jump to navigation

Keputusan SPM: yang kurang berjaya, janganlah sesekali berputus asa! Mac 13, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: ,
trackback

Saya baru membaca laman “OhBulan!” kegemaran saya, dan melihat satu kiriman baru dari laman tersebut mengenai seorang artis muda:-

Keputusan SPM Diana Danielle 2A, 5B -Boleh’lah Tu

March 13, 2009 by M

Walaupun tidak cemerlang keputusan peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh pelakon remaja popular, Diana Danielle Beeson (Danielle), 17, yang diumumkan semalam boleh dianggap baik.

Pelajar Sekolah Menengah Sri Inai, Hulu Klang itu memperoleh dua A dalam amata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan lima B membabitkan mata pelajaran Sains dan Teknologi, Kimia, Fizik,   Bahasa Melayu dan Geografi.

Ketika dihubungi, ibunya Norsiah Ramli memberitahu walaupun keputusan diterima Diana boleh dianggap memuaskan, namun pelakon utama drama bersiri Janji Diana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehnya itu.

“Sebaik menerima keputusan itu, dia kecewa kerana tidak dapat mencapai apa yang disasarkan.  Mengikut daripada pencapaian peperiksaan percubaan dia memperoleh lima A.

Bagaimanapun, peperiksaan percubaan tidak sama dengan SPM sebenar dan saya sebagai ibu tetap bersyukur kerana dia sudah melakukan yang terbaik,” katanya.

Tambah Norsiah lagi, sebaik menerima keputusan itu dia berpuas hati kerana ketika berhadapan persiapan untuk menghadapi peperiksaan sebelum ini, Diana sibuk di lokasi penggambaran.

Memang kita pernah membaca mengenai artis ini yang mensasarkan pencapaian “semua A” di dalam peperiksaan SPM, kerana yakin dengan keputusan percubaan yang cemerlang. Namun, tak usahlah dikritik lagi si Diana ini, kerana dia sendiri pasti tertekan dengan keputusan ini. Lumrah manusia, mensasarkan pencapaian semaksimumnya dalam setiap yang dilakukan.

Saya pernah belajar di MRSM Langkawi selama 2 tahun, dan saya bersemangat melihat keghairahan para warga di sana untuk memperoleh keputusan sebaiknya, dan meletakkan semula MRSM Langkawi sebagai sekolah Nombor Satu Malaysia. Walaupun pada tahun saya ianya gagal dicapai, namun masing-masing berasa puas kerana telah mencuba sebaiknya. Alhamdulillah, saya gembira mendengar cerita-cerita dari rakan-rakan dari zaman MRSM. Ada yang menemui pengalaman baru di luar negara, ramai juga yang terlibat aktif dalam aktiviti pelajar di universiti.

Jadi, apa yang saya cuba sampaikan, ialah kita harus mensasarkan yang terbaik, agar kita mampu memperoleh pencapaian maksima. Namun, janganlah dikutuk peribadi seseorang itu jika sasarannya gagal dicapai. Berikanlah galakan, dorongan, sokongan dan juga bantuan agar mereka ini juga mampu maju dalam kehidupan mereka. Tidakkah menjadi artis, seperti pelakon juga salah satu daripada bidang pekerjaan juga? Semoga Diana Danielle terus maju, mencapai cita-citanya dan menjadi insan yang berguna.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: