jump to navigation

Cuba menjawab tulisan mengenai PPSMI (bahagian 2) di Che Det Weblog Mac 24, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

mahathir_narrowweb__200x2911PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS 2
By Dr. Mahathir Mohamad on March 20, 2009 6:45 PM

1. Saya ingin jelaskan sekali lagi kenapa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.

Kelapa Muda: Jelaskanlah lagi Tun, kami sedia mendengarnya.

2. Tidak seperti matapelajaran lain, sains dan matematik adalah ilmu yang berkembang dan bertambah sepanjang masa.

Kelapa Muda: Benar itu Tun, tapi ilmu lain juga turut berkembang dan bertambah. Bahasa kita saja yang tidak dapat berkembang gara-gara PPSMI.

3. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. Hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris.

Kelapa Muda: Mereka yang menyediakan hasil kaji selidik turut mengeluarkannya dalam bahasa ibunda sendiri. Tapi kita tidak dapat melakukannya lagi akibat PPSMI. Hal ini kerana rakyat sudah tidak dapat menterjemahkan lagi ilmu-ilmu ini kepada BM sekalipun mereka hebat dengan PPSMI.

4. Kita boleh terjemah sains rendah kedalam bahasa kebangsaan. Tetapi ini tidak akan menolong kita memahami teori dan aplikasi advanced science dalam ciptaan dan pembuatan barangan yang canggih seperti alat telefon, senjata moden, roket dan stesyen satelit angkasa, pesawat terbang perang dan penumpang, kapal selam, laser, microcip dan ratusan lagi barangan kegunaan tertentu dan harian.

Kelapa Muda: Kalau orang-orang yang belajar dalam PPSMI pun terkial-kial menguasai sains dan matematik, bagaimanalah mereka nak cipta benda-benda itu semua Tun???

5. Untuk semua ini kita perlu sains yang canggih dan terkini hasil kajiselidik pakar ilmu sains seperti Albert Einstein dengan teori relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, Werner Heisenberg dan lain-lain.

Kelapa Muda: Mereka di atas ini belajar dalam bahasa ibunda, namun boleh juga menguasai bahasa asing dan mengambil ilmu-ilmu dari orang Islam ketika itu yang dalam bahasa Arab. Kemudian pulang ke negara sendiri, terjemahkan semula dalam bahasa sendiri. Tun, berikanlah jaminan bahawa rakyat Malaysia yang belajar dengan PPSMI dapat terjemahkan semula ilmu-limu kepada BM. Baru saya akan yakin dengan PPSMI, kerana ada jaminan dari “pemimpin ulung” Tun Mahathir.

6. Saya boleh senarai seribu nama lagi dan berpuluh ribu hasil penerokaan, pengkajian mereka yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu namun ilmu ini peting untuk kemajuan kita.

Kelapa Muda: Mereka turut menghasilkan kajian-kajian ini dalam bahasa ibunda, selain dalam BI. Cuma kita yang “lurus bendul” macam Tun, semua nak buat dalam BI.

7. Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus. Tidak ramai saintis yang belajar dalam bahasa Melayu yang boleh mengguna bahasa Melayu untuk tujuan ini. Setahu saya tidak ada banyak buku berkenaan tajuk-tajuk ini dalam bahasa Melayu.

Kelapa Muda: Tidak semestinya perlu belajar BI saja. Boleh jadi juga Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis. Hebat sangatkah Amerika Syarikat dan United Kingdom?? Pakar-pakar di sana turut datang dari pelbagai negara, dan boleh menghasilkan kajian dalam dwibahasa, iaitu BI dan bahasa ibunda. Bolehkah kita melakukan yang sama wahai Che Det yang “bijaksana”?

8. Pengajaran sains perubatan menggunakan buku Inggeris walaupun syarahan dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk post-graduate studies dalam pelbagai kepakaran perubatan bahasa Inggeris digunakan. Kalau ada pensyarah yang boleh bersyarah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang pakar ini, mereka akan terdiri daripada yang belajar kepakaran ini dalam bahasa Inggeris.

Kelapa Muda: Kesian mereka yang belajar dalam PPSMI, dan kemudian dapat program ke Jepun. Di universiti Jepun, tak guna BI. Kawan saya yang belajar di sekolah menengah dalam BM pun menangis-nangis nak belajar Bahasa Jepun. Apatah lagi jika dengan PPSMI??

9. Mungkin ada yang belajar sains di peringkat rendah dalam bahasa Melayu dan mampu mengikuti syarahan dalam bahasa Inggeris diperingkat ijazah pertama. Tetapi untuk kelulusan yang lebih tinggi penguasaan bahasa Inggeris di perlukan.

Kelapa Muda: Bukan MUNGKIN Tun, ramai yang mampu!! Mereka boleh kuasai Bahasa Inggeris, walaupun sekadar sedikit patah perkataan. Ramai sangatkah para saintis-saintis dari negara selain US dan UK yang boleh berbahasa Inggeris dengan petah???

10. Sudah tentu untuk ambil bahagian dalam seminar dan konferens antarabangsa, untuk berhujah, bahasa Inggeris di perlukan.

Kelapa Muda: Siapa kata? Ramai yang guna jurubahasa. Reccep Tayyip Erdogan, walaupun mampu bertutur BI, dia berdebat dalam WEF 2009 dengan Shimon Peres dalam bahasa Turki.

11. I was not ignorant for 20 years. Even after I realised the usefulness of English I had to wait until people also realised it. Otherwise they will fight tooth and nail to prevent the change from taking place. Even now they are fighting.

Kelapa Muda: Mereka yang ini sedar, penguasaan ilmu jauh lebih penting dari penguasaan bahasa. Jika bahagian asas hancur, bagaimana nak hasilkan ciptaan hebat seperti Tun kata itu? Bijak-bijak.

12. Singapore has progressed like a rocket because they have no opposition parties. Without criticisms by the opposition they will not know if they were doing something right or wrong.

Kelapa Muda: Tun kembalilah ke UK yang Tun sanjungi itu. Tidak adakah parti pembangkang berpengaruh di sana? Operasi Lalang tak cukup lagi?? Asyik-asyik pembangkang yang kena.

13. Now Singapore is in deep recession because of having made investments in America. So they may use English for their education but they can still go wrong. But we want to use English only for science and mathematics and these two subjects are based on truths and logic – not on how clever you are in making decisions or explaining things.

Kelapa Muda: Siapa kata ekonomi kita dalam keadaan bagus? Malah ekonomi kita juga bermasalah seperti Singapura. Siapa kata sains dan matematik sahaja gunakan BI? Lihat di universiti, belajar ekonomi pun pakai BI. Kita tidak akan memahami logik dan kebenaran sesuatu subjek apabila tidak mengetahui asas satu-satu subjek tersebut. Ini masalahnya dengan PPSMI.

14. I think in English when I want to speak or write in English. I think in Malay when I want to talk, write or discuss in Malay.

Kelapa Muda: Tak habis-habis bagi contoh diri sendiri, saya tahu kamu itu “pemimpin ulung” negara, tapi janganlah berlagak sangat. Tak ramai yang “hebat” macam kamu Che Det.

15. I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.

Kelapa Muda: Che Det memanglah seorang Melayu, kerana semua yang dikatakan tadi. Tapi bagaimana dengan Melayu masa depan yang Che Det rosakkan?? Yang itu tak mahu fikir pula. Sekarang pun dah ramai Melayu yang hilang identiti, itu belum lagi apabila PPSMI ini berpanjangan.

16. Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerana nasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasa sendiri. Nasionalisme saya meliputi kejayaan bangsa saya yang setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Jika untuk ini kita terpaksa menguasai bahasa Inggeris dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sepertimana orang Arab belajar bahasa Greek untuk mendapat ilmu orang Greek, sepertimana orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu orang Arab pada kurun ke-15 Masihi, saya rela berbuat demikian.

Kelapa Muda: Jadi Tun memberi jaminan seolah-olah usaha PPSMI ini “pasti berjaya”, kan? Kamu pandai, memanglah rela untuk belajar bahasa asing. Tapi janganlah memaksa orang lain terutama di kampung untuk belajar ilmu dalam bahasa asing. Terlupa pula, kita ini kan negara berdaulat, boleh bebas belajar dalam bahasa sendiri. Mana kedaulatan kita sekarang Che Det??

17. Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasa-bahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan mereka kembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang Melayu. Mereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka mempertinggikan maruah dan martabat bangsa.

Kelapa Muda: Tak sama la Che Det yang “bijaksana”. Bandingkanlah sistem pembelajaran di Malaysia dengan PPSMI, dengan pembelajaran di negara-negara Eropah itu, err…maaf….England sahaja. Lagipun, bukan semua orang yang boleh belajar dengan bahasa asing ini. Setiap orang ada had keupayaan masing-masing yang perlu diambil kira.

Nampaknya terserlahlah bahawa Tun semakin terpesong fokusnya apabila bercakap mengenai PPSMI. Jelas, dasar ini begitu menyimpang jauh. Lihatlah apa yang akan berlaku selepas ini, kita akan berada dalam kegagalan yang teruk apabila PPSMI diteruskan. Mungkin ketika itu Tun sudah tiada lagi di dunia ini, dan generasi masa akan datang akan beranggapan bahawa Tun ini seorang proksi British yang obses dengan Bahasa Inggeris sepanjang hidupnya.

Komen-komen»

1. awangku - April 16, 2009

Bab kata, bukan hujah pun yang dok Mahathir perjelaskan tetapi cuma sentimen atau sangka dia sahaja. Pemimpin jenis ini hanya pandai beretorik dan berjanji tetapi tanpa jaminan pun. Dia kata PPSMI tidak pinggirkan bahasa Melayu, habis bahasa apa yang terpinggir…bahasa Inggeris. Karut. Faham keinggerisannya masih tebal. Penyokong Mahathir yang sokong berdasarkan sentimen tentunya dua kali lima dengannya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: