jump to navigation

Jangan sebut nama wanita itu! April 1, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , ,
trackback

Baru-baru ini, pihak PDRM telah melarang Parti Keadilan Rakyat menyebut nama seorang wanita cantik dan sealtantu-videoksi dari Mongolia dalam kempen Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Maaf, nama wanita itu tidak dibenarkan untuk saya sebut. Jadi saya akan hanya letakkan gambar beliau bersama anak istimewa beliau.

Beliau telah diletupkan menggunakan bom C4 yang hanya dibenarkan penggunaannya oleh Menteri Pertahanan ketika itu. Rekod imigresennya telah dipadamkan, dan berita tentang wanita ini dipaparkan oleh banyak media luar negara antaranya akhbar Liberation Perancis dan saluran TV ABC Australia dalam rancangan Foreign Correspondent.

Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan PDRM kerana mengeluarkan arahan ini, hal ini pastinya akan mengundang perhatian lebih hebat daripada rakyat kepada pembunuhan kejam itu. Selain itu,  nama Malaysia akan terus harum kerana ditampilkan dalam rancangan-rancangan komedi luar negara. Tambahan pula seluruh negara akan bergembira dengan pelantikan Perdana Menteri baru dalam minggu ini.

Pastinya nama Perdana Menteri tersebut akan harum subur di hati setiap masyarakat dunia. Beliau adalah satu-satunya pemimpin negara Islam contoh yang dikaitkan dengan kes rasuah dan pembunuhan, dan juga punya seorang anak yang kacak di United Kingdom yang mesra dengan rakyat di sana, terutamanya wanita.

Tahniah PDRM! Tahniah PM baru! Tahniah Malaysia!

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: