jump to navigation

DBKL: Tamak Lagi Tolol April 2, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

Pagi tadi saya baru sahaja pergi ke pejabat MARA Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Tujuannya adalah untuk menghantar salinan keputusan peperiksaan semester kedua yang pada saya, mendukacitakan. Saya pergi dengan menaiki motosikal, untuk menjimatkan ruang dan masa perjalanan.

Setibanya di pejabat MARA, saya meletakkan motosikal di kawasan siar kaki, kerana itu adalah tempat biasa yang digunakan untuk meletakkan motosikal. Tempat letak motosikal di Pertama Kompleks sentiasa penuh, dan keadaan yang sama juga berlaku di Wisma Bumi Raya berhadapan pejabat MARA. Selesai sahaja urusan di Bahagian Penganjuran Pelajaran, saya kembali ke motosikal, dan mendapat ‘surat cinta’ ini dari DBKL.

Surat saman DBKL. Kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

Surat saman DBKL. Kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Kompaun RM100.

Saya berasa amat terkejut, kerana:-

  • Tempat yang saya letakkan motosikal itu adalah tempat yang biasa digunakan oleh pelawat-pelawat pejabat MARA untuk meletakkan motosikal.
  • Tiada tempat khas meletak motosikal yang mencukupi.
  • Kompaun dikenakan: RM100, jauh melampau daripada kompaun letak kenderaan RM30 oleh Polis Trafik yang sudah sedia ada tinggi.

Lagi gambar keadaan sekeliling:-

Wisma Bumi Raya. Kawasan meletak motosikal sudah penuh.

Wisma Bumi Raya. Kawasan meletak motosikal sudah penuh.

Kawasan siarkaki yang tidak dibenarkan meletak motosikal. Jika sudah tidak cukup tempat letak motosikal, tanggungjawab DBKL adalah menyediakannya, bukan menyaman rakyat yang susah secara semberono!

Kawasan siarkaki yang tidak dibenarkan meletak motosikal. Jika sudah tidak cukup tempat letak motosikal, tanggungjawab DBKL adalah menyediakannya, bukan menyaman rakyat yang susah secara semberono!

Di lampu isyarat, para penguatkuasa DBKL mencari kenderaan untuk disaman. Harap selepas ini, sila berikan surat amaran terlebih dahulu, mungkin 20 minit sebelum saman dikeluarkan. Selain itu, tunjukkanlah di mana kawasan yang sah untuk meletak kenderaan. Saman sepatutnya menjadi jalan terakhir.

Di lampu isyarat, para penguatkuasa DBKL mencari kenderaan untuk disaman. Harap selepas ini, sila berikan surat amaran terlebih dahulu, mungkin 20 minit sebelum saman dikeluarkan. Selain itu, tunjukkanlah di mana kawasan yang sah untuk meletak kenderaan. Saman sepatutnya menjadi jalan terakhir.

Inikah Bandaraya Bertaraf Dunia yang dimaksudkan? Rakyat terus menderita kesengsaraan, gara-gara tiadanya tempat kosong untuk meletak kenderaan? Sehingga ada yang tergamak mencadangkan pengharaman kemasukan motosikal ke kawasan pusat bandar KL.

Saya diberi masa 14 hari oleh DBKL untuk menjelaskan kompaun ini, dan jika saya tidak membayar saman dalam tempoh ditetapkan, tindakan mahkamah akan diambil ke atas saya. Jadi, dipersilakan si kapitalis DBKL, heretlah saya ke mahkamah, sumbat saya dalam penjara. Mahu letupkan guna C4 pun tidak mengapa!

Saya tidak mahu membayar RM100 ini kepada DBKL, pastinya mereka akan membazirkan duit saya yang digunakan untuk tujuan membiayai pelajaran di universiti.

Satu lagi, tindakan menyaman kenderaan di kawasan MARA ini sudah jelas satu penyiksaan kepada golongan pelajar, dan juga orang-orang Islam yang berminat untuk berniaga. Dalam kalangan mereka ini, ramai yang tidak mengetahui di mana tempat letak kenderaan yang sah, termasuk saya.

Namun, DBKL ini dengan angkuhnya menyaman kami ini sewenang-wenangnya. Pergi jahanam DBKL!

Komen-komen»

1. kakiPaw.. - April 11, 2010

Jgn la jd kuno sgt dik.!!
k.l nk d jdkan bertaraf dunia memang cam tu tindakannye..
awk yg kuno tak tahu nk cari paking..
dan malas nk paking kat bumiraya sebab jauh nk jalan..
lainkali dbkl akan sita moto kau bwk g jinjang..
Padan Muko.!!
dah la bodoh,bangang lak tu.!!!

2. ehem - Mei 10, 2012

bawah pertama komplek ada paking,dpn mara tu ko tgu la jap…kang ada la mamat despatch kuar, ko masuk la moto ko tu..ko paking atas tmpt org jalan kaki kat dpn mara tu watpe?menyusahkan pejalan kaki nk elak ekzos moto ko yg panas tu.dbkl jalankan amanah je.ko tu yg x pikir.nti ko dh keja,bos ko bg amanah,ko kena wat slagi x salah disisi syarak.saman tu mmg 100, seksyen 46 tu klu gi bayar awal dapat 50. dh salah bayar la.klu dh msuk mahkamah xkan dapat dah 50. tuhan dh bg nyawa kat ko, ko mnta kena letup dgn c4. apa la punya akai xdak.tuhan ckp dlm quran,klu seteruk2 manusia ni, mengalahkan HAIWAN ternakan.x pikir. lu pk la sdiri…..!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: