jump to navigation

Demokrasi yang saya idamkan, adakah hanya dalam bidang hiburan??? Mac 31, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , ,
trackback

Saya yakin, jika anda adalah anak muda, anda akan selalu mendengar saluran radio Hot FM. Kebelakangan ini, mereka logoabpsering memainkan iklan mengenai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Kempen-kempen ini menggalakkan mereka mengundi artis kegemaran mengikut kategori, jika bernasib baik boleh menang hadiah kereta. Selain itu, nama calon bagi kategori-kategori tertentu turut diuar-uarkan untuk memudahkan undian.

Saya juga peminat hiburan, namun saya tidak mengambil bahagian dalam undian, gara-gara tidak mampu membeli akhbar Berita Harian. Hanya The Sun yang saya layan, diambil percuma dari 7-Eleven.

Pada masa yang sama, peluang diberikan oleh stesen Hot FM kepada setiap calon anugerah untuk berkempen, memberikan harapan tentang peluang kemenangan, mempromosikan bakat-bakat yang mereka ada, dan berinteraksi dengan pendengar yang berminat.

Alangkah indahnya jika kaedah demokrasi itu juga diamalkan di dalam politik Malaysia…

Bayangkan satu keadaan, di mana setiap calon atau parti dapat tampil di media massa, menjelaskan misi dan visi masing-masing, mengiklankan parti mereka di media arus perdana, berinteraksi dengan rakyat melalui media massa ini, dan juga liputan adil bagi setiap parti. Proses undian dipermudahkan dan dipantau dengan rapi. Hak rakyat sebagai pengundi dijaga sebaiknya.

Saya berharap agar ahli-ahli politik negara ini lebih banyak menonton program-program hiburan. Mungkin ada yang akan berkata bahawa saya tidak betul, kerana mahu membawa orang lain menonton sesuatu yang lagha.

Namun, dari program-program hiburan ini, kita mampu memperolehi idea mengenai bagaimana demokrasi dapat disuburkan lagi di negara ini. Semoga cara kita berpolitik dapat terus maju, menyamai bidang hiburan negara kita yang subur dengan pelbagai anugerah dan program realiti.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: