jump to navigation

2009: Tahun MPV Malaysia. Siapa yang akan berjaya? Mac 30, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Saya anggap hal ini sebagai satu isu semasa, di mana ramai yang memperkatakan mengenai pelbagai jenis MPV yang akan dikeluarkan oleh pelbagai syarikat pengeluar kereta, terutamanya Proton dan Perodua. Ini mungkin kali kedua terdapatnya seakan-akan “persaingan” antara kedua-dua syarikat kereta “nasional” tersebut, selepas Perodua Myvi mengalahkan Proton Savvy dengan amat bergaya pada 2005.

Saya sebut “nasional” kerana banyak teknologi dan reka bentuk yang digunakan yang diimport dari luar negara, jadi saya lebih selesa dengan gelaran sinis tersebut.

Pertengahan bulan hadapan, Proton akan mengeluarkan model terbaru, Exora, manakala Perodua digosipkan akan mengeluarkan MPV yang berkemungkinan bersamaan dengan Toyota Passo Sette, model seumpama Myvi yang dipanjangkan bahagian belakangnya, juga pada tahun ini.

proton-exora-tj-malim-2-lar

Proton Exora

toyota-passo-sette_perodua_mpv4

Toyota Passo Sette, gambaran MPV Perodua

Proton Exora mungkin akan menggunakan enjin yang hanya sebesar 1.6 liter, namun berkuasa tinggi, iaitu Campro CPS yang terbukti keberkesanannya pada model baru Waja, Gen.2, dan kegemaran saya, Satria Neo CPS.

Satria Neo CPS, lebih bergaya dan berkuasa, idaman ramai anak muda.

Satria Neo CPS, lebih bergaya dan berkuasa, idaman ramai anak muda.

Manakala Perodua seperti biasa akan menggunakan enjin DVVT 1.5 liter yang telah dibenarkan semenjak kemasukan model Nautica.

Dari segi harga, Proton Exora berkemungkinan berharga antara RM65,000 dan RM80,000 bergantung kepada gred yang berlainan seperti B-Line, M-Line dan H-Line. Perodua masih lagi membangunkan model MPV’nya yang akan ditambah gaya sendiri, seperti yang telah dilakukan ke atas Toyota Passo menjadi Perodua Myvi.

(Namun masih ada yang tidak dapat menerima hakikat mereka menggunakan Myvi, dan menukar logo kepada Toyota dan jenis kereta mereka kepada “Passo”, dan ditambah sedikit pelekat dalam Bahasa Jepun.)

Syarikat-syarikat ini boleh bertarung sesama sendiri, namun terserah kepada kehendak, keperluan, dan pertimbangan kita untuk memilih kereta yang terbaik untuk kegunaan masing-masing dan keluarga. Namun, saya ingin memaparkan satu jenis MPV lagi yang akan menjadi saingan hebat kepada kedua-dua pengeluar Malaysia, jadi mereka seharusnya memberi perhatian serius kepada model ini.

chery_cross-eastar-ext-5

Ini adalah Chery Eastar, model dari negara China. Namun, di China, tiada istilah “kereta nasional” bagi mereka. Hal ini kerana mereka turut mengambil teknologi dari luar negara, sama seperti Proton dan Perodua.

Saya harap tiada siapa yang memandang remeh, kerana Chery mengeksport sejumlah 120,000 kereta setahun, dan mensasarkan jumlah eksport mencecah 400,000 pada tahun 2010. Mereka juga mempunyai 7 kilang pengeluaran di luar negara China, iaitu di Rusia, Iran, Mesir dan Argentina. Ini menunjukkan kepercayaan yang telah diberi oleh banyak negara kepada kenderaan buatan China.

Jika anda rajin menaiki bas RapidKL, anda akan perasan tulisan Cina di cermin kebanyakan bas, dengan tulisan rumi “HIGER”. Bas tersebut kebanyakannya diimport dari China oleh Kumpulan Scomi– Tentu ramai mengenali Scomi kan? Scomi tidak banyak mengeluarkan bas dari kilang Rawangnya, kerana kapasiti pengeluaran yang rendah.

Sebagai jalan pintas untuk memenuhi permintaan, mereka mengimport bas-bas dari China ini. Untung atas angin. Yang menghairankan, bas dari China ini mempunyai ketahanan yang jauh lebih baik dari bas keluaran Rawang yang selalu bocor bumbungnya (bas T623 dari LRT Kelana Jaya), dan selalu mengalami kerosakan yang akhirnya menyebabkan kelewatan dan kesusahan kepada pengguna.

Poin saya: Jangan pandang remeh keluaran negara China.

Berbalik ke isu kereta. Menurut laman PaulTan.org, enjin 2.4 liter SOHC Mitsubishi yang diletakkan di dalam bonet Chery Eastar mengeluarkan 127 kuasa kuda pada  5,500rpm and tork 198Nm pada 3,000rpm.

(Menurut laman rasmi Proton Edar, Enjin Campro CPS mempunyai 125 kuasa kuda pada 6,500rpm dan tork 150Nm pada 4,500rpm.)

Enjin Chery Eastar tidak terlalu berkuasa, namun mudah untuk diselenggara. Ianya mempunyai 4-kelajuan transmisi automatik dengan kebolehan untuk menukar kepada manual. MPV ini berukuran 4662mm panjang, 1820mm lebar dan 1590mm tinggi with dengan “wheelbase” sepanjang 2800mm.

Harganya? Hanya RM79,888 untuk versi standard dan RM86,888 untuk versi spesifikasi tinggi. Berbaloi untuk sebuah kereta yang lebih berkuasa lebih tinggi, berenjin lebih besar. Bayangkan harganya tanpa cukai kerajaan.

Chery Eastar tergolong dalam kelompok CKD, dipasang di kilang milik Oriental Assemblers Sdn Bhd di Johor. Namun, harganya berpotensi untuk turun sedikit lagi, apabila kilang CKD mereka sendiri akan mula dibuka di Pekan, Pahang pada penghujung tahun ini. 30% daripada hasil pengeluaran kilang itu nanti akan dieksport ke seluruh zon ASEAN dan juga Australia.

Jangan risau, saya bukan jurujual Chery, saya hanya pelajar kejuruteraan yang memiliki minat kepada kereta. Pastinya akan wujud persaingan yang amat hebat antara Chery Eastar dan model terbaru Proton dan Perodua dalam segmen MPV.

Pesan saya kepada Proton dan Perodua, laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai pengeluar kereta “nasional” untuk mengeluarkan kenderaan berkualiti dan mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Jika tidak, kami akan pilih alternatif lain, Chery Eastar. Rakyat Malaysia kini sudah celik, ingat itu!

Komen-komen»

1. pecol - April 23, 2009

eemmm bole la thn

2. FAO - April 24, 2009

menarik ulasan anda .. sy akn trs mencari bhn/artikel berkaitan Chery Eastar sblm membuat kptsn memiliki sebuah MPV, tq

3. Firdaus Rosli - April 24, 2009

itulah yang terbaik…kita perlu bijak dalam membuat pilihan.

4. din aman - Jun 21, 2009

rasa2 nye mpv tang akan menang tahun ini kemungkinan Proton Exora,kerana mempunyai ruang yang lagi besar berbanding Toyota Passo Sette @ Perodua MPV

5. Firdaus Rosli - Jun 21, 2009

Saya juga bersetuju. Namun, jika rasa cukup berkemampuan dari segi kewangan, atau tidak yakin dengan kuasa enjin Campro CPS 1.6 pada Exora sekarang, saya nasihatkan anda supaya nantikan Exora dengan enjin Campro Turbo.

Harganya akan mahal sedikit, tetapi masalah kekurangan kuasa dapat diselesaikan dengan lebih meyakinkan dengan enjin baru tersebut.

6. Firdaus Rosli - Jun 21, 2009

Perodua MPV mungkin disasarkan kepada sesiapa yang lebih mementingkan gaya (seperti Myvi SE), atau yang hanya mahu memenuhkan kenderaan dengan barang, berbanding penumpang.

Lagipun, ramai yang yakin penuh dengan jenama Perodua, sejak mereka mengeluarkan model Myvi dahulu. MPV baru ini sama sahaja dengan Myvi, hanya dipanjangkan bahagian belakang.

7. solehah - Jun 25, 2009

tolong sy..sy mmg nk pakai mpv dlm thn ni..hati minat estima.tp kmampuan la plak..
tp testdrive exora xpowerla,perodua mpv mcm sempit,chery eastar ni susah ke nk cari spareprt?

8. Firdaus Rosli - Jun 25, 2009

Jika ditanya pada pengedar dan kedai alat ganti, tak susah untuk cari sparepart, lagipun enjin yang digunakan Chery Eastar adalah keluaran Mitsubishi. Jika untuk bodykit, pasti sudah banyak kedai yang menawarkan sesuatu untuk Eastar ini.

Memandangkan puan sudah uji Exora, dan sudah perhatikan MPV Perodua berdasarkan kereta Passo Sette/Boon Luminas, mungkin selepas ini puan boleh ke pengedar Chery untuk mendapatkan maklumat selanjutnya dan juga uji pandu.

9. nazmi - September 6, 2009

saya pengguna chery eastar 2.4
ia sebuah kereta yang baik
anda boleh rujuk maklumat mengenai chery eastar 2.4 di blog saya
http://ilove-cheryeastar.blogspot.com
dlm blog saya juga saya lampirkan bodykit2 chery eastar 2.4

berkenaan harga tanpa cukai
di China ia berharga 135, 000. 00 ( RM 65, 000. 00 ) lebih kurang..
murah di Malaysia sebab ia versi CKD ( dpt lepas cukai – dipasang di kilang Hyundai di JB )

PUAN SOLEHAH
sparepart berlambak2.. jgn risau dan harga spare part sgt2 murah sampai anda terkejut beruk.. ha3
hujung tahun 2009 insyaallah kilang Chery di Pekan Pahang tempat Najib Pi Em 1 Malaysia siap so masalah spare part bukan isu dan saya jangka sebaik siap kilang tu di Malaysia, demand untuk Chery akan mengatasi Proton Exora tambah2 jika masa tsbt Exora masih gagal keluarkan versi turbo nya yg berprestasi tinggi

Kalau anda rasa enjin 2.4 4g64 x cukup, anda boleh ajer beli enjin Mitsubishi Evo ( laju woo ) dan masukkan dlm Chery Eastar ni.. nak bolt on turbo pun boleh dan nak masuk enjin Grandis with Mivec 4G69 pun boleh cuma ada duit ke tidak

Berkenaan model2 lain yg menarik spt Stream, Wish kalau di Jepun anda mampu dpt basic model baru lagi kurang RM 50, 000. 00..

Firdaus Rosli - September 7, 2009

Terima kasih atas maklumat.

Saya akan pautkan blog Chery Eastar anda di bahagian Blog Sekeliling.

Bapa saya sendiri turut berminat dengan Chery Eastar, pasti beliau tidak akan teragak-agak untuk membelinya selepas membaca tulisan ini.

Puan Solehah agaknya dah ushar showroom Chery ke?

10. nazmi - September 6, 2009

ni alamat untuk anda yang minat modified chery eastar anda

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welcome-to-chery-eastar-club-f1/chery-eastar-bodykit-t22.htm

pilih jer mana suka. konpem orang tak percaya MPV ni made in China. Saya sendiri ada pengalaman tu. Kalau letak enblem Toyota, Honda, Mitsubishi pun org percaya memang kereta company2 tu sebab memang amat2 cun selepas dibodykit kan.. totally nampak different dengan kos antara RM 850. 00 – RM 1, 500


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: