jump to navigation

Selamat bertugas kepada bakal Perdana Menteri. April 2, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Esok, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengecapi kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia di sebalik pelbagai khabar

Gembira di ambang tampuk kuasa.

Gembira di ambang tampuk kuasa.

angin dan bantahan mengenai pelantikan beliau. Walaupun saya bukan penyokong Barisan Nasional, saya berbesar hati ingin menghulurkan ucapan tahniah kepada beliau. Semoga beliau mampu mentadbir sebaiknya dengan menjadikan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap tindakan.

Ya, ya, saya mungkin tiba-tiba menjadi lembik pula. Okey, sekarang masa untuk bertegas.

Saya ingin menberitahu kepada para pembaca blog saya yang saya tidak pasti berapa ramai, mungkin sedikit sahaja. Namun, tidak mengapa, sekurang-kurangnya saya dapat menyampaikan mesej ini dengan lebih mudah berbanding cara mulut-ke-mulut.

Marilah kita perhatikan setiap langkah dan tindakan yang bakal dilakukan Perdana Menteri baru kita ini. Setiap yang altantu-videoscorpenetidak cocok dengan kehendak rakyat perlulah kita bantah dengan apa jua cara. Jangan dihiraukan peribadi Najib yang dilihat garang dan penuh dengan autokrasi, kerana kita perlu berpijak di bumi nyata bahawa zaman emas Abdullah Ahmad Badawi sudah berakhir.

Mulakanlah setiap bantahan dengan dialog dan pengantaran e-mel dan surat ke pihak berwajib. Jika tiada juga perubahan, teruskanlah dengan cara yang lebih agresif, dan akhirnya kita turunlah ke jalan-jalan raya bersama-sama. Saya akan menjadikan motosikal kesayangan saya (yang sudah disaman DBKL)  itu sebagai kenderaan untuk saya bergerak ke forum-forum dan protes yang saya sokong. Jadi, kepada pihak polis dan DBKL, sila catat nombor pendaftaran motosikal saya, KCC 1835, untuk memudahkan pemantauan.

Timbulkanlah dan sebarkanlah segala perkara yang boleh kita ragukan mengenai Perdana Menteri baru ini. Bukan apa, yourfilekita sayang dengan Perdana Menteri ini, jadi bantulah beliau untuk memastikan namanya bersih. Lagipun jika bukan kita yang mengata tentangnya, ramai lagi orang lain yang akan terus mengata. Inilah yang paling sedikit kita boleh lakukan untuk memastikan Perdana Menteri kesayangan kita ini menjawab segala persoalan untuk memastikan namanya sentiasa bersih dan harum.

Wajah Ziana Zain ini nampak hampir sama seperti gambar wanita dengan anaknya di atas.

Wajah Ziana Zain ini nampak hampir sama seperti gambar wanita dengan anaknya di atas.

Sayangilah Perdana Menteri kita ini, seperti seorang suami yang menyayangi isterinya, atau seperti ibu menyayangi anaknya. Sayang isteri tangan-tangankan. Sayang anak rotan-rotankan. Jika Perdana Menteri ini salah, dan tidak mahu memperbetulkannya, “tangan-tangan”kanlah dia dengan undi tidak percaya kita, “rotan-rotan”kanlah dia dengan kritikan membina dan memusnah daripada kita. Jangan beri muka, malah “tampar”lah mukanya jika beliau benar-benar salah.

Akhir kata, selamat bertugas kepada Datuk Seri Najib Razak. Raihlah sokongan lagi 59% rakyat, termasuk saya yang tidak menyokong anda (hanya 41% yang menyokong Najib, hasil kajian terbaru Merdeka Center). Jangan hilangkan kepercayaan 41% rakyat yang setia di belakang anda. Berusahalah dengan gigih untuk memenangi 3 pilihan raya kecil, walau saya tahu anda tidak mampu melakukannya.

Komen-komen»

1. Hassnan - April 5, 2009

Hari ini 5hb April 2009, Najib dap pun jadi PM, sungguh terkejut menonton Buletin Utama,Najib melawat Petaling Street, teringat saya masa Anuar jadi TPM,Habis semua kawasan Setinggan di lawatinya,itulah dia kawasan sebenar rakyat yang susah.walau pun pemilik rumah setinggan tu terdiri dari ahli perniagaan.penyewanya tetap orang papa kedana.Tapi Najib lain sikit,dia ziarah tokeh DVD Haram,Pembuat barang jenama tiruan.seolah-olah mengiktiraf kehadiran mereka.kata orang cian ” lu tolong wa,nanti wa tolong lu”.gelenti punya.
Najib oh Najib….( tak semestinya saya sokong Anuar) kekadang Allah SWT memberi kita isyarat, saya selalu nampak isyarat dari ALLAh SWT Terdahulu tak semena-mena Mahyuddin dn Zamri terpaksa berimam kan Nizar. itu pun isyarat dari ALLAH SWT. untuk mengiakan Nizar masih layak jadi ketua.

2. Firdaus Rosli - April 5, 2009

Benar kata saudara, sudut pandang saudara itu amat menarik. Semalam Najib telah melawat 3 kawasan: Petaling Street, Brickfields dan Pangsapuri Vista Angkasa di Kerinchi. Mungkin, gara-gara kelekaan, beliau tidak dapat mengetahui tempat sebenar yang memerlukan bantuan lebih banyak lagi. Saya rasakan ini berlaku kerana program 100-hari beliau sudah pun diatur oleh pasukan penasihat beliau yang terdiri daripada golongan cerdik pandai dari dalam dan luar negara.

Justeru itu, mereka ini hanya mengetahui kawasan-kawasan tertentu sahaja yang sesuai untuk dilawati dalam program 100-hari ini. Tujuan program ini, pastinya untuk memberikan gambaran bahawa Najib adalah cerminan kepada bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Sedangkan, mereka berdua ini tidak sama. Tun Razak sudah biasa bergelumang dengan hidup penuh kesusahan, memahami dilema dan masalah rakyat. Najib pula, pada usia belasan tahun sudah dimanjakan dengan hidup yang mewah hasil usaha bapanya. Usia 20-an, beliau sudah menyertai bidang politik, dan tidak pernah merasai kesusahan sebenar seorang rakyat marhain.

Saya berharap, walaupun beliau mungkin tidak akan menjadi seorang PM yang bagus, adalah diharapkan supaya datangnya hikmah di sebalik peristiwa ini untuk kita rakyat Malaysia. Mungkin inilah PM terakhir dari parti UMNO, mengikut teori RAHMAN yang popular itu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: