jump to navigation

Terima kasih Tun kerana mengesahkan komen saya Mac 2, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , ,
trackback

KEPERIHATINAN

1. Rakyat yang selalu mengguna jalan tol akan berasa lega kerana kenaikan tol yang diumumkan oleh Menteri Kabinet yang bertanggungjawab, Datuk Seri Mohd Zin akan dikaji semula oleh Kabinet.

2. Perdana Menteri telah mengarahkan Kabinet mengkaji semula kenaikan tol kerana “Apa yang dibincangkan dan diputuskan itu dibuat dua tiga minggu lalu dan sejak itu keadaan ekonomi menjadi bertambah buruk”.

3. Apa gamaknya yang telah jadi kepada ekonomi Negara dalam jangka masa tiga minggu. Biasanya sebelum keputusan dibuat oleh Kabinet, maklumat berkenaan aliran ekonomi diberi oleh pakar-pakar untuk jangkasama yang agak panjang, sudah tentu lebih dari tiga minggu. Apakah pakar-pakar ini telah tergesa-gesa lari ke Perdana Menteri tiga minggu selepas keputusan dibuat oleh Kabinet untuk memaklumkan ekonomi merosot begitu teruk dan tol tidak boleh dinaikkan. Apakah mereka menjelaskan bahawa kajian semula tol akan membaikkan keadaan ekonomi. Atau apakah Perdana Menteri membawa perkara ini ke Kabinet dengan data yang cukup tentang keburukan ekonomi sebelum mengumumkan tol perlu dikaji semula. Atau apakah kenaikan ini tidak bijak dibuat semasa beliau masih Perdana Menteri. Tunggu orang lain naik jadi Perdana Menteri dan terpaksa menaikkan tol.

4. Atau apakah ini satu lagi manifestasi “flip-flop” Abdullah? Mungkinkah perletakan jawatan juga perlu dikaji dengan lebih mendalam apabila masanya hampir tiba. Ekonomi yang amat teruk boleh juga jadi satu alasan. Dapatkah ekonomi negara dipulih tanpa Dato Seri Abdullah?

5. Apa pandangan Tingkat Empat?

Jangan risau Tun, saya bukan Tingkat Empat…saya “The Outsiders”. hehehe…
Saya menulis kepada Tun supaya memfokuskan kepada permasalahan yang telah timbul.
Untuk bercerita lebih panjang perihal “flip-flop” Pak Lah, sampai Subuh esok pun tidak akan selesai, kerana beliau memang begitu daripada dahulu.
Masalah sebenar adalah perjanjian konsesi yang “lopsided”. Jadi saya berharap Tun dapat memberi buah fikiran yang lebih bermakna untuk menyelesaikan masalah Tun.
Ramai yang berkata di pihak pembangkang, bahawa Tun adalah punca masalah ini.

Saya pula memandang Tun ibarat LALAT, di mana satu sayapnya beracun, dan satu sayap lagi adalah penawar.

Sayap yang beracun telah digunakan, ramai yang sudah menjadi mangsanya. Saya berharap Tun yang sekarang adalah dengan “sayap” yang satu lagi, di mana Tun menjadi penawar kepada permasalahan di dalam negara. Gunakanlah fikiran Tun yang masih ligat itu untuk memanfaatkan rakyat. Boleh Tun?

Ini tulisan saya di laman Tun…terima kasih sebab “approve”. Sayang Tun!

Tun, saya melihat isu ini sebagai satu dilema kepada kerajaan pusat sedia ada, di mana jika mereka memilih untuk menaikkan kadar tol, rakyat akan marah, automatiknya kekalahan menanti di 3 bukit, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Bukit Lanjan.

Tetapi jika mereka memilih untuk mengekalkan kadar tol sedia ada, walaupun hanya sementara iaitu sehingga penghujung tahun, mereka perlu mengorek kantung kewangan kerajaan dan mengeluarkan sebanyak RM287 juta, bayar kepada pemegang konsesi.

Tun, saya minta Tun melihat kenapakah perkara ini berlaku. Adakah ianya benar-benar kerana mereka tidak prihatin, tidak menyedari bahana yang menanti jika mereka menaikkan kadar tol? Atau kerana kerajaan telah terikat kaki dan tangan dengan perjanjian konsesi yang telah dimerterai?

Tun pernah berkata dalam soal keganasan global, “Sebab utama keganasan itu harus dicari, bukan hanya pelaku keganasan tersebut.” Saya ingin memulangkan ayat itu semula kepada Tun. Sebab kepada kenaikan tol juga harus dicari, bukan hanya siapa yang menaikkan kadar tol tersebut.

Sebab utama kepada keadaan kenaikan kadar tol ini ialah PERJANJIAN KONSESI YANG BERAT SEBELAH, kerajaan sekarang adalah pelaku kesalahan tersebut. Baik kerajaan BN atau PR, mereka akan tetap hadapi masalah.

Jika kita ingin mengambil alih syarikat konsesi lebuhraya ini, mereka akan meminta ganti rugi atas KEHILANGAN KEUNTUNGAN YANG BOLEH DIRAIH. Kesnya hampir sama seperti di Selangor, di mana kerajaan Pakatan Rakyat ingin mengambil alih Syabas daripada Puncak Niaga.

Jadi Tun, saya minta Tun janganlah terlalu menyalahkan orang lain atas kesalahan yang berlaku. Carilah puncanya, mengapakah perjanjian yang sebegitu rupa boleh dipersetujui oleh kerajaan pada masa itu. Saya minta Tun jawab perkara ini dalam nukilan seterusnya.

Terima kasih atas perhatian daripada Tun.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: