jump to navigation

Syarat ekuiti 30% Bumiputera dimansuhkan. Mana ProWaris, bebudak UiTM??? April 24, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
trackback
captphoto_1233761491182-1-0

Kerajaan pimpinan Najib telah menghapuskan syarat ekuiti 30% Bumiputera dalam pelaburan asing ke Malaysia.

Perdana Menteri, Najib Razak telah mengumumkan bahawa syarat ekuiti minima 30% untuk bumiputera dalam aktiviti pelaburan di negara ini. Tujuannya adalah untuk membantu menjadikan Malaysia destinasi pelaburan yang lebih menarik kepada pelabur asing, dan mungkin juga untuk membantu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan.

Satu langkah tepat untuk menghadapi ancaman kegawatan. Tetapi langkah susulan haruslah diambil untuk memastikan strategi ini menggembirakan rakyat Malaysia amnya. Dari segi pekerja, warga tempatan perlulah diutamakan. Jika ini tidak dilakukan, nescaya seluruh negara kita menghadapi kerugian besar, baik usahawan Bumiputera, bukan bumiputera, malah seluruh rakyat Malaysia yang tidak akan mendapat sebarang manfaat.

Hasilnya nampak jelas, apabila syarikat-syarikat dari Singapura yang ingin melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar semakin berminat untuk meneruskan hajat mereka untuk melabur. Perkara ini pula harus kita beri perhatian, agar kepentingan negara tidak tergadai.

Saya sebenarnya skeptikal dengan inisiatif Wilayah Pembangunan Iskandar, kerana risaukan mengenai penguasaan Singapura ke atas Malaysia. Saya tidak berbicara dari sudut diri saya sebagai orang Melayu, tetapi ini merupakan perkara yang harus diberikan perhatian oleh seluruh warga Malaysia tanpa mengira bangsa. Dapat dilihat rakyat dan syarikat Singapura semakin giat menguasai negara kita baik dari segi pegangan saham, dan hartanah. Mungkin sesiapa yang lebih memahami perkara ini dapat menerangkan kepada saya lebih banyak berhubung WPI, atau Iskandar Malaysia ini.

Okey, itu dari sudut pelaburan dan ekonomi negara Malaysia.

Terdapatnya gabungan-gabungan dan NGO tertentu antaranya ProWaris, gabungan profesional Melayu yang mengisytiharkan diri mereka “pejuang bangsa Melayu”, yang dalam sekecil-kecil perkara pun boleh membuat laporan polis, jika terdapatnya sedikit perkara yang mereka sebut “ancaman” kepada ekonomi dan “ketuanan” Melayu.

Karpal Singh, Nga Kor Ming, Nizar Jamaluddin adalah antara tokoh yang telah menjadi sasaran dan puluhan laporan 9e82be51-30a7-41f6-bbaa-fe8e9b060765polis dibuat ke atas mereka, dan tokoh-tokoh lain yang kebetulan dari Pakatan Rakyat, oleh NGO-NGO yang tumbuh bak cendawan ini. Ribuan pelajar UiTM telah mengambil tindakan tergesa-gesa lagi kelam kabut, mengadakan PERHIMPUNAN HARAM di bandaraya Shah Alam apabila Khalid Ibrahim mencadangkan kuota 10% bukan Bumiputera untuk masuk ke UiTM.

Saya tidak mahu ulas lanjut tentang tindakan segelintir pelajar “pejuang bangsa Melayu” itu. Saya tahu, ramai juga pelajar UiTM yang punya fikiran matang dan terbuka, mereka ini tidak mengambil bahagian pun dalam perhimpunan membantah cadangan spontan dari MB Selangor itu.Kelompok ini terbuka untuk membincangkan mengenai isu-isu berbangkit secara gentleman dan berhemah. Namun, saya ingin juga bertanya kepada kumpulan yang merasakan diri “pejuang bangsa”:-

Bagaimana pula dengan isu ekuiti 30% Bumiputera ini?

Di mana “perjuangan bangsa” anda sekalian??

Tidakkah isu ini penting bagi anda?

Atau anda hanya risau anak, cucu cicit anda tidak dapat pendidikan tinggi pada yuran yang telah disubsidi??

images1

Hishammuddin Tun Hussein, salah seorang yang mengakui sebagai "pejuang bangsa". Pelajar UiTM, contohilah beliau.

Jika anda ingin buktikan diri sebagai “hulubalang bangsa”, turunlah sekali lagi, kali ini mungkin di Seri Perdana, atau Dataran Putrajaya untuk membantah tindakan penarikan syarat ekuiti 30% ini. Pasti satu negara akan “salute” anda sekalian, kerana berani bersuara menentang pemimpin tertinggi negara demi “mempertahankan hak Melayu”.

Namun, saya skeptikal dengan keupayaan para pelajar UiTM untuk melakukan perkara sebegitu, lebih lagi apabila Naib Canselor’nya sendiri pun orang kuat parti UMNO. UMNO terkenal dengan sikap “Yes Man” mereka kepada pimpinan tertinggi, dan mentaliti ini juga mungkin telah menguasai para pelajar di universiti ini, mereka tidak mungkin berani menyanggah pemimpin negara, walaupun pemimpin itu disifatkan “menggadaikan hak Melayu”.

Jangan khuatir, saya bukanlah sekelompok “pejuang bangsa” itu. Apakan daya saya, saya lebih menyayangi agama dan negara saya lebih daripada sayang kepada para hartawan Melayu tersebut. Sebenarnya isu ekuiti 30% itu hanyalah penting kepada hartawan-hartawan ini. Saya pula, terus dengan hidup saya yang memerlukan usaha tulang empat kerat untuk berjaya.

Jadi, buat apa saya ambil kisah?? Saya yakin bahawa jika kita menyayangi sesama rakyat Malaysia, Insya Allah kita dapat hidup bahagia di dalam negara yang kita cinta ini. Malah dengan kita mengapi-apikan sentimen perkauman, lebih banyak permusuhan akan tercetus. Akhirnya, azam 1 Malaysia pun akan hancur berkecai. Tinggallah 1 Utama sahaja, tempat yang indah untuk membeli-belah. Cheers!

Komen-komen»

1. Otak Biru - Mei 28, 2009

Awesome, ..nice one. Keep it bro!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: