jump to navigation

AF 7? Apa bendanya ni?? April 5, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , ,
trackback

Semalam saya menonton konsert Akademi Fantasia 7. Layan jugalah walaupun membosankan. Tiada rancangan menarik lain di malam hari Sabtu. Akhirnya keputusan diumumkan, bahawa dua orang peserta dari Sabah sudah terkeluar.

Saya hairan dengan sikap pihak-pihak yang terlibat di dalam menjayakan program ini.

  • Tenaga pengajar – Seolah lebih sudu daripada kuah, mencelah ketika pengkritik memberikan pendapat.
  • Pengundi – Memilih menggunakan kepala lutut. Hanya pilih rupa dan jantina mengatasi bakat.
  • Pengarah program – Terlalu mengutamakan undian berdasarkan SMS yang nampaknya masih tidak adil kepada peserta yang berkualiti.

Jelas sekali, program yang sudah masuk tahun ke-7 ini tidak memberikan peluang selayaknya kepada peserta berbakat besar. Setiap musim ada sahaja peserta yang terkeluar awal, gara-gara terdapat dua penyingkiran pada minggu tersebut. Sedangkan salah seorang daripada dua pelajar yang terkeluar itu tidak mendapat tempat tercorot.

Apa yang diutamakan hanyalah keuntungan sebesarnya daripada hasil kutipan undian SMS. Seharusnya para pengkritik diberikan peluang untuk menyumbangkan sebahagian daripada markah kepada persembahan para peserta. Lagipun pengkritik yang dibawakan setiap minggu bukanlah calang-calang orang. Antaranya Khatijah Ibrahim, dan pada minggu ini Amy Search dan Siti Nurhaliza. Mereka ini pastinya akan menilai persembahan setiap peserta seadilnya, yang lain biarlah para penonton yang menilai.

Mungkin cadangan saya ini hanya akan dipandang sebelah mata sahaja oleh pihak-pihak berkepentingan dalam program realiti pertama Malaysia ini. Tidak mengapa, harap yang sudah terkeluar dapat melupakan kenangan pahit disingkirkan selepas memberikan persembahan yang memukau, hasil usaha yang tidak kenal jemu. Kekalkanlah momentum usaha itu, buktikan kepada penganjur Akademi Fantasia iaitu Astro bahawa kamu sekalian juga boleh maju walaupun sekadar dijadikan kambing hitam oleh syarikat ini dalam melariskan program mereka.

Tambahan pula, pihak Astro tidak boleh diharapkan lagi kerana sudah menutup syarikat Maestro yang menjadi tempat untuk anda sekalian bergantung harap. Sudah diambil duit titik peluh, kemudian disingkirkan sesuka hati.

Contohilah usaha beberapa peserta yang sebelum ini digagalkan oleh Akademi Fantasia, namun bangkit semula untuk melakar nama dalam bidang seni negara. Jangan terlalu terkongkong dengan nyanyian semata-mata, jika ada bakat dalam bidang seni lain, cubalah nasib, buktikanlah kemampuan anda. Anggap sahaja Akademi Fantasia ini hanya lubuk emas Astro semata-mata. Jangan ambil “pot” sangat.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: