jump to navigation

Siapa lebih “terer” menderhaka? April 6, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
trackback

Ada seorang lelaki yang baru sahaja kembali ke pangkuan UMNO beberapa hari lalu, dan menjalankan siri kempen terakhir di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Kata beliau, beliau amat terkejut dengan ayat Nizar Jamaluddin “saya mohon derhaka”. Katanya, Nizar berlagak seolah-olah orang besar dengan berkata sedemikian. Lelaki itu juga menuduh Nizar sebagai penderhaka raja-raja. Nampaknya lelaki ini mungkin seorang pembela kepada raja.

Adakah ianya benar? Kita rujuk semula sejarah, dan kita periksa kembali, siapa sebenarnya penderhaka?

Hak raja pun beliau hapuskan, apatah lagi "human rights"?

Perbuatan beliau hampir sama dengan Ghazali Jawi pada 1974, ketika itu UMNO tidak bicara soal derhaka pun. Adakah hanya UMNO mempunyai hak untuk "menderhaka", dan pihak lain tidak??

Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menjadi seorang Perdana Menteri yang “berjasa membela raja-raja” dengan menghapuskan imuniti yang ada pada institusi tersebut. Ini merupakan satu sejarah “gemilang” negara, apabila beliau telah menjadikan seorang ketua negara seolah-olah tidak berfungsi dalam sistem pentadbiran negara Malaysia.

Sedang ketua negara lain seperti Raja Thai dan Presiden Amerika Syarikat mempunyai imuniti yang tidak mengatasi perlembagaan, raja-raja di Malaysia dihilangkan kekebalan dari tindakan mahkamah, dengan sesuka hatinya boleh diheret ke mahkamah seperti rakyat biasa. Sedangkan, jika kita tidak berpuas hati dengan perilaku seseorang raja, boleh sahaja hal tersebut dibawa ke peringkat Majlis Raja-Raja yang akan mengambil tindakan melucutkan takhta raja tersebut jika terbukti kesalahannya. Itulah jasa Mahathir kepada institusi raja-raja ketika itu.

Tidak dinafikan, ketika itu terdapat banyak kesalahan tatatertib oleh para raja Melayu, namun perkara ini disensasikan dengan tujuan untuk membenarkan pindaan perlembagaan yang bertujuan menghilangkan imuniti para raja Melayu, dan mengawal mereka. Terdapat segelintir raja yang menyokong, namun kesahihan pelantikan raja tersebut juga boleh dipertikaikan. Contohnya di sebuah negeri, terdapatnya hierarki khas untuk seseorang itu akhirnya dilantik menjadi Raja Muda, iaitu dengan menjadi Raja Di Hilir dan Raja Bendahara terlebih dahulu.

Jelas sekali, apabila hierarki yang sudah wujud dilanggar, pihak yang melanggar perlembagaan ini akan mencari pihak yang memegang kuasa pusat untuk membela tindakannya yang sudah terbukti salah itu. Jika dahulu, pihak British dijadikan tempat untuk golongan ini mendapatkan naungan, ketika itu pula pihak pemimpin Persekutuan pula yang dijadikan tempat mengadu oleh mereka ini. Jadi, mereka telah dikuasai oleh pihak pemimpin Persekutuan dan segala keputusan harus mengikut telunjuk kerajaan Persekutuan.

Begitulah hebatnya permainan yang telah berjaya dilaksanakan oleh negarawan ulung ini, dengan menguasai kerabat yang tamak akan kuasa. Seorang kerabat diraja yang memasuki Parlimen, Tengku Razaleigh Hamzah telah berusaha menyedarkan seluruh ahli Parlimen akan penderhakaan besar ini, namun mereka tidak sedar dan lebih fokus untuk mengejar kuasa dalam pentadbiran.Mereka akhirnya mengundi untuk pindaan Perlembagaan untuk menghapuskan imuniti raja-raja Melayu.

Mungkin Ketua Pembangkang sekarang, Anwar Ibrahim juga salah seorang daripada golongan itu pada ketika itu, saya sendiri tidak dapat memastikannya, kerana sidang Parlimen ketika itu tidak dapat kita tonton dan lihat kaedah pengundiannya. Namun, seburuk mana perbuatan, jika dilakukan oleh Ketua Pembangkang sekarang, beliau sudah mendapat balasannya yang setimpal. Lihatlah diri beliau yang sekarang sakit di leher dan pinggang, lebam mata akibat dipukul separuh mati, selepas hampir menjadi Perdana Menteri. Jadi, pastinya beliau telah memperoleh pengajaran berguna daripada pengalaman tersebut.

Lihatlah tokoh-tokoh lain di dalam UMNO yang pernah menghadapi masalah dengan raja-raja, Tan Sri Ghazali Jawi, bapa kepada bekas MB Perak Tajol Rosli Ghazali. Beliau telah mengingkari perintah Sultan ketika itu supaya meletakkan jawatan. Malah beliau berkeras, sedangkan orang UMNO sekarang berkata “Nizar menderhaka” dengan tidak melepaskan jawatan Menteri Besar Perak. Di mana derhakanya Nizar berbanding perbuatan Ghazali Jawi? Jika Nizar derhaka, mengapakah Ghazali Jawi dibela oleh puak-puak UMNO? Sebab orang UMNO sahaja boleh menderhaka??

Sedarlah wahai rakyat sekalian, bahawa penderhaka sebenar adalah orang yang kononnya disanjungi ramai, Tun Dr. Mahathir. Beliau telah melakukan pengkhianatan yang amat besar kepada institusi raja-raja, namun menuduh orang lain sebagai penderhaka walaupun apa yang Nizar lakukan itu hanya sekelumit berbanding penderhakaan Mahathir itu. Itulah, kata orang, satu jari ditunjukkan kepada seseorang, empat daripadanya kembali kepada si penuduh. Begitulah keadaannya dengan Mahathir sekarang, seorang yang masih tidak insaf dengan dosa-dosa silam yang amat banyak.

Komen-komen»

1. shafifah - April 7, 2009

MAJLIS 1 – JILSAH KHAS BERSAMA TETAMU HADRAMAUT
.
HABIB MUHAMMAED AS-SAGGAF
Imam Masjid Saiyun, Hadramaut
juga sebagai Pensyarah Univ al-Ahqaf , Hadramaut
.
Tarikh :
9 April 2009 (KHAMIS)
.
Masa :
7.20 Malam (Maghrib)
.
Tempat :
MASJID AL-FALAH USJ 9

MAJLIS 2

TAZKIRAH
Majlis Maulid bersama Ulama Nusantara & Yaman
.
Tarikh :
8 April 2009 (Rabu)
.
Masa :
7.00 Malam
.
Tempat :
Restoran Antan Batura (Hadapan SIRIM Shah Alam)
.
Tetamu Undangan :
1. Habib Abdul Kadir Al Haddad (Hawi Condet, Jakarta)
2. Habib Mohammed As Saqqaf (Imam Masjid Saiyun, Hadramaut)
3. Habib Novel Al Qaff (Sukabumi, Bogor)
4. Tuan Guru Baba Aziz Al Fathoni (Kelantan)
5. Syeikh Fahmi Zamzam Al-maliki (Kedah)
ANDA ADALAH DIJEMPUT

MAJLIS 3
JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR

SOHIBUS SAMAHAH ALLAMAH
PROF DR ALI JUMA’AH

pada:

JUMAAT , 10 APRIL 2009

14 RABIUL AKHIR 1430

aturcara:

7.25 : – AZAN & SOLAT MAGHRIB

– BACAAN RATIB AL-HADDAD

8.30 : – AZAN & SOLAT ISYAK

– CERAMAH SS MUFTI MESIR

– BERSURAI

di MASJID AL-FALAH USJ 9.

SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

MAJLIS 4
Majlis Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم
dan Haul Syaikh Abdul Qadir al-Gailani

Tarikh:
15 Rabiulakhir 1430H/ 11 April 2009
Tempat:

Masjid Negara, Kuala LumpurMajlis

bermula:

4.30 petang – 9.30 malam

jemputan khas:

Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Negara Iraq)
Al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Ulama Makkah)
Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Ulama Makkah) – membacakan Qasidah Burdah
Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Mesir)
Shohibus Samahah Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Besar Mesir)
Al-Habib Hassan bin Muhammed bin Salim al-Athtas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
Maulana Afeefuddin al-Gailani (Syaikh Tariqah Qadiriah)
Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC)
Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi
Aturcara Majlis :

4.30pm — Sholat ‘Ashar Berjemaah
4.45pm — Persembahan Audio Visual Sirah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
5.15pm — Pembukaan Pengaraca Majlis
5.30pm — Ceramah 1 – Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Iraq)
6.00pm — Ceramah 2 – al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Makkah)
6.30pm — Qasidah Burdah – Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Makkah)
6.50pm — Syair – Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)
7.05pm — Ceramah 3 – Dr. Muhammad El-Muhammady (Pensyarah ISTAC)
7.25pm — Azan dan Sholat Maghrib
7.45pm — Ceramah 4 – Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Mesir)
8.31pm — Azan dan Sholat ‘Isyak
8.40pm — Ceramah 5 – Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA)
8.50pm — Bacaan Maulud ad-Daiba’ie – al-Habib Hassan bin Mohammad bin Salim al-Atthas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
9.20pm — Doa Penutup – Syaikh Maulana Afeefuddin Abdul Qadir al-Gaylani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen)
9.30pm — Jamuan & bersurai

Semua dijemput hadir.

http://pondokhabib.wordpress.com

2. AKU NIE - April 13, 2009

AKU NIE kadang konpius ngan org2 ni.. bila org buat katanye tak betul tapi bila dia buat boleh lak.. jgn tgk sejarah dulu le… tgk lps pilihanraya lepas je.. cukuplah. Pulaukn majlis angkat sumpah mengata raja binatang.. dan banyak lagi yg terjadi lepas pilihanraya lepas.. ape mereka kate?

AKU NIE bukan nak kata setuju dgn kate DS Nizar.. sembah derhaka.. tapi tulah kita kena seimbang dgn keadaan..

Raja ni manusia gak.. cuma dulu2 kita jadikn mereka ni ketua kita tempat berteduh dan mengadu..sekarang kita jadikan mereka mercu adat agama dan bangsa kita… kalau dulu Tun amend perlembagaan kerana mereka dh melampau AKU NIE setuju gak…jadi adakah AKU NIE tergolong mereka yg derhaka?

Situasi sekrg ni bukn kerana kita nk derhaka tapi kita cuma nk ketelusan dan keadilan je.. berikan hak kepada rakyat.. biar rakyat tentukan kalau BN menang maka menanglah kalu PR menang maka PR lah.. kan senang.. bila dh begini AKU NIE jadi rakyat yang terkedu… DAULAT TUANKU perkenankanlah permintaan rakyatmu ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: