jump to navigation

Tempoh kempen sudah tamat, mesej akhir buat para pengundi. April 6, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

Pada 7 April 2009, para pengundi di 3 kawasan pilihanraya kecil akan menentukan siapakah wakil rakyat pilihan mereka. Saya akan menyampaikan mesej ini secara berasingan mengikut kawasan, kerana terdapatnya perbezaan isu dan keadaan politik antara tiga kawasan ini.

Butiran kawasan DUN Bukit Selambau N25

Buat pengundi DUN Bukit Selambau, Kedah:-

Anda sangat bertuah kerana mempunyai pilihan 15 orang calon untuk diundi. Kawasan anda telah mencipta sejarah baru pilihanraya Malaysia. Namun, pilihlah mereka yang benar-benar mampu menunaikan janji mereka. Pilihlah calon yang memperjuangkan kepentingan seluruh masyarakat Bukit Selambau tanpa mengira bangsa. Bandingkanlah keadaan pentadbiran antara kerajaan yang telah 51 tahun berkuasa dengan kerajaan yang baru berusia setahun lebih ini.

Perhatikanlah asal usul calon-calon ini, maklumat tentang semua calon ini, biodata dan asal usul mereka sudah pasti anda ketahui. Pilihlah yang mampu melakukan perubahan secara realistik mengikut kemampuan dan keupayaan mereka, bukannya yang bercakap berdegar-degar itu ini, namun tidak punya sumber untuk menjayakan rancangan. Berhati-hatilah, jika calon ini yang anda pilih, mereka mungkin akan mengkhianati para pengundi dengan memasuki parti politik yang belum tentu anda gemari. Hal ini pastinya tidak akan disenangi oleh anda sekalian pengundi Bukit Selambau, jadi pilih dengan bijak, sama ada calon yang benar-benar bebas atau calon parti politik. Pastikan mereka ini diyakini tidak akan melompat sokongan.

Butiran kawasan Parlimen Bukit Gantang P59

Butiran kawasan Parlimen Bukit Gantang P59

Untuk pengundi kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak:-

Anda punya pilihan untuk mengundi orang tempatan atau calon luar, pilihlah sebaiknya, tidak semestinya anak tempatan mampu membawa kebaikan dan tidak semestinya calon dari luar itu hanya mahu mengejar kepentingan politik. Pilihanraya kecil di Bukit Gantang ini saya lihat lebih rapat dengan isu-isu nasional, seperti isu bahasa, isu kebebasan bersuara dan juga akauntabiliti kerajaan yang memerintah, baik kerajaan Persekutuan, dan juga kerajaan negeri di bawah PR dan BN. Pilihlah yang terbukti mentadbir dengan kemas dan jujur serta adil. Anda sekalian punya pengalaman yang amat luas, pernah berada di dalam pentadbiran BN selama 51 tahun dan PR selama kurang setahun, dan sekarang kembali kepada BN.

Pilihlah calon yang mampu memperjuangkan isu nasional sebaiknya, dan tidak tunduk kepada pendirian politik satu-satu parti tertentu. Saya pernah tulis mengenai salah seorang calon anda yang pernah dituduh “boneka” kepada satu parti, bacalah semula tulisan saya itu dan teliti sebaiknya, adakah benar dia itu boneka yang dimaksudkan.

Butiran kawasan DUN Batang Ai N29

Butiran kawasan DUN Batang Ai N29

Kepada para pengundi DUN Batang Ai, Sarawak (jika mereka punya akses internet):-

Harap pilihlah calon yang mampu memperjuangkan hak para penduduk Batang Ai. Jika pembangunan yang dikejar-kejar, pasti tanah adat anda sekalian akan tergadai, kerana ada belasan empangan yang akan dibina merentasi kawasan perkampungan anda sekalian menjelang tahun 2020.

Saya tahu, anda sekalian selesa dengan kehidupan secukupnya. Anda tidak perlu pembangunan fizikal sehebat Bandar Kuching, cukuplah dengan anak-anak Batang Ai mendapat pendidikan yang sama dengan anak-anak Kuching, dan tidak lupa asal-usul mereka yang berkait rapat dengan hutan rimba yang harus dijaga sebaiknya daripada pembangunan melampau dan aktiviti pembalakan.

Kesimpulannya, mengundilah dengan bijak mengikut pertimbangan yang wajar. Undi kita bukan untuk satu-satu kaum sahaja, fikirkanlah untung nasib seluruh rakyat Malaysia yang hidup sebumbung dalam satu negara.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: