jump to navigation

Maaf, 2 minggu tidak bersiaran! April 24, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Akhirnya selepas menghadapi beberapa masalah, barulah saya dapat kembali ke sini untuk meneruskan penulisan blog yang tertangguh selama 2 minggu.

Dalam tempoh 2 minggu ini, pelbagai perkara yang berlaku, dan tidak dijangka sama sekali. Antaranya keputusan mahkamah yang membatalkan penggantungan Zambry, MB Barisan Nasional Perak dan enam Exco’nya. Khir Toyo pula terus disiasat oleh Selcat Selangor bersama isterinya Zaharah Kechik dalam pelbagai isu penyelewengan yang nampaknya terus memerangkap beliau.  Selain itu, Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Fairus Khairuddin telah melepaskan jawatan ADUN Penanti, jika tiada aral melintang akan ada pilihanraya kecil yang ke-6 selepas PRU-12 tahun lalu.

Ada sesetengah pihak menyatakan bahawa pilihanraya kecil tersebut adalah suatu perkara yang

Jika tiada BN dalam pilihanraya kecil Penanti, Insya Allah kos dapat dijimatkan dengan banyaknya.

Jika tiada BN dalam pilihanraya kecil Penanti, Insya Allah kos dapat dijimatkan dengan banyaknya.

merugikan, dan rakyat sudah jemu dengan pilihan raya, terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa yang meruncing ini. Mungkin kenyataan itu benar, jika dilihat perbelanjaan BN dalam menghadapi setiap pilihanraya kecil. Di Batang Ai misalnya, dikatakan sebanyak RM70 juta dibelanjakan untuk projek-projek berbentuk “gula-gula” pilihanraya, bagaimana pula dengan belanja mereka di Bukit Selambau dan Bukit Gantang? Pasti jauh lebih tinggi.

Lihat pula perbelanjaan kempen untuk Pakatan Rakyat. Walaupun Bukit Selambau berada di dalam negeri Kedah yang diperintah oleh PAS, tiada projek-projek “mi segera” yang diadakan menggunakan wang rakyat. Malah setiap kali diadakan kempen pilihan raya, parti PAS selalu terpaksa meminta belas ihsan para hadirin majlisnya untuk memberikan sedikit sumbangan, untuk dijadikan wang perbelanjaan setiap kali pilihan raya.

Nga Kor Ming di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar

Nga Kor Ming di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar

Pada 19 April, saya baru sahaja menghadiri Ceramah Umum Mensyukuri Kemenangan Dua Bukit oleh PAS di Taman Melewar. Hadirin terdiri daripada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Nga Kor Ming dan Ann Wan Sen. Nga Kor Ming telah mencipta sejarah tersendiri dengan berucap di pentas PAS, mungkin buat kali pertama, tidak dapat saya pastikan.

Namun beliau berjaya meyakinkan para hadirin bahawa beliau sedikitpun tidak berniat untuk menghina kitab suci Al-Quran dalam ucapan-ucapannya dalam kempen-kempen politik, sehingga ada yang terus membuat laporan polis. Malah menurut beliau, umat Islam perlu berasa gembira kerana inilah suatu petanda penerimaan orang bukan Islam kepada perjuangan parti PAS selama ini.

Sebanyak 85% pengundi bukan Melayu di Bukit Gantang telah memilih Nizar Jamaluddin, suatu sejarah buat politik di Malaysia. Semakin ramai yang sudah tidak percaya kepada UMNO-BN yang semakin jauh terpesong daripada landasan Islam.

Hukum Islam tidak diperjuang, malah mereka menyempitkan kefahaman kepada agama Islam dengan tindakan terburu-buru membuat laporan polis ke atas Nga Kor Ming, hanya kerana memetik ayat Al-Quran. Mungkin sebutan tajwidnya tidak tepat, namun beliau mencuba untuk mendalami Al-Quran. Seharusnya orang Islam berasa malu dengan beliau, macamlah tajwid kita bagus sangat!

Saya ucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat, kerana nampaknya kini mereka kelihatan lebih bersedia untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara ke tahap yang lebih berjaya dari sekarang. Insya Allah.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: