jump to navigation

Lompat, lompat lagi! Terus lompat masuk longkang! April 4, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) telah memasuki Parti Keadilan Rakyat bersama 6,000 ahli.

Bukan tujuan saya untuk bermegah atau bergembira dengan berita ini, malah saya SEDIKIT PUN TIDAK BERGEMBIRA!

Saya seorang penyokong Pakatan Rakyat yang tidak selesa dengan perkembangan seperti ini, kerana kita seolah-olah suka bermain dengan angka, seperti juga permainan oleh Barisan Nasional. Cukup-cukuplah kita tarik orang itu, orang ini untuk lompat masuk kem kita, tiada gunanya jika akhirnya kita yang akan dikhianati di hari muka.

Adakah berita ini yang dikatakan sebagai “berita menggegarkan” dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Tidak mengapalah, mari kita harapkan supaya orang-orang bekas PPP ini tidak berebut jawatan dan dalam pemilihan calon di pilihanraya akan datang, sama ada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.

Pesan saya kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, silalah kawal ahli-ahli anda yang sedikit ini terlebih dahulu, terutama yang menjadi wakil rakyat. Untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13, sediakanlah calon-calon yang berwibawa, janganlah lantik orang-orang seperti bekas posmen untuk menjadi calon kita. Bukan mahu menghina profesyen seperti itu, tetapi hanya inginkan orang-orang terbaik untuk menjadi pemimpin kepada kita. Pelantikan Manikumar dan Jawah Gerang sebagai calon, nampaknya satu petanda baik untuk membersihkan imej PKR daripada digelar “parti lompat”.

Najib sudah merancang program 100-hari untuk mengindahkan imejnya di mata rakyat Malaysia. Saya berharap agar pihak Pakatan Rakyat tidak tenggelam dalam 100 hari penting ini, kerana Barisan Nasional nampaknya sudah mensasarkan kemenangan 3-0! Alangkah teruknya jika itu berlaku? Pasti Pakatan akan malu besar.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: