jump to navigation

Nizar Jamaluddin, adakah dia boneka DAP? Mari fikir-fikirkan. Mac 31, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
trackback
entry1

Nizar cuba memasuki pejabat Menteri Besar Perak untuk mengambil barang-barangnya. Namun tiada apa yang tinggal, semuanya sudah disapu bersih.

Hari ini Malaysiakini telah menemuramah Menteri Besar Perak dari parti PAS, Nizar Jamaluddin.

Menurut sesetengah pihak, Nizar adalah “boneka parti DAP” dan bukan menteri besar yang sebenar semasa beliau masih berkuasa di Perak. Apabila dikatakan “boneka DAP’, sudah tentulah segala arahan dari tokoh DAP, antaranya Nga Kor Ming dan Ngeh Khoo Ham yang bersaudara itu akan dituruti sepenuhnya.

Namun, mari kita lihat beberapa fakta sepanjang Nizar menjadi Menteri Besar Perak yang berkuasa, dan kita fikir-fikirkanlah, adakah beliau itu boneka DAP seperti yang dikatakan.

1) Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu sudah dibawa ke mahkamah gara-gara kes rasuah seks tentang projek di Seri Iskandar. Katakanlah DAP yang menjadi “puppet master” kepada Nizar. Sudah tentu Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham mahukan agar Jamaluddin dan Osman digugurkan segera dari menjadi Exco, atau mungkin mengarahkan kedua-duanya melepaskan jawatan ADUN, kerana mahu menjaga integriti

Logo parti DAP

Logo parti DAP

kerajaan Perak.

Kenapakah mereka masih kekal Exco sehingga sidang akhbar Najib mengumumkan perubahan sokongan mereka kepada BN?

Hal ini berkemungkinan besar kerana Nizar yakin bahawa Jamaluddin dan Osman tidak bersalah sehingga disabitkan oleh mahkamah. Jadi tiada sebab kedua-dua ADUN ini perlu meletakkan jawatan Exco atau ADUN lagi.

Nizar tidak dikawal oleh DAP semasa masih berada di pejabat Menteri Besar Perak.

2) Mengapakah terdapatnya seorang wakil rakyat DAP dari Jelapang, Hee Yit Foong yang turut memberikan sokongan kepada BN? Katakanlah DAP adalah “puppet master” kepada Nizar, Hee seharusnya berasa gembira kerana partinya yang berkuasa di Perak. Tidak perlu lompat ke BN, kerana kuasa sudah dalam genggaman.

Sekarang, Hee sendiri tidak berkuasa, kerana beliau ADUN Bebas. Saya menasihatkan Hee, masuklah ke dalam salah satu parti ini: MCA, Gerakan, atau PPP. Pasti dapat kuasa, dan jadi Exco, dapat Toyota Camry.

Nizar bukanlah boneka kepada DAP dengan hujah ini.

3) Mengapakah pemberian tanah kepada Sekolah Agama Rakyat dilakukan oleh Nizar? Jika DAP itu “puppet master”, sudah tentu ini tidak dibenarkan. DAP menyokong gagasan Malaysian Malaysia, di mana terdapatnya kesamarataan hak antara semua rakyat Malaysia, termasuk dalam bidang pendidikan. Jadi SAR tidak menyumbang kepada perkembangan gagasan ini.

Hal ini kerana Nizar adalah benar-benar Menteri Besar Perak ketika masih di pejabat MB, dan memegang kuasa MB itu sepenuhnya tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Saya harap, penjelasan saya ini dapat memperbetulkan persepsi negatif mengenai Nizar Jamaluddin, calon PAS untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Persepsi negatif ini bukan sahaja datang daripada BN-UMNO, malahan juga terdapat dalam kelompok parti beliau sendiri iaitu PAS.

Tiada sebab lagi untuk menolak beliau, kerana beliau tidak dikuasai oleh mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat, dan berjaya dalam tempoh 11 bulan di pejabat Menteri Besar Perak. Semoga integriti beliau ini dapat membawa kejayaan kepada beliau dalam bidang politik yang penuh mencabar ini. Wallahu-a’lam.

Komen-komen»

1. hj badaruddin selamat - April 1, 2009

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
saya amat setuju dengan alasan bahawa YB DS Nizar tidak di kuasai oleh DAP semasa pemerintahannnya dalam kerajaan Negeri Perak.

Semoga pilihanraya bukit gantang ini merupakan satu referendum yang jelas bahawa, rakyat tidak mahu BN yang amat rasuah dan terlalu keji perbuatannya dalam usaha untuk mengekalkan kuasa sehingga sanggup membelakangkan peraturan dan undang-undang yang telah di gubalnya sendiri sebelum ini di parlimen.

Parti UMNO sebenarnya adalah amat releven untukorang Melayu. tetapi sejak akhir-akhir ini ada sebahagian pemimpin UMNO yang tidak mempunyai akhlak yang baik dan keji telah menduduki kerusi tertinggi parti sehingga pipmpinan mereka tidak mirip kepada pimpinan akhlak ISLAM seperti yang di tuntut oleh agama.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: