jump to navigation

Aduan kepada DBKL berkenaan saman. April 2, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , ,
trackback
BUTIRAN ADUAN LENGKAP
No Rujukan Aduan: 0105/04/2009
Tarikh Penerimaan: 02-04-09 11:09:16 PM
Nama: MOHAMAD FIRDAUS BIN ROSLI
Keturunan: Melayu
Alamat: Cx-Tx-Uxx PANGSAPURI PUTRA HARMONI
PRESINT 9
62250 PUTRAJAYA
Alamat E-mel: firdaus0511@yahoo.com.my
No Kad Pengenalan: 90110502xxxx
Mobile (SMS): 019664xxxx
Telefon: — tidak dinyatakan —
Faks: — tidak dinyatakan —
Kategori Pelanggan: Individu
Kawasan Operasi: BUKIT BINTANG » Bukit Bintang
Definasi Masalah: ADUAN » PENGUATKUASAAN » Tempat letak kereta/ motor
Tajuk Masalah: Saman dikenakan walaupun kawasan letak motosikal tidak mencukupi.
Lokasi Masalah: Medan MARA, Jalan Raja Laut
Huraian Masalah: Pada pagi 2 April 2009, saya telah pergi ke pejabat MARA Jalan Raja Laut untuk menyerahkan salinan keputusan peperiksaan semester universiti saya. Saya telah mencari kawasan letak motosikal di sekeliling kawasan tersebut, iaitu di Wisma Bumi Raya dan Pertama Kompleks. Namun, kawasan letak motosikal yang dicari sudah penuh.Saya mengambil keputusan untuk meletakkan motosikal di laluan pejalan kaki berhadapan bangunan MARA, kerana hanya kasawan itu yang tidak mengganggu lalu lintas kenderaan dan pejalan kaki. Sekembalinya saya selepas berurusan dengan pejabat MARA, saya terkejut melihat surat saman yang dikenakan di bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974. Kompaun dikenakan, RM100.

Saman ini dikenakan juga walaupun tiada kawasan letak motosikal khas yang disediakan oleh MARA. Jika ada, dimanakah papan tanda yang seharusnya ditunjukkan untuk membantu pengguna motosikal mematuhi undang-undang? Saya berharap selepas ini, DBKL lebih fokus kepada menyediakan kawasan meletak motosikal yang mencukupi, dan saman seharusnya menjadi pilihan terakhir.

Namun, saman sudah dikenakan, dan saya tidak mampu untuk melunaskan kompaun setinggi RM100 yang dikenakan. Harap pihak DBKL dapat membantu saya, dan juga pengguna motosikal lain kerana kami juga ingin menghormati undang-undang yang dikuatkuasakan.

Saya ingin meminta agar bayaran kompaun saman saya dapat dikurangkan, jika boleh, sama dengan kadar saman polis trafik iaitu RM30. Selain itu, saya meminta DBKL menyediakan lebih banyak kawasan meletak motosikal, terutamanya di Jalan Raja Laut. Terima kasih.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: