jump to navigation

Sayonara Flet Hijau. April 8, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Ingatkah gambar ini? Ini sebenarnya adalah gambar Flet Hijau Presint 9 Putrajaya, yang saya akan bermalam di dalamnya buat hari terakhir malam ini (mungkin saya tidak dapat tidur lena, gara-gara mengemas barang).

Esok, Kelapa Muda akan berpindah dari Putrajaya ke Saujana Impian Kajang. Permohonan pertukaran alamat TM Streamyx sudah pun dibuat, dan dalam minggu hadapan, barulah saya akan mendapat sambungan internet semula. (alangkah sunyinya tanpa menulis dan melayan blog orang lain)

Ramai yang bertanya, mengapakah saya masih setia dengan Streamyx walaupun sambungan internetnya bukanlah jenis “jalur lebar tanpa wayar”. Jawapannya ialah sambungan Streamyx lebih konsisten walaupun kelajuan yang diiklankan tidak sehebat perkhidmatan mobile broadband. Jika menggunakan mobile broadband, sambungan akan selalu hilang, dan kemungkinan besar ianya akan menjejaskan proses download, jika berlaku.

Kesimpulannya, saya akan terus setia dengan Streamyx, sehinggalah saya meyakini mobile broadband, jika syarikat yang menawarkannya memberikan liputan lebih luas dan konsisten dengan harga minima.

Okey, kembali ke cerita pindah rumah. Rumah saya sekarang terletak berhampiran Tesco Kajang. Yeah!

Dengan adanya Tesco berdekatan rumah, mudahlah untuk saya membeli barang-barang keperluan dengan harga yang lebih berpatutan.

Kesimpulannya, saya amat gembira sekarang. Masalah mencari orang baru untuk rumah sewa Putrajaya sudah selesai, masalah mencari rumah baru di Kajang juga turut selesai. Syukur ke hadrat Allah. Semoga saya dan para pembaca sentiasa dalam lindungan-Nya walau di mana berada.

Sayonara Flet Hijau. (Perkataan Jepun – dipetik dari novel Hatiku Di Harajuku karya Ramlee Awang Murshid, dipinjam dari buah hatiku) (sayang dia!)

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: