jump to navigation

Kekejaman majikan Malaysia. April 5, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Hari ini, Malaysian Insider melaporkan mengenai nasib pekerja dari Bangladesh yang telah pulang ke negara asal kerana penipuan oleh agensi pekerjaan dan juga majikan mereka sendiri.

Untuk ke Malaysia, caj imigresen yang dikenakan oleh ejen ini adalah sebanyak antara RM10,000 ke RM15,000, jauh melebihi kadar yang ditetapkan oleh kerajaan Bangladesh iaitu lebih kurang RM4,277 setiap pekerja.

Mereka datang ke Malaysia kerana dijanjikan pekerjaan dengan gaji antara RM510 ke RM1,200 sebulan. Namun, itu tidak berlaku kerana hari bekerja mereka selalu dipotong, menyebabkan pendapatan mereka berkurang. Selain itu, keringat mereka diperah tanpa bayaran sepatutnya, setiap hari berkerja mereka terpaksa bekerja lebih masa tanpa bayaran lebih.

Kita begitu bersimpati dengan nasib mereka, kerana mereka telah melaburkan wang yang besar, menggadaikan hartanah yang dimiliki demi memastikan nasib keluarga terbela. Namun, apa yang dikesalkan, mereka menjadi mangsa penipuan.

Siapa yang menipu? Ejen-ejen pekerjaan.

Siapa yang berpakat dalam penipuan ini? Majikan Malaysia.

Siapakah majikan Malaysia? Merekalah orang-orang kaya Melayu, Cina, India.

Fokus pertama saya dalam membincangkan hal ini ialah majikan-majikan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Hal ini kerana ramai pekerja Bangladesh ini dilihat bekerja di kedai-kedai milik usahawan yang beragama Islam, tidak kiralah kedai Mamak, atau stesen-stesen minyak dan juga pelbagai jenis perniagaan lain.

Adakah mereka ini sedar bahawa pekerja-pekerja Bangladesh ini juga saudara seagama mereka? Mereka melaungkan hak-hak keistimewaan untuk peniaga Melayu, pegangan ekuiti 30%, geran-geran perniagaan, bantuan dari pihak kerajaan. Namun mereka memandang remeh soal pekerja mereka yang terabai gara-gara ketamakan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Inilah orang Islam yang sudah terpesong, dan menganut ajaran kapitalis ciptaan Zionis, yang asalnya hanya daripada bangsa Yahudi. Keuntungan mengatasi kepentingan hubungan sesama manusia. Kita kecewa dengan sikap usahawan-usahawan ini, yang memalukan agama sendiri. Islam memperjuangkan hak sesama manusia, pembelaan kepada golongan miskin dan lemah.

Jadi, ada yang akan berkata, ramai juga usahawan bukan Islam yang bersikap serupa. Bagi saya, itu hal mereka. Mereka sudah sedia ada bukan Islam, dan mungkin mereka sudah terbiasa dengan amalan-amalan kapitalis. Yang harus kita fokuskan adalah usahawan-usahawan Islam ini, yang sejak kecil sudah mengerti mengenai kesamarataan hak sesama manusia, tidak dibenarkan menindas golongan lemah.

Justeru itu, saya melihat kegawatan ekonomi yang sedang berlaku masa ini sebagai satu hukuman kepada penganut-penganut ajaran kapitalis yang mementingkan diri sendiri ini. Mungkin kita orang biasa juga akan turut terkesan, namun kerugian kita tidaklah sebesar mana. Kita Insya-Allah mampu melakukan kerja-kerja lain, misalnya bercucuk tanam jika ada tanah, menjadi nelayan jika punya wang untuk membeli bot, menternak ayam, lembu, kambing jika punya tanah yang luas dan kewangan yang mencukupi. Benda-benda ini adalah keperluan asas yang diperlukan tidak kira keadaan ekonomi.

Marilah kita tabah dalam menghadapi dugaan kegawatan ekonomi ini, dan memandangnya secara yang lebih positif. Mari kita bersama-sama menghukum peniaga-peniaga dan usahawan yang terbukti kejam ini. Jangan terlalu terbawa-bawa dengan slogan “belilah barangan buatan Malaysia”, kerana usahawan-usahawan ini sebahagian besarnya telah mengkhianati kita rakyat Malaysia dengan mengutamakan pekerja asing, dan layanan majikan-majikan ini terhadap mereka boleh kita persoalkan.

Bukan saya mahu menjadi pengkritik kepada produk negara sendiri, malah di kebanyakan negara lain pun keadaan sama turut berlaku. Tetapi, pemimpin kita kata negara kita ini negara Islam contoh. Seharusnya kita perlu benar-benar menjadi contoh kepada negara lain dari segi pembelaan hak-hak pekerja dan golongan berpendapatan rendah. Namun, ini tidak berlaku, majikan-majikan kejam ini langsung tidak diambil tindakan sepatutnya oleh kerajaan.

Marilah kita bersama-sama membela golongan teraniaya, tidak kira apa bangsa dan agama yang dianuti mereka, kerana itulah asas hubungan akrab sesama manusia, makhluk terpuji ciptaan Yang Maha Esa.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: