jump to navigation

Ingin tambah nilai Touch N’Go? Tak perlu lagi beratur di lorong tambah nilai, atau kaunter plaza tol. Oktober 9, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

Tinggal di Lembah Kelang dan memandu kereta, membuatkan anda sukar untuk lari dari satu perkara: Plaza Tol.

Boleh dikatakan kebanyakan laluan yang disediakan, mengenakan tol kepada kenderaan yang melaluinya, dan sudah tentu anda tidak mahu beratur panjang di lorong tunai setiap kali melalui plaza tol.

Mula diperkenalkan sejak 1996, Touch N’Go merupakan sistem pembayaran tol tanpa tunai untuk lebuhraya di Malaysia. Statistik Bank Negara Malaysia mendapati, 70% transaksi tanpa tunai di Malaysia adalah menggunakan Touch N’Go.

Populariti Touch N’Go mungkin disebabkan faktor-faktor berikut:-

1) Penerimaan menyeluruh untuk pembayaran-pembayaran ringkas.

Semua lebuhraya menerima pembayaran menerusi Touch N’Go. Selain itu, RapidKL kini hanya menggunakan sistem Touch N’Go untuk RapidPass mereka yang boleh digunakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.

Malah, kebanyakan tempat letak kereta di pusat-pusat membeli-belah menerima Touch N’Go sebagai kaedah pembayaran dengan caj yang minimum.

2) Lebih mudah untuk mengawal perbelanjaan dan merancang perjalanan.

Nilai simpanan yang dimasukkan dalam Touch N’Go dapat memastikan penggunanya merancang perjalanan dengan lebih baik, berdasarkan kepada baki yang tinggal di dalam kad.

Hal ini juga disebabkan kemudahan tambah nilai yang terhad dan agak sukar pada waktu puncak.

3) Rebat tol 20% setiap bulan.

Jika anda menggunakan Touch N’Go untuk pembayaran tol, dan penggunaan sebanyak 80 kali dalam sebulan, anda akan menerima rebat sebanyak 20% daripada jumlah penggunaan yang akan dikreditkan dalam Touch N’Go anda.

Rebat ini merupakan sebahagian daripada program kerajaan untuk menggalakkan penggunaan sistem elektronik untuk pembayaran tol, selain daripada mengurangkan beban kewangan bagi mereka yang kerap melalui plaza tol.

Kini, lebih mudah untuk anda menambah nilai Touch N’Go walaupun ketika kaunter tambah nilai ditutup.

CIMB Bank kini mengecualikan caj tambah nilai Touch N’Go kepada pelanggan-pelanggannya yang menambah nilai menerusi mesin ATM CIMB.

Jika anda menemui mesin ATM CIMB dengan pelekat “Tambah Nilai Touch N’Go Di Sini”, anda boleh menambah nilai kad tanpa caj. Tambah nilai minima menerusi ATM adalah RM50, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa (kecuali jika mesin ATM tersebut tergendala seketika antara 12 tengah malam hingga 2 pagi).

Diharapkan CIMB Bank dapat menambahkan bilangan mesin ATM dengan pengimbas kad Touch N’Go, agar kemudahan ini lebih mudah diperolehi.

Selain itu, diharapkan jumlah tambah nilai minima dapat dikurangkan, agar pengguna-pengguna LRT atau bas RapidKL dapat turut sama memanfaatkan kemudahan tambah nilai ini. Minima RM30, mungkin lebih sesuai kepada pengguna yang cenderung mengawal penggunaan dan perjalanan masing-masing.

 

 

 

About these ads

Komentar»

1. Oshin - Disember 4, 2010

salam saudara firdaus.
wujudkah tambah nilai touch n go secara online?
kalau ada, bagaimana caranya?

Firdaus Rosli - Disember 5, 2010

Setakat ini, teknologi TnG masih lagi tidak mampu menawarkan tambah nilai online, memandangkan setiap transaksi tambah nilai memerlukan kad untuk diimbas bagi memasukkan nilai tambah.

Buat masa sekarang, kemudahan tambah nilai TnG sudah bertambah, cuma kebanyakannya mengenakan caj masing-masing.

2. azlin - Jun 21, 2011

salam..
blh x en firdaus wat tutorial sket cara2 nk topup touch n go via cimb atm?
thanks in advance..

Firdaus Rosli - Jun 22, 2011

Tutorialnya agak mudah:-
1) Pilih mesin ATM CIMB yang memaparkan ikon “Tambah nilai di sini” di sebelah kanan mesin.
2) Masukkan kad ATM CIMB, dan nombor PIN.
3) Di menu utama, pilih “Touch N’Go”.
4) Pilih “Tambah Nilai”.
5) Kad ATM CIMB akan dikeluarkan dari mesin, dan anda akan diminta untuk menyentuh kad Touch N’Go anda.
6) Baki semasa kad Touch N’Go akan dipaparkan.
7) Anda akan diberikan pilihan jumlah tambah nilai yang diingini di skrin. Jumlah terendah ialah RM50.
8) Anda akan diminta menyentuh kad Touch N’Go sekali lagi.
9) Baki terbaru kad akan dipaparkan, dan resit akan dikeluarkan.

azlin - Jun 22, 2011

thanks a lot

3. Sha - Ogos 19, 2011

tQ,waktu2 raya begini,info ini sgt membantu.

4. sim - Ogos 27, 2011

selain CIMB, bank apa lagi yg boleh reload TnG ni..?

Firdaus Rosli - September 21, 2011

ATM bank lain ada caj RM0.50 per transaksi. Kebanyakan bank komersial di Malaysia ada menyediakan perkhidmatan ini.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: