jump to navigation

Jambatan ke Langkawi, mari pertimbangkan. Januari 27, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Ketika saya menggunakan laman peta Google Maps bagi mencari lokasi pekan Changlun di Kedah, saya dibawa untuk melihat jarak antara pekan Kuah, Langkawi dan Kuala Perlis.

 

Jarak Kuala Perlis - Kuah, taklah jauh mana pun.

Sistem peta Google tidak dapat memberikan secara tepat, jarak antara kedua pekan tersebut. Di situ terserlahnya ketidakcekapan perkhidmatan feri antara Langkawi ke Kuala Perlis mahupun ke Kuala Kedah, Google pun tak endah.

Anggaran kasar terhadap peta Google, membayangkan jarak perjalanan antara 30 hingga 40 kilometer. Lebih kurang 20 kilometer daripadanya akan dibina di atas laut, jika jarak terdekat dipilih.

Dari segi anggaran kos:-

Jambatan Donghai, China, terpanjang di dunia. Jambatan Kuala Perlis - Langkawi berpotensi jadi jambatan yang lebih panjang.

Jambatan Jiaxing – Ningbo, Shanghai, China (6 lorong) RM147j per kilometer

Jambatan Kedua Pulau Pinang, Malaysia (4 lorong) RM179j per kilometer

Jika kos China dipilih, lebih kurang hanya RM6 bilion diperlukan bagi pembinaan jambatan, dan ada kos lain iaitu pengambilan tanah dan pengawalan alam sekitar, bakal menjadikan kosnya lebih kurang RM10 bilion.

Pada pendapat Kelapa Muda, 4 lorong sahaja sudah memadai bagi kadar trafik masa sekarang dan masa hadapan, selain daripada bagi mengawal aliran trafik masuk ke Langkawi. Dengan cara ini, pastinya kos dapat direndahkan lagi kepada jumlah yang lebih munasabah.

Saya terkejut dengan cadangan sebuah syarikat yang menetapkan jumlah sehingga RM130 bilion bagi tujuan pelbagai pembangunan di wilayah utara Malaysia, yang mana projek utamanya adalah jambatan Perlis-Langkawi. Jumlah tersebut pastinya sangat tidak logik.

Kelapa Muda melihat projek jambatan ini sebagai AMAT PENTING. Hal ini kerana, Langkawi sudah lama kelihatan agak terpinggir dengan kesukaran perhubungan dengan tanah besar. Kerap kali pelbagai barangan dijual dengan harga setara lapangan terbang, semata-mata kerana kos pengangkutan laut yang teramat tinggi.

Jika anda bakal ke Langkawi dalam masa terdekat, silakan untuk melihat harga makanan segera serta produk-produk keperluan di sana, yang sebenarnya mahal! Barang kegemaran pelancong sahaja yang murah, itu pun cukai di seluruh negara sudah pun dikecualikan, cuma penurunan harga belum lagi kelihatan.

 

Pemandangan pulau Tarutao, tidak jauh dari Langkawi.

Pendek kata, dalam masa yang lebih pantas, Langkawi bakal hilang satu daripada daya tarikan besarnya iaitu barangan yang murah. Apa lagi yang tinggal adalah keindahan alam sekitarnya, yang diakui masih selamat daripada pencemaran.

Ada yang berkata bahawa jika jambatan dibina ke Langkawi, alam sekitarnya bakal terjejas teruk. Jika itu yang dirisaukan, sewajarnya langkah selanjutnya wajar diambil bagi mengawal kesan tersebut, dan pada masa yang sama memudahkan mobiliti penduduk dan pelancong serta meningkatkan taraf ekonomi.

 

Ramai ibu bapa yang mengeluh kesukaran jika anak memasuki sekolah di Langkawi, antaranya MRSM. Gambar ihsan Hassan1663 Blogspot.

Fikirkan kesan limpahan yang akan diterima. Langkawi akan akhirnya lebih mudah dihubungi dengan daerah-daerah lain di Kedah, dengan penduduknya mempunyai lebih banyak jalan yang boleh dilalui dengan kereta masing-masing.

Selain itu, negeri Perlis juga bakal menerima keuntungan menerusi pembayaran royalti tol (jika perkara ini wujud, sewajarnya wujud) dan aktiviti ekonomi yang lebih rancak. Ucapkanlah selamat tinggal kepada syarikat pengendali feri yang tidak cekap, selain mengenakan tambang melampau kepada para penumpang.

Taman Lagenda, tempat paling indah untuk beriadah dan belajar. Pernah menyertai kem SPM di sini suatu masa dahulu.

Jika difikirkan kesan kepada sektor pendidikan, pastinya lebih banyak institusi pendidikan boleh dibuka di Langkawi dengan kemudahan perhubungan lebih baik. Para guru dan pensyarah boleh kekal tinggal lama di Langkawi tanpa perlu risau akan kesukaran perjalanan ke kampung halaman di tanah besar.

Sebenarnya, diri ini masih rindu akan Langkawi, pulau indah yang telah lama ditinggalkan.

 

About these ads

Komentar»

1. INDON BANGSA BODOH - Mei 17, 2011

aku setuju juga kalau jambatan ini dibina,kalau pasal kos pula,memang tak munasabah,sebab paling besar pun mesti tak sampai separuh dari itu.

kalau dah sebuah syarikat nak bina,kenapa kerajaan pening kepala pasal kos pula..?kalau orang rasa mahal untuk bayar tol,mereka boleh naik feri. kenapa jambatan ke dua pulau pinang tak sibuk pasal pencemaran pula..???..

2. kekbedah - Oktober 19, 2011

Kat KL pun dah jadik macam tin sardin dengan jumlah kereta yang ada. Di penang punn sama dah jadik macam tong sotong naik semak dada bawak kereta di sana. Cuba bayangkan di pulau ini. nampak mudah tapi akan jadik susah. Aman damai dengan tak da masalah trafic jam. tak ada masalah dengan masalah asap ,macam dekat cheras. Nampak gaya oarng di langkawi akan menangis kemudian akan komplen lagi sebab dah jumpa masalah. jangan seronok dengan bayangan seronok. Sebab lepas tuhhhh lain pulak yg jadik. Lepas nih berlambak laaaaa yag kena samun, kena pukau dan kena macm macam kena bila dah semua jadik mudah…orang yg cakap bab pencemaran yg tak ada di penang…kalau takat pi sebulan sekali tak payah nak bagi tauuu..tanya yang siang malam guna jambatan. kalau tak percaya tunggu dan buat tengok..hahaha lepas nih mencanak pulak nak mengamplennnnnnn!!

Firdaus Rosli - Oktober 20, 2011

Kak Bedah mesti orang Langkawi kan? Sekadar pertanyaan, bagaimana jika ada penduduk yang sakit dan perlukan rawatan pakar? Manalah tahu, mungkin sekarang ada feri khas mahu pun helikopter untuk bawa pesakit ke…


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: