jump to navigation

Ulasan seorang demonstran anti-PPSMI Mac 9, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , ,
trackback

Ramai yang berkata, para demonstran anti-PPSMI berfikiran jumud dan tidak terbuka minda. Come on, kami ini golongan mahasiswa terpelajar dan fasih berbahasa Inggeris dan Melayu. Namun, kami sayang bahasa kami lebih lagi. Faham?

Para demonstran langsung tidak membantah pengajaran subjek Bahasa Inggeris. Di baju-T mereka tertulis salah satu permintaan GMP, iaitu MEMPERTINGKATKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH.normal_etems

PPSMI yang sengal ini tidak membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris di sekolah, malah guru-guru subjek Matematik dan Sains juga tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Bolehkah mereka memastikan para pelajar berbahasa Inggeris lebih baik daripada mereka?? Sudah tentu tidak. Seperti pepatah Melayu, ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Tidakkah ada cara lain untuk memastikan para pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris? PPSMI ini menyebabkan kejatuhan prestasi para pelajar dalam subjek-subjek sains dan matematik.
(ambil perhatian ianya bukan hanya dua subjek ini, kerana jika di peringkat SPM, Matematik dipecahkan kepada Matematik dan Matematik Tambahan, manakala Sains dipecahkan kepada Fizik, Kimia, Biologi dan Sains untuk pelajar aliran Sastera.) Akibatnya para pelajar berpotensi tidak dapat menguasai subjek Sains dan Matematik gara-gara guru yang tidak berkebolehan, dan sukatan pelajaran yang tidak difahami.

Keadaan ini dibiarkan oleh kerajaan semata-mata untuk memastikan para pelajar menguasai satu bahasa yang semakin berada di ambang kejatuhan. Lihatlah negara berbahasa Inggeris sekarang, semuanya jatuh dengan teruk. Baik dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, dan juga ekonomi yang mengalami kegawatan amat teruk.  Adakah apabila satu bahasa yang lain mengambil alih kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, subjek Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa tersebut pula?

Bagaimana pula jika keadaan berbeza? Andaikata Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa pengantar dunia. Kemudiannya kita tukar sama subjek-subjek lain seperti Geografi dalam Bahasa Inggeris gara-gara “banyak rujukan dalam subjek tersebut dibuat dalam Bahasa Inggeris”.

Lebih baik Bahasa Melayu dijadikan bahasa untuk subjek Matematik dan Sains semula, dan fokus diberikan kepada mempertingkatkan penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris sahaja, kerana itu adalah masalah yang sebenar yang harus diselesaikan.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: