jump to navigation

Berita Hujung Minggu Kelapa Muda Mac 22, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

2112979482_db8897d116Saya kini berada di Kedah, kampung halaman saya selama 6 hari, dan akan kembali ke KL hari Rabu ini. Jadi, harap maaf jika tiada tulisan baru dalam hari-hari kebelakangan.

Di dalam bas, saya tertarik membaca dua berita ini:-

1) Mr. Os (pelakon) minta tambang bas dinaikkan.

2) Diana Danielle ke PLKN.

3) Konsert 2 AF7.

Jadi tulisan saya kali ini akan mengulas mengenai tiga perkara ini dengan panjang lebar sedikit.

 

 

1) Untuk berita pertama, Mr. Os, kini pemandu teksi yang saya sendiri tidak imageingat nama sebenarnya telah berbicara dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar meminta supaya tambang untuk perkhidmatan bas dinaikkan, supaya penumpang beralih kepada perkhidmatan teksi.

Pada hemat saya, Mr. Os nampaknya tidak memahami langsung keperluan dan kesusahan rakyat dengan memberi kenyataan sebegini. Tidak sedarkah beliau dengan keadaan ekonomi semasa?? Rakyat dibuang kerja, alami kesusahan hidup, lagi mahu minta naik tambang bas? Memang sengal Mr. Os ni. Nasib baik beliau tidak berlakon lagi. Kalau dia berlakon, pasti kita boikot ramai-ramai.

Seharusnya Mr. Os perlu menumpukan kepada permit teksi individu, barulah betul. Jangan biarkan syarikat-syarikat korporat yang gelojoh ini menyedut duit kita, iaitu rakyat dan pemandu teksi. OK?

2) Tentang berita kedua pula, saya turut pernah mendapat tawaran ke PLKN untuk pengambilan sesi ke-3 tahun 2008. Namun, saya terpaksa menolak untuk memberi laluan kepada pelajaran. Saya melihat keputusan Diana untuk ke PLKN boleh dijadikan satu ujian untuk kekuatan program itu sendiri.

Di dalam iklan, digembar-gemburkan mengenai perubahan para pelatih 2314376538_332b856038selepas ke kem tersebut, kononnya menjadi anak yang taat kepada ibu bapa dan agama, selain daripada mempunyai keyakinan diri. Diana sudah ada semuanya, kecuali pegangan agama yang pada saya sedikit longgar. Mari kita lihat, apa yang akan berlaku kepadanya selepas 3 bulan di Kem Princess Haliza, Sepang.

Saya berjanji pada diri sendiri, jika terdapatnya perubahan positif dan substantial kepada Diana, nescaya saya akan ke PLKN untuk ambilan tahun 2010. Itu janji saya. Jadi, selepas ini negara kita akan mendapat ikon baru untuk PLKN, yang saya rasa amat sesuai dengan bakat yang dia ada.

singkir1_res_3222009135303) Untuk berita ketiga, saya terpedaya dengan kewujudan 2 beg di atas pentas pada sesi penyingkiran. Oleh itu saya ketika itu agak seronok, kerana durasi konsert yang agak panjang2 jam 30 minit mungkin akan disingkatkan. Mungkin jika pelajar dikurangkan, konsert akan menjadi lebih menarik dan padat. Mungkin itu belum berlaku untuk minggu hadapan. Rupa-rupanya hanya Adila yang terkeluar.

Adila bukanlah pelajar pilihan saya, saya lebih menggemari Isma dan Hafiz, namun saya rasa dia tidak berbaloi untuk dikeluarkan seawal ini. Ada beberapa pelajar yang lebih teruk persembahannya pada malam tersebut. Biarkanlah, yang penting dua pelajar pilihan saya terus di sana untuk menyambung persaingan.

af7_pelajar_ismaUntuk perhatian, Isma mendapat 43% undian setakat pagi tadi. Jadi saya amat suka hati…hehe…

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: