jump to navigation

Polis penjaga keselamatan….betul ke? (mesej dari Facebook) Mac 12, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

Adik Firdaus,

Nama Kakak Hasniza,panggil saja Kak Jaja…Kakak cukup terkesan dengan penyataan yang dibuat oleh adik Firdaus tentang ayah adik yang menjadi polis. Sejujurnya, Kjaja tidak berhak untuk masuk campur tapi sebagai seorang saudara Islam,kakak rasa bertanggungjawab untuk menyatakan sesuatu. Adik Firdaus kenalah yakin yang tugas ayah adik amatlah mulia sebenarnya. Tanpa polis, negara tidak akan aman. Polis hanya bertindak mengikut arahan. Janganlah adik Firdaus terpengaruh dengan tohmahan dan kata2 org yang terlalu mengikut perasaan di luar sana. Mereka itu sebenarnya mempunyai agenda yang tersembunyii yang amat menakutkan…Wallahualam..

.Kebanyakan mereka melakukan begitu rupa atas kepentingan peribadi semata-mata..Agama kita agama yang amat suci. Ayah adalah tokoh keluarga. Ketahuilah Adik Firdaus, gaji polislah yang sebenarnya menyumbang kepada apa yang Firdaus ada sekarang. Banggalah adik atas apa yang Allah telah anugerahkan pada adik dan bersyukurlah. Setelah itu, Kakak yakin adik akan temui kebahagiaan. AMIN.

Kakak sertakan disini notes yang ditulis oleh kawan kakak yang merupakan seorang pensyarah, tentang perasaan menjadi anak polis..Kakak minta maaf sekiranya kakak menyinggung perasaan adik ya..Ingatlah ayah kita cuma satu dalam dunia ni…Sekiranya adik kehilangan ayah seperti yang telah kakak alami, adik pasti akan bersedih dan berfikir kalaulah aku menghargai setiap saat bersama ayah…Sekali lagi salam maaf keranan mengganggu kehidupan peribadi dan pendapat adik.

ikhlas
kakak

Jawapan saya kepada mesej tersebut:

fruSaya dapat ingat satu daripada ayat kakak. “Polis hanya bertindak mengikut arahan.” Inilah sebab kenapa saya amat berharap agar ayah saya berhenti menganggotai pasukan ini jika beliau sendiri tidak sebulu dengan arahan tersebut. Lebih baik pasukan polis itu hanya dianggotai orang-orang yang sanggup mengikut arahan tersebut dengan senang dan rela hati.

Saya bukannya tidak menghargai peranan dan tugas ayah saya sebagai seorang anggota polis, jauh sekali merendah-rendahkan pekerjaan beliau itu. Ayah saya seorang anggota polis yang saya kenal sebagai seorang yang amat jujur dalam menjalankan tugas. Ayah saya kerap kali sanggup menolak pelbagai pelawaan dan hadiah, semata-mata untuk menjaga integriti dirinya. Saya yakin atas setiap ringgit gaji yang ayah saya perolehi, ianya adalah dari titik peluh beliau sendiri.

Pendapat saya, tindakan pasukan polis akhir-akhir ini amatlah meragukan dan tidak adil kepada 0polis1-malaysia-with-baton2semua. Contoh paling dekat ialah apabila demonstrasi anti-PPSMI pada 7 Mac lalu. Saya berada di sana untuk memerhatikan keadaan, dan melihat sendiri bagaimana satu-satu demonstrasi itu dijalankan. Saya melihat sendiri bagaimana pihak FRU bertindak kejam terhadap para demonstran, malah melontar tin gas pemedih mata ke dalam kawasan solat di Masjid Negara.

Jika ingin dikatakan bahawa demonstrasi itu adalah melanggar undang-undang negara, rujuklah semula perlembagaan negara, di mana kita ada hak-hak untuk berhimpun dan berkumpul. Oleh kerana itu saya tambah kecewa dengan tindakan pasukan polis, kerana meletakkan undang-undang sesuka hati. Lihat sahaja apabila ada demonstrasi-demonstrasi yang pro-kerajaan, pro-raja, tiada apa pun tindakan yang diambil. Sedangkan ianya adalah perkara yang sama, iaitu “perhimpunan haram”.

Ayah saya adalah orang yang paling saya kagumi dalam keluarga, seorang yang cukup beriman dan bertaqwa. Saya hanya risaukan dengan beliau terus menganggotai pasukan polis, beliau akan disoal di akhirat nanti atas tindakan-tindakan tidak adil yang saya sebutkan tadi dan akhirnya beliau akan dihukum. Itu amatlah mendukacitakan kerana ayah saya amat rajin melakukan pelbagai amal ibadat. Saya minta ayah saya berhenti kerana saya menyayangi ayah saya dan ingin hidupnya bahagia di dunia dan akhirat.

Maaf jika kakak rasa saya seoalah-olah tidak menghormati orang tua saya. Saya hanya menyayangi mereka dengan sepenuh jiwa saya.

Ikhlas Dari Hati,
Mohamad Firdaus Bin Rosli

Kakak Hasniza menulis kepada saya setelah membaca mesej status di Facebook saya, yang mana saya menulis meminta ayah saya berhenti daripada menjadi seorang anggota polis. Terima kasih atas keperihatinan Kakak. Jika ada Facebook, harap dapatlah tambah saya sebagai rakan dengan mencari nama “Firdaus Rosli“.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: