jump to navigation

Suzuki Alto, kereta import paling murah di Malaysia. Januari 4, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
trackback

Saya menulis bukanlah bagi mewakili Suzuki Malaysia Automobile, tetapi bagi

Agaknya apakah yang diberi Suzuki kepada juara piala AFF ini? Kalau dapat Alto sebuah seorang, boleh peroleh publisiti percuma. Khairul Fahmi pun masih dengan Perodua Kancil.

menyampaikan maklumat mengenai kereta baru mereka, yang maklumatnya kini sudah boleh diperoleh di laman web Suzuki Malaysia Automobile.

Safee Sali menjaringkan gol di hadapan kereta Suzuki Alto. Gol!

Malah, Suzuki Malaysia juga sewajarnya diberi pujian kerana bukan sekadar menawarkan maklumat mengenai kelebihan kereta yang dijual, juga butiran mengenai kos penyelenggaraan mengikut kekerapan.

Kos penyelenggaraan Suzuki Alto memang cukup menjimatkan, malah lebih murah dari Proton. Maklumatnya boleh dilihat di sini.

Pencarian maklumat saya berterusan, namun sudah pastinya hati kita lebih puas dan yakin jika dapat melihat maklumat mengenai sesuatu produk, dari syarikat yang mengeluarkannya sendiri.

 

Siapa berani naik bas ekspres bila melihat perkara seumpama ini?

Ramai pengguna kereta kecil di Malaysia merungut mengenai kualiti kereta yang dimiliki, ketahanannya menghadapi pelbagai keadaan dan bagi bertahan untuk digunakan dalam jangka masa panjang.

Dengan kadar kemalangan yang kian meningkat di jalan raya, serta ketakutan masyarakat terhadap pengangkutan bas ekspres yang sebelum ini begitu popular, serta kesedaran terhadap alam sekitar dan penjimatan minyak, selain kehidupan sosial yang menggalakkan golongan muda bersiar-siar dengan kereta, menyukarkan bakal pembeli kenderaan untuk membuat pilihan yang sesuai, lebih-lebih lagi jika bajet mereka kecil dan baru memulakan kerjaya mahupun masih belajar di IPT.

Mungkin saya boleh berikan analisis terhadap model Suzuki Alto ini bagi memudahkan para pembaca.

Model ini ditawarkan dengan hanya satu jenis enjin – 1.0 liter dengan transmisi automatik dan manual. Ini bermakna dari segi prestasi enjin, ianya setaraf dengan Perodua Viva, namun lebih rendah berbanding Hyundai i10.

Beg udara kini menjadi kemestian bagi pengeluar luar negara. Proton dan Perodua masih ketinggalan.

Dari segi keselamatan, ianya dilengkapi dengan dua beg udara, sama dengan Hyundai i10. Untuk pengetahuan, Perodua Viva tidak memiliki beg udara termasuk dalam Edisi Eksklusif-nya. Struktur badan yang kukuh, mengurangkan daya ketika perlanggaran, dan melindungi pengguna ketika berlaku perkara tidak dijangka.

Sistem brek anti-kunci (ABS) hanya boleh didapati dalam dua varian lebih tinggi. Varian asas juga tidak dilengkapi tingkap kuasa di bahagian hadapan, yang mungkin menyukarkan jika pemandu membayar tol menggunakan Touch n’Go mahupun tunai.

Dari segi penjimatan petrol, ianya merupakan yang terbaik kerana menggunakan hanya 4.8liter/100km, (maklumat terbaru NRMA Australia) berbanding Hyundai i10 yang menggunakan 5liter/km. (Untuk makluman, Proton Savvy pula 5.5liter/km)

Nampaknya perbezaan yang agak ketara, pastinya menarik perhatian golongan pencinta alam sekitar yang kian ramai di negara kita, serta mereka yang ingin lebih nilai untuk perbelanjaan minyak mereka.

Perkara paling penting yang saya tertinggal, harga bagi varian-varian Suzuki Alto:-

Versi GA (manual):- RM44,888

Versi GLX (automatik):- RM49,888

Versi GXS (automatik):- RM54,888

Sebagai rujukan dan perbandingan, pesaing terdekatnya adalah Hyundai i10 yang ditawarkan pada harga yang rendah sedikit. Harus dipertimbangkan, bahawa Alto merupakan keluaran import sepenuhnya dari India, dan merupakan model terlaris di sana, malah mengatasi jualan untuk Tata Nano, kereta paling murah di dunia.

Maklumat tambahan: Kini Suzuki Swift muncul dengan trim baru, GX yang lebih murah. Harga bermula dari RM64,014.50. Klik untuk muat turun brochure iklan.

About these ads

Komen-komen»

1. eddie - Mac 4, 2011

SUZUKI ALTO 1.0CC
CALL 017-9389697 (eddie)
low finance rate
-FREE SERVICE (LABOUR+PARTS+LUBRICANT) FOR 3yrs or
discount RMXXXX untill promotion end.
-Available already stock!!!
-LOW downpayment
-Montly RMxxx
-Trade in with GOOD PRICE…
-Many Attractive FREE-GIFT !!!!!
-Rebate for NCB transfer
-Test Drive available
-Fast approval(T&C)
-can select your own number for registration..
-FREE consultans fee..(017-9389697)
-OTR RM51,371.20 include roadtax and insurance..
-Prefer sms because i check my email at late night

kindly please contact 017-9389697 (EDDIE)
or email ads_chimomoi@yahoo.com

2. adiek - Julai 20, 2011

assalammualaikum…bnar kah part gantian utk suzuki ssah ddapati?. sya juga berkeinginan utk memiliki suzuku alto ini. Tetapi, banyak khabar yg sya dengar,suzuki swift tiada tayar spare,pgunaan minyak yg banyak serta spare part yg susah utk ddpati.malahan tiada harga utk djual smula..bukan sahaja suzuki swift malah jenama suzuki… boleh encik tlg jelaskan

Firdaus Rosli - Oktober 17, 2011

Untuk Swift, mungkin penggunaan minyak sedikit tinggi kerana kapasiti enjin 1.5. Untuk khidmat selepas jualan, ianya semudah kereta-kereta jenama Jepun yang lain. Kini Swift GX ditawarkan dengan harga RM65k.

Untuk Alto, penggunaan minyak rendah, harga juga murah. Alat ganti pastinya boleh diperoleh dari pusat-pusat servis Suzuki.

3. nini - September 4, 2011

saya pemandu viva full spec 1.0 dan ianya memiliki beg udara

4. man - Oktober 21, 2011

moga rohnya dicucuri rahmat..
pastinya satu masa nanti pemberontak yg disokong barat tuu pn menerima padah d akhirat kelak..

5. JebatV6 - Disember 11, 2011

Ni nasihat ikhlas aku pd smua jurujual2.. jgn mnipu FAKTA dgn menganggap itu sbagai “Teknik Jualan” sbgaimana d lakukan oleh org2 kafir.

Ingat !! Hasil duit jualan tu akan jd darah daging kita & ada yg d kasi pd anak/bini kita..

Spare parts kurang ckp kurang, mahal ckp mahal sbb yg mbeli ni peminat yg xbkira asal minat..

6. nazim - Januari 23, 2012

saya baru beli suzuki alto ni,,rasanya puas hati selepas membuat perbandingan antara alto vs i10 v viva,, mengikut ranking keselamatan ketat eropah @ ncap, alto mendapat 3 bintang, i10 4 bintang manakala viva tiada bintang, kalau lihat dari fizikal viva memnag tidak meyakinkan dari segi keselamatan dan boleh membahayakan,, tapi disebabkan alto adalah kenderaan cbu sepenuhnya maka saya memilih alto daripada i10

7. KaKA - Januari 25, 2012

aku dah pakai swift body cantik tapi minyak kuat la skit..tpi so far so gud la..cuma arp2 x rosak la…tkut beb keta impot tu..amin

8. admin - Mac 4, 2012

Boleh dapatkan KERETA IMPORT DENGAN KADAR HARGA LEBIH MURAH DI SINI. FRESH DARI GUDANG. http://keretaimportmurah.wordpress.com/utama/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: