jump to navigation

Politik: Praktikalkah kerajaan campuran BN-PR? Mac 16, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , ,
trackback

MALAYSIA/Sejak kebelakangan ini, ramai yang berbicara mengenai kemungkinan untuk Malaysia memperoleh kerajaan campuran antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Apa kata saya: TIDAK.

Kenapa saya begitu berkeras untuk berkata sebegitu, adalah kerana perbezaan langit-bumi antara BN dan PR. Mereka terus-terusan bertikam lidah sesama sendiri, walaupun atas perkara paling kecil.

Namun, tetap wujud kemungkinan untuk kerajaan campuran ini wujud, iaitu apabila Abdullah Ahmad Badawi tiba-tiba mendapat “ilham” untuk terus menerajui kerajaan, menghadapi kegawatan ekonomi yang sudah dipastikan oleh Menteri Kewangan Kedua pada tulisan saya sebelumnya.

Satu persoalan timbul: Bolehkah penyelesaian ini berjalan lancar? Saya juga kata tidak. Bukan pesimistik, tetapi kerana pendapat ramai dan juga mengambil kira pilihan rakyat pada PRU-12 lalu. Kasihan rakyat, yang 49% daripadanya tidak mahu kepada Barisan Nasional untuk memimpin negara. (Kasihan juga kepada 51% yang mengundi BN.)

Tok Guru Haji Hadi Awang adalah tokoh yang mengeluarkan cadangan ini. Saya yakin, ianya bukan satu cadangan buta, atau “tembakan rambang” daripada beliau. Pastinya ini yang beliau mahukan:-

  • undang-undang Hudud dikuatkuasakan
  • lebih banyak jawatan menteri untuk wakil PR

Saya adalah seorang penyokong Hudud, dan saya tidak yakin ianya dapat dilaksanakan dengan adanya BN dalam kerajaan. Malah saya lebih yakin ianya lebih mudah untuk dikuatkuasakan dengan DAP berada dalam kerajaan.

Oleh kerana itu, saya yakin dengan alternatif yang lebih munasabah: Pakatan Rakyat. Pastinya ramai yang tidak bersetuju, jika jumlahnya sedikit pun saya tetap akan menghormati pendapat mereka ini. Lebih baik tunggu PRU-13. Kita lihatlah bagaimana corak pentadbiran Najib Razak, berikan peluang kepada beliau. Jika kekerasan digunakan, kita lawanlah dengan corak yang serupa. Tiada kerisauan di situ.

Renungkanlah harapan seorang rakyat Malaysia yang kini berada di banglo Akademi Fantasia 7. Nama beliau ialah Ismaliza Ismail atau Isma, seorang ibu berumur 30 tahun dengan 5 orang anak. Apabila ditanya soalan ini, perhatikanlah jawapannya:-

(dipetik dari laman Akademi Fantasia Astro:

http://www.astro.com.my/akademifantasia/pelajar_isma.asp )

af7_pelajar_ismaSekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Saya ingin menjadikan Malaysia bebas dari pergaduhan politik kerana Malaysia boleh menjadi huru-hara hanya kerana politik.

Benar Isma, saya juga yakin bahawa walaupun tiada kerajaan campuran sekalipun, pada politikus negara boleh bersatu padu dalam menghadapi gelora yang melanda. Lebih penting, buanglah budaya berpolitik dengan sentimen perkauman dan provokasi.

Saya teramatlah bersetuju dengan pendapat Isma, atau lebih selesa saya gelarkan Puan Isma. Saya begitu kagum dengan kesedaran politik yang dimilikinya. Sedikit komentar mengenai AF7, persembahan Isma di konsert pertama amat meyakinkan berbanding sesetengah peserta lain. Tahniah kerana berjaya menarik perhatian saya.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: