jump to navigation

Nizar untuk PM? Bagaimana penerimaan masyarakat?? April 8, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback
Nizar kini seorang Ahli Parlimen.

Nizar kini seorang Ahli Parlimen.

Dengan kemenangan Nizar Jamaluddin di dalam Pilihanraya Kecil P59 Bukit Gantang, nampaknya beliau sudah mengorak langkah untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat yang akan mengangkat sumpah apabila Dewan Rakyat mula bersidang nanti.

Dalam satu berita lainnya dari Malaysian Insider, Pakatan Rakyat akan mewujudkan kabinet bayangannya sendiri. Inilah gesaan saya sejurus selepas kemenangan Pakatan Rakyat di 81 kerusi Parlimen pada PRU-12 lalu. Akhirnya, hasrat ini akan menjadi kenyataan, terutamanya selepas PR berjaya mengekalkan kerusi-kerusi Parlimen yang dimenangi, dan menambah satu lagi kerusi iaitu di Kuala Terengganu yang dimenangi oleh Abdul Wahid Endut.

Pembentukan kabinet bayangan ini juga satu perkembangan yang menarik, selain pembentukan kabinet sebenar oleh

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil P59 Bukit Gantang

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil P59 Bukit Gantang

Najib Razak esok. Kita ingin juga melihat siapa yang akan menjadi menteri jika Pakatan Rakyat memperoleh majoriti mencukupi, cepat atau lambat.

Saya sedang membayangkan di mana Nizar Jamaluddin akan diletakkan dalam kabinet itu, atau mungkinkah beliau tidak akan diletakkan langsung? Satu persoalan menarik. Nizar masih mengakui dirinya Menteri Besar Perak yang sah, dan akan terus berjuang untuk kedudukan tersebut dikembalikan kepadanya, terutamanya selepas mendapat mandat daripada rakyat Bukit Gantang.

Namun, saya hari ini ingin mencadangkan satu perkara, iaitu Nizar sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mendapat kuasa kelak. Apa yang saya lihat dari pemerhatian di laman-laman berita, terdapat sokongan yang lebih signifikan kepada Nizar, malah mengatasi sokongan kepada Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang sendiri. Tetapi saya tidaklah terus mencadangkan Nizar sebagai calon Perdana Menteri. Hal ini kerana beberapa perkara:-

  • Anwar telah melakukan jasa yang amat besar, iaitu menyatukan PAS, DAP dan PKR di bawah satu Pakatan Rakyat. Perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, di mana terdapatnya satu pakatan pembangkang yang mendapat sokongan hampir setengah daripada pengundi di Malaysia.
  • Anwar merupakan seorang tokoh yang lebih dikenali di peringkat antarabangsa, malah pernah termasuk dalam senarai 100 manusia paling berpengaruh di dunia pada tahun 2008 oleh majalah Time, berada di kedudukan ke-8. Keadaan ini dapat membantu hubungan antara Malaysia dan dunia.
  • Anwar juga pernah menjadi Pemangku Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1997, maksudnya beliau amat hampir dengan jawatan Perdana Menteri sebelum digulingkan oleh Mahathir pada 1998. Pastinya setiap insan yang sebegitu hampir dengan jawatan tersebut mempunyai hasrat untuk memegang jawatan tersebut, juga melaksanakan perancangannya yang sudah lama ingin dilaksanakan jika beliau menjadi Perdana Menteri nanti.
  • Anwar merupakan seorang yang telah dikenali sebagai pakar dalam hal ekonomi, jadi beliau lebih cocok untuk menjadi PM selepas PRU-13, dengan keadaan ekonomi yang mungkin masih tidak begitu baik dan pengalaman yang beliau miliki.

Kesimpulannya, saya berharap agar Pakatan Rakyat dapat terus berkembang peranannya, sebagai alternatif jelas kepada Barisan Nasional di hari-hari mendatang. Inilah yang diidam-idamkan oleh rakyat selama ini.

Komen-komen»

1. Rantong - April 19, 2009

Salam ziarah.

Rancangan “Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net” kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: