jump to navigation

Bilik untuk disewa, Pangsapuri Sri Ros, Taman Sepakat Indah Kajang. Februari 10, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
2 comments

Saya telah menghadapi satu kejutan, di mana dua orang rakan rumah sewa saya telah pun merancang untuk berpindah di saat akhir. Mereka sudah pun mempunyai ahli keluarga yang tinggal berhampiran.

Jadi, saya terpaksa mencari pengganti SEGERA untuk kekosongan di rumah ini bagi mengelakkan daripada membayar kos yang tinggi bagi bayaran sewa setiap bulan. Mungkin bulan ini saya dapat bertahan, InsyaAllah.

Okey, biar saya bertahu butiran mengenai rumah saya ini. Kekosongan hanyalah untuk Lelaki Muslim sahaja. Ianya terletak di tingkat empat, yang mana penghuni terpaksa menggunakan tangga bagi sampai ke tingkat ini.

Rumah saya terletak di Pangsapuri Sri Ros, Taman Sepakat Indah, Kajang.

Peta ini menggambarkan kedudukan apartmen yang hampir dengan pelbagai lokasi.

Keunikan Apartmen Sri Ros adalah kawalan keselamatan yang jarang diperolehi oleh pangsapuri kos rendah seumpamanya. Seramai 2 orang pengawal keselamatan bertugas setiap syif bagi mengelakkan daripada kejadian tidak diingini seperti rompakan dan kecurian.

Pintu masuk Sri Ros Apartment.

Setiap kereta yang ingin menggunakan ruang letak kereta Apartmen Sri Ros perlu masuk dengan menggunakan kad akses, yang mana memastikan ruang letak kereta sentiasa mencukupi dengan kuota sebuah kereta bagi setiap unit rumah.

Selain itu, kini pengurusan air Apartmen Sri Ros telah diambil alih oleh Syabas, yang mana membolehkan penghuni pangsapuri kelayakan untuk 20 meter padu air percuma dari Kerajaan Negeri Selangor, serta kadar caj penggunaan air mengikut kadar kediaman biasa.

Dari segi rumah saya, ianya merupakan jenis lantai berjubin. Dilengkapi dengan set TV, peti ais, mesin basuh dan juga dapur memasak. Sambungan internet adalah menggunakan Streamyx 1.0 mbps, yang boleh digunakan menerusi Wi-Fi yang dilindungi kata laluan.

Tidak keterlaluan jika saya katakan kehidupan di sini selesa untuk para pelajar, antaranya yang belajar di IPT berdekatan seperti UKM, UPM, Uniten dan KLIUC. Untuk yang bekerja, turut dialu-alukan, seperti mereka yang bekerja di Putrajaya kerana jarak perjalanan yang cukup dekat dan mudah.

Berikut merupakan link kepada iklan rumah sewa saya ini di rumahsewa2u.com. Silakan hubungi jika berminat.

KLIUC yang ku cinta, inilah luahan rasa. Jun 28, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
add a comment

Saya berkesempatan ke kolej saya KLIUC untuk mendaftarkan diri bagi semester Jun 2010. Tiada keputusan peperiksaan terdahulu diambil, memandangkan saya tidak dapat mengambil peperiksaan akhir semester Mac 2010 atas sebab teknikal.

Para pelajar yang turut sama ingin mendaftar, rupa-rupanya telah memperoleh keputusan peperiksaan menerusi laman pelajar KLIUC versi baru yang sudah beroperasi dengan jayanya selepas masalah teknikal yang menjejaskan pengajian saya bagi semester lalu. Mujur tiada amaun yuran yang ditolak, memandangkan nama saya dianggap sebagai “tidak mendaftar” bagi semester Mac tersebut.

Tempat saya bekerja. Ada masalah? Terpulang kepada anda. Hak kebebasan untuk berkata-kata.

Para pelajar telah berhimpun seawal jam 8.30 pagi, namun kelewatan staf, sebilangannya meluangkan masa sarapan pagi di McD tempat saya bekerja menyebabkan semua pelajar terpaksa menunggu sehingga jam 9.30 pagi sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Kerana ketidaksabaran sebilangan pelajar, ramai yang berasak-asak untuk memasuki dewan sehingga memaksa pengawal keselamatan mengawal jumlah pelajar yang masuk ke dewan.

Kehadiran mereka, untuk belajar, atau untuk apa?

Ini memberikan kelebihan kepada pelajar warga asing yang mempunyai fizikal lebih besar dan menghimpit kami warga tempatan. Seorang rakan berbangsa Cina terpaksa berundur jauh gara-gara sesak nafas akibat dihimpit oleh puak tak bertamadun ini.

Ranking universiti, masih di takuk lama. Ketinggalan dari kebanyakan negara Asia Pasifik.

Malangnya nasib kita di bumi sendiri atas nama “meningkatkan mutu pengajian tinggi”. Entah apa yang meningkat, kita pun tak pasti. Mungkin jenayah dan gejala sosial yang meningkat sebenarnya.

Selesai urusan pendaftaran, saya meninjau sekitar kampus. Antara perubahan yang jelas kelihatan:-

Gambar sekadar hiasan.

1) Mesin ATM baru , ditambah dengan sebuah mesin CDM, kedua-duanya dari CIMB Bank. Majoriti pelajar tajaan MARA dan PTPTN memperoleh elaun melalui bank tersebut.

2) Reka bentuk bangunan utama yang lebih indah, serta pintu masuk baru yang hampir siap dan bakal memudahkan pelajar serta staf keluar masuk.

3) Tiada lagi borang yang perlu diisi, melainkan borang soal selidik yang saya penuhi dengan cadangan bagi memperbaiki mutu kehidupan di KLIUC.

4) Kafeteria yang lebih mesra pengguna serta perokok untuk tidak menyebarkan asap kepada pelajar lain.

Untuk perkara ini, saya perlu ucapkan tahniah kepada pihak Student Affairs dan juga Student’s Representative Council (dalam BM: HEP dan MPP) atas usaha mereka.

Malang sekali, kegembiraan itu berakhir apabila saya tiba di Fakulti Kejuruteraan Awam. Terdapatnya notis bahawa para pelajar perlu mendaftar subjek mereka sebelum minggu kedua pengajian, iaitu sebelum Jumaat 2 julai 2010 untuk mengelakkan daripada dikenakan penalti RM50 bagi kelewatan pendaftaran setiap subjek.

Anda kata tiada masalah? Bagaimana jika saya beritahu, bahawa sistem pendaftaran online tidak berfungsi, dan para pelajar perlu datang ke Fakulti untuk melihat jadual waktu subjek yang terkini, dan akhirnya menyerahkan borang pendaftaran subjek kepada kerani Fakulti.

Rupanya perlu sebegitu rupa, ingatkan perlu klik saja.

Amat sukar, dan itulah sebenarnya yang menyebabkan saya tidak dapat mengambil peperiksaan akhir semester yang lalu.

Saya amat tidak berpuas hati dengan perkara ini, dan akan mengadu kepada pihak bertanggungjawab.

KLIUC, sila berubah demi kebaikan pelajar yang berhempas pulas untuk membayar yuran.

Keperluan atau kehendak? November 20, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
6 comments

Dua perkataan ini: Keperluan, Kehendak. Kita pernah mendengarnya dalam subjek Kemahiran Hidup, lebih mendalam lagi topik Konsumerisme, jika saya tidak silap dalam sukatan pelajaran tingkatan dua sekolah menengah.

Keperluan adalah perkara-perkara yang kita wajib ada dalam perjuangan meneruskan kehidupan, agar kehidupan dapat dijalani dengan secukupnya.

Kehendak pula adalah keinginan yang dijana oleh nafsu manusia kita untuk memperoleh perkara yang sebaiknya dalam hidup tanpa kerisauan tentang harganya, disebabkan kita sanggup berbelanja lebih dan punya kedudukan kewangan yang stabil.

Semalam, bapa saya yang jelas sekali begitu marah dengan kenyataan yang saya keluarkan tentang beliau sebelum ini meminta saya menghentikan tulisan yang menyentuh peribadinya. Okey, tunggu sehingga saya selesaikan yang terakhir ini.

Keluarga saya merupakan sebuah keluarga kelas pertengahan, dengan bapa saya sebagai pencari nafkah dan isteri serta anak-anak sebagai tanggungan. Itu tidak termasuk datuk dan nenek saya di Permatang Katong, Kota Kuala Muda yang juga menjadi tanggungjawab kepada bapa saya.

Dengan pangkat sebagai Cif Inspektor polis, beliau memperoleh pendapatan lebih kurang RM3000 sebulan. Ini termasuk pendapatan sampingan iaitu sewaan rumah, dan juga elaun-elaun khas yang diberikan oleh kerajaan. Ambil perhatian, wang milik rakyat.

Antara aset dimiliki ialah sebuah rumah, sebuah kereta dan dua buah motosikal yang mana salah satunya digunakan oleh saya di sini. Antara kereta yang pernah digunakan ialah Toyota Corolla edisi tahun 80-an, Proton Saga last batch 1992, dan Proton Wira Aeroback keluaran tahun 2002. Kini Toyota Vios keluaran 2009.

Toyota Corolla KE70 telah dijual kerana kerosakan yang kerap, yang mana kami pernah sekali terperangkap dalam kerosakan kereta itu di Hentian Sebelah Ladang Bikam arah utara pada musim hari raya tahun 2000.

Proton Saga pula mengalami kebocoran bumbung yang memaksa bapa saya membeli sebuah Proton Wira baru pada tahun 2002. Tidak pasti pula berapakah kos untuk membaiki bumbung sebuah kereta, namun yang penting saya memang menggemari kereta tersebut yang dirasakan begitu selesa pada masa itu, malah pelajar asing di KLIUC juga gemar menggunakan Proton Saga untuk bergerak antara rumah dan kolej, dan juga ke pelbagai destinasi.

Seterusnya Proton Wira pula, pernah mengalami kerosakan alat penggera dan tingkap yang telah dibaiki. Namun paparan paras minyak selalu mengalami kerosakan dan hanya berfungsi pada keadaan tertentu. Manakala tempat duduk terlalu rendah dan menyukarkan pemanduan lebih selesa.

Masalah-masalah kecil ini telah menyebabkan bapa saya beralih menggunakan Toyota Vios pada musim hari raya yang lepas, dengan nilai tukar beli hanya RM11,000 untuk Proton Wira yang baru sahaja berusia 7 tahun.

Cerita ini kelihatan seperti sebuah perkara biasa untuk kebanyakan keluarga. Namun, beberapa isu yang tiba-tiba timbul:-

1) Kemampuan kewangan – mampukah keluarga saya menanggung hutang baru bernilai RM800 sebulan tanpa mengorbankan kebajikan setiap ahli keluarga berjumlah 5 orang, yang mana dua daripadanya tinggal berjauhan dan jarang sekali dapat merasa peluang menaiki kereta itu, jauh sekali memandunya.

Saya di Kajang, dan adik saya di asrama MRSM PDRM Kulim. Pada saya, keperluan asas untuk saya sendiri tidak dapat dipenuhi, walaupun perut diikat, dan elaun RM700 sebulan. Misalnya pembelian baju hujan yang tertangguh hampir setahun di kala bapa saya bersenang lenang memandu kereta baharu. Sungguh ironi.

2) Kewajaran pembelian – bapa saya memang sudah memiliki sebuah kereta yang sudah cukup untuk memenuhi keperluan keluarga, iaitu Proton Wira sebelum pembelian Vios baru tersebut. Adakah satu keperluan mendesak untuk Vios di kala jumlah RM800 sebulan boleh disalurkan untuk kegunaan lain, iaitu untuk bapa saya, ibu saya dan anak-anak mereka, seperti untuk kegunaan pendidikan dan pembelian makanan, mahupun untuk membaiki set TV yang sudah rosak di rumah, lebih baik lagi untuk tujuan rekreasi dan percutian ke destinasi yang sekeluarga tidak pernah sampai, hatta di Semenanjung Malaysia.

Model Terbaik Frost & Sullivan 2008 - Proton Persona SE

Model Terbaik Frost & Sullivan 2007 - Perodua MyVi

3) Tujuan pembelian – untuk apakah sebuah Vios itu dibeli? Bukankah kereta-kereta kompak seperti Perodua MyVi atau Proton Persona sudah mencukupi dan kualitinya dipercayai?

Adakah ini sebagai simbol kebanggaan, untuk tontonan saudara mara dan rakan-rakan polis yang cukup seronok berbicara soal kereta semata-mata, di kala anak-anak mereka hidup merana dengan terpaksa mengikat perut mereka.

Bajet 2010 - tiada hadiah istimewa buat pasukan polis seperti dahulu.

4) Sumber kewangan – saya pernah mendengar bapa saya berkeyakinan membeli sebuah Vios kerana ura-ura kemungkinan kenaikan pangkat beliau dan kenaikan gaji polis. Nampaknya krisis ekonomi sekarang memaksa kerajaan Najib memotong defisit, termasuklah perbelanjaan untuk pasukan polis.

Justeru, jangkaan meleset dan kini siapa mengalami kesusahan? Jawapannya: seluruh keluarga mengalami kesusahan kecuali bapa saya yang memperoleh kereta baharu yang kami hanya dapat lihat dan naiki beberapa bulan sekali, tanpa boleh dipandu.

Ini bukan soal marah kerana tidak dapat memandu Vios tersebut semata-mata. Malah, kekecewaan saya sudah bersarang sekian lama di dalam hati dengan pengabaian oleh bapa saya terhadap keperluan asas setiap ahli keluarga, dan keterbatasan peluang untuk menyerlahkan bakat dan kemampuan akibat daripada halangan yang cuba dilakukan.

Benar, bapa saya menyebut motosikal dan laptop yang dibeli oleh beliau dan saya menggunakannya. Namun, cuba pula fikirkan kos penyelenggaraan jika berlaku kerosakan kepada aset-aset ini yang terpaksa saya tanggung memandangkan kekurangan kewangan yang disebabkan oleh pembelian kereta baru tersebut.

Tentang yuran kemasukan KLIUC dan Sunway College sebelum ini, bagaimana jika saya katakan itu sebagai salah satu daripada tanggungjawab ibu bapa? Tanggungjawab ibu bapa bukan setakat membayar yuran universiti dan seterusnya “cuci tangan”. Tahniah kerana melaksanakan salah satu tanggungjawab, namun tanggungjawab lain bagaimana pula? Adakah terlaksana dengan jayanya?

McDonald's LCCT, jualan mencecah RM1.5 juta sebulan.

Saya bukan berbicara kosong mengutuk tindakan bapa saya mengikut nafsu saya sendiri. Kritikan saya juga disulami dengan tindakan untuk menyelamatkan keadaan. Cuba pergi ke cawangan-cawangan McDonald’s yang sibuk, misalnya di LCCT KLIA yang mencatatkan jualan tertinggi di Malaysia (Bangi Drive-Thru #3 seluruh Malaysia), begitulah kerja yang saya lakukan dan itu bukan sesuatu yang mudah. Namun saya lakukan juga untuk membantu diri sendiri dan membantu melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh bapa saya untuk menjaga makan minum sendiri.

Fikirkan juga ketika saya mendapat bayaran “lump-sum” pertama daripada MARA sejak di KLIUC, kerana tunggakan elaun selama 3 bulan. Apakah yang saya lakukan dengan wang tersebut? RM1000 diberikan semula kepada bapa saya untuk bayaran balik yuran kemasukan KLIUC, manakala selebihnya digunakan untuk penyelenggaraan motosikal termasuk membeli topi keledar baharu, seterusnya baki digunakan untuk mendapatkan lesen memandu kereta.

Semua yang saya sebutkan di atas, sebenarnya harus dilakukan oleh bapa saya, termasuklah membiayai yuran untuk belajar memandu, namun saya sedia memikulnya kerana rasa tanggungjawab yang ada. Adakah anak yang sebegini baik, boleh semudahnya dikenakan tuduhan “derhaka”? Bukan mengangkat diri sendiri, namun itulah hakikatnya yang sungguh pahit untuk saya luahkan.

Kini, terpulanglah kepada bapa saya untuk mengambil tindakan selanjutnya, kerana inilah kritikan terakhir yang saya lemparkan secara terbuka, gara-gara tiada cara lain untuk meluahkan rasa. Mungkin bapa saya tidak mengerti kata-kata orang tua iaitu “marah itu tandanya sayang”.

Begitulah juga dengan kemarahan yang saya rasakan. Jika saya tidak sayang, mungkin lebih baik saya diamkan diri dan buat tidak endah dengan segala tindakan bapa saya, baik atau buruk pun ia. Tak perlu buang masa luahkan dalam blog.

Jadi, saya mengharapkan yang terbaik untuk bapa saya, memandangkan sekarang beliau lebih bebas bertindak tanpa sebarang kritikan daripada sesiapa pun yang sudah ditutup mulut dan dicucuk hidung. Semoga beliau diberikan petunjuk dalam setiap tindakan, dan terhindar daripada kesesatan dan obsesi kepada kebendaan yang melalaikan.

Sudah sembilan belas tahun rupanya. November 5, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
15 comments

Malam ini saya mendapat panggilan telefon yang agak banyak daripada semua yang bersangkut paut dengan saya. Paling mengejutkan, panggilan pertama datang dari ibu saya. Beliau menelefon untuk bertanya khabar, mengucapkan selamat hari jadi dan juga meminta saya pulang ke Yan untuk Hari Raya Aidiladha.

Apa yang saya boleh beritahu ibu, ialah bahawa saya akan mempertimbangkan cadangan itu, memandangkan saya boleh memperoleh gaji yang sangat tinggi, 3 kali ganda untuk bekerja pada hari cuti umum. Ada dilema yang sangat merimaskan, yang saya terpaksa fikirkan dengan lebih mendalam.

Seterusnya, Husna pula menelefon dan cuba untuk menjadi yang pertama untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada saya. Ada lagi rakan-rakan lain yang memberi ucapan hari lahir kepada saya melalui SMS dan Facebook. Terima kasih yang paling besar saya berikan.

Dengan usia yang makin meningkat, diharapkan saya lebih matang dan konsisten dalam kekerapan penulisan, yang mana saya rasa agak kurang berjaya gara-gara beberapa komitmen yang harus dipenuhi.

Selepas ini, saya akan cuba menulis lebih kerap di Kelapa Muda, memandangkan tulisan terakhir saya adalah pada 16 Oktober, hampir sebulan yang lalu. Maaf teramat banyak dipinta, kerana saya mengejar kerja lebih masa di McDonald’s, kadang kala sehingga mencecah 13 jam bekerja, berbanding syif biasa yang dikira selama lapan jam sahaja.

Mengapakah saya bekerja lebih masa? Ini adalah antara jawapannya:-

1) McDonald’s memberi makanan untuk kali kedua kepada para krew-nya yang bekerja berterusan selama 12 jam atau lebih, yang mana boleh dinikmati di ruang makan krew, atau dibawa pulang.

2) Saya masih bercuti semester, sehingga penghujung bulan November. Ini adalah cuti semester terpanjang dan paling bermakna. Tahniah kepada pentadbiran KLIUC, dan diharap cuti semester seterusnya dapat diberikan sepanjang ini juga supaya para pelajar dalam dan luar negara dapat pulang ke kampung halaman masing-masing.

Ramai juga yang pasti boleh bekerja lebih masa untuk meraih sesuap nasi dan membayar yuran pengajian di kala ibu bapa ada yang hidup mewah dengan kereta baru ataupun hidup sempit di dalam kegawatan ekonomi yang kononnya akan berakhir.

3)  Gaji untuk krew yang bekerja lebih masa ialah 1.5 kali ganda daripada waktu normal. Misalnya di Bandar Baru Bangi, kadar gaji waktu normal ialah RM3/jam. Untuk kerja lebih masa, krew akan dibayar RM4.50/jam, yang mana sangat berbaloi jika dicampur dengan makan sebanyak dua kali jika kerja lebih 12 jam.

Pendek kata, mari kita bayangkan nilai yang diperoleh pula:-

waktu normal + waktu kerja lebih masa + makanan percuma = keseluruhan nilai gaji SEBENAR

(RM3 x 8 jam) + (RM4.50 x 4 jam) + (RM12 x 2 kali) = RM24 + RM18 + RM24 = RM62

Namun, kerja lebih masa ini tertakluk kepada budi bicara pengurus bertugas. Dalam kebanyakan keadaan, kerja lebih masa amatlah digalakkan terutama bagi cawangan yang mengalami masalah kekurangan krew mahupun ketidakhadiran krew yang sepatutnya bertugas.

Misalnya pada 3 dan 4 November, saya tidak hadir, jadi krew yang bekerja selama 8 jam boleh menyambung syif dengan mengambilalih peranan saya, dan seterusnya memperoleh gaji lebih lumayan dan makan percuma. Seronok? Anda juga boleh menjadi krew kasual yang dibayar lebih lumayan untuk bekerja.

Akhir kata, saya terbaca iklan terbaru McValue Lunch, terdapat klausa terbaru yang digunakan McDonald’s, iaitu “untuk masa terhad sahaja”. Mungkin mereka akan menamatkan promosi hidangan tengahari, yang mana akan melegakan kami para krew yang keletihan di ketika tersebut.

Jadi kepada rakan-rakan, gunakanlah peluang yang semakin tertutup ini dan pastikan kami terus sibuk di waktu tengahari, untuk masa terhad sahaja.

Kerja baru di tempat baru, sempena cuti semester KLIUC. Oktober 16, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
1 comment so far

Selepas melakukan pemilihan tempat bekerja sambilan, saya akhirnya telah memilih sebuah restoran makanan segera sebagai tempat bekerja, memandangkan saya akan memperoleh gaji dan juga makanan pada masa yang sama. Mungkin ada rakan-rakan anti-Amerika yang tidak akan senang hati dengan keputusan ini disebabkan sentimen yang mereka miliki.

Oleh demikian, saya harus menjelaskan justifikasi untuk saya bekerja di restoran sebegini, yang mana mungkin sesetengah rakan berhasrat ingin meletupkannya, atau mengebom sahaja sehingga berkecai macam mayat Altantuya di Puncak Alam dahulu.

1) Saya berpengalaman bekerja di sebuah restoran makanan Melayu di Guar Chempedak, Kedah, dengan bayaran RM13 sehari untuk kerja dari jam 12 tengahari sehingga 12 tengah malam dengan tiadanya had kepada makanan yang boleh saya makan, mahupun bawa pulang. Antara yang boleh dinikmati ialah meehoon sup, makanan bergoreng dan juga nasi campur dengan pelbagai lauk yang menyelerakan.

Walaupun sedikit gajinya, ianya amatlah berbaloi kepada saya dan perut saya, apabila berat badan saya meningkat dengan drastik dalam tempoh 3 bulan bekerja di restoran tersebut.

Jadi saya ingin mengkaji adakah keadaan sama akan berlaku apabila saya bekerja di sebuah restoran makanan segera ala-Amerika. Lagipun membazir sahaja membayar untuk rumah sewa di Kajang ini jika ianya ditinggalkan untuk tempoh yang lama semata-mata untuk bercuti.

2) Saya juga ingin membandingkan budaya kebersihan antara restoran makanan segera dengan restoran Melayu yang saya pernah kerja suatu masa dahulu. Alhamdulillah, restoran di Guar Chempedak yang saya pernah bekerja tidak pernah menghadapi tindakan daripada Jabatan Kesihatan atas sebarang kesalahan. Saya ingin melihat adakah restoran makanan segera ini lebih baik, atau pun lebih teruk.

3) Saya ingin membandingkan pendapatan yang diperolehi dan juga keistimewaan para pekerja antara restoran Melayu dan restoran makanan segera yang saya kerja itu, sekadar perbandingan dan panduan untuk rakan-rakan memilih pekerjaan sambilan.

Okey, tempat saya bekerja ialah McDonald’s Restoran Pandu-Lalu Bandar Baru Bangi, bersebelahan dengan Kompleks PKNS Bangi. Jadi jika mahu melihat saya bekerja, itu pun jika anda ada peluang, silakanlah melawat. Lagipun cawangan McD ini adalah yang paling lengkap dari segi kemudahan untuk pelanggan dan pekerja.

Terdapatnya tempat letak kenderaan yang mencukupi, ruang makan luar pintu dilengkapi TV (misalnya bagi yang merokok atau suka menonton bola sepak), jumlah meja yang banyak disediakan yang diserikan dengan alunan muzik ceria (seingat saya lebih kurang 50 buah meja), kemudahan meja besar untuk mesyuarat (dan juga untuk ulang kaji pelajaran), ruang permainan kanak-kanak, tandas besar lagi selesa (termasuk untuk orang kurang upaya, OKU).

Selain itu, bilik khas untuk majlis keraian (seperti hari jadi), perkhidmatan penghantaran McDelivery bagi penduduk sekitar Bangi, dan juga lorong pandu-lalu bagi mereka yang gemar makan dalam kereta atau tiada masa untuk keluar dari kereta untuk membeli hidangan McD kegemaran mereka. Semuanya boleh dinikmati 24 jam sehari, setiap hari.

Pendek kata, restoran ini sangat selesa bagi para pelanggan, namun agak rumit bagi para pekerjanya. Apa lagi yang perlu saya ceritakan? Mungkin soal kebersihan, kerana restoran McDonald’s sangat mementingkan kebersihan restoran iaitu di ruang makan dan juga dapur.

Tandas yang ada akan dicuci setiap 30 minit, meja makan pula dicuci menggunakan cecair penghapus kuman. Nampaknya memang aspek kebersihan itu sangat dititikberatkan, lebih-lebih lagi dengan ancaman H1N1 yang telah menguntungkan para syarikat farmaseutikal sebanyak AS$20 bilion (rujuk laporan AlJazeera English).

Dari segi para pekerja pula, elaun yang menarik diberi untuk yang bekerja di waktu tengah malam, dan pada hari Sabtu/Ahad/cuti kelepasan am. Makanan yang berkhasiat diberikan untuk waktu rehat para krew McDonald’s. Disebabkan ruang makan yang luas dan mencukupi, jadi tidak perlu risau jika datang pada tengahari antara jam 12 hingga 3 petang, meja pasti mencukupi dan dijamin kebersihannya.

Fikirkannya, hanya dari RM5.95 (selepas cukai kerajaan: RM6.25) untuk satu set hidangan tengahari, anda dapat memperoleh makanan berkhasiat di persekitaran yang selesa dan bersih untuk menikmatinya, dan pada masa yang sama para pekerja dijaga kebajikan dengan sempurna. Satu nilai besar untuk jumlah wang sekecil itu.

Sudi meminggirkan sentimen, demi hidangan yang berkhasiat dan menyelerakan? Tepuk dada, tanyalah selera.

Broadband Oh Broadband, ke Berukband? Oktober 8, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
8 comments

Semakin ramai pengguna Internet di Malaysia yang kini beralih kepada jalur lebar mudah alih, atau disebut “mobile broadband”. Rangkaian Internet jalur lebar No.1 Malaysia, TM Streamyx kini menghadapi persaingan yang amat sengit dalam mengekalkan pelanggan sedia ada dan menarik pelanggan baru.

Usaha yang telah dilakukan TM, iaitu dengan membida hak penyiaran Liga Perdana Barclays (BPL) nampaknya telah gagal, menyaksikan Astro bersama ESPN memenangi hak penyiaran dengan bayaran sejumlah RM800 juta untuk siaran selama 3 tahun, dengan kos bidaan akan dialihkan kepada para pelanggan, seperti baru-baru ini di mana yuran tambahan RM12 dikenakan kepada pelanggan Pakej Sukan Astro atas alasan kenaikan kos penyiaran.

Dijangkakan TM akan mencuba lagi untuk membida hak penyiaran BPL pada tahun 2012, memandangkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dijangkakan siap pada tempoh tersebut, lantas memastikan kualiti siaran yang lebih tinggi.

Rangkaian “streaming” yang dimiliki oleh TM sekarang, Hypp.TV hanya mampu memastikan kualiti siaran yang dioptimumkan kepada pengguna yang melanggani pakej berkelajuan 1.0Mbps ke atas sahaja.

Jadi, kepada pelanggan seperti saya yang menggunakan pakej 1.0Mbps berharga RM110 sebulan, TM menawarkan langganan percuma Hypp.TV selama 12 bulan. Hypp.TV menawarkan 30 saluran, antaranya Aljazeera English, ChannelNewsAsia, Bloomberg dan banyak lagi. Setakat 2 bulan menggunakan Hypp.TV, saya berpuas hati dengan kualiti siaran yang diberikan yang tidak pernah tersekat-sekat.

Apa yang saya dapat perhatikan juga, sejak menonton Hypp.TV juga, perkhidmatan Internet di rumah saya tidak lagi terputus-putus seperti dahulu, ketika saya selalu terpaksa menggunakan Wi-Fi KLIUC dan selalu melaporkan masalah rangkaian Streamyx kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sekalung tahniah untuk TM dan Hypp.TV. Diharapkan lebih banyak saluran yang akan ditawarkan selepas ini, agak bosan asyik menonton Aljazeera sahaja.

Ada lagi cerita Broadband yang menarik di bawah ini.

Jumaat lalu, saya telah ke Sunway Pyramid bersama buah hati saya, Husna Amira untuk membantunya mendapatkan satu pakej “mobile broadband” untuk kegunaannya di UiTM Melaka.

Berdasarkan pengalaman menggunakan Celcom Broadband di Alor Gajah (milik rakan Husna) dan di Yan (milik bapa saya, Encik Rosli), kami berdua sangat kecewa dengan kualiti rangkaian yang diberi Celcom. Maxis Broadband pula, terlalu mahal harganya, dan kuota muat turun hanya 3GB, sangat tidak mencukupi. P1W1MAX pula, dilaporkan sangat laju, namun tiada liputan luas.

Sebelum turun ke Sunway Pyramid, saya telah melakukan kajian saya sendiri untuk membantu Husna. Dengan publisiti yang semakin banyak, saya ketemu dengan satu perkhidmatan “broadband” terbaru, DiGi Broadband. Pakej yang ada agak menarik, terutama “Student Package” bernilai RM58 dengan modem percuma.

Ini peta liputan DiGi ketika Happy mula-mula diperkenalkan. Kini seluruh liputan DiGi dilengkapi EDGE, untuk peta liputan terkini, rujuk http://www.digi.com.my/broadband/coverage.html dan zoom out peta untuk gambaran rangkaian seluruh negara.

Ini peta liputan DiGi ketika Happy mula-mula diperkenalkan. Kini seluruh liputan DiGi berwarna kuning dan oren dilengkapi EDGE, untuk peta liputan terkini, rujuk http://www.digi.com.my/broadband/coverage.html dan "zoom out" peta untuk gambaran rangkaian seluruh negara.

Tentang liputan pula, peta liputan memberitahu saya bahawa di seluruh kawasan rangkaian DiGi di seluruh negara, terdapatnya EDGE, yang mana memberikan kelajuan data lebih laju daripada GPRS, namun kurang laju berbanding 3G.

Saya sebenarnya memang seorang pengguna DiGi pascabayar, yang tersangat yakin dengan kualiti perkhidmatan yang mereka tawarkan, berdasarkan pengalaman langganan selama hampir 1 tahun yang sangat menggembirakan.

Masalah memang ada, banyak juga,  namun ditangani dengan cemerlang oleh saya dan juga kakitangan perkhidmatan pelanggan DiGi, menjadikan penyelesaian sangat mudah diperolehi.

Boleh dikatakan, tindakan mencuba DiGi Broadband adalah satu “gamble” yang sangat merbahaya. Lagipun, liputan 3G Broadband DiGi hanya ada di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Namun, memikirkan Celcom Broadband yang sangat mengecewakan, kami rasa tak rugi mencuba, kerana paling teruk pun kami akan memperolehi kelajuan perkhidmatan seperti Celcom juga. Lagipun, kami sentiasa ada SKMM yang setia mendengar luahan hati, dan sedia bertindak tanpa dolak dalih kepada para penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Lihat pakej Explore. Tawaran terbaru DiGi adalah RM88 sebulan dengan muat turun tanpa had tanpa caj tambahan, walaupun kuota 10GB telah dicapai. Rujuk pihak DiGi untuk butiran lanjut.

Lihat pakej Explore. Tawaran terbaru DiGi adalah RM88 sebulan dengan muat turun tanpa had tanpa caj tambahan, walaupun kuota 10GB telah dicapai. Rujuk pihak DiGi untuk butiran lanjut.

Pergi ke Kedai DiGi Sunway Pyramid, kami dikejutkan dengan tawaran terbaru mereka: RM88 sebulan untuk muat turun tanpa had. Jadi, apa yang kami lakukan, kami pergi ke “laptop” di kedai tersebut yang dilengkapi dengan DiGi Broadband, khusus untuk pelanggan yang ingin mencuba kualiti jalur lebar DiGi. Sambil itu, kami berbincang tentang tawaran RM88 itu.

Saya melayari laman-laman web dan blog kegemaran, seperti Tukar Tiub, Malaysiakini, The Malaysian Insider, termasuklah blog saya sendiri Kelapa Muda. Tertarik dengan kelajuan muat turun yang dilihat di depan mata kepala, Husna bersetuju untuk menerima tawaran tersebut, memandangkan beliau memberitahu bahawa beliau selalu melakukan muat turun fail seperti MP3 dan FLV dari YouTube.

(Dalam kepala saya pula, saya membayangkan keadaan dalam bangunan yang tiada liputan 3G, tetapi DiGi Broadband masih mampu memuaskan hati dengan muat turun yang pantas.)

Modem Huawei E1550. Modem pemberian DiGi lebih cantik, dengan logo dan hiasan khas DiGi Broadband. Namun, modem ini agak besar saiznya, kata Husna. Terima kasih http://johnytim.blogspot.com/.

Modem Huawei E1550. Modem pemberian DiGi lebih cantik, dengan logo dan hiasan khas DiGi Broadband. Namun, modem ini agak besar saiznya, kata Husna. Terima kasih http://johnytim.blogspot.com/.

Selepas itu, Husna membayar pendahuluan RM100 untuk mendapat sebuah modem percuma yang cantik berjenama Huawei E1550 daripada DiGi Broadband. Tiada yuran pengaktifan dikenakan.

Kemudian, kami meneruskan urusan membeli belah barangan dan juga makanan di Sunway Pyramid. Lebih RM300 kami belanjakan pada hari tersebut, dengan RM100 daripadanya dibayar untuk DiGi.

Kami ke Puduraya untuk menghantar Husna ke Alor Gajah, menaiki bas MARA Liner jam 7.30 malam. Bas MARA Liner pada malam itu tersilap laluan, menyebabkan perjalanan hanya 1 jam 30 minit menjadi lebih 2 jam, dan Husna tiba di depan pintu UiTM Melaka pada jam 10.00 malam.

Saya pula, pulang ke Kajang dengan melalui Jalan Loke Yew, seterusnya Jalan Tun Razak, kemudiannya Lebuhraya Sungai Besi (E9 Besraya) dan solat Maghrib di Kawasan Rehat Mines yang ada stesen Esso.

Sepanjang perjalanan, saya melihat kesesakan teruk dialami sepanjang Lebuhraya PLUS antara UPM dan Bukit Jalil. Nasib baik ada Besraya, selepas ini malas nak lalu KL-Seremban lagi.

Risau menanti Husna tiba di Melaka dan mencuba DiGi Broadband dengan kelajuan EDGE, saya tiba di Sri Ros(mah), Taman Sepakat Indah, Kajang pada 8.05 malam (harus diingat saya sempat berhenti untuk solat Maghrib), dengan berlepas dari Puduraya pada jam 7.35 malam.

Motosikal kesayangan saya. Kecil tapi berkuasa dan jimat minyak. Terima kasih http://www.boonsiewhonda.com.my/.

Motosikal kesayangan saya. Kecil tapi berkuasa dan jimat minyak. Terima kasih http://www.boonsiewhonda.com.my/.

Pantas kan, 30 minit sahaja dari Puduraya? Terima kasih kepada motosikal saya tercinta, Honda Wave 100R.

(Jangan pula ajak saya berlumba selepas ini, motosikal saya itu kecil sahaja. Jika mahu ajak berlumba, sediakan saya sebuah 135LC terlebih dahulu=P) Jangan risau, saya tidak akan sahut ajakan berlumba, kerana menyayangi nyawa yang sangat berharga ini.

Nampaknya hasil yang diperolehi, DiGi Broadband terbukti YANG TERPANTAS di UiTM kampus Melaka berdasarkan perbandingan dengan Celcom Broadband milik rakan Husna.

Harus diberi perhatian, kawasan Kampung Lendu, Alor Gajah di mana UiTM Melaka terletak, Celcom memiliki rangkaian hebat HSDPA, 3G dan GPRS. Bandingkannya dengan DiGi yang hanya punya EDGE di kawasan yang sama.

Kepada DiGi, jangan cepat berpuas hati, kerana selepas tulisan saya ini, pasti ramai pelajar UiTM Melaka yang berminat mahu menggunakan DiGi Broadband. Sila utamakan lokasi-lokasi seperti ini, institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk penyediaan rangkaian 3G.

Memang cantik Menara TM dengan lampu sebegini, bersebelahan dengan Universiti Malaya.

Memang cantik Menara TM dengan lampu sebegini, bersebelahan dengan Universiti Malaya.

Para pelajar kampus dan luar kampus memerlukan “broadband” yang lebih pantas, bukan hanya pelajar UM yang memerlukannya ya!

(Universiti Malaya adalah universiti yang paling ke hadapan dalam memperolehi perkhidmatan Internet yang pantas, memandangkan lokasi di bandaraya Kuala Lumpur, berhampiran pula dengan menara TM.)

Untuk dipendekkan cerita, bertindaklah dengan bijak dalam memilih perkhidmatan jalur lebar, pastikan ianya memenuhi keperluan dan menepati jangkaan.

P/S:

1) Untuk pertanyaan lebih banyak tentang DiGi Broadband, TM Streamyx, dan Celcom Broadband, anda boleh gunakan ruangan komen di bawah.

2) Jika ada pertanyaan tentang P1 W1MAX, saya juga boleh menjawab, namun saya akan rujuk rakan KLIUC yang menggunakannya, Zahidah namanya, yang menggunakan W1MAX di rumahnya di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

3) Manakala pertanyaan untuk Maxis Broadband pula, saya akan rujukkan kepada kakak Husna yang di UiTM Shah Alam, Selangor.

4) Jangkakan respons yang agak lambat, kerana saya sedang ber-peperiksaan akhir, doakan kejayaan saya=).

Bapa saya sudah punya “isteri kedua”, Toyota Vios 1.5J. September 13, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , ,
1 comment so far

Sudah lama tak cakap tentang kereta, kali terakhir berkenaan Proton Exora yang nampaknya mencatatkan jualan memberangsangkan, semakin banyak di jalan-jalan raya yang saya lalui. Jelas sekali orang tak kisah membeli MPV yang kurang dari segi rupa, asalkan luas untuk muat sekeluarga.

Memandangkan nampaknya semua pegawai polis sudah punya kereta baru, bapa saya juga punya keinginan serupa. Keadaan ini masih berlaku walaupun beliau sudah memiliki Proton Wira 1.3 Aeroback manual yang dibeli pada 2002, yang kelihatan masih cantik dan baru, serta tidak menghadapi masalah serius.

Saya tidak pasti warna apakah yang bapa saya pilih, kerana ada 4 pilihan warna metalik.

Saya tidak pasti warna apakah yang bapa saya pilih, kerana ada 4 pilihan warna metalik.

Sesudah lama menimbang untuk membeli kereta baru, akhirnya ayah saya telah membuat keputusan, membeli sebuah Toyota Vios 1.5J automatik, memandangkan beliau sangat mempercayai jenama Toyota dalam pertimbangan membeli kereta.

Lebih kurang beginilah rupa Proton Wira bapa saya yang telah dijual dengan harga RM11,000 sahaja.

Lebih kurang beginilah rupa Proton Wira bapa saya yang telah dijual dengan harga RM11,000 sahaja.

Kereta Proton Wira Aeroback yang saya suka itu pula, nampaknya terpaksalah dikorbankan dengan harga tukar-beli sebanyak hanya RM11,000. Beginilah nasib kereta Proton masa kini, dibeli pada harga RM46,000 pada 2002.

Suku nilai selepas 7 tahun. Perodua pun tak seteruk ini.

Insya-Allah, kereta tersebut bakal diterimanya sebelum Khamis ini, jadi bolehlah beliau melaram sakan dengan kereta tersebut di Hari Raya nanti. Mungkin saya tidak dibenarkan memandunya, itu saya tak pasti.

Dengan ini, bolehlah saya duduk di kerusi penumpang dan melayan lagu-lagu sedap dan menarik di telefon Sony Ericsson G705 saya itu, dalam perjalanan pulang ke rumah datuk dan nenek, yang hanya satu jam perjalanan dari kediaman kami.

Tiada beg udara? Alangkah kedekutnya sebuah syarikat bernama UMW Toyota, sanggup gadaikan aspek keselamatan.

Tiada beg udara? Alangkah kedekutnya sebuah syarikat bernama UMW Toyota, sanggup gadaikan aspek keselamatan.

Menyusuri laman web PaulTan.org, saya melihat kritikan yang terlalu banyak kepada Toyota Vios model 1.5J ini.

Antaranya, ketiadaan beg udara SRS yang terkenal dan dianggap aksesori standard untuk kenderaan berjenama dari Jepun, ketiadaan rim sport yang hanya terdapat pada model taraf lebih tinggi, dan juga ketiadaan lampu kabus yang juga dianggap satu keperluan asas.

Walau bagaimana pun, ciri-ciri keselamatan lainnya pada sebuah Toyota masih kekal pada model pilihan bapa saya ini, seperti:-

ABS (Sistem brek anti-kunci) mengelakkan tayar daripada terkunci dan menstabilkan prestasi membrek walaupun dalam keadaan jalan licin.

Bahagian belakang kereta Toyota Vios, ruang simpanan 470 liter.

Bahagian belakang kereta Toyota Vios, ruang simpanan 470 liter.

EBD (Sistem Agihan Daya Membrek Elektronik) mengagihkan kuasa membrek kepada setiap tayar berdasarkan keadaan pemanduan yang berbeza dan muatan kenderaan yang pelbagai, yang mana membantu fungsi ABS di atas.

BA (Bantuan Brek) mengesan kecenderungan pemandu untuk menggunakan brek kecemasan dan memberikan kuasa membrek tambahan dalam keadaan sedemikian.

Badan GOA (Global Outstanding Assessment) pula ialah satu jenis struktur badan kereta yang direka untuk menyuraikan kuasa impak kepada keseluruhan rangka badan kenderaan, seterusnya mengurangkan kecederaan kepada penumpang.

Mungkin rupa bentuk kenderaan ini tidak saya gemari, namun ciri keselamatan yang terdapat di dalamnya masih lebih baik daripada kebanyakan kereta berjenama tempatan, selain kekuatan utama enjin VVT-i yang begitu diyakini sejak sekian lamanya.

Pada harga RM73, 525 sebuah, tentukanlah sendiri apakah kenderaan ini layak mendapat harga sedemikian.

Tahniah kepada bapa saya atas kereta baru, diharap dapat memotivasikan beliau untuk terus bekerja dengan cemerlang.

Lagipun tiada lagi soalan dan kenyataan standard pegawai-pegawai polis lainnya yang perlu dihadapi seperti:-

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

“Bila mahu tukar kereta?”

“Gaji naik, kereta pun kenalah bergaya,”

“Tak layanlah kereta Malaysia, sekarang Vios dah makin murah,”

Amboi, seronok benar jadi polis kan, atau adakah insan-insan dalam sektor lain juga begini keadaannya?

Pensyarah Strength of Materials saya, yang bekerja di tiga universiti, UPM, Unisel, dan KLIUC juga tak segan silu gunakan Proton Iswara walaupun mendapat ijazah pertama dari Amerika Syarikat, dan ijazah sarjana serta PhD dari United Kingdom.

Entahlah, saya seperti curiga dengan para anggota polis yang lebih kecoh dengan rakan sekerja soal kereta dan harta benda berbanding soal kerja dan tugas hakiki.

Bapa saya juga turut pernah menyatakan kekecewaan serupa kepada rakan-rakan beliau yang bersikap sebegini.

Pada saya, mentaliti sedemikian rupa, jika tidak dikawal, boleh meningkatkan kecenderungan untuk menerima rasuah dan melakukan salah laku.

Kesimpulannya untuk saya jadikan pengajaran:-

1) Hiduplah dengan sederhana, walaupun ilmu tinggi melangit atau harta setinggi gunung.

Seperti pensyarah saya yang bekerja di 3 universiti itu, hidupnya yang sederhana memungkinkan beliau berpoligami dan kekal berlaku adil. Hebat kan?

2) Bekerjalah dengan lebih komited kerana Allah S.W.T, kerana pahala yang diperoleh hasil pekerjaan yang dijalankan secara ikhlas jauh lebih bernilai daripada jumlah semua kereta Toyota Vios di dunia ini.

3) Rupa bentuk bukanlah perkara utama, paling penting adalah keselesaan dan nikmat yang diperolehi.

Konsep ini boleh diadaptasi bukan setakat dalam hal memilih harta benda, malah boleh juga dalam hal memilih teman hidup, misalnya seorang yang rupanya nampak lebih tua daripada usia.

Jika selesa dan nikmat untuk bersama melayari bahtera rumah tangga, apalah masalahnya kan?

Diharapkan Toyota Vios ini akan memberikan nikmat yang layak diperolehi oleh bapa saya dan kami sekeluarga, berdasarkan harga yang ditawarkan untuk membelinya.

Aduan kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Ogos 27, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
51 comments
Complaint No.: A60089
Date: 27/08/2009
Status: CASE UNDER INVESTIGATION
Subject: IRRESPONSIBLE KTMB STAFF, ACTION NEEDED
Details of Complaint:
On 4.30pm 23/8/2009, I go to Kajang KTM Station to purchase train ticket for a journey from Batu Gajah to Butterworth on 18/9/2009,2 days before Hari Raya. When I asked the KTM ticket clerk,she said all tickets for journeys on 18/9/2009 are sold out,and recommends me to take ticket for same journey on 19/9 instead, which departs on 11.11pm, arrived on 4.40am 20/9, which would be Hari Raya.

I purchased the ticket finally, as there are no other options left. My relative who lives in Batu Gajah was sympathetic, as I would need to endure a journey on the Hari Raya Eve. But I don’t mind, since I consider myself lucky for being given a chance to go back for Hari Raya to my hometown near to Butterworth.

She tried to solve the problem by trying to purchase the ticket at the KTM Batu Gajah for the journey for the date that I desired, 18/9. Eventually, she succeeded,contrary to what has been said by the KTM ticket clerk in Kajang.

This attitude frustrates me, as there would be other people who in dire need for tickets for such journey, who would be cheated by this KTM Kajang ticket clerk which embarrassed the company. Overall, I am happy with the company’s service even though they raised ticket price recently,since their train services are reliable,compared to express buses.

According to a visit on KTM website on the night of 23/8, there are 20 tickets still available for such journey.

Here are the details for my ticket.
Ticket Number: S 0070749
Train: Ekspres Langkawi (EL8)
Class: Ekonomi (CMB)
Origin: Batu Gajah, To: Butterworth
Departs: 19/9/2009 23:11, Arrives: 20/9/2009 4:39
Coach: R2, Place: 4D
Fare: RM12.00
Numbers written at the below side of the ticket:
092040001-00403893-1 23/08/2009 16:49 UserID:065061SR/20400/1

Nombor Aduan: A60089
Tarikh: 27/08/2009
Status: KES DALAM SIASATAN
Subjek: STAF KTMB TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, TINDAKAN DIPERLUKAN
Butir-butir Aduan:
Pada 4.30petang 23/8/2009,saya ke stesen KTM Kajang untuk membeli tiket keretapi untuk perjalanan dari Batu Gajah ke Butterworth pada 18/9/2009, 2 hari sebelum Hari Raya. Ketika saya bertanya kerani tiket wanita KTM tersebut, beliau berkata bahawa tiket untuk semua perjalanan 18/9/2009 habis dijual, dan mencadangkan saya mengambil tiket untuk perjalanan yang sama, tetapi pada 19/9, yang berlepas pada jam 11.11 malam, tiba pada 4.40 pagi 20/9, iaitu pada Hari Raya Pertama.

Saya membeli juga tiket tersebut, melihatkan tiadanya pilihan lain. Saudara saya (wanita) yang tinggal di Batu Gajah bersimpati, kerana saya perlu menempuh perjalanan pada malam Hari Raya. Namun saya tidak kisah, kerana saya menganggap diri saya bertuah kerana diberi peluang untuk pulang berhari raya di kampung yang berdekatan Butterworth.

Beliau cuba menyelesaikan masalah saya dengan cuba membeli tiket tersebut di stesen KTM Batu Gajah. Tiket masih ada, berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh kerani tiket KTM di Kajang.

Sikap ini mengecewakan saya, kerana mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan tiket untuk perjalanan sedemikian yang ditipu oleh kerani tiket KTM Kajang ini yang telah memalukan syarikatnya. Secara keseluruhan, saya gembira dengan perkhidmatan syarikat ini walaupun mereka baru sahaja menaikkan kadar tambang, kerana perkhidmatan keretapi mereka boleh dipercayai, berbanding bas ekspres.

Berdasarkan lawatan saya ke laman web KTM pada malam 23/8 terdapat 20 tiket yang masih ada untuk perjalanan serupa.

Berikut adalah butir-butir tiket saya.

Nombor Tiket: S 0070749
Tren: Ekspres Langkawi (EL8)
Kelas: Ekonomi (CMB)
Dari: Batu Gajah, Ke: Butterworth

Berlepas: 19/9/2009 23:11, Tiba: 20/9/2009 4:39
Koc: R2, Tempat: 4D
Tambang: RM12.00
Nombor yang tertulis di bahagian bawah tiket:
092040001-00403893-1 23/08/2009 16:49 UserID:065061SR/20400/1

Aduan asal adalah dalam Bahasa Inggeris, supaya tindakan diambil lebih pantas. Di bahagian bawah adalah terjemahan yang saya lakukan untuk memudahkan pemahaman para pembaca. Jika ingin pergi ke laman web Biro Pengaduan Awam, anda boleh klik di sini.

Saya kecewa dengan sikap kerani tiket KTM Kajang yang disebutkan (namanya di pakaian seragam adalah “Sara”, manis orangnya), kerana beliau tidak mengamalkan etika kerja yang mesra pelanggan, sehinggakan sanggup menipu pelanggan mengenai tiket yang dicari.

Adakah kerana malas untuk memeriksa pangkalan data tiket?

Atau terlalu banyak pelanggan untuk perkhidmatan KTM Komuter yang memerlukan perhatian? Ini mungkin jawapannya, menurut kata hati saya.

Saya membayangkan bahawa para kerani tiket di Stesen KTM Kajang menghadapi tekanan hebat, kerana pelanggan yang sangat ramai jumlahnya untuk kedua-dua perkhidmatan Antarabandar dan Komuter.

Lebih-lebih lagi dengan tren “shuttle” yang semakin banyak, seperti laluan KL Sentral – Ipoh yang kebetulan dipanjangkan laluannya ke Kajang untuk dua perjalanan pagi dan petang.

Jika itu dikenal pasti sebagai puncanya, kita sama-samalah berharap agar stesen KTM Kajang dapat diperbesarkan lagi, dan ditambah bilangan kaunter tiket daripada dua sedia ada, kepada empat atau lima kaunter untuk menampung jumlah pelanggan, bukan hanya ditumpukan kepada perniagaan tapak letak kereta semata-mata.

Pada masa yang sama, saya juga berharap agar laluan pejalan kaki antara stesen KTM Kajang dan Jalan Reko diperbaiki supaya lebih selamat dan selesa. Laluan yang akan dibina haruslah luas dan lebar, dan juga cerah untuk penglihatan yang mudah di waktu malam. Sambungan yang mudah ini seterusnya dapat memudahkan penumpang KTM untuk diambil oleh rakan-rakan dan keluarga di Jalan Reko, mahupun menaiki bas RapidKL dan Road Liner sedia ada.

Selepas perkara ini dilakukan, KTMB boleh menumpukan kepada pembangunan seterusnya stesen KTM Kajang yang kebetulan terletak di lokasi yang amat strategik dan punya tapak yang luas, sekarang ini menjadi ruang meletak kenderaan.

Antara pembangunan yang akan memberikan pulangan berbaloi kepada KTMB dan pengguna adalah pusat komersil, yang mana akan menyediakan ruang niaga lebih luas dan tersusun kepada para peniaga yang “bersepah” bertaburan sekitar kawasan stesen KTM, ruang letak kenderaan yang lebih banyak dan selesa (mampu mengurangkan masalah tempat letak kenderaan di Pekan Kajang), selain akses mudah dari Jalan Reko dan Jalan Bukit yang mampu menyelesaikan masalah trafik di Jalan Bukit yang menempatkan sekolah menengah dan Kolej New Era.

Akhirnya bolehlah tempat itu nanti dipanggil Kajang Rail Mall. Macam cantik juga nama tersebut.

Saya kini tinggal di Kajang, dan saya amat menyayangi tempat ini. Mari kita doakan agar bandar Kajang kita lebih berjaya di masa akan datang, dan keluar daripada segala masalah yang membelenggunya.

Menyanggah Utusan, Maklumat acara kolej tercinta KLIUC dan Perihal “buah hati” baru. Ogos 1, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
3 comments

Laporan Utusan Online, yang wajib untuk saya sanggah.

Batal perhimpunan, perarakan ISA

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my
Ada jugak Cina yang “sengal” pergi kerja dengan Utusan nih??

KUALA LUMPUR 30 Julai – Polis hari ini sekali lagi mengingatkan semua pihak yang merancang menyertai perhimpunan dan perarakan besar-besaran di ibu negara Sabtu ini, supaya membatalkan hasrat masing-masing.

Habis tu, buat apa yang boleh wahai PDRM yang telah memberi gaji kepada bapa saya?

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ini kerana perhimpunan tersebut yang dianjurkan oleh dua kumpulan tertentu boleh menggugat keamanan dan ketenteraman awam.

Siapa kata? Kalau begitu, bagaimana dengan konsert-konsert mega yang banyaknya akan dibuat di KL? Tak ganggu ketenteraman? “Gedik” betul TKPN ni.

Beliau berkata, malah siasatan pihaknya mengenal pasti wujud unsur-unsur provokasi antara dua kumpulan terbabit yang mempunyai agenda berbeza.

Kalau ada, buktikannya. Takkan tak biasa dengan provokasi, itu tanggungjawab PDRM untuk tangkap siapa pencetusnya.

Tegasnya, perhimpunan itu juga bercanggah dengan undang-undang negara kerana sehingga kini polis tidak menerima sebarang permohonan.

“Hebat betul” Akta Polis ya, sehingga tahap lebih tinggi dari Perlembagaan Malaysia yang memberikan hak berhimpun kepada rakyat!

“Walaupun penganjur kedua-duanya menyatakan perhimpunan dan perarakan diadakan secara aman, tetapi boleh menggugat ketenteraman.

Berikan ayat sama kepada Farid Ridzuan, CEO Media Prima, penganjur Jom Heboh. Ada “beran”?

“Jika hasrat berhimpun dan berarak diteruskan, polis bimbang keadaan akan menjadi tegang kerana melibatkan jumlah peserta yang begitu ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jangan buat perarakan kemerdekaan 31 Ogos, kalau nak beri alasan bodoh sebegini.

Beliau berkata, perhimpunan itu juga bakal mengundang kesulitan kepada semua pihak terutamanya warga kota kerana kesesakan lalu lintas.

Tiap-tiap hari jalan sesak, tanggungjawab Polis Trafik untuk kawal lalu lintas. Polis lain kena berikan back-up, bukan ganggu kerja orang lain. Ini tidak, Unit Amal pulak terpaksa tolong Polis Trafik. Baik betul PAS ni.

Rezeki para peniaga akan terjejas selain membawa imej negatif kepada pelancong di negara kita,” ujar beliau.

Bila demonstrasi, peniaga dapat buat macam-macam aktiviti. Jual majalah, air, top up misalnya.

Bila rakyat bersuara, orang asing pandang kita ni negara hebat. Tak adalah anak dara kita diperlakukan sesuka hati mereka, bawa masuk keluar hotel.

Perhimpunan itu melibatkan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu ISA dikekalkan.

GMI telah menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan dikenali sebagai Perhimpunan 100,000 rakyat.

Antara lokasinya ialah Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mendesak supaya ISA dihapuskan.

Pada masa yang sama, Perwaris dan Perkasa pula merancang mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, Pasar Seni dan Masjid Negara bagi menyokong agar ISA dikekalkan.

Aduhh…malas betul nak layan Cina “sengal” yang kerja Utusan ni. Tolonglah cari majikan lain yang lebih beretika.

————————————————————————

Siapa yang selepas baca jawapan saya kepada Utusan, yang beranggapan saya anti-sosial dan terlalu rigid?

Jika ada, tahniah kerana anda sangat salah. Kerana saya juga menggemari konsert, muzik dan kumpulan “indie.

Tak percaya?

DSC00035

Lihatlah tiket saya ini. Kenapa dua keping?

1) Untuk membantu Kelab Seni Persembahan dan Kebudayaan KLIUC/ KLIUC Performing Arts and Culture Club (KPACC). Rakan serumah saya kehabisan idea untuk mengutip dana, jadi mereka meletakkan harga tiket yang sama untuk jualan tiket pra-konsert dan semasa konsert, iaitu RM15 sahaja.

2) Untuk memastikan saya sudah memiliki tiket, risau kehabisan. Maklumlah, Dewan Serbaguna kami ini agak sempit, risau ruang penuh. Jadi, tiket kedua adalah untuk keadaan seperti kehilangan, atau membantu rakan yang baru ingin mula berminat, tidak mampu dan tidak sempat membeli tiket.

3) Suka hati sayalah..hehe=P Apa-apa pun, sila hubungi Wild Chicks (nama di Facebook) di talian +6017 678 7286 untuk tiket.

Jadi, siapa yang mahu kata saya rigid lagi?

——————————————————————–

G705_see_the_product_large_1Saya kini sudah memiliki buah hati yang terbaru, pengarang jantung, pengubat duka lara nestapa.

Ianya adalah telefon baharu saya, Sony Ericsson G705. Telefon berbentuk “gelongsor”/slide ini semakin mendapat perhatian peminat telefon bimbit Malaysia.

Saya bertuah kerana mendapat pakej naik taraf kad memori kepada 2GB, muat turun percuma penghias skrin, lagu, dan tema, pemasangan pelindung skrin, dan penyelenggaraan menyeluruh, jaminan sehingga 15 bulan.

Semuanya, terima kasih kepada DiGi. Saya sudah melanggan DiGi hampir setahun, dan cerita telefon ini membuatkan saya tambah bahagia menggunakannya.

Berapa harga? Mana boleh saya cakap, kesian towkey kedai tersebut nanti. Senang cerita, ianya harga istimewa untuk pelanggan DiGi sahaja. Cari sendiri Kedai Bertauliah DiGi/DiGi Specialized Store di tingkat LG, Plaza Sungei Wang, Bukit Bintang.

Selepas membeli telefon, saya pergi ke kedai poket simpanan telefon, Naughty Boy. Saya dapat membeli poket simpanan telefon daripada kulit, bernilai hanya RM60. Namun, kena berusaha sedikit, lihat sahaja gambar di bawah sebagai panduan.

Agak sukar untuk ambil gambar menggunakan poket simpanan ini, jadi saya harus kreatif dalam menyelesaikan masalah ini.

Akhir kata, saya mendoakan “buah hati” baru saya ini sebuah telefon bimbit yang setia dan tidak menghampakan tuan empunyanya.

Penuntut Politeknik, anda bukan lagi pelajar kelas kedua! Jun 21, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
28 comments

Pasti ramai pelajar yang menuntut di Politeknik yang selalu berkata begini, ” Saya pelajar politeknik sahaja, tak hebat macam pelajar IPTA,

Politeknik Johor Bahru, salah satu daripada politeknik di Malaysia

Politeknik Johor Bahru, salah satu daripada politeknik di Malaysia

IPTS.”

Hentikan kata-kata itu! Ada berita gembira untuk anda dari The Star…biar saya terjemahkan.

Politeknik Akan Dinaikkan Taraf Setanding Universiti

Standard politeknik akan dinaikkan untuk membolehkan mereka menawarkan kurus ijazah kepada para pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khalid Nordin berkata beliau telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Politenik untuk menjalankan kajian terhadap cadangan tersebut secepat mungkin.

Beliau berkata langkah tersebut juga bertujuan memperbetulkan persepsi bahawa politeknik adalah institut “peluang kedua” bagi mereka yang tidak dapat memasuki universiti awam.

“Pada masa ini, politeknik menawarkan kursus diploma. Kita mungkin akan menaikkan standard tiga atau empat politeknik untuk peringkat awal dengan membolehkan mereka menawarkan kursus ijazah.

“Kita mensasarkan supaya politeknik berada setaraf dengan universiti awam, untuk dijadikan sebagai alternatif kepada pelajar,” kata beliau selepas  melancarkan anugerah pelajar cemerlang Parlimen Pasir Gudang, Johor, semalam.

Mohamed Khaled, yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, berkata kementerian tersebut juga mempertimbangkan untuk menawarkan tempat yang lebih banyak di politeknik, kerana sejumlah 120,000 orang telah memohon, dan hanya 20,000 tempat ditawarkan.

Beliau berkata, jumlah permohonan tersangat tinggi kerana pelajar politeknik lebih mudah untuk mendapat kerja selepas tamat pengajian.

“Sesetengah politeknik dijangkakan akan menekankan kursus-kusrus utama seperti diploma teknologi maklumat (IT), dan juga mempertingkatkan kerjasama dengan universiti.”

Tentang penyusunan semula peperiksaan SPM dan STPM, Mohamad Khaled berkata tindakan tersebut akan meningkatkan kualiti pelajar yang memasuki universiti.

Pasti ramai pelajar politeknik yang akan bersuka ria dengan berita ini. Semoga anda teruskan belajar dengan gigih, buktikan diri anda mampu berdiri sama tinggi dengan pelajar-pelajar universiti, walaupun anda tidak “gempak” di peringkat sekolah.

Saya sangat berharap agar cadangan menteri ini menjadi kenyataan, agar para universiti dapat mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran mereka agar tidak ditandingi oleh politeknik. Harus kita ingat, di negara lain, politeknik dan institut memang boleh menandingi universiti awam.

Saya petik senarai 200 universiti terbaik dunia Times Higher Education Supplement, dan yang saya senaraikan ini hanyalah yang menggunakan nama “institute”, “school”,  “college” atau “polytechnique” sahaja.

6. Imperial College, London

9. Massachusetts Institute of Technology, US

22. King’s College, London

24. Swiss Federal Institute of Technology, Switzerland

34. Ecole Polytechnique, Perancis

49. Trinity College, Dublin

50. Ecole Polytechnique Fédérale de Lausanne, Switzerland

54. Dartmouth College, US

61. Tokyo Institute of Technology

66. London School of Economics

83. Georgia Institute of Technology

95. Korea Advanced Institute of Science & Technology

109. Technion— Israel Institute of Technology

154. Indian Institute of Technology, Delhi

173. KTH, Royal Institute of Technology, Sweden

174. Indian Institute of Technology, Bombay

174. Rensselaer Polytechnic Institute, US

Melihat kepada senarai ini, pasti semangat para penuntut politeknik akan bersemarak dengan lebih membara. Lagipun, apa maknanya taraf “universiti”? Tiada banyak beza pun. Hanya nama sahaja yang berbeza, mungkin kita masih cuba mencari nama terbaik buat IPT kita.

Pendapat saya, dengan politeknik menawarkan kursus ijazah nanti, tidak perlulah nama mereka ditukarkan dari politeknik kepada benda-benda lain seperti “institut” atau “universiti” atau “kolej”. Biarkan saja namanya begini. Orang sudah kenal PUO itu Politeknik Ungku Omar. POLIMAS, sebuah politeknik di Jitra, Kedah.

Dulu Institut Teknologi Mara, ITM,

kini Universiti Teknologi Mara, UiTM. Tak banyak beza, tak universal pun. Hanya Melayu boleh masuk. Jadi institut pun dah okey.

Dulu IKRAM,

kemudian Kolej Ikram,

selepas itu Ikram College of Technology,ICT,

kini Kuala Lumpur Infrastructure University College, KLIUC.

Prof. Dato Wira Ir. Dr. Mohammad Noor Haji Salleh
Prof. Dato’ Wira Ir. Dr. Mohammad Noor Haji Salleh

Selepas ini apa pula?

Kata Prof. Dato’ Wira Ir. Dr. Mohammad Noor Haji Salleh, Presiden KLIUC pada majlis perasmian minggu orientasi pengambilan Jun 2009 (yang saya pengerusikan bersama Syaza Ismail), kolej kami nanti akan jadi universiti penuh. Alhamdulillah, kerana nama kolej ini mungkin akan jadi lebih ringkas, dan mudah diingati.

Apakah nama Universiti kami itu nanti? IUM – Infrastructure University of Malaysia? ‘Sempoi’ juga. Tapi macam hampir dengan UM – Universiti Malaya. Nanti orang terkeliru pula.

Apa kata kita guna nama MIU – Malaysia Infrastructure University, atau MUI – Malaysia University of Infrastructure?

Paling penting, pastikan namanya ringkas, mudah diingati, dan memaparkan matlamat universiti baru yang akan jadi milik kita nanti.

Jangan pula kita kalah dengan Politeknik yang akan jadi saingan kita selepas ini, malu nanti!

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.