jump to navigation

Apa lagi dengan Hindraf? April 5, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Laporan Malaysiakini memetik sepupu kepada K Vasanthakumar, salah seorang ahli Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang berkata bahawa jika kelima-lima ahli Hindraf yang ditahan ISA dibebaskan, seluruh kaum India akan beralih arah menyokong Barisan Nasional dalam siri 3 pilihan raya kecil yang akan diadakan lusa.

Saya tidak pasti, adakah ini hanya satu gimik daripada sepupu pemimpin Hindraf itu yang hanya mahukan pemimpin Hindraf tersebut dibebaskan, atau beliau benar-benar mahu memaafkan tindakan kerajaan Barisan Nasional menahan 5 pemimpin Hindraf itu. Saya risau dengan kemungkinan kedua.

Hal ini kerana kita risau jika Hindraf beralih arah menyokong Barisan Nasional dalam kempen-kempen seterusnya. Jika ini berlaku, kita boleh mengatakan Hindraf ini sebagai organisasi “lidah bercabang” dan tidak tetap pendirian. Malah pihak pembangkang sendiri telah memberi kebenaran kepada seorang pemimpin Hindraf, M Manoharan untuk bertanding di atas tiketnya untuk kerusi DUN Kota Alam Shah pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Saya mengharapkan agar kaum India di Malaysia tidak terlalu taksub dengan Hindraf, jika mahu sokong tidak mengapa, jangan taksub sahaja. Hal ini kerana sudah jelas bahawa kerajaan Barisan Nasional selama 52 tahun tidak menitikberatkan soal membantu masyarakat India, malah dipandang sebelah mata oleh kerajaan.

Tiba-tiba, gara-gara mahu melihat pemimpin Hindraf ini bebas, sanggupkah para masyarakat India kembali menyokong BN yang jelas telah menganiayai mereka?? Saya harap mereka menggunakan akal fikiran yang matang dan waras. Pilihlah siapa yang mampu membantu mengubah nasib bukan sahaja satu kaum tertentu, malah semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: