. Dalam mesej itu, saya diminta memastikan baki yang mencukupi dalam masa 3 hari untuk tujuan pengebilan. Saya makin tak faham, nak pastikan baki tu mencukupi kat mana? Dalam telefon (kredit) ke atau dalam bank? Kalau bank, bank mana?

Keliru tambah terperanjat dengan sms tu, saya cuba menghubungi penyedia perkhidmatan telefon prepaid saya iaitu Tune Talk (sebab sms tu dihantar melalui talian ini), malangnya, pada hari tiu, walaupun menelefon berkali-kali, Tune Talk pula tak dapat dihubungi. Asik suara iklan saja yang kedengaran.

Sehingga hari inipun, 66300 tu tak sms-sms lagi.

Sampai sekarangpun, saya masih simpan sms tu. rasa-rasanya, saya perlu membuat laporan polis tak?

Ada sesiapa yang terkena macam saya tak, boleh kongsi sikit cara menyelesaikannya. Boleh hubungi saya di mynameisfullname@gmail.com


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: