jump to navigation

Aduan dijawab dalam masa hanya 10 jam! Tahniah DBKL. April 3, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

Saya baru sahaja mendapat panggilan telefon dari pegawai aduan DBKL, tentang aduan yang saya buat semalam. Jawapannya mudah, pergi sahaja ke pejabat DBKL Jalan Raja Laut, jumpa dengan Pegawai Kompaun dan beliau akan mengurangkan kompaun yang dikenakan.

Namun, adakah ianya sebegitu mudah untuk mereka mengurangkan kompaun? Soalan tersebut membangunkan saya dari tidur, dan menggerakkan hati saya untuk menulis tentangnya.

Selepas itu, saya bertanya lagi, ada dua perkara yang saya kemukakan dalam aduan itu. Sekali lagi dengan mudahnya, pegawai itu menjawab bahawa mereka sedar mengenai masalah kekuarangan kawasan letak motosikal di Medan MARA. Namun, mereka mempunyai dilema apabila ada pihak yang mempersoalkan mengapa motosikal-motosikal kami dibiarkan diletak di kawasan siar kaki, kononnya mengganggu pergerakan.

Pada saya, pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini adalah Melayu yang tidak prihatin. Sudah berjaya kerana bantuan daripada kerajaan yang disuntik menggunakan wang rakyat, mereka meminggirkan nasib orang Melayu lain yang hidup lebih susah, yang hanya mampu menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama. Jika benar sekalipun tindakan meletak motosikal di kawasan siar kaki itu mengganggu laluan pejalan kaki, mereka boleh sahaja memilih untuk melalui jalan kenderaan VIP di bangunan MARA. Kawasan itu luas.

Saya hanya akan menjelaskan kompaun ini, jika saya mendapat potongan yang sepatutnya dan munasabah untuk saya bayar.

Dengan jumlah kompaun yang saya bayar daripada elaun sara hidup saya itu, saya berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab yang melaporkan kononnya pengguna motosikal seperti kami mengganggu pejalan kaki akan  mendapat pembalasan yang sepatutnya di hari muka. Ya Allah, lebih baiklah kau cabut kekayaan dan kekuasaan mereka sekarang, agar mereka sedar mengenai kesilapan dan kealpaan mereka sebelum semuanya sudah terlambat bagi mereka. Hanya engkau yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Komen-komen»

1. Zahari - Ogos 11, 2009

apa nak hairan, puak yang dah berduit memang kerja menindas puak yang cukup makan ni. termasuk yg ada dlm DBKL sendiri. DBKL ditadbir oleh orang melayu. sikap DBKL menggambarkan sikap orang melayu di KL .

Sikap melayu —> nak kuasa–> buat kerja sambil lewa asalkan buat. ala melepas batuk ditangga–> tak malu kat bangsa lain

Bila dah ada kuasa, nak buat kerja mudah ja, guna kuasa hentam yang tak berkuasa.

perihal motosikal di KL ni bukan benda baru. patutnya DBKL sedia faham bagaimana nak sediakan tempat parking tu. takkan tak tahu nak buat tmpt parking kut.

2. Jackie Ong - November 23, 2010

terima kasih diucapkan dahulu,
saya ingin buat aduan mengenai pokok kat tepi rumah telah jatuh di Jalan Belinggai (59), hujung rumah No 74,52100, Kepong Baru, Kuala Lumpur sudah seminggu pun tak ada sesiapa datang buat pengutipan pokok dengan semak samun….
saya harap pihak yang berkenanan akan hantar pengawai datang membersihkan tempat itu secepat mungkin….terima kasi diucapkan sekali lagi…

3. putera5 - Disember 7, 2010

kepada Dbkl jgn tunjuk lagak n kuasa yg di beri.juga jgn tunjuk lagak kpd angkatan tentera malaysia n polis diraja malaysia krn kt di dalam bidang yg sm cuma tahap yg berbeza.jgn berlagak sgt dgn senjata yg d beri n juga jgn bsar kepala n ingatlah kuasa anda hya sebesar mn..jgn pijak kepala kami hya krn kami diam!!

4. AH CHI - April 22, 2011

NOISE NUISANCE along the road in front of the MONT KIARA INTERNATIONAL SCHOOL –
CANNOT UNDERSTAND HOW THE TNB CONTRACTOR CAN GET AWAY WITH EXTREMELY HIGH NOISE LEVEL OF DIGGING EVERY NIGHT CONTINUOUSLY FOR SEVERAL MONTHS TO BE EXACT AND THIS STARTS FROM LATE AT NIGHT TILL THE WEE HOURS OF THE MORNING

PLEASE GET THE DBKL OFFICERS TO PUT UP A NIGHT IN THIS VICINITY JUST ONE NIGHT AND IF THAT PERSON CAN HAVE HIS NIGHT’S SLEEP WITH SUCH NOICE THEN I SHALL SALUTE HIM

I WAS TOLD FROM ENQUIRIES WITH THE GUARDS OF THE CONDOS SURROUNDING THAT DBKL ALLOWED IT BECAUSE THE TNB NEEDS TO LAY CABLES FOR MK 11, JALAN KIARA 1, MONT KIARA JUST SIMPLE BECAUSE DURING THE DAY COS OF THE TRAFFIC ALONG THE NARROW STRETCHES OF ROAD ALLOWED AND CONDONE BY THE DBKL JUST BECAUSE OF THE DEVELOPER SUNRISE HAVE BEEN APPROVED TO BUILD AND BUILD AND BUILD WITH NO PROPER PLANNING BY WAY OF THE ROAD AND TRAFFIC THOUSANDS OF RESIDENTS BUT LACK OF PROPER AND SUFFICIENT ROADWAYS- WONDER WHY NO SUCH STUDIES CARRIED OUT AND ANALYSED FOR THIS BY DBKL

AND ALL THIS SEEMS THAT THE BYELAW REGARDING NOISE NUISANCE THAT IS IN CAP 137 OF THE BYELAWS HAVE BEEN PUT INTO THE TRASH BIN – SAD TO SAY

WHY CANT THE DBKL STUDY INTO THIS AND CONSIDER ALLOWING THIS CONTRACTOR TO WORK AFTER THE TRAFFIC HOURS SAY FROM 7PM TO 12 MIDNIGHT ONLY?????

DEAR PENGARAH HEALTH DEPARTMENT AND ENFORCEMENT INCLUDING PLANNING PLEASE LOOK INTO THIS – IS REALLY UNBEARABLE THE NOISE THAT CAME ABOUT EVERY NIGHT DUE TO THE DIGGING BY THE BACK HOE / EXCAVATOR

ITS A PITY THAT RESIDENTS HAVE TO ‘SLEEP ‘ WITH THIS NOISE NUISANCE FOR SO LONG AND IMAGINE A FURTHER MAYBE 10 DAYS, I WAS TOLD BEFORE THE TRENCHES ARE DUG TO THE MK 11

THIS IS THE SECOND TIME THE DBKL HAS ALLOWED THIS TO HAPPEN

THE LAST WAS WHEN THE WORK WAS CARRIED OUT TO LINK THE MK 10 , JUST NEXT DOOR – A VERY EXCELLENT PROOF THAT THERE IS AFTER SO MANY YEARS OF MALAYSIAN PROGRESS, ITS THE SAME OLD THING – DIG AGAIN AND AGAIN AS THERE IS PROGRESS- THIS STRETCH OF ROAD DIGGING UNFORTUNATELY HAD BEEN CARRIED OUT A THIRD TIME – DIG FILL, DIG FILL & DIG FILL –

TIGA KALI ALREADY – THAT IS MALAYSIAN PROGRESS KE ?
WHY NOT FOLLOW THE GOOD THING INSTEAD OF FOLLOWING WHAT HAD BEEN DONE BEFORE – OF COURSE THATS THE CHEAPEST METHOD BY ANY STANDARDS
– TO DIG UP ONCE AND PUTTING IN MANHOLES MAY COST A BIT MORE BUT U CAN ALWAYS KEEP LAYING ANY NUMBER OF CABLES AFTER THAT ….

THATS MY COMMENT AND NEVER A COMPLAINT AS THIS HAD BEEN CARRIED OUT THREE TIMES

THE QUESTION NOW IS ; THE DEVELOPER MUST HAVE THE CABLES PULLED TO THE LATEST CONDO OR ELSE THE PROJECT MAY BE DELAYED AND COMPENSATION WILL BE CLAIMED BY THE PURCHASERS OF MK 11???

SO THE RESIDENTS CAN DO AWAY WITH THEIR MUCH NEEDED ‘SLEEP’ EVERY NIGHT – NO COMPENSATION IN THE BYELAWS PROVIDED FOR – SO ITS OK – THE RESIDENTS AR IGNORANT OF THE EXISTENCE OF SUCH ‘ NOISE NUISANCE ‘ BYELAWS

RESIDENT

5. tan kok wei - September 30, 2011

Pada hari 22 september 2011 saya baru kena saman parking kereta,pada masa itu ada pegawai dbkl dekat situ.Sebab saya baru saja dari ipoh mari oleh itu saya tanya di mana bayar saman itu.pegawai tu cakap nak tolong saya bayar lepas tu saya bayar dekat mana tau dia tak tolong saya bayar sebanyak duit RM50.00.NOMBOR SIRI DIA 4165.

6. raj - Mac 5, 2012

Lampu tiang di tempat parking kereta hadapan Blok 1, Taman Kobena, Lorong 3/92B, Cheras tidak menyala hampir sudah 1 – 2 tahun. Sudah buat aduan dengan management tetapi management fahamkan bahawa itu kerja TNB, TNB pula berithau bahawa itu under DBKL. Harap pihak DBKL sila ambil tindakan dengan segera kerana sudah lama lampu itu tidak menyala.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: