jump to navigation

Bahasa kasar, ada masalah? Januari 21, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

 

Terima kasih Zuckerberg, kerana dengan Facebook, ramai yang anti-internet kini aktif menggunakannya.

Saya telah memberikan pautan di Facebook kepada satu artikel di The Malaysian Insider pada Rabu lepas, 19 Januari. Artikel tersebut bertajuk “High-income job bar set at RM3,000″, bermaksud pendapatan RM3000 ditetapkan sebagai pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Anda tidak akan kaya dengan gaji RM3000 sebulan, tetapi anda boleh hidup dengannya. ” Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

 

Komentar saya kepada tulisan tersebut di dinding saya sendiri adalah:- “Lawak apa ni? Gaji RM3000, high income ke kalau dah beranak-pinak? Bangang punya menteri.”

 

 

 

Program Perubahan Ekonomi. Apa yang berubah, kalau gaji hanya RM3000 dah dikira tinggi?

Tentunya saya marah apabila segala program-program mahal dengan pelbagai akronim bombastik dan penjelasan kepada rakyat sebelum ini, dengan GTP, ETP, NKRA, NKEA, PEMANDU, Penumpang dan KPI, yang dikatakan ingin memacu negara ke arah pendapatan tinggi, matlamatnya hanyalah bagi rakyat memperoleh pendapatan perkapita RM3000 sebulan di Lembah Kelang?

Jika tidak “bangang”, apakah perkataan lain yang lebih tepat untuk memaparkan secara jelas kedangkalan ini??

Seorang yang cukup rapat hubungannya dengan saya telah mempersoalkan penggunaan perkataan yang telah ditebalkan iaitu “bangang” itu. Katanya, kesopanan haruslah menjadi amalan. Setelah dibalas, komen seterusnya pula berkisarkan menghargai keamanan yang dikecapi, dan memastikannya tidak berlalu pergi dengan tangan kita sendiri.

Suka atau tidak, lagu beliaulah Juara Lagu ke-24.

Beberapa hari sebelumnya, beliau juga telah menyalin keseluruhan lirik lagu Kalau Berpacaran dari Ana Raffali, Suhaimi Mior Hassan dan Altimet, ditulis di dinding Facebook saya. Seperti yang ramai sedia maklum, Ana Raffali kini tersenarai sebagai antara Juara Lagu yang paling tidak diiktiraf rakyat, dan hanya diiktiraf oleh M. Nasir, Obefiend, dan mungkin Ajai serta bekas isterinya Nurul yang juga pernah menang dengan lagu yang tidak seberapa sebelum ini.

Jadi, mana mungkin saya dapat menerima tindakan-tindakan tersebut daripada seseorang yang telah menafikan saya peluang untuk mengenali dunia baru bernama Internet, hanya 10 tahun yang lalu?

Bayangkan jasa beliau dalam kerajaan sepanjang menjawat jawatan menteri, adakah ini balasan setimpal?

Tambahan pula, orang yang sama juga telah menyimpulkan bahawa seorang ahli politik utama pembangkang Malaysia memang benar seorang peliwat.

Oleh kerana perkara itu tidak disahkan lagi oleh mana-mana mahkamah, mungkinkah tindakan melabel seseorang sebagai “Kaki Liwat” itu satu fitnah? Dan fikirkanlah berapa besar dosa memfitnah, lebih baik bunuh sahaja orang yang difitnah itu untuk memperoleh jumlah dosa yang lebih rendah.

Namun, perkara itu semua tidak saya ajukan kepada beliau sebagai menghormati kedudukan beliau yang amat tinggi daripada saya. Selain itu, saya juga ingin lupakan perkara-perkara silam yang mana begitu banyak peluang di masa muda tidak dapat saya rasai dahulu. Jadi, let’s forgive and forget.

Sekian lama, saya hormati kebebasan individu untuk bersuara, memberikan pendapat dan respons kepada perkara berbangkit, tidak kira ianya spekulasi mahupun memang benar fakta. Saya juga mengharapkan saya diberikan kebebasan yang sama.

 

Mereka telah lama berkomplot dengan Saiful Bukhari, bagi mensensasikan kisah liwat yang kononnya berlaku.

Malangnya, tindakan sejak beberapa ketika ini amat mengguris hati. Bayangkan dengan komen terbuka terhadap saya (sedangkan hanya satu panggilan telefon boleh menyelesaikan masalah), ianya boleh membuka peluang fitnah baharu untuk dilemparkan kepada saya sebagai “tidak menghormati ibu bapa” oleh penulis-penulis blog a.k.a para pemfitnah daripada sebuah parti yang telah lama memerintah.

Mungkin, beliau masih menyangka anaknya ini seorang budak kecil yang masih tidak berkeupayaan menulis artikel bermanfaat untuk dibaca oleh ramai orang. Nampaknya saya ini telah di-undervalued oleh beliau.

 

Novel kontroversi, nukilan Sasterawan Negara, Abdullah Hussain. Asal Sungai Limau, Yan. Klik gambar untuk biografi Wikipedia Abdullah Hussain.

 

Jika mahu difikirkan soal kesopanan, saya pernah merasa kecewa apabila orang yang sama telah mengatakan sesuatu yang buruk tentang masyarakat India di negara kita tidak lama dahulu, lantas mengingatkan saya tentang penggunaan perkataan “Paria” dalam novel Interlok edisi pelajar Tingkatan 5 Zon Tengah.

Sedangkan, wajah kami sekeluarga juga saling tak tumpah pun dengan rakan-rakan India, cukup sawo matangnya!

Tiada apa yang boleh dibuat. Pilihan yang tinggal, delete beliau dari Facebook saya. Namun ianya sesuatu yang amat jarang saya lakukan terhadap orang lain, dan amat berat untuk dilakukan ke atas insan yang saya sanjungi.

Saya benar-benar buntu sekarang.

About these ads

Komentar»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: