jump to navigation

UMNO: Rais Yatim terus hentam Hishammuddin Mac 19, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

imagesimages1

Semalam saya berkesempatan menonton saluran TV 1, dan dengan Perhimpunan Agong UMNO yang semakin hampir, para calon mengambil kesempatan untuk memperkenalkan diri dan memperjelaskan mengenai hala tuju parti, dan perancangan yang ingin dilakukan jika jawatan berjaya dimenangi.

Salah seorang daripada calon Naib Presiden, Datuk Seri Rais Yatim adalah calon yang paling mendapat perhatian di media massa. Tengah hari semalam, beliau turut tampil di Edisi 7 istimewa sempena Perhimpunan Agong UMNO, dimana selama 30 minit, saluran NTV7 tidak menyiarkan berita lain, melainkan hanya laporan tentang perhimpunan tersebut dan tembual dengan calon-calon perhimpunan agong UMNO.

Sekalung tahniah buat saluran NTV7 kerana jika dibandingkan dengan saluran TV percuma lain, saluran ini jauh lebih interaktif dan mesra penonton. Terdapatnya peluang untuk para penonton menyuarakan pendapat, dengan undian SMS yang selalu dijalankan, laporan berita yang menarik dalam 3 bahasa utama, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Laporan yang diberikan pula selalunya tidak menyimpang daripada matlamat asal, untuk memberikan maklumat tepat kepada para penonton setia.

Saya berjaya mengutip beberapa isi daripada tembual antara Rais Yatim dan TV1.

  • Generasi muda kurang faham mengenai “kontrak sosial” yang sudah terpateri antara kaum-kaum di negara ini sejak merdeka. Mereka dikatakan terlalu “terpengaruh” dengan konsep ketuanan rakyat yang dikatakan boleh membunuh kontrak sosial dan institusi beraja di negara ini.
  • Ramai pihak yang tidak menghormati perlembagaan, hatta di dalam kerajaan sendiri dengan dasar PPSMI yang tidak membenarkan pelajar menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pelajaran adalah urusan rasmi, jadi pelajar tidak harus dihalang menggunakan bahasa ibunda masing-masing di sekolah berasingan.
  • “Ketuanan Melayu” bukanlah bermaksud orang Melayu menjadi tuan dan bangsa lain menjadi hamba, tetapi ianya bermaksud raja-raja melayu yang menjadi Tuan di negara ini.

Pada pendapat saya, Rais Yatim telah berjaya menggunakan kesempatan ini untuk berusaha meningkatkan undian kepadanya dalam pemilihan UMNO nanti, dan kemungkinan besar strategi itu akan berjaya.

Beliau berjaya menggunakan isu PPSMI yang tidak dipersetujui ramai pihak untuk menjatuhkan pendokongnya yang turut bertanding Naib Presiden, iaitu Hishammuddin Tun Hussein.

Namun, hanya dalam perkara itu saya dapat bersetuju, manakala perkara mengenai Ketuanan Melayu dan “kontrak sosial” masih boleh diperbincangkan antara pihak berkepentingan untuk mendapatkan hasil terbaik.

Pendapat saya, ramai yang menerima hak-hak istimewa Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan, mahupun “kontrak sosial” tersebut. Namun, kita sekarang melangkah ke zaman kemajuan, yang seharusnya kemajuan itu dapat dinikmati oleh semua, tidak kira bangsa, agama, atau taraf hidup. Misalnya soal pendidikan, semua maklum bahawa dengan pendidikanlah nasib sesuatu bangsa, atau keluarga akan berubah ke arah yang lebih baik.

Oleh kerana itu, saya melihat perlunya mekanisme atau kaedah untuk membantu anak-anak Melayu, Cina, India dan lain-lain yang terbelenggu dalam kemiskinan untuk sama-sama mengecapi nikmat pembangunan.

Bukan hanya membincangkan soal ekuiti, di mana Rais Yatim mahukan Melayu menguasai 50% ekuiti dalam negara, seperti yang dikatakan semalam. Hal ekuiti, itu soal orang kaya Melayu yang sudah sedia kaya, dan banyak rakan kongsi dalam perniagaan. Kedudukan mereka ini sudah stabil, dengan pendapatan yang tinggi sehingga mampu membina rumah seumpama mahligai.

zack_mansion01

banglo milik Allahyarham Zakaria Md Deros

Manakala dalam soal “ketuanan Melayu”, Rais berkata benar dan bersetuju bahawa konsep itu bukan menjadikan orang Melayu sebagai Tuan, dan yang lain pula sebagai Hamba.

Namun, definisi beliau yang mengatakan Raja-raja Melayu sebagai Tuan, boleh kita bincangkan. Apakah yang telah diberikan oleh raja-raja Melayu ini, sehingga kita harus memberi pengiktirafan sebegitu rupa? Malahan, cara kita menyanjung raja-raja kita ini, seolah-olah menjadi seperti konsep ketuhanan pula, seperti zaman Firaun Mesir dahulu.

Kita menyanyikan lagu misalnya dengan lirik “Duli yang Maha Mulia”. Mungkin dalam soal perundangan dan perlembagaan, hal ini tidak menjadi masalah. Namun, kita harus juga lihat perkara ini dari segi hidup kita sebagai manusia, lebih-lebih lagi bangsa Melayu berkait rapat dengan Agama Islam.

Saya bukan pakar dalam agama, malah saya hanya pelajar tahun pertama ijazah kejuruteraan. Namun, saya dapat lihat dengan jelas, betapa konsep “ketuhanan” terhadap raja ini boleh menjuruskan kita kepada mensyirikkan Allah. Saya terkejut mendengar Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria yang berkata seolah-olah kata-kata raja itu tidak boleh dipertikai LANGSUNG. Mufti apakah ini? Beliau harus malu kepada diri sendiri, kerana menggunakan agama untuk mempertahankan kuasa segelintir manusia yang ingin dijunjung setinggi-tingginya.

Hal ini bukan bermaksud saya bersetuju dengan tindakan menghina raja dengan kata-kata kesat, misalnya mengaitkan dengan binatang seperti di Terengganu. Ini berkaitan pula dengan hak kita sesama manusia, di mana tiada seorang pun yang boleh dihina sedemikian rupa, hatta dia daripada Bani Israil sekalipun.

newsshowimagephp

Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama rakyat

Pendapat saya, kita harus kembali kepada agama Islam, hormat-menghormati sesama manusia perlu diamalkan. Jika raja ingin dihormati, raja juga harus hormat kepada rakyat. Begitu juga sebaliknya, dan dalam apa jua hubungan sesama manusia. Saya berharap agar kita dapat menjadi contoh kepada orang agama lain, yang mana semakin ramai yang ingin mendekati agama Islam kita yang tercinta ini. Wallahu-a’lam.

Komen-komen»

1. muhammadridwanto - Mac 19, 2009

saya sokong saudara


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: