jump to navigation

Epidemik baru: Selesema Khinzir April 27, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

Tentera Mexico bersedia untuk menhadapi sebarang ancaman dari virus H1N1

Virus ini dengan kod nama H1N1 adalah satu jenis flu gred A baru yang semakin luas tersebar ke seluruh dunia. Sebenarnya virus ini sudah wujud sejak tahun 1930-an lagi. Penularan virus ini bermula di negara Mexico, yang bersempadan dengan Amerika Syarikat. 103 orang telah menjadi mangsa korban penyakit ini (setakat laporan ini ditulis), berkemungkinan angka yang terbunuh akan meningkat lagi, mengatasi rekod kematian akibat SARS dan virus selesema burung H5N1.

Sebenarnya penularan virus ini juga mungkin akan jadi satu bencana baru buat dunia, yang semakin dirundung malang akibat kegawatan ekonomi global dan juga masalah pemanasan global.

Kesan awal yang telah berlaku:-

  • harga minyak global menjunam lagi, kini di paras $50 setong.
  • harga saham syarikat penerbangan turut menjunam, berikutan kerugian yang mungkin dialami mereka kerana
    Di KLIA pun, penumpang penerbangan dari Los Angeles diperiksa untuk saringan H1N1

    Di KLIA pun, penumpang penerbangan dari Los Angeles diperiksa untuk saringan H1N1

    masyarakat dunia yang sedang panik. Bahkan, saham AirAsia yang belum pun menyediakan penerbangan ke Mexico dan Amerika Syarikat turut terasa bahang penurunan harga saham.

Tapi ada pula berita positif:-

  • harga saham syarikat pengeluar sapu tangan dan topeng muka meningkat dengan mendadak. Ini termasuk Top Glove, syarikat pengeluar sapu tangan terbesar dunia, dan juga Supermax dan Kossan Rubber, juga dari Malaysia.

bentuk virus H1N1

Mari kita lihat, adakah ini akan menjadi suatu malapetaka seterusnya kepada dunia. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan merenung kekuasaan Allah. Tidak kiralah agama apa yang dianuti sekalipun, marilah kita selidik diri kita, apakah kesalahan kita umat manusia. Kerana hukuman sebegini, pasti hasil daripada kesalahan yang begitu besar.

Saya dapat menyimpulkan beberapa kesalahan kita yang besar:-

  • Kegilaan kita kepada wang dan keuntungan yang menyebabkan kewujudan dunia terancam. Ini termasuk perbuatan kita yang merosakkan alam sekitar. Perkara ini juga berlaku di negara kita yang bertuah ini, terutamanya pembalakan yang berleluasa, dan juga ketidakperihatinan kepada sungai-sungai yang menjadi sumber air kita.
  • Terlalu banyak peperangan dan ketidakadilan yang berlaku di kebanyakan negara. Anda mahu kata Malaysia tidak begitu, aman, tenteram dan adil? Fikirkanlah kembali. Orang asing pun kita tak layan macam manusia.
  • Ketidakpekaan kita masyarakat dunia kepada ketidakadilan dan penganiayaan ini. Pastinya masyarakat yang hidup terseksa sekarang di dunia ini, misalnya rakyat Palestin, Zimbabwe, Chechnya dan juga kawasan konflik lain tak akan ambil kisah tentang selesema khinzir atau popularnya disebut “swine flu”. Lagipun setiap hari rakan-rakan mereka terbunuh, buat apa mahu ambil kisah tentang “swine flu”?

Jadi, marilah kita sama-sama berdoa, di masjid dan surau, mungkin perlu juga diadakan Qunut Nazilah setiap kali solat Jumaat. Hal ini perlu memandangkan dunia berada dalam musibah yang besar. Amatlah baik jika kita senantiasa diingatkan untuk beramal ibadat, kerana lumrah kita manusia, selalu terleka.

Mungkin Bulan Dakwah masih berterusan agaknya? Saya tidak ambil tahu, kerana saya akan terus mendengar orang berdakwah walau kempen tersebut sudah berakhir. Jika masih berterusan, lebih baik kita diingatkan mengenai ujian-ujian yang kita sedang hadapi ini, agar kita dapat tempuhinya bersama dengan penuh kesedaran.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: