jump to navigation

Fabio Capello belajar BI dalam sebulan. Kenapa tidak kita? Mac 17, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , ,
trackback

Saya baru membaca satu blog pro-PPSMI yang berceritakan mengenai nasib anak Melayu yang tidak berjaya mendapat kerja, gara-gara tidak pandai berbahasa Inggeris. Katanya, dengan PPSMI, anak-anak Melayu (saya lebih suka rujuk sebagai anak-anak Malaysia) akan mempunyai kemampuan untuk berbahasa Inggeris dengan baik, dan lulus temuduga kerja.

Seperti mana Mahathir yang suka merujuk diri sendiri apabila berbicara mengenai PPSMI, saya juga suka merujuk seorang insan yang tidak kurang terkenal. Beliau adalah pengurus pasukan kebangsaan ENGLAND, Fabio Capello. Saya merujuk kepada beliau, kerana beliau lebih rapat dengan England, tempat di mana asalnya bahasa Inggeris. Untuk perhatian, beliau bukanlah insan pintar seperti Mahathir yang menjadi antara doktor Melayu yang pertama, dan juga memiliki daya pemikiran yang tajam dalam berbicara mengenai sebarang isu.

Fabio Capello hanya punya bakat dalam satu bidang: Bola sepak. Jadi, terdapat kemungkinan yang besar bahawa beliau tidak akan dapat menguasai Bahasa Inggeris, walaupun menjadi pengurus pasukan England.

Ini maklumat yang saya kutip dari laman CapelloLearnEnglish.com:-

Capello’s Campaign to Learn English a Success

fabio-capello-coach-england-managerWhen it was announced on 17th December 2007 that Italian Fabio Capello was to be the new England manager, many supporters hailed a new era which would see an end to the end of England’s underachievement. Many of them never realised that the new man in charge could barely speak a word of English.

Capello sat at the podium alongside FA chief Brian Barwick and made a bold claim to the waiting press – “I will learn English in a month”. Many scoffed at the claims, others thought that Barwick had appointed a lunatic, but Capello was unfazed.

“I am convinced that in one month when I meet up with the squad for the first time, I will be able to speak English,” Capello explained.

“I believe it is very important to communicate with players and I will undergo a strict routine to learn the language – I will apply myself every day.”

Benar Capello, bahasa Inggeris perlu di”apply” atau diaplikasikan setiap hari, supaya penguasaannya lebih mantap. Bukannya diadakan kelas Matematik dan Sains dengan buku dalam Bahasa Inggeris, tetapi gurunya tidak dapat gunakan Bahasa Inggeris dengan tepat.

Tak boleh juga nak salahkan guru, mereka sudah lakukan yang terbaik. Mereka serius dalam mengajar, tak jemu pergi kursus. Namun, inilah yang terbaik boleh mereka berikan, dan nampaknya Bahasa Inggeris tidak cocok untuk mereka gunakan sebagai bahasa pengantar di dalam kelas.

Help and support for Capello flooded in, not least from Rosetta Stone, who sent a copy of their market leading language learning software to the FA Headquarters at Soho Square. We here at Capello Learn English even got support from The Inquirer and Kerrang! Radio.

It all culminated in Capello’s first meeting with the players on Monday ahead of Fabio’s first game in charge against Switzerland at Wembley Stadium.

Rio Ferdinand commented that Capello’s commitment to learn English had obviously been a success, claiming “He got his points across well.”

“I’ve been pleasantly surprised. He’s talked to us as a team on and off the training ground in English and was very good.”

In the end, Capello guided England to a solid if unspectacular 2-1 victory over the Swiss. There was plenty to learn and plenty of positives. Capello’s appointment was not about one game and the solution will not be found with just three days of work. What Capello will be focused on now is improving his English, improving his confidence with the press and guiding England to the South Africa in 2010.

Pada saya, pengajaran subjek Bahasa Inggeris harus diperkasa, kerana sebenarnya subjek itu sudah mencukupi masanya untuk memastikan penguasaan Bahasa Inggeris yang bagus oleh para pelajar. Bukannya memeningkan kepala para pelajar dengan subjek lain dalam Bahasa Inggeris, sehingga pelajar-pelajar ini hilang motivasi dalam pelajaran Sains, Matematik dan juga Bahasa Inggeris sendiri.

Saya cadangkan pengajaran subjek Bahasa Inggeris lebih banyak menggunakan buku cerita di sekolah rendah, dan untuk sekolah menengah, novel-novel terkenal Inggeris yang punya laras bahasa yang mudah difahami remaja Malaysia. Mungkin juga bantuan boleh kita perolehi daripada Rosetta Stone untuk menyediakan perisian yang memudahkan pelajar menguasai Bahasa Inggeris dengan cara yang tidak membosankan.

Tentang prestasi Fabio Capello, saya menaruh harapan tinggi kepada beliau untuk mengembalikan kegemilangan skuad England di peringkat Piala Dunia dan Kejohanan Eropah. Skuad beliau semakin meningkat dari hari ke hari, dengan disiplin dan kepakaran Fabio dalam menjalankan tugas sebagai pengurus.

Kepada para penyokong England, teruskan sokongan anda. Jangan hiraukan sesiapa yang menuduh anda sekalian tidak patriotik kepada Malaysia, kerana Malaysia sudah pasti tiada dalam kejohanan-kejohanan utama yang kita tonton di televisyen. Lagipun, kita jauh lebih patriotik apabila bahasa kebangsaan kita digunakan, kerana “Bahasa Jiwa Bangsa”.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: