jump to navigation

Transformasi irama Nasyid Malaysia. April 4, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Nampaknya perkataan “transformasi” semakin kerap disebut kebelakangan ini, antaranya oleh PM baru kita Najib Razak, Modenas dengan motosikal terbarunya, dan juga Astro dengan program Akademi Fantasia-nya. Suka untuk saya bawa satu topik berkenaan transformasi.

Suatu ketika dahulu, irama nasyid begitu subur dalam jiwa masyarakat Malaysia, terutamanya semenjak kewujudan kumpulan Raihan yang album pertamanya terjual 500,000 unit. Sejak daripada itu, nampaknya kumpulan nasyid tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Salah satu kumpulan nasyid yang ada pada zaman awal kegemilangannya ialah Saujana.

Mereka dikenali dengan lagu Sepohon Kayu, yang berjaya dengan cemerlang menyampaikan mesej mengenai kepentingan solat lima waktu dalam hidup umat Islam, dengan gaya nyanyian yang cukup bersahaja.

Lihat gambar di atas, lelaki berbaju biru dengan lelaki berikut:-

Mereka adalah orang yang sama. Khairul Idzwan Baharin telah menjadi seorang doktor perubatan, dan telah mencuba nasib dalam satu pertandingan realiti TV, One In A Million musim ke-3. Malangnya, beliau gagal seawal ujibakat pertama. Penampilan beliau amat mengejutkan, kerana beliau telah menjadi seorang lelaki yang lemah lembut dan kelam-kabut. Namun bukan itu yang saya ingin bicarakan di sini.

Bercakap tentang One In A Million, teringat satu lagi kumpulan nasyid.

Kenalkah anda kepada lelaki kacak berkopiah putih itu? Ya, beliaulah Faizal Tahir!

Okey, okey, saya tidak akan berbicara tentang isu beliau tidak berbaju, dan mengecat badan dengan logo Superman itu. Lagipun, beliau sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu, yang telah menyebabkan beliau tidak dapat membuat persembahan lagu Mahakarya Cinta (kegemaran saya) dan Kasih Tercipta pada Anugerah Juara Lagu TV3 tahun 2007 (tak pasti edisi ke berapa).

Ini adalah perkara sebenar yang saya mahu bicarakan. Begitulah irama nasyid sudah berubah, kedua-dua Faizal Tahir dan Khairul Idzwan telah beralih arah ke muzik arus perdana, yang tiada lagi kaitannya dengan irama nasyid.

Dengarkanlah lagu-lagu Faizal Tahir yang indah didengar itu: Mahakarya Cinta, Kasih Tercipta, Sampai Syurga, Coba, dan pelbagai lagu beliau yang lain yang menguasai carta muzik tempatan. Adakah kaitannya dengan lagu nasyid?? Sikit pun tidak.

Mengapakah ini berlaku?

  • Adakah mereka berdua ini tidak komited kepada irama nasyid dan hanya mahu mengejar kemahsyuran?
  • Atau irama nasyid sudah tidak mendapat sambutan lagi di hati rakyat Malaysia?

Saya lebih suka pilihan jawapan kedua. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdedah dengan dahsyatnya kepada budaya “pop-culture” yang mementingkan gaya dan kemahsyuran individu. Kita sudah tidak dapat menerima seseorang yang hanya menyanyikan lagu bergenre nasyid.

Justeru itu, kita berharap agar artis sedia ada, sekali sekala selitkanlah lagu nasyid di album-album anda, atau lagu berkonsep ketuhanan kepada Yang Maha Esa. Janganlah terlalu terkongkong dalam genre “pop komersial” semata-mata. Dengan ini, anda dapat bukan sahaja menghiburkan rakyat Malaysia, malah membawa mereka lebih dekat dengan Allah yang Maha Esa (bukan Allah yang disebut oleh Agnes Monica). Saya gembira dengan usaha segelintir artis, antaranya Amy Search dan KRU yang cuba mengetengahkan irama nasyid secara lebih matang. Tahniah diucapkan.

Komen-komen»

1. Ahmad - Oktober 10, 2009

assalamualaikum…

mungkin sedikit teguran, pada hemat saya dalam menyampaikan isi kpd pembaca adalah elok jika kita berusaha utk menjaga aib org yang kita sdg bincangkan…sekurg2nya kita siarkan gmbr mereka yg lebih bersopan dan menutup aurat..

semoga dengan usaha kita menutup aib orang lain (yang mereka tidak isytiharkan sendiri), Allah akan menutup aib kita di dunia dan akhirat… insya Allah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: