jump to navigation

Perkahwinan campur, apakah bangsa bagi anak mereka? Jun 14, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Isu ruangan “bangsa” atau “kaum” dalam sistem pendaftaran negara sedang dipersoalkan dengan hebat kebelakangan ini. Perdebatan bermula apabila ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh ingin mendaftarkan kelahiran anaknya.

Hannah Yeoh bersama suami, tak ingat pula namanya.

Kerana perkahwinannya dengan seorang lelaki berbangsa India, anak yang dilahirkan tidak jelas butiran bangsanya. Jika ditulis “Cina”, bapanya seorang India. Jika ditulis “India” bagaimana pula dengan ibunya? Lalu Hannah memutuskan untuk menulis “Bangsa Malaysia” pada bahagian bangsa pada borang pendaftaran.

Difahamkan, selepas ditolak, beliau memilih ruangan “Lain-Lain”, namun juga ditolak kerana bangsa anak haruslah dipilih daripada salah satu ibu atau bapa. Untuk memastikan urusan pendaftaran anak bagi kesihatan dan pendidikan tidak terganggu, Hannah terpaksa menulis di bahagian bangsa anaknya sebagai “Cina”.

Kian banyak perkahwinan campur yang diadakan dalam kelompok masyarakat kita. Jadi, perkara ini akan menjadi isu yang akan dibincangkan lebih kerap, dan mungkin boleh menjadi topik utama “Debat Perpaduan” yang diadakan antara institusi pengajian tinggi.

Saya mencadangkan agar ruangan bangsa dikekalkan dalam sistem pendaftaran negara, namun kelonggaran wajar diberi bagi pemilihan bangsa, iaitu dibenarkan untuk dua bangsa gabunganantara ibu dan bapa.

Drama ini bakal berakhir minggu ini juga. Sekejap masa berlalu.

Ambil contoh seorang pelakon yang kian menjadi kegemaran saya, Siti Saleha a.k.a Nora Elena. Artikel hiburan merujuk beliau sebagai seorang aktres Melayu – Inggeris, dan perkara itu tidak menjadi masalah kerana kebiasaannya para artis kita suka menggabungkan pelbagai bangsa asal dalam keturunannya.

Dalam drama yang beliau lakonkan, beliau berkahwin dengan seorang Cina bernama Seth Tan. Satu lagi perkahwinan campuran. Namun bagi tujuan pendaftaran, lebih munasabah jika kita menerima dua bangsa utama yang ada dalam keturunan ibu dan bapa anak tersebut.

Hormatilah mereka, usah layan mereka hanya sebagai "Lain-Lain". Merekalah penduduk asal tanah yang kita diami ini.

Kita dalam usaha mencapai perpaduan nasional, justeru wajar kita memahami perbezaan kita masing-masing dengan mengakui bangsa dan keturunan kita yang berbeza-beza. Merujuk kepada matlamat ini, sewajarnya kolum “Lain-Lain” juga dihapuskan daripada sistem pendaftaran kita.

Nama-nama kaum mereka wajar kita angkat, agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pemodenan negara.

Wujudkan pengkalan data dan direktori bangsa-bangsa yang ada di Malaysia yang boleh dikemas kini setiap bulan.

Kewujudan pelbagai bangsa di negara kita wajar kita hargai dan bangga, perbezaan inilah yang membentuk identiti kita, asal usul kita. Ianya tidak seharusnya dipadamkan daripada ingatan anak-anak kita hanya semata-mata kerana “penyatuan bangsa” menjadi bangsa Malaysia.

Bangsa Malaysia tetap menjadi sesuatu yang relevan, namun perbezaan kita semua haruslah diterima dan dihormati. Walau apa pun bangsa kita, kita tetap sama sebagai umat manusia.

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian adalah orang yang paling bertaqwa di sisi Allah. “

Surah al-Hujurat ayat 13.

About these ads

Komentar»

1. Jolynn Martin - Jun 14, 2011

Saya pun kacukan. Tapi disebabkan ancestors saya ada yang Perancis, Sepanyol, Filipino dan Cina, maka saya menjadi bangsa Serani seperti bapa saya yang merupakan kacukan Perancis-Belanda dan Teochew. Mak saya pula kacukan Baba Nyonya dan Sepanyol-Filipino tetapi dokumennya menyatakannya hanya sebagai Cina.

Serani = Eropah + Asia

Saya setuju bahawa anak kacukan wajar diletakkan bangsa kedua-dua ibu bapanya untuk berlaku adil serta menghormati keturunan kedua-dua ibu bapanya.

Satu lagi yang tidak saya faham. Masyarakat Baba Nyonya yang mengamalkan banyak amalan Melayu tidak dikira sebagai Bumiputera. Namun masyarakat Serani yang langsung tidak mengamalkan sebarang amalan Melayu pula dikira sebagai Bumiputera. Mengapa?

Firdaus Rosli - Jun 14, 2011

Perlembagaan negara kita telah dirangka oleh penjajah British ketika proses pemberian kemerdekaan berpuluh tahun dahulu. Suruhanjaya Reid ketika itu memulakan kajian pada 1956, dan Malaya merdeka pada 1957.

Pendapat saya, pengiktirafan Bumiputera kepada masyarakat Serani bertujuan memastikan kepentingan mereka terjaga walaupun Malaya sudah merdeka. Jika tidak, nasib mereka bakal menjadi seperti masyarakat kulit putih di Zimbabwe yang dizalimi dan dirampas tanah pertanian mereka.

Baba Nyonya hanya Melayu pada budaya, tetapi Cina pada darah keturunan. Jika mereka diiktiraf sebagai Bumiputera, maka ramailah yang bakal menjadi Baba Nyonya selepas ini bagi memperoleh hak istimewa.

Sekadar pendapat, jawapan sebenar tak dapat dipastikan =)

Siti Sara Manap - Julai 23, 2012

kepada saudara yg berkenaan, saya dari keturnan darah campur iaitu melayu (sumateraan + jepun) ugama islam. saya bangga keluarga saya ada darah campuran. Pada segi muka, pemikiran dan IQ tidak menafikan mmg berkesan kelebihan. Dengan itu saya ingin mencari kawan yg keturunan baba cina tapi berugama islam. blh email ke ct_sara45@yahoo.com

2. MAF - Februari 20, 2012

sekadar bertanya, apakah status seorang bukan bumiputera selepas berkahwin dengan seorang melayu (atau lain2 bumiputera)? adakah dia akan diiktiraf sebagai bumiputera selepas berkahwin?

3. Salmah - Mei 3, 2012

Walau berdarah kacukan Asia dan Barat. Anak itu tetap dikira Asia kerana di Barat mereka tidak diiktiraf sebagai European or White American.Ini diambil dikira.So jangan nak perasan, orang putih tetap tak terima kamu sebahagian mereka.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: