jump to navigation

Caj urusan Tabung Haji di Bank Islam. Apa pendapat anda? Disember 3, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , ,
trackback

Hari ini saya berasa amat girang kerana telah memperoleh gaji, serta elaun pengajian daripada Mara. Sebagai usaha untuk menyimpan untuk masa hadapan, bulan ini, peruntukan agak besar daripada pendapatan telah saya tetapkan untuk simpanan, iaitu pada kadar yang agak tinggi daripada biasa.

Ini berikutan saya perlu memperbaharui insurans dan cukai jalan Savvy saya bulan Januari nanti, Selain itu, saya juga perlu bersedia jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan tidak menjadi kenyataan, yang mana saya turut perlu menjelaskan saman ekor, sebanyak 2 saman, kedua-duanya diperoleh dari Polis Trafik Putrajaya di persiaran dan lokasi yang sama (Persiaran Utara), hanya selang satu jam.

Memandangkan saya memprotes pembinaan menara Warisan Merdeka oleh PNB, saya berniat untuk mengalihkan simpanan saya dari ASB kepada Tabung Haji. Mengetahui mereka mengadakan kerjasama dengan Bank Islam, saya terus bertindak membuka akaun di cawangan Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Segala urusannya mudah, sehingga saya mendepositkan sejumlah wang ke Tabung Haji menerusi mesin deposit tunai Bank Islam.

Malangnya, saya baru menyedari bahawa RM1 telah ditolak dari akaun Tabung Haji saya. Apabila saya bertanya kerani bertugas, mereka juga tidak mengetahui.

Carian di Google mengesahkan apa yang saya sedari. Rupa-rupanya caj RM1 per transaksi dikenakan kepada setiap pengeluaran/deposit Tabung Haji melalui Bank Islam. Perkara ini tidak dimaklumkan mahupun disedari oleh para petugas Bank Islam.

Pendapat saya, perkara ini tidak sewajarnya berlaku, jika benar-benar Bank Islam dan Tabung Haji ingin menggalakkan perbankan Islam dan menyeru umat Islam menyimpan untuk mengerjakan haji.

Tambahan pula, kebanyakan pelajar memiliki akaun di Bank Islam, sewajarnya kelompok ini digalakkan untuk mendeposit di Tabung Haji, kerana merekalah yang bakal menjadi tetamu Allah di kota suci Makkah apabila meningkat usia. Proses deposit wang sewajarnya tidak perlu dikenakan caj.

Kekalkan sahaja caj untuk pengeluaran, kerana matlamat kita adalah untuk menggalakkan simpanan secara konsisten yang bakal menguatkan lagi ekonomi Islam.

Bayangkan seorang pelajar mendepositkan RM50 sebulan menerusi Bank Islam selama tempoh 3 tahun pengajian tanpa sebarang pengeluaran:-

Jumlah deposit setahun : RM50 x 12 bulan = RM600 + dividen 5% = RM630.

Tahun kedua: RM630 + 600 = RM1230 + dividen 5% = RM1292.

Tahun ketiga: RM1292 + 600 = RM1892 + dividen 5% = RM1987.

Beliau memperoleh kira-kira RM187 dividen dalam tempoh 3 tahun tersebut, dan jika ditolak caj deposit Bank Islam:-

RM187 – (RM1 x 12 x3) = RM151. Nampaknya keuntungan daripada simpanan berkurangan di situ. Tambahan pula, ini formula ringkas, andaian saya. Formula sebenar penetapan dividen Tabung Haji pastinya berbeza.

Mereka pasti mengambil kira bulan simpanan diterima, lantas menyebabkan kadar dividen sebenar jauh lebih rendah daripada andaian ringkas ini.

Jawapan di FAQ laman Tabung Haji:-

Soalan 21: Bagaimanakah Tabung Haji mengira dividen tahunan?

Jawapan: Dividen dikira berdasarkan baki terendah bulanan, iaitu baki simpanan selepas mengambil kira pergerakan urusniaga simpanan dan pengeluaran setiap bulan.

Buku yang pasti ada dalam simpanan setiap orang Melayu.

Memandangkan kecewa dengan caj urusan deposit Tabung Haji ini, saya terpaksa mengekalkan deposit di ASB, dengan harapan PNB tidak meneruskan Warisan Merdeka yang bakal membuka risiko kejatuhan harga hartanah di negara ini yang ketika ini kelihatan terlalu tinggi.

Siapa tahu, mungkin kejatuhan harga tersebut suatu hari nanti bakal merasionalkan semula harga hartanah, agar ianya lebih mampu-milik kepada golongan pendapatan sederhana dan rendah, selain bakal-bakal profesional muda seperti kami.

Semoga setiap anak muda Malaysia suatu hari nanti tidak lagi merempat di bumi sendiri, menyewa di sana-sini, dan mampu memiliki hartanah yang boleh diduduki untuk berteduh dari cuaca kita yang makin tidak menentu ini.

Demi mencapai impian ini, galakkanlah kami menyimpan. Semoga kami tabah dan kuat dalam menghadapi godaan konsumerisme yang kian galak menghasut anak muda bergaya biarpun papa kedana.

 

About these ads

Komen-komen»

1. zepp - Februari 26, 2011

Salam..sy juga tk bersetuju dgn kadar rm1 tu..tu bkn bantu org islam..tp bank buat untung..student uitm pn,kena rm1 bila byr yuran pengajian melalui bank islam..dh kena byr yuran proses kt uitm 49rm…bank islam pn amik juga rm1…suma nk amik untung..kita juga yg tk penah2 untung2…ko pikir la…ada student blh byr yuran guna k.kad b.islam…tp..mesin kad kredit tu…uitm guna affin bank pnya…kena charge lak tu..mana b.islam pnya mesin?kata kerjasama dgn uitm..tp..tah apa2 tah..jd..ada baiknya kita kita pilih bank yg ada masa dpn…ko tgk la..senang tk nk cari bank islam kt malaya ni?payah kn?print statement pn kena rm5 di kuanter..kt mesim rm1 gak..aku rasa ada baik bank tu kenakan byran bila pelanggan masuk utk buat urusan kan?bank ambik cukai perkhidmatan la..kn senang…hehehehee

ingin tahu - Ogos 8, 2012

“”print statement pn kena rm5 di kuanter..kt mesim rm1 gak.””

kat bank islam resit yg kte mnx melalui mesin pn kena cas RM1 ke?

2. Aziz - Julai 17, 2011

Sila rujuk website MAIS ,ASB haram.

3. mat - Disember 22, 2011

salam.nampak sangat awak ni taik hidung masin.anggap sebagai sedekah.bank lain cam tu juga.

4. abdullah - Februari 22, 2012

status ASB masih diragui…

5. kadija - April 24, 2012

kebetulan sy juga sdg search info on some ways utk depositkan duit ke dalam tabung haji and i found this..

http://www.bankislam.com.my/bm/Pages/TabungHajiBanking.aspx?tabs=8


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: