jump to navigation

Dilema bilik sewa, tidak berkesudahan. April 3, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , ,
trackback

Saya ingin untuk keluar dari bilik sewa di Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9 ini. Sudah dapat rumah baru di Serdang, akan tinggal bersama rakan-rakan kolej. Namun, sikap cerewet yang terdapat kepada ramai bakal penyewa yang berminat, membantutkan keadaan. Saya perlu cari pengganti untuk menggantikan saya di bilik di rumah di Presint 9 ini.

Rakan-rakan rumah sewa di sini, tidak membantu langsung. Apa mereka tahu, “Pinjam internet kejap.” Satu sen pun tak mahu bayar, saya tak kisah. Tetapi, dalam keadaan sesempit ini, bantulah rakan bilikmu yang jika tidak suka, carilah pengganti saya sepantasnya, saya akan terus keluar.

Inilah akhir zaman, orang pentingkan diri sendiri, pandu Myvi SE dan Proton Persona, kamera DSLR baru dibeli, sewa bilik RM125 yang wajib itu dilengah-lengah. Akibatnya, aku yang termengah-mengah kerana kawan yang bersikap melengah.

Padanlah kita dapat pemimpin yang lemah dan zalim terus-terusan. Sikap kita ini yang terlalu individualistik, pesan juga kepada diri saya sendiri.

Namun Firdaus Rosli, tabahkanlah hatimu, kuatkanlah jiwamu menghadapi ujian Allah ini. Ada sebabnya Allah Taala berikan ujian sehebat ini. Mungkin ini ujian awal sebelum menjadi pemimpin, khalifah, ketua keluarga, ketua di pejabat, dan lebih tinggi lagi.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: