jump to navigation

Krisis Perak. Apa kata para peguam? Mac 31, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

logoTadi saya baharu sahaja menonton rancangan Hujah TV9, dengan pengerusinya Prof. Madya Dr. Agus Yusoff. Para ahli panel terdiri daripada Datuk Mohd Shafee Abdullah yang merupakan Peguambela Kanan, Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan yang merupakan Presiden baru Majlis Peguam Malaysia bagi sesi 2009/2010 dan Professor Dr. Shad Saleem Faruqi iaitu Professor Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA.

Mereka punya pendapat yang berbeza sama sekali dalam isu-isu ini:-

1) Surat tidak bertarikh mengenai perletakan jawatan ADUN oleh Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi.

2) Perlantikan Menteri Besar dari BN, Dr. Zambry Abdul Kadir.

3) Pelucutan jawatan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak.

4) Permintaan daripada Nizar Jamaluddin kepada Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak semasa beliau masih MB yang berkuasa.

5) Penggantungan 3 ADUN lompat dan Exco-Exco dan MB BN oleh V. Sivakumar, Speaker DUN Perak.

6) Sidang DUN tergempar bawah pokok pada 3/3/2009.

Mereka ini benar-benar jujur dan tidak berpihak dari segi memberikan komen, tahniah diucapkan. Pandangan mereka jauh sekali berbeza berbanding pendirian yang diambil oleh penyokong BN dan PR dalam membincangkan isu ini.

Penyokong BN sibuk melaungkan “PR derhaka” manakala PR pula terus melaungkan “ketuanan rakyat”. Para peguam pula terus berbeza pendirian tentang setiap isu.

Nampaknya isu Perak ini menimbulkan perbezaan pendapat yang banyak, dan juga pertelagahan.

Inikah yang Sultan Azlan Shah mahukan? Tentunya tidak, baginda pasti kecewa dengan tindakan baginda sendiri.

Saya tertarik dengan kata-kata presiden baru Majlis Peguam, Ragunath Kesavan. Beliau mungkin sudah jelak dan jemu dengan krisis, prosiding dan percanggahan pendapat yang berlaku semakin kerap dan menyatakan bahawa kita perlu semula kembali kepada teras demokrasi, iaitu suara rakyat. Pertelagahan yang berlaku ini, tidak akan memuaskan hati rakyat. Keputusan mahkamah, pastinya akan ada kelompok yang tidak bersetuju, dan kedua-dua kelompok ini nampaknya sama besar.

Kembalikanlah kuasa memilih pemimpin dan kerajaan kepada rakyat. Biarpun ianya menelan belanja tinggi, ada perselisihan di peringkat awal, hasilnya Insya’Allah berbaloi, apabila kedua-dua parti bertanding secara gentleman dalam pilihan raya DUN. Keputusan pilihan raya itu nanti, haruslah dihormati dan tidak dimanipulasi untuk kepentingan politik yang sempit. Sebarang tuduhan mengenai kesalahan pilihan raya, buatlah petisyen di mahkamah. Mahkamah kita terdiri daripada para hakim yang bijaksana dan bertanggungjawab. Yakinlah kepada mereka.

Pujian juga kepada UiTM yang mengadakan program bual bicara seperti ini di premis mereka. Saya harap ini akan 9e82be51-30a7-41f6-bbaa-fe8e9b060765menjadi tradisi UiTM selepas ini, kerana mekanisme perbincangan sepatutnya lebih diutamakan sebelum demonstrasi dalam apa jua perkara. Matangkanlah para pelajar UiTM, cernakan fikiran mereka supaya mereka menjadi anak Melayu yang benar-benar berilmu dan bermaklumat.

Komen-komen»

1. Hassnan - April 5, 2009

“Mahkamah kita terdiri daripada para hakim yang bijaksana dan bertanggungjawab”-satu tempat di mana rakyat menaruh harapan yang begitu tinggi untuk mencari keadilan.Pasti kah hakim-hakim yang bijaksana tidak di pengaruhi.? Adakah hakim-hakim ini macam malaikat.?
Adakah keputusan Hakim-dalam menjatuhkan hukuman berlandaskan fakta-fakta yang di kemukakan oleh kedua belah peguam atau atas nasihat pihak tertentu. walauapa sekalipun, Rakyat masih mengharapkan kebenaran mengatasi segalanya.
Ketidak puasan hati pihak tertentu tetap berlaku, segala kepetusan hakim tetap di sanggah.itulah kebijaksanaan manusia yang di beri akal. apabila nafsu mengatasi segalanya.Halal haram di ketepikan.,yang penting nafsu serakah di penuhi.kepuasan tercapai.akhirnya kita hilang panduan,hilang hargai diri.dan hilang keseluruhannya.” Demi masa,Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian…………………………”

2. Firdaus Rosli - April 5, 2009

Saya juga berkongsi keraguan yang sama dengan saudara Hassnan. Namun, apakah lagi yang kita mampu lakukan? Nampaknya itulah barisan hakim yang ada untuk menjaga kepentingan kita rakyat Malaysia. Untuk kita melaksanakan perubahan, usaha kita haruslah konsisten dan tidak bermusim.

Oleh kerana itu, saya percaya bahawa perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat mampu merealisasikan perubahan sebenar kepada institusi kehakiman Malaysia yang sudah tercemar sejak krisis pengharaman parti UMNO (tak silap saya tahun 1987) oleh Tun Mahathir.

Yang penting sekali, kita harus bersabar dalam perjuangan dan tidak mudah mengalah. Insya Allah dengan keyakinan kita, dan doa daripada rakyat Malaysia, kita mampu melakukannya walaupun dengan kekuatan yang terbatas. Insya Allah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: